Assalamualaikum
Iman dan ayah nya cuti sempena pertabalan Agong,jadi aku merancang untuk ke kampung kakak untuk menjenguk nya yang semakin uzur.Oleh kerana hanya kami bertiga ,aku pelawa adek dan dua anak nya ikut sama.Suasana dalam kereta yang sunyi dengan hanya bunyi lagu2 sebelum tu bertukar riuh....apataknya adek dan anak nya yang berumur 6 dan 11 tahun suka berbual.....pot pet pot pet....sedar2 dah tiba tempat dituju.
Cuti2 ni dah takde makpak untuk dikunjungi , pada kakak sulong( berlainan mak) tempat kami tuju.Dulu kami kecil pun dia yang menjaga waktu makpak keluar bekerja.
Masa nak pergi ke rumah nya aku ada tepon abang ipar.Tak sangka pula datang2 dah disuruh makan.Abang ipar yang masak semuanya sebab kakak nak duduk pun dah tak mampu.
Abang ipar masak kari ikan tongkol,ikan pekasam goreng,sambal cili padi,sayur bening lobak putih.Ada juga sayur tumis rebung,ikan haruan bakar masak lemak juga burung wak2 percik....hmm aku tak makan lah lauk esotik ni.
Tapi sambal tumis cili padi abang ipar memang terbaik....sedap sangat pada tekak aku walaupun berasap telinga dibuatnya.Sayur rebung juga sedap,aku buat ratah aje,lagipun dah lama tak makan sayur rebung.
Tak de snap2 gambar ,ingat nak makan je masa tu.
Masa nak balik abang ipar ambil kan beberapa anak pokok nenas untuk aku tanam.....padahal aku saje2 je cakap nak tanam.Bukan saja bekal kan sayuran dan ikan ( febret anak dia memancing tapi tak makan ikan air tawar),malah tanah hitam pun diberi nya setengah guni .Melihatkan sikap abang ipar ni teringat aku pada arwah bapak ,begitu lah arwah ketika anak2 nak balik ada saja yang dibekalkan untuk kami .
Foto: tiba di rumah suami terus tanam anak pokok nenas yang diberi.
Lebihkurang hampir pukul 3 kami pun minta diri untuk balik ,walaupun tak balik terus pun....bawa budak ber3 ni jalan2 dulu.Sayu hati tinggal kan kakak yang dah tak berdaya tu.Bersyukur sangat dapat abang ipar ni ,walaupun dia sendiri ada penyakit kencing manis namun kebajikan kakak semua dia jaga.
Bila masuk kereta dah tak perlu buka radio dah.....hahaha.Sesudah turunkan adek dan anak2nya bila tiba di rumah dia,hanya Iman yang tinggal duk sesorang ,senyap dah .Bila aku toleh....tido dah sampai lah tiba depan rumah tak menyedar.
Total Pageviews
Tuesday, 25 April 2017
Monday, 17 April 2017
Di sekolah aje
Assalamualaikum
Bila buka WA group xstudent,beberapa orang update sedang hadiri konvokesyen di universiti....sebagai ibubapa bahagianya mereka....aku belum rasai pengalaman itu....mudah2an Allah panjang kan umor untuk saksikan saat itu.
Setakat ni di sekolah jelah dapat tengok anak naik pentas.Terkini semalam hadiri mesyuarat pibg dan anugerah cemerlang di sekolah agama Iman.Tak teruja nak snap gambar sebab rasanya peperiksaan akhir tahun dah lama berlalu.
Petang.....Iman kata boring duk memerap kat rumah.Jom kita ronda kampung kata dia....kata je jalan2 tapi naik kereta juga.Mak okje,best juga sambil2 makan makanan ringan yang dibeli di kedai runcit sebelum tu.
Foto: makanan ringan nostalgia
Bila buka WA group xstudent,beberapa orang update sedang hadiri konvokesyen di universiti....sebagai ibubapa bahagianya mereka....aku belum rasai pengalaman itu....mudah2an Allah panjang kan umor untuk saksikan saat itu.
Setakat ni di sekolah jelah dapat tengok anak naik pentas.Terkini semalam hadiri mesyuarat pibg dan anugerah cemerlang di sekolah agama Iman.Tak teruja nak snap gambar sebab rasanya peperiksaan akhir tahun dah lama berlalu.
Foto: Iman menambah koleksi adek beradek.
