Assalammualaikum
salam Jumaat yang mulia
Menjadi kebiasaan 2 anak gadis aku ber wassap2 bila dah berjauhan.Si kakak bertanya pada Iqa kenapa mak lama tak menulis lagi di blog ni.Bukan pe pun keadaan Azim masih sakit membuat aku tak de mood nak berblog...walaupun setiap hari aku membaca cerita 2 sahabat2 blogger. Alhamdulilah 3 hari ni Azim dah pun nampak sehat seperti biasa walaupun MC nya hingga 2 Mac ni...nampaknya berehat sakan lah dia kat rumah ...
CNY yang kedua keadaan Azim agak teruk apatah lagi melibatkan mata kanan dia yang memang bermasaalah sebelum ni. Sakit disebelah sebelah kepala dan dalam matanya tak dapat dia menahan ....risau juga kami dengan keadaannya apatah lagi dlm keadaan cuti CNY ni banyak klinik yang tak buka apatah lagi klinik pakar mata.
Tekad bawa dia ke unit kecemasan Hospital Kulai ....tapi bila diperiksa pegawai perubatan ,tak boleh buat pe hanya bagi satu suntikan diberi dan ubat tahan sakit.Katanya kena jumpa doktor pakar mata juga ....
Walaupun diberi suntikan tahan sakit kata dia tak ada apa2 beza...masih juga sakit .Bila bangun pagi keesokannya keadaan dia makin teruk ....demamnya semakin membahang dan dan kelopak atas mata nya mula membengkak .Aku cadangkan pada ayahnya untuk bawa dia ke HSA JB saja.Sambil tu aku siap kan juga apa yang patut ...bimbang jika kena masuk wad memandangkan keadaan dia agak teruk pada pandangan kami.
Biasalah kat unit kecemasan ni waktu cuti2 aduhai ramainya orang menanti rawatan.Dengan keadaan aku yang juga tak berapa sehat ,tak terdaya rasa nak berdiri lama..Mujorlah giliran Azim tak lama....bila jumpa doktor kata takde apa2 tapi nak rujuk doktor pakar mata pulak cuti...kena tunggu hari Isnin juga untuk jumpa doktor pakar....dibekalkan ubat tahan sakit lagi .
Malam keadaan demam dia makin teruk walaupun telah diberi ubat2 hospital ....badannya mengeletar sejuk katanya padahal suhu badannya begitu panas .Semalaman aku dan ayahnya menjaga disebelah dia walaupun dah besar panjang ,...sesekali terlena juga ...terjaga bila terdengar dia mengerang sakit .....
Isnin selesai solat suboh kami terus berlepas ke HSA JB....walaupun tiba awal ,belum pun 7.30 tapi angka giliran dah pun tempat yang ke 067...jenuh juga menunggu .
Iman dan Iqa yang sedang bosan menunggu
.Biasalah kalau dah ke bahagian pakar mata ni banyak tempat yang kena masuk .Mula2 jumpa pegawai perubatan bilek 5,kemudian jumpa doktor di bilek 9 dan disuroh pula ke bilek 12.Doktor bilek 12 setelah buat pemeriksaan suroh rujok pula pada doktor pakar kat bilek 16.Kali ni aku betul2 dah letih ...aku serahkan pada si ayah .Setelah doktor pakar periksa katanya takde apa2 masaalah pada matanya tapi disuroh pula ambil darah dibilek 13.Darah yang diambil perlu kami hantar sendiri di Kuanter K...kena tunggu 1 jam baru dpt resultnya.Dah dapat resultnya kena pula jumpa doktor semula di bilek 12...hasilnya doktor katanya darahnya ada jangkitan kuman.Di suroh ambil ubat dan boleh balik.
Malam demam panas dia datang lagi....
Selasa kami berikhtiar bawa berubat kampung pula ....Alhamdulilah dengan kehendak Allah dia dah pun sembuh ...
