Assalamualaikum
Alhamdulillah selesai urusan beli buku Iman di sekolah keb dan sekolah agama.
Tinggal sorang yang bersekolah ,takde lah pening dari segi masa atau kewangan. 2018 ni tahun terakhir anak bersekolah rendah.Yang tinggal nanti hanya kenangan2 aje.
Masa2 begini lah terimbau kembali waktu2 anak memulakan alam persekolahan dulu.5 anak berbagai ragam dan pengalaman dirasa.Aku akui awal2 anak masuk alam sekolah memang rasa tekanan dengan kerenah dorang terutama masa tadika.Tiap hari ada je drama airmata.Bila dah naik tahun 1 mereka dah boleh berdikari tapi ada kalanya kena pau juga dengan kawan sebaya.Contoh nya Fateha kawan siap ambil duit dalam poket baju...bukan sekali malah hari2.'..dia tak melawan dan tak pandai nak mengadu.Bila aku siasat baru nak cerita .Aku takde lah ambil tindakan ,sekadar tegur je ...Lagipun tak banyak sebab Fateha tak pandai beli makanan di kantin sehingga tahun 3.Aku bekalkan duit sekadar ada2 je mana lah tau diperlukan.
Anak sulong dan Iqa pulak masalah nya bila balik sekolah baju sekolah putih dah rupa macam orang balik berkebun ,hari2 kotor sangat ....stress dibuatnya....kita pakaikan cantek2 pi sekolah dengan pakaian putih bersih ,bila balik dah rupa belacan...hahaa .
Yang lain ok je bila dah naik tahun 1,Makpak dorang je yang risau lebih.
Cerita bab persiapan persekolahan dan pembelian buku ..masa beli buku Iman ramai lah yang kenal ,seperti biasalah aku suka berbual dengan mereka.Ramailah yang mengeluh bila dah anak ramai yang bersekolah dah di hujung2 tahun ni kekangan kewangan dah tentu jadi masalah.Semoga dipermudahkan urusan mereka...Insyaallah rezeki anak2 tu ada.Aku dah lalui semua pahit getir nak sekolah kan anak. Masa tu terpaksa merajinkan diri untuk menjimatkan pembelanjaan pakaian sekolah mereka aku jahit sendiri ,seperti baju kurung ,baju melayu hingga ke samping.Walaupun ketika itu kalau ikutkan memang tak terlarat dengan nak menjga anak kecil dan MIL yang uzur....
Itu dulu lah....beberapa tahun ni memang membeli je lah jawapnya.
Satu lagi bila dah akhir2 tahun ni aku sedih sangat bila teringat peristiwa 5thn lalu.
31hb December 2012 Iman yang nak naik tahun 1 2013 kena jalani ujian untuk menentukan kelas.Seperti biasa urusan anak2 sekolah ni aku yang buat.Masa tu emak yang memang tinggal dengan kami baru beberapa hari balik dari rumah adek.2 hari terakhir tu dia kurang sehat ,pedih ulu hati (gastrik) sakit yang dah biasa sebelum tu.Pagi tu aku bersiap untuk membawa Iman ke sekolah sementara suami dan Iqa nak bawa mak ke klinik....Mak memang takut bab2 hospital ni ,tu yg bawa ke klinik dulu.Sebelum tu aku dah masakkan bubur utk mak .
Walaupun untuk ambil ujian dan orentasi di sekolah ,Iman dah kena pakai uniform sekolah.Rupanya itulah yang pertama dan terakhir neneknya dapat lihat.
Sesungguhnya ajal maut hanya Allah yang mengetahui....siapa sangka waktu aku dan Iman nak ke sekolah ,mak masih duduk berbual dan sempat juga aku melumurkan minyak angin di tpt sakitnya.seperti selalu.Siapa sangka mak dah tiada lebih kurang 2 jam selepas itu dalam perjalanan suami dan Iqa membawanya ke klinik...Subhanallah.
Hanya Allah yang mengetahui perasaan aku tika menjelang 31 December setiap tahun selama 5 thn ni.Kini Iman pun dah nak melangkah ke tahun 6.Ingatan peristiwa itu tetap kekal dalam ingatan.
Alfatihah utk mak....semoga arwah mak sentiasa dicucuri rahmat....Aminnn.
