Assalamualaikum
Alhamdulillah dah pun minggu ke2 2018.Mudah2an tahun ini menjadi tahun yang memberi sinar baru pada kita.
Alhamdulillah Fateha dah memandu sendiri ke tempat kerja.Dapatlah si ayah lebih berehat berbandingkan sebelum ini terkejar kejar masa.Alhamdulillah dengan kerja selama 3 bulan dah dapat dia beli kereta sendiri untuk kegunaan pergi dan balik kerja.Untuk pengetahuan ada juga SKIM GRADUAN untuk memiliki kereta pertama bagi yang baru bekerja .Tetapi Fateha tak ambil skim tersebut kerana masalah surat confirmation yang BANK ISLAM perlu kan untuk meluluskan pinjaman.Walaubagaimanapun pinjaman di bank2 lain semuanya dipermudahkan walaupun Fateha baru saja kerja beberapa bulan.Tapi transkrip ijazah nya juga diperlukan .
Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik kerja 78km sehari dipermudahkan sekarang walaupun terpaksa melalui kesesakan setiap hari.Sebelum ni dia menggunakan kereta manual,memang memenatkan sungguh.Lagipun dia tak bersendirian ,Azim dan kawan nya yang kerja tempat yang sama ada .
Kalau dah kata kereta pertama ,takde lah kereta yang gah,cukuplah sekadar kemampuan diri .Proton Saga baru pilihan dia ,mudah katanya nak bawa keluarga berjalan.
Warna pilihan pun nak tanya mak nya dulu.Pada aku yang dah tua ni memang lah suka yang gelap2 tapi ikutlah kesukaan sendiri ,kan kereta sendiri.Akhirnya merah pilihan dia ...mak ok je,orang muda kan..
Mudah2an perjalanan mencari rezeki halal dengan menggunakan kereta barunya setiap hari sentiasa dipermudahkan .
tahniah fateha, dah ada kereta sendiri, hujung minggu dapat bawa mak ayah berjalan2
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah fateha
ReplyDeleteAlhamdulillah dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteUntung budak sekarang ni dah ada skim utk graduan utk membeli kereta.
Saya dulu dah 6 tahun bekerja baru dpt beli kereta sbb nak kumpul duit deposit beli kereta dulu..
Alhamdulillah, rezeki berkat kerja tu Kak. Tahniah. Lepas ni bolehla selalu bawa mak jenjalan Kan;)
ReplyDeleteAlhamdulillah...Best ni ada kereta sendiri.
ReplyDeleteMoga murah rezeki selalu dan dimudahkan segala urusan.
Salam Kak Saniah..
ReplyDeleteAlhamdulillah Fateha dah kerja dan dapat beli kereta..
Mesti sangat happy sebab hasil titik peluh sendiri..
Apa pun LZ doakan semoga Fateha terus success dalam apa jua bidang yang diceburi, amin.
Assalamualaikum saniah.. Apa khabar? Tahniah fateha dah punya kereta sendiri. Boleh bawak keluarga jln2.
ReplyDeleteWah lepas ni jauhlah perginya anak dengan mak ni hihi...
ReplyDeleteMesti rasa puas Fateha tu dapat beli kereta dengan titik peluh sendiri. Yelah SI kereta manual mmg lenguh kaki nak menekan brake dengan clutch. Nak nak jalan jam... aduyai....
Saya tumpang gembira kawan blog jadiklah hihi