Total Pageviews
Friday 27 February 2015
Monday 16 February 2015
demam
Assalammualaikum
Hari Khamis ada majlis sambutan Maulidur Rasul di sekolah Iman .Begitu teruja Iman pergi pagi saing ayahnya ke tempat kerja...berbaju melayu dan bersamping seperti sambutan Maulidur Rasul biasa.
12 tengahari dah pun balik ,membawa sebungkus makanan dari sekolah tapi wajahnya kelihatan lesu apatah lagi dalam cuaca yang begitu panas dia berjalan kaki bersama kawan2 ,katanya kereta yang bawa dia selalu tak datang ambil.Diserahkan pada aku makanan yang dibawa ....langsung tak berselera nak makan.Juga diserahkan sijil khatam AlQuran 2014 dan cenderahati yang dia dapat dalam majlis tu.Katanya semasa pertandingan mewarna di sekolah dia muntah....tau dah budak ni tentunya dah nak demam...
Pagi Jumaat ,tolong kakaknya Fateha berkemas sedikit2 buku2 yang bertimbun2 ....tapi sekejap aje dah tak bermaya ....badannya mula panas membahang .,agak lama juga tertidur di kerusi.Tapi bila dengar aku dan si ayah nak keluar ,nak juga ikut walaupun berbaring saja di kereta.Berikan ubat tapi masih lagi demam sehingga ke malam.
Pagi Sabtu ada majlis Maulidur Rasul dan penyampaian hadiah untuk peperiksaan akhir tahun 2014 di sekolah agama .Peperiksaan akhir tahun Iman hanya dapat no 4.Setiap tahun hadiah akan diberi sehingga no3 saja tapi tahun ini ada anugerah untuk matapelajaran Ibadat dan Tauhid yang tertinggi .Iman dapat untuk pelajaran Ibadat.Tapi demamnya masih tak kebah ...terpaksa redha untuk tak ke sekolah .
Walaupun kami cuba jelumkan badannya untuk mengurangkan panas namun panasnya tak juga berkurang....bila ayahnya balik kerja terus bawa ke klinik .,bimbang juga jika kena denggi.Kata doktor panasnya 39 darjah celcius....tapi katanya dalam cuaca sekarang memang ramai yang demam panas .Dibekalkan cuma antibiotik dan ubat demam juga 1 hari MC untuk hari Ahad.2 kali makan ubat yang diberi sudah agak sehat ,dah pun boleh jerit2 ala Tarzan......hari ini dah boleh sekolah pun...

Tuesday 10 February 2015
Iman si bongsu
Assalammualaikum
9hb February dah pun 9 tahun usia Iman....dah besar rupanya anak bongsu aku ni.Dalam kekalutan keadaan sekarang kami hampir terlupa hari lahir dia tapi dia sentiasa mengingatkan tarikh 9/2 ni.Dia tak minta apa2 hanya ingin dibelikan sepotong kek stawberry katanya
abaikan apa dibelakang Iman ,rumah masih berserabut.
Muhammad Iman Farid ni lahirnya agak jauh jaraknya dari Azim ,Azim dah tadika baru lah dia lahir .Aku sendiri tak pernah berharap dan menjangka akan hadirnya dalam usia yang agak lewat .....masa tu takut sangat tapi sekarang ni aku tengok ramai dah artes2 yang hamil lewat....macam tak kisah pun mereka . Sekarang ni terasa cepat masa berlalu ,cepatnya Iman membesar...terasa rindu pula saat2 kecilnya .
Sekarang ni dia lah peneman kami bila yang 4 ni ke destinasi ilmu masing2.Kalau tak sunyi sepilah rumah ini .Tak susah menjaga dia sejak kecil lagi ...tak banyak ragamnya...cuma yang jadi masaalahnya pasal makan.Susahnya nak bagi makan,terutama nasi..Hanya tahu makan nasi waktu umor lebih 4thn itupun sekadar sesudu 2...beri makan nasi seperti nak bagi ubat payahnya,.. Sehingga sekarang ni pun dia lebih suka makan segala jenis mee....roti kosong atau lempeng pekak pun jadi....pantangnya pedas dan susah sangat nak makan sayuran .
