Total Pageviews

Wednesday, 7 October 2020

Lada dan lesung

 Assalamualaikum


Sudah hampir setahun tak menulis,terasa kekok nak memulakan.Rindu sebenarnya nak mencoret di blog kesayangan ni yang banyak ku simpan  cerita suka duka kehidupan seharian ku. Kalau dulu selang sehari pasti ada update di blog walapun menulis dengan hanya mengguna telefon cap ayam ,kecik pulak tu tapi bila dah minat pasti boleh.Kini rasa nya lebih mudah sebab ada laptop dan telefon pintar yang lebih baik di rumah tapi mood menulis sukar datang. Mungkin kerana aku jarang rasa kesunyian sebab anak2 ada saja di rumah apatah lagi masa2 PKP ni. 

Dulu sering ku ceritakan mengenai bujang bongsu ku Iman tapi sekarang dia dah pun remaja.Tak banyak yang boleh dikongsi cerita lagi.Nak cerita pasal cucu pun tinggal berjauhan .Jumpa pun sesekali ...Oh ya Sarah Sofea sekarang dah 10 bulan. Kalau dah sesekali jumpa jangan harap lah atuk boleh timang2 atau main2 ,mau nya menangis bagai dicubit....ermm alahai cucu.

Ok lah nak mulakan cerita  ya. Sebenarnya sepanjang PKP sejak bulan Mac dulu banyak sangat cerita yang tersimpan.Salah satu nya dah tentu pasal kesulitan nak keluar rumah dan membeli barang. Masa tu lah blender ku buat hal .Kalau dah semua kat rumah ada je yang nak dimasak.Sakit hati bila blender  tak de nak buat sambal. Sebab lada dah ku rendam dengan air panas...dengan terpaksa rela ku tumbuk menggunakan lesung batu pusaka ku ini.

Nak makan pedas kan kena lah merajin kan diri walaupun kudrat dah tak kuat .Teringat pulak zaman2 kecik dulu gini lah gaya nya ...bila terpecik ke mata menangis melolong 😂😂. Ada lah seminggu tanpa blender ,yalah waktu tu PKP awal2 kan kedai eletrik pun tak boleh buka.Baru lah terfikir nak beli  kat LAZADA...Alhamdulilah,kalau berbulan2 alamat berketul lah lenganku😀.
Aku ni walau dah berusia tak boleh nak makan kalau takde sambal atau apa je lauk yang pedas.Ni sambal kelapa tiba2 teringin pulak nak makan ...sambal nostalgia ku zaman budak2 dulu.Kerap sangat berlauk kan sambal kelapa sebab masa tu mak pak orang susah.Kalau dulu makan sambal kelapa tanpa tumis tapi aku saja tumis supaya anak2 nak makan .Resepi nya simple je ..buat seperti sambal tumis biasa dan kemudian last sekali masukkan kelapa parut.Masukkan garam dan perasa secukup rasa.Sedap makan dengan ulaman...
Ok setakat ini dulu coretan pertama ku setelah bercuti sekian lama.


5 comments:

  1. Walau banyak keluaran barangan memproses moden,
    lesung dan alu masih lagi keperluan di dapur.

    ReplyDelete
  2. welcome back kak.... kalau dana sanggup pakai cili boh je dari menumbuk gitu heheheh...

    ReplyDelete
  3. Tapi apa2 pun kalau masak pakai lesung memang lagi sedap daripada blend.
    Memang lain lah rasanya.

    ReplyDelete
  4. Dah besar cucu kak saniah..
    Cer kongsi gambar sikit..

    Sambal kelapa pun mknn saya kecik2 juga kak.. tapi mak buat serunding, lama sikit tahannya.. ye lah adik beradik ramai.. abah pun kerja PAR.. Alhamdulillah syukur.. cukup semua 😍

    ReplyDelete
  5. Sedap ni masak sambal bahan bahan ditumbuk. Tapi jenuh juga nak menumbuk cili kering untuk buat sambal. Bila teringin dan keadaan memaksa. Kenalah juga menggunakan kudrat yang ada.

    ReplyDelete