Tak diduga cabutan bertuah nombor yang terlekat pada buku aturcara aku disebut orang yang pertama ambil hadiah.Walaupun pun tak seberapa ....Alhamdulillah,syukur.Kalau dah kata sekolah tak kan nak hadiah tv lcd,peti sejuk bagai ...!Petang.....Iman kata boring duk memerap kat rumah.Jom kita ronda kampung kata dia....kata je jalan2 tapi naik kereta juga.Mak okje,best juga sambil2 makan makanan ringan yang dibeli di kedai runcit sebelum tu.
Foto: makanan ringan nostalgia
Thursday, 13 April 2017
Capteh dan kenangan
Assalamualaikum
Foto: sumber google
Tahu tak apakah nama alat permainan ni?.Ini lah namanya capteh ,permainan seharian budak dulu2.Budak zaman ni mana main permainan rupa ni,lebih syok menghadap gajet2 yang serba canggih.
Sebenarnya terimbas kembali kenangan silam bermain capteh ni bila salah seorang sahabat group WA ex-student post gambar.Dia snap gambar capteh ni waktu berada London melawat anaknya baru2 ni.....hmmm,bangga sungguh permainan kita pun ada kat di sana.
Takde lah warna warni seperti capteh sekarang.Ikutilah warna semula jadi ayam je.Nak cantum kan bulu ayam dengan tiub yang dah dipotong bulat tu,biasanya kami guna paku.Kemudian dikat ,kemas....kalau tidak masa menimbang capteh boleh terbarai bulu ayam nya.
Biasanya main dengan kawan2 ,lagi ramai lagi seronok menimbang capteh bergilir2.Kadang2 bawa pula ke sekolah untuk bermain waktu rehat dengan kawan2 .Seingat aku lah dulu sekolah tak kisah pun berebut ke kantin tapi sibuk kejar masa nak main je.Dengan pakai baju kurung dan kain ,terror wei masing2 menimbang capteh....balik rumah kena bebel mak selalu sangat kain jadi kain belah...hihii..
Seingat aku,kami berenti main tali getah dan capteh ni masa awal darjah 6.Setelah kena tegur dengan cikgu kelas kami Almarhum cikgu Kasmin(Al Fatihah untuk cikgu).Bukan apa pun,kata cikgu tu dah tak manis budak perempuan nak main permainan seperti itu lagi...tapi kami belum baligh lagi cikgu....hihii.
Ahhh...kenangan itu ...indahnya!
Foto: sumber google
Tahu tak apakah nama alat permainan ni?.Ini lah namanya capteh ,permainan seharian budak dulu2.Budak zaman ni mana main permainan rupa ni,lebih syok menghadap gajet2 yang serba canggih.
Sebenarnya terimbas kembali kenangan silam bermain capteh ni bila salah seorang sahabat group WA ex-student post gambar.Dia snap gambar capteh ni waktu berada London melawat anaknya baru2 ni.....hmmm,bangga sungguh permainan kita pun ada kat di sana.
Foto:sumber WA group
Dulu kalau nak main capteh ni kena buat sendiri.Yang penting ada tiub basikal/ motor yang tak di gunakan lagi ,dan bulu ayam.Walaupun kami ni budak perempuan setakat capteh ni buat sendiri je.Zaman budak2 dulu kalau takde bulu ayam,sanggup kejar ayam dan tangkap,kemudian cabut bulu nya sehelai dua,biasanya ayam jantan lah jadi mangsa sebab bulunya panjang dan cantek.... ganas kannn....nasib tak mati ayam di kerjakan.Takde lah warna warni seperti capteh sekarang.Ikutilah warna semula jadi ayam je.Nak cantum kan bulu ayam dengan tiub yang dah dipotong bulat tu,biasanya kami guna paku.Kemudian dikat ,kemas....kalau tidak masa menimbang capteh boleh terbarai bulu ayam nya.
Biasanya main dengan kawan2 ,lagi ramai lagi seronok menimbang capteh bergilir2.Kadang2 bawa pula ke sekolah untuk bermain waktu rehat dengan kawan2 .Seingat aku lah dulu sekolah tak kisah pun berebut ke kantin tapi sibuk kejar masa nak main je.Dengan pakai baju kurung dan kain ,terror wei masing2 menimbang capteh....balik rumah kena bebel mak selalu sangat kain jadi kain belah...hihii..