Dibandingkan kakak dan abangnya mulutnya agak riuh dan peramah.Boleh saja diajak bersembang pada yang tak biasa juga...cuma dah besar ni agak malu2 kucing.Olehkerana anak yang lain dah remaja ,kadang berbual pun terikut2 cara abang kakak mereka....kadang tu saja je kata dia suka budak ni ,budak ni kat kelas dia....cih anak2 zaman sekarang....
Apa pun ayah dan emak berharap Iman menjadi anak yang cemerlang bukan saja di dunia malahan di akhirat juga...Amin.

Friday 6 February 2015
kehilangan
Assalammualaikum
salam pagi Jumaat yang dingin
Akhirnya sepupu suami kembali jua menemui Nya pada 5hb Feb semalam setelah lebih 3 bulan dirawat di Hospital Sultanah Aminah JB.Mungkin virus kanser masih bersarang dalam tubohnya walaupun sudah kelihatan agak sehat dari sebelumnya.Hasrat nak pulang ke rumah asyik tertangguh , ....akhirnya pulang juga dia dengan sekujur tubuh yang telah kaku ke rumah mereka di Bandar Tenggara.
Berakhir sudah pengorbanan 2 anak gadis mereka menjaga si ayah di hospital ,menghabiskan cuti sem yang panjang .Anak sulong yang baru tamat pengajian lah yang benar2 menunggu ayahnya sepanjang lebih 3 bulan ni,..bila ibu mereka bekerja....moga anak2 ini diberi ketabahan meneruskan hidup ini dan diberi ganjaran dari Nya kerana menjaga si ayah
Sepupu aku kini dah bergelar balu .Selama ini bila anak2 belajar dia hanya tinggal berdua dengan suaminya....bekerja juga dengan suami.Kini anak2 masih ada bersama ,tak taulah bagaimana nanti bila anaknya kembali ke U dan si kakak dah ditugaskan mengajar ditempat yang jauh.Tentunya sunyi kembali menerjah...
Bila sepupu kehilangan orang yang tersayang begini,aku teringat kehidupanku ,terfikir bagaimana kehidupanku jika berada ditempat nya dengan anak2 yang masih belajar begini.Kehidupanku banyak bergantung dengan suami ...terlalu dimanjai suami sehingga kadangkala tak banyak aku boleh berdikari.
AL Fatehah untuk Allahyarham Zainal Abidin ...moga roh mu dicucuri rahmat sentiasa.

Thursday 5 February 2015
ntah apa2 lah
Assalammualaikum
Sekarang ni agak payah nak berblog ,selagi rumah tak siap...,masa nak menghadap laptop pun agak terhad ,selain ruang yang agak tak selesa dan terbuka ...terasa malu pulak dilihat mamat2 Indon, makcik yang begitu beria online memanjang...
Bagaimana pun taklah sendiri bila Iman ke sekolah masih ada Iqa dan Fateha yang masih bercuti.Adalah bibik sementaraku untuk memasak dan membasuh buat masa ni.Budak Iqa ni pun dah macam pengawal peribadi aku ,ke mana pergi mesti ikut ...walau sekadar ke kedai yang dekat.Isnin lepas pun dia yang ikut aku mengambil bekalan ubat di HSA JB.
Walaupun agak lama juga menunggu no.giliran ada si Iqa ni taklah bosan sangat ...
Bila dah ada budak 2 ni macam2 je celotah diorang bila duk rumah...ntah apa2lah .Masa menonton iklan tv ...mereka kata sama lah....aku tanya apa yang sama.?Ada ke patut mereka kata kucing kesayangan mereka si KUCAI comel macam muka Nora Danish...Cis..agak2lah kucing dengan orang nak disamakan....

Subscribe to:
Posts (Atom)