Assalamualaikum
Alhamdulillah selesai urusan beli buku Iman di sekolah keb dan sekolah agama.
Tinggal sorang yang bersekolah ,takde lah pening dari segi masa atau kewangan. 2018 ni tahun terakhir anak bersekolah rendah.Yang tinggal nanti hanya kenangan2 aje.
Masa2 begini lah terimbau kembali waktu2 anak memulakan alam persekolahan dulu.5 anak berbagai ragam dan pengalaman dirasa.Aku akui awal2 anak masuk alam sekolah memang rasa tekanan dengan kerenah dorang terutama masa tadika.Tiap hari ada je drama airmata.Bila dah naik tahun 1 mereka dah boleh berdikari tapi ada kalanya kena pau juga dengan kawan sebaya.Contoh nya Fateha kawan siap ambil duit dalam poket baju...bukan sekali malah hari2.'..dia tak melawan dan tak pandai nak mengadu.Bila aku siasat baru nak cerita .Aku takde lah ambil tindakan ,sekadar tegur je ...Lagipun tak banyak sebab Fateha tak pandai beli makanan di kantin sehingga tahun 3.Aku bekalkan duit sekadar ada2 je mana lah tau diperlukan.
Anak sulong dan Iqa pulak masalah nya bila balik sekolah baju sekolah putih dah rupa macam orang balik berkebun ,hari2 kotor sangat ....stress dibuatnya....kita pakaikan cantek2 pi sekolah dengan pakaian putih bersih ,bila balik dah rupa belacan...hahaa .
Yang lain ok je bila dah naik tahun 1,Makpak dorang je yang risau lebih.
Cerita bab persiapan persekolahan dan pembelian buku ..masa beli buku Iman ramai lah yang kenal ,seperti biasalah aku suka berbual dengan mereka.Ramailah yang mengeluh bila dah anak ramai yang bersekolah dah di hujung2 tahun ni kekangan kewangan dah tentu jadi masalah.Semoga dipermudahkan urusan mereka...Insyaallah rezeki anak2 tu ada.Aku dah lalui semua pahit getir nak sekolah kan anak. Masa tu terpaksa merajinkan diri untuk menjimatkan pembelanjaan pakaian sekolah mereka aku jahit sendiri ,seperti baju kurung ,baju melayu hingga ke samping.Walaupun ketika itu kalau ikutkan memang tak terlarat dengan nak menjga anak kecil dan MIL yang uzur....
Itu dulu lah....beberapa tahun ni memang membeli je lah jawapnya.
Satu lagi bila dah akhir2 tahun ni aku sedih sangat bila teringat peristiwa 5thn lalu.
31hb December 2012 Iman yang nak naik tahun 1 2013 kena jalani ujian untuk menentukan kelas.Seperti biasa urusan anak2 sekolah ni aku yang buat.Masa tu emak yang memang tinggal dengan kami baru beberapa hari balik dari rumah adek.2 hari terakhir tu dia kurang sehat ,pedih ulu hati (gastrik) sakit yang dah biasa sebelum tu.Pagi tu aku bersiap untuk membawa Iman ke sekolah sementara suami dan Iqa nak bawa mak ke klinik....Mak memang takut bab2 hospital ni ,tu yg bawa ke klinik dulu.Sebelum tu aku dah masakkan bubur utk mak .
Walaupun untuk ambil ujian dan orentasi di sekolah ,Iman dah kena pakai uniform sekolah.Rupanya itulah yang pertama dan terakhir neneknya dapat lihat.
Sesungguhnya ajal maut hanya Allah yang mengetahui....siapa sangka waktu aku dan Iman nak ke sekolah ,mak masih duduk berbual dan sempat juga aku melumurkan minyak angin di tpt sakitnya.seperti selalu.Siapa sangka mak dah tiada lebih kurang 2 jam selepas itu dalam perjalanan suami dan Iqa membawanya ke klinik...Subhanallah.
Hanya Allah yang mengetahui perasaan aku tika menjelang 31 December setiap tahun selama 5 thn ni.Kini Iman pun dah nak melangkah ke tahun 6.Ingatan peristiwa itu tetap kekal dalam ingatan.
Alfatihah utk mak....semoga arwah mak sentiasa dicucuri rahmat....Aminnn.
Oklah ,banyak pulak merapu pepagi ni,Insyaallah kita jumpa kembali tahun hadapan...
Tahun depan Iman dah masuk tahun 6.
ReplyDeleteKena persediaan lebih untuk menghadapi UPSR
Tinggal sorang sekokah ye Saniah.tahun depan bila iman jugak ke asrama sunyi jugak la Saniah kan..acik dah rasa..sunyi sangat rasanya
ReplyDeleteSekarang ini perbelanjaan sekolah agak besar, kesian mereka yang kerja2 biasa dan punyai tanggungan ramai..
ReplyDeleteBetul UA..
DeleteTadi CH pergi bayaran utk dia ajer dah RM489.00
Bertabahlah mak ayah skrg kan..
saya pun kesian melihat anak saya. persiapan untuk belajar di tadika sahaja mencecah angka ribu...
ReplyDeleteSedih sungguh kenangan akhir tu kak saniah..
ReplyDeleteMasih boleh lagi mak berbual ye..
Lepas tu dah pergi meninggalkan kita..
Dah 5 tahun berlalu ye kak..
Al fatihah
Kak, mak Saya pergi 29 Disembar 2011 Kak, esok genap 6 tahun mak Saya pergi, sedih dan rindu sangat kan Kak. Mak Saya pun sakitnya sekejap je, Tak terlantar, senang je pemergiannya, pun Tak disangka2..
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah lega urusan anak2 akk Kan, ibarat menanam dah nak menuai hasil, walaupun bukan itu yg makpak harapkan. Harapan Kita agar anak2 berjaya dlm hidup dunia dan akhirat dan tak lupa pd Kita Kan kak
Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah selesai urusan penyediaan persekolahan iman. Moga iman berjaya dalam pelajaran dan persekolahan.
Demikianlah saban tahun apa yang dihadapi oleh setiap ibu bapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak. Mahal atau murah, seluk poket bayar sahaja. Bagi yang berkemampuan oklah, bagi yang kurang mungkin satu bebanan. Tapi apa pilihan yang ada, takkan ibu bapa mahu anak-anak tercicir dalam pelajaran. MOga anak-anak sentiasa ingat dan kenang kesusahan ibu bapa dalam menyediakan keperluan persekolahan mereka. Bukan meminta balasan tetapi cukuplah kenang dan ingat dengan doa mereka...
SELAMAT TAHUN BARU 2018
ReplyDeleteYelahkan...bila yg bersekolah ni dah tinggal sorang terasa jugaklah lapangnya ek SI... Tp walaupun sorang rasanya sebok dia sama je mcm siapkan ramai anak. Buat buat sebok hihi...
ReplyDeleteOhhh ada kisah sedih dibulan Disember ye! Yelah kan ajal maut di tangan tuhan, siapalah yg sangka kan...
Moga Allah rahmati roh mereka yg kita sayang...
begitu lah hidup kita kan.. Al fatihah buat arwah.
ReplyDeleteBegitulah ragam menguruskan anak sekolah kan kak.. Samalah, anak bujang LZ sorang tu pun bila balik baju putih mesti kotor.. Puas tegur tapi tetap sama.. Stress!
ReplyDeleteAl-fatihah untuk arwah mak akak..