Oklah ,banyak pulak merapu pepagi ni,Insyaallah kita jumpa kembali tahun hadapan...
Total Pageviews
Thursday 28 December 2017
Tuesday 26 December 2017
Rezeki makanan.
Assalamualaikum
Cuti hujung minggu ditambah cuti krismis,adalah semua di rumah ....kecuali Iqa yang tak balik walaupun cuti study week.Sedar diri sendiri tak kan study kalau dah kat rumah.
Makanan di dapur juga meriah sentiasa,walaupun masak2 juga untuk dorang namun rezeki tetap ada.
Durian ni jiran yang beri.
..besar2 buah nya.Rasanya pun sedap dan manis.Iman kata durian kampung ni sebab jiran ambil dari kampung nya.Apa2 je lah Iman...mak pun tak tahu jenis2 durian ni.Seperti biasa kat rumah ni bukan peminat tegar durian.Makan seulas dua,selebihnya tersadai dalam peti ais.
Dah ada rakyat jelata ni teringin pulak tekak aku nak makan serawa durian dengan roti jala.Buatlah dalam 10 ulas.Alhamdulillah laris ....
Snap roti jala yang tinggal baki,dah terkirai2 ,masing2 seronok makan bercicah citarasa masing2.
Selain dari tu ada juga kari daging yang dibawa dari rumah abang ipar yang buat kenduri tahlil malam tu.Iman lebih suka makan roti jala bercicah kari .Walaupun buat roti jala ,nasi kena masak juga sebab si ayah itulah yang dicarinya juga.Lagipun masih ada ikan keli masak pecal dari rumah abang ipar,sup ayam dan tumis sawi + shitake juga ikan goreng yang aku masak.Dah tengahari jiran yang juga pemilik kedai makan menghantar lauk ni.
Asam rebus sayur keladi....takde siapa yang menyentuhnya kecuali aku
Ikan masak sos juga masih berbaki hingga keesokan nya.

Apa pun rezeki kan....Alhamdulillah .
Wednesday 20 December 2017
Rambutan ,durian.
Assalamualaikum
Malam semalam anak jiran menghantar satu plastik yang penuh dengan buah rambutan.Kami bersyukur mendapat jiran2 yang baik dan suka memberi.Orang memberi kita merasa kan..
Tapi masalahnya rakyat jelata kat rumah ni banyak sangat memilih bab makanan terutama Iman dan ayah nya.Apatah lagi bab makanan, kalau hanya kami bertiga,memang jenuh lah aku nak perabiskan....kesian kan org dah memberi ...
Berbalik tentang rambutan tadi,bila bawa masuk rumah je....memang dah tau ,budak2 kalau makan pun sekadar sebiji dua.Kelak terbiar gitu je sehingga kulit bertukar hitam.Aku bagitahu suami bawalah ke tempat kerja...budak Indon yang kerja dengan suami tu pasti suka.Suami hanya tinggal kan sikit je untuk kat rumah ,itupun hanya aku je yang makan.
Sebenarnya rambutan belakang rumah kami juga sudah mula nampak kemerahan merah an....tak lama lagi masak lah tu.Rambutan gula batu....sedap.Aku dan suami tanam dari biji benih dari pokok rambutan yang ditebang depan rumah dulu.Iman dah excited tunggu buah tu betul2 merah...tapi tu lah sekadar teruja ,makan nya taklah sangat.
Kalau lah adek2 blogger rumah dekat2 ,boleh je hantar kan buah2 rambutan ni ke pintu rumah.
Mungkin juga budak2 ni dah besar sementara kami makayah dorang kena jaga kesihatan ,kalau buah2an ni taklah berminat sangat.Masa pergi Melaka rumah abang dorang tempohari,si abang keluarkan lah durian yang telah difrozenkan dari peti ais....pemberian kawan nya dari Perak, nak dikongsi merasa dengan makayah dan adek2.Ermm...budak2 ni sekadar makan seulas je.Udah nya aku yang tak minat durian ni makan juga lah 2 ulas...rugi oi durian musang king tu.
