Total Pageviews

Friday, 16 October 2020

Keladi Selatah

Assalamualaikum.
Khamis lepas suami tak kerja.Seperti biasa lah ada aje aktiviti dia di luar rumah sepanjang hari.Tinggal di felda ni adalah tanah sekangkang kera sekitar dan belakang rumah.Adalah sedikit pokok buah ,pokok2 yang boleh dijadikan sayuran atau ulaman.Kalau setakat pokok ubi dan keladi ada aje sekitar tepi dan belakang rumah.
Suami kata keladi selatah di sempadan rumah jiran sudah berisi dan boleh dicabut.Aku segera ambil baldi untuk bekas keladi yang dicabut nanti.Tentu ramai yang tak kenal rupa keladi selatah kan.Atau mungkin tempat atau negeri lain namanya lain.Tapi aku tau nama keladi selatah ni sejak dulu lagi arwah mak yang bagitau.Haa ni lah rupa keladi selatah,kalau duk  kampung pasti biasa lihat atau di pasar tani ada je dijual.
Ini rupa pokok keladi selatah,agak besar dari keladi lain.
Agak subor tumbuh di kawasan teduh.
Asal anak pokok hanya 2 3 batang saja bawa dari kampung .Kini sudah banyak yang dapat ditanam .Seronok bila pokok yang kita tanam telah dapat hasilnya.Banyak juga isi keladi yang dapat dituai.Mana yang tanah tak keras aku cabut sendiri.Sementara suami akan menggunakan cangkul untuk mengeluarkan isi yang tertinggal dalam tanah .
Ini lah rupa induk keladi selatah.Tak boleh ambil yang ini tapi umbisi  yang melekat pada induk saja .Terlupa mokcik nak snap gambar sebab sudah teruja bila lihat cabut saja banyak isi nya.
Setelah ambil isi keladi ni potong induknya sikit dan bolehlah ditanam semula untuk tuaian dimasa depan.
Keladi selatah ni mudah je ditanam .Batang induk keladi yang ditanam akan menghasilkan pokok yang baru.
Hasil tuaian harini dikongsi dengan jiran.
Keladi selatah ni boleh direbus tapi tak perlu lah kupas kulitnya dulu.Sudah masak dan nak makan baru buang kulitnya .Sedap dan lembut apatah lagi part kat tunas tu mok cik suka sangat.
Boleh juga dimakan dengan gula dan kelapa parut seperti ubi kayu rebus.Kalau dulu2 kala arwah mak suka buat getok keladi.Sekarang ni aku lebih  suka cicah sambal tumis je.
Keladi seletah ni sedap juga dibuat kerepek...tapi tu lah mok cik ni rasa penyakit M pulak nak kupas buah kecik2 ni 🤗.Jadi rebus je lah..senang kan..

6 comments:

  1. Lama dah tak mkn keladi. Saya suka keladi goreng kak. Tak pernah dengar nama keladi selatah, atau mgkn kt sini lain namanya. Buat pengat pun sedap kak, kalau dapat yg lekit2 tu..fuhhh

    ReplyDelete
  2. belum pernah rasa tapi nampak sedap ni, cuma saya tak berapa pandai dengan menu-menu keladi ni SI

    ReplyDelete
  3. Ada yang panggil keladi telur
    ada juga panggil keladi sarawak

    ReplyDelete
  4. terliur tengok gambar last tu, sedapnya!

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi dengar keladi selatah.. tapi tengok macam sedap je yang last tu

    ReplyDelete
  6. Tak pernah dgr nama ubi selatah, mungkin dipanggil nama lain kut kt sini

    ReplyDelete