Seingat aku,kami berenti main tali getah dan capteh ni masa awal darjah 6.Setelah kena tegur dengan cikgu kelas kami Almarhum cikgu Kasmin(Al Fatihah untuk cikgu).Bukan apa pun,kata cikgu tu dah tak manis budak perempuan nak main permainan seperti itu lagi...tapi kami belum baligh lagi cikgu....hihii.
Ahhh...kenangan itu ...indahnya!
Tuesday, 11 April 2017
Teh sejuk limau manis
Assalamualaikum
Pokok limau manis jiran sebelah rumah berbuah lebat ,banyak juga yang dah nampak sedikit kuning disebalik kulit hijau nya,tanda dah boleh dah dipetik .Kalau tidak akan gugur begitu saja ke tanah.Pokok limau ni dekat sangat dengan rumah kami.Jiran suruh ambil buahnya bila2 saja.Biasa Iman lah yang suka petik walaupun masih muda...Iman kan suka masam!
2-3 hari yang lalu aku ada petik ,ada lah dalam 7-8 biji.2 biji telah aku makan....sebab dah masak rasanya manis juga.Selebihnya aku letakkan di atas meja ,manalah tau Iman nak makan.Tapi aku tengok terbiar je tak dipedulikan.
Semalam seperti biasa encik suami akan buat air teh o untuk sarapan pagi.Iman pun akan minum air teh je pagi sebab kalau minum air lain pasti keluar balik....kalau nak beri susu ke milo sebelah siang je boleh.Itupun minum teh setakat cawan kecil je yang boleh ditelan.Biasanya bila encik suami dah ke tempat kerja dan Iman ke sekolah,banyak lagi air teh yang berbaki. Aku memang kurang minat minuman manis ni,...biasanya aku ambil setengah cawan je dan ditambah lagi air suam.Selebihnya air teh yang lebih dalam teko aku masukkan dalam peti sejuk.Iman biasanya balik sekolah nak cari air sejuk masa makan tengahari.Tapi semalam dia ada minuman lain,air teh sejuk tak diusik nya pun.Sayang pulak nak dibuang gitu saja.
Aku ambil limau manis ,lalu aku potong dan perahkan dalam air teh sejuk tadi.Aku tak tambah pun ais...dah cukup sejuk dah.Jadilah minuman aku untuk berbuka puasa petang semalam....segar rasanya ...selebihnya Iman lah perabiskan..

Monday, 10 April 2017
Laptop
Assalamualaikum
Bila dah belajar di IPT laptop adalah satu keperluan.Sewaktu mendaftar selain dari persiapan barang2 dan yuran ,laptop juga perlu ada.Jika takde terpaksa lah membeli ,memang agak terbeban bagi yang berpendapatan seadanya ni. Di rumah ni je ada 3 laptop yang tak lagi dapat digunakan.1 laptop anak sulong ,sewaktu nak daftar Asasi ,belikan untuk dia tapi 4 tahun je dah tak boleh nk guna lagi....dah pun beli lain.Yang 2 tu netbook 1Malaysia....lama juga lah dapat guna.Yang 1 tu masa Fateha bersekolah di sekolah kluster seramai 600 pelajar dapat netbook percuma.Fateha dapat gunakan hingga Asasi, lepas Asasi dia bekerja sementara, dapat lah dia beli laptop untuk kegunaan dia sambung degree selepas tu.
Netbook 1 lagi tu Azim dapat masa form 1 .Dapat lah Iqa gunakan masa Asasi sehingga lah mula meragam .Setelah Fateha dapat biasiswa dia beli laptop baru,jadinya laptop yang ada diberinya untuk Iqa yang digunakan hingga kini.Tapi sejak2 ni Iqa dah mula mengeloh ,walaupun laptop nya masih elok tapi keyboard nya bermasalah,banyak huruf yang tak dapat ditekan....bukan tak pernah ganti tapi masalah yang sama juga dihadapi.Terpaksa lah beli keyboard berasingan.Agak sukar juga lah nak mengusung ke kuliah.Sedang berkira2 juga nak beli laptop baru menggunakan biasiswa nya tapi bimbang tak mencukupi hingga akhir semester.Tak mahu menyusahkan ayah nya dia redha je guna seadanya buat sementara ni.
Alhamdulillah....seorang kawan yang baik hati menawarkan laptop terpakai yang tak digunakan lagi oleh keluarga nya untuk diberikan pada Iqa.Dah tentu Iqa bersyukur disaat dia amat memerlukan.Bila dia bagitahu aku ,suruh bayar lah sikit tapi katanya kawan nya tak mahukan bayaran.