Durian sebatang belakang rumah ni pun dah mengeluarkan bunga.Kalau ada rezeki dalam 3/ 4 bulan ni ada lah hasil.Walaupun kami tak minat durian ,boleh juga di kongsi dengan jiran2 dan sedara.Selebihnya boleh buat tempoyak...febret Azim,tempoyak goreng.😆

Tuesday 19 December 2017
Bawang putih oh bawang putih
Assalamualaikum
Beberapa hari ni dalam 12 jam waktu siang hanya aku dengan Iman je di rumah....ada lah juga teman bergaduh😆.Azim dah kerja ...ikut Fateha...kerja part time.Hampir sebulan abis SPM ,dah bosan tahap gaban dia di rumah.Dah kerja ni tahu lah dia susah senang mencari rezeki.
Beberapa hari ni juga ada kerja untuk Iman."asyik kupas bawang putih je " Pakcik bawang ni membebel sambil menonton tv.....sedar tak sedar sebekas juga dia kerjakan walaupun tanpa gunakan pisau.
Sebenarnya dek kerana murah banyak aku beli bawang putih di Mydin.Harganya baru RM 3.99 sekilo.Seperti biasa kalau beli bawang putih pasti buang kulit dulu dan simpan di peti ais.Senang nak masak ,capai je.Lagipun suami kalau masak memang banyak guna bawang putih.Bawang putih kan banyak khasiat.
Dah banyak bawang putih tu teringat pulak masa makan meehoon goreng kat rumah kawan anak di Penang dulu makan dengan minyak bawang putih....sedap pulak makan walaupun baru pertama kali .Masa tu ada juga dibekalkan satu bekas bawak balik Johor.
Semalam dengan tekun nya aku mencincang bawang putih untuk dijadikan minyak.Inilah hasilnya walaupun nampak rentung dan kasar
...ermm tak kisah lah sendiri yang nak makan.Minyak nya juga boleh digunakan untuk goreng sayur .Aroma bawang putih tu yang sedap.Sementara bawang yang digoreng tu rangup bila makan dengan meehoon atau apa je.

Wednesday 13 December 2017
Mango float,asam pedas claypot.
Assalamualaikum
Masa pergi rumah anak sulong di Melaka Sabtu lepas dah berangan nak masak2 untuk makan anak beranak ,sesekali berkumpul ni.Tapi biasalah rumah orang bujang yang baru belajar hidup ....tak reti dah mak nak masak bila keperluan asas seperti asam garam pun takde stok.
Petang dia bawa kami ambil angin ke Pantai Klebang ....otw dia berhenti ,aku fikir dia nak beli coconut shake yang viral tu rupanya dia beli Mango float Royale 4 bekas
.Rasa nya sedap...manis ditambah dengan rasa aiskrim dan terasa puri mangga .Aku minum sikit je,walaupun memang sedap tapi aku tak suka minuman manis.Udahnya 3 bekas je yang dia orang boleh abiskan.
Setelah puas bersantai dan menikmati angin segar di Pantai Klebang ,kami meronda ke tempat lain pula....maklumlah kalau di Melaka memang tak cukup masa nak pergi semua tempat.Aku cakap dengan anak, "boleh lah kita pergi ke Pasaraya untuk beli barang basah,boleh mak masak nanti"
Anak diam je sambil terus memandu dan berhenti di satu tempat."alamak ada pasar lambak pula"...kata dia."nak kemana ni "aku tanya "kita pergi makan "kata dia.Ermm...ok lah,tapi agak jauh tempat pakir kereta disebabkan ada pasar lambak tadi.Aku sebut pasar lambak sebab pasar tu akan ditutup menjelang senja.
Sesuai sangat tempat makan yang dituju sebab si ayah hanya cari nasi jika makan di mana pun.
Restoran Asam Pedas Claypot...dah tentu menu utama asam pedas.
Gambar agak kabur ,sampai pun dah menjelang senja ,ditambah cuaca yang suram.
Setiap pinggan nasi pakej telor asin,kubis tumis dan sambal belacan...kecuali pinggan Iman hanya nasi kosong.
Asam pedas ikan pari dan ikan jenahak
Asam pedas tetel.....permintaan aku tapi rasanya seperti daging biasa ,tak nampak pun struktur seperti daging tetel.
Asam pedas ikan tenggiri.
Asam pedas nya semua sedap.Suami yang tak suka makan pedas ni pun kata sedap.Tapi Iman hanya makan berlauk telur asin je ...asam pedas tu semua tak menarik minatnyapun.Lagipun katanya dah kenyang makan cemil2an masa kat pantai tu.
Sebenarnya Asam Pedas Claypot ni ada juga di JB tapi rezeki kami agaknya makan di Melaka.

Monday 11 December 2017
Situasi cemas
Assalamualaikum
Azim baru je abis SPM.Sejak abang dia bekerja di Melaka tak pernah lagi kami bawa dia ke sana.Ambil kesempatan cuti sekolah boleh jalan2 sekali, jadi Sabtu tu kami pergilah.Fateha pun minta cuti haritu.Seperti biasa sejak dah ada lesen memandu dia je yang bawa,ayah nya duduk sebelah untuk memantau.Begitulah hari2 waktu pergi balik kerja.Ayah nya belum berani nak lepaskan dia sendiri an memandu kerana sayangkan lesen nya yang masih P. Sanggup berkorban lewat ke tempat kerja hari2 demi anak.
Masa jalan2 makan2 di Melaka 2 hari tu naik kereta abangnya je walaupun bersempit2 sikit.
Semalam lepas jalan2 di sekitar Bandar Hilir,kami bertolak balik dari rumah abang nya lepas asar .Di highway agak perlahan sebab kenderaan banyak.Legalah hati aku sebab Fateha tak memecut .Tiba di exit Simpang Renggam kami ikut jalan biasa je kerana jalan ke Sedenak semakin perlahan.Banyak juga kenderaan yang keluar ,walaupun biasanya jalan tu dah malam sikit agak kurang kenderaan.
Dah hampir tiba ke Kulai ada lalui selekoh agak tajam ,ada satu lori tu seiringan dengan kereta yang Fateha pandu.Depan tu pulak ada traffic light,waktu tu sedang hijau.Waktu tu aku lihat Fateha cuba pecut untuk memotong lori ,lagipun kenderaan lain takde waktu tu.Sekali tu BUMM.....bunyi yang agak kuat seiringan dengan bunyi geseran.YaAllah ....macam nak tercabut jantung dengan keadaan cemas tu.Mujur lah dia masih boleh kawal lagi dengan pantauan ayahnya.walaupun tayar dah meletup.Mujur juga guna tayar sport rim kalau tidak harus terbalik kereta.Mujur juga,mujur juga ...kalau tidak harus melintang tengahjalan di laluan lori tadi....Allahuakbar....
Sebenarnya Fateha terlanggar divider di tepi lampu traffic light .Katanya tak nampak hitam putih divider tu pudar ke takde .....tak pasti lah ,dah hampir sangat baru perasan.
Dalam keadaan kalut si ayah lagi cepat bertenang.Perlahan2 di suruh nya bawa kereta yang dah tayarnya meletup tu berhenti di tepi jalan.Mula2 agak panik juga,bagaimana nak cari kedai tayar memalam ni.Tepon adek ipar yang tinggal berdekatan situ ...Katanya di KL tapi tak bagitau lah masalah apa.Cuaca ketika itu pula gerimis kasar2 gitu...nasib baik tak lebat.
Foto: inilah keadaan tayar yang BUMM tu...
Baru terfikir ada tayar spare kat bonet.Sekali tengok tayar takde angin pulak.Mujur lah ada stesen minyak Petronas di seberang jalan.....suami pergi sekejap isi angin kat tayar spare tu.
Bila dia kembali ke kereta aku tanya nak mintak tolong sesiapa tak sebab dah kawasan Kulai ni ramai yang kenal kalau nak tepon.
Dengan dibantu Azim,suami pun menukar tayar ....nasib baik juga ada lampu jalan di situ .Tapi ngeri sungguh lihat kenderaan2 yang lalu laju2 sedangkan suami buat kerja tu betul2 tepi jalan.Bila aku alihkan tanda segitiga agak ke tengah ,baru lah slow kereta2 yang lalu.
Akhir nya selesai juga walaupun tayar dah kurang seimbang dengan muatan yang berlebihan.Tapi sempat juga menyimpang ke Mydin walaupun dah hampir 10 mlm.
Kalau di ingat kan balik stuasi tu ,ngeri rasanya....sehingga saat ni pun masih terbayang lagi....tak ilang lagi gigil nya.Selama suami memandu tak pernah terjadi yang mencemaskan seperti ini.Semoga jadi pengajaran pada Fateha yang suka memecut ni....

Subscribe to:
Posts (Atom)