YaAllah semoga insan yang baikhati ini dan keluarga nya diberi ganjaran kerana keikhlasan membantu permudahkan insan yang lain menuntut ilmu.

Wednesday, 5 April 2017
4/4 yang bermakna
Assalamualaikum
Sudah beberapa tahun 4/4 tarikh birthday anak sulung tak pernah ada di rumah.2017 4/4 ni kebetulan dia cuti beberapa hari.....adalah dia di rumah .Takde celebrate2 sangat pun sekadar masak kan pulut kuning untuk makan bersama .Kek rasanya tak perlu sebab Iqa pun ada bawa kek lapis dari Sarawak....udah lah... save budget.
Nak berbagai2 sangat pun terasa tak best....walaupun 4 orang ada kat rumah ,Azim pulak kat asrama.Masa makan2 pun ingat kat dia.Yang Iman pun satu hal juga ,apa juga yang Azim ketinggalan pasti disampaikan nya kelak....
Iqa kebetulan juga cuti saing dengan abang kakak nya ni.Rasanya dah berbulan2 juga mereka tak jumpa sesama walaupun tak jauh pun UPM dan UM....masing2 sibuk .Yang dua dengan FYP ,yang Iqa pula tak abis lagi jelajah ke seluruh malaysia.
Inilah antara buah tangan yang dibawa balik hasil ronda satu malaysia.Masa kat semenanjung takde apa2 yang dibeli ,maklumlah pelajar ,...kocek tengah kering apatah lagi masa terhad.
Foto :Di Kuching Sarawak walaupun masa terhad sempat juga membeli kek lapis .
Foto: Terubuk masin yang tak berapa nak kering ni keinginan maknya,sanggup dia beli saat akhir.
Foto: antara buah tangan dari Sabah dan Sarawak tshirt untuk adek2 lanang yang berdua .Banyaknya beli keychain tapi telah diagihkan pada kawan2.
Bila dah lama tak balik masing2 nak masakan rumah.
Takpelah mak masakan istimewa sikit ,sesekali kan rasa makanan mak....
Sewaktu aku publish entry ni pun anak sulung dah pun kembali ke universiti.....Aku hanya mampu berdoa agar perjalanan nya menuju ke destinasi ilmu dan kehidupan yang panjang di hadapan sana akan terus sukses.Semoga berjaya di dunia dan akhirat.

Monday, 3 April 2017
Sayur bening campur2
Assalamualaikum
Encik suami suka sangat sayur bening.Tak kisah lah sayur apa pun kecuali jenis kacang dan daun hijau....tak boleh makan sebab kesihatan.
Di rumah ni memang beberapa bulan sekali je masak gunakan santan ,itupun jika ada tetamu atau anak2 ramai di rumah.Kalau tidak alamat lh sendiri masak sendiri makan....Suami memang tak kan menjamah nya,dah berusia ni agak pemilih.
Tapi kalau ada sayur bening ,berselera dia makan.Sruppp...srupp dihirupnya.
Ini sayur bening yang aku masak sabtu lepas.
Kebetulan Fateha dan abangnya balik haritu ,jadi masaklah lebih sikit.Anak bujang aku ni diet ,cukup jaga pemakanan nya.Jadi sayur bening gini suka lah dia.
Kerap sangat buat sayur bening ,cuma sayuran dan bahannya je bertukar.
Resepi sayur bening aku kali ni
1/4 biji kobis
1/2 biji lobak putih
1/2 bungkus white crab mushroom
1biji tomato
Sedikit soohoon
6 atau 7 biji chicken ball
Sehelai daun kunyit
1/4 ketul kuib ikan bilis
Bawang putih
Bawang merah
Garam
Caranya
Semua dipotong dan dihiris. Masukkan air dalam periuk .Masukkan bawang merah/ putih ,kiub ikan bilis dan daun kunyit yang telah disiat.Masukkan lobak putih dan chicken ball ,Biarkan hingga mendidih.Masukkan cendawan,kobis dan soohoon .Aku tambah kan tomato yang dipotong 4 supaya tak nampak pucat .Bubuh garam secukup rasa .Matikan api...boleh hidang.
Sangat sesuai makan untuk orang sakit /demam.

Subscribe to:
Posts (Atom)