Total Pageviews

Monday 10 April 2017

Laptop

Assalamualaikum
Bila dah belajar di IPT laptop adalah satu keperluan.Sewaktu mendaftar selain dari persiapan barang2 dan yuran  ,laptop juga perlu ada.Jika takde terpaksa lah membeli ,memang agak terbeban bagi yang berpendapatan seadanya ni. Di rumah ni je ada 3 laptop yang tak lagi dapat digunakan.1 laptop anak sulong ,sewaktu nak  daftar Asasi ,belikan untuk dia tapi 4 tahun je dah tak boleh nk guna lagi....dah pun beli lain.Yang 2 tu netbook 1Malaysia....lama juga lah dapat guna.Yang 1 tu masa Fateha bersekolah di sekolah kluster  seramai 600 pelajar dapat netbook percuma.Fateha dapat gunakan hingga Asasi, lepas Asasi dia bekerja sementara, dapat lah dia beli laptop untuk kegunaan dia sambung degree selepas tu.
Netbook 1 lagi tu Azim dapat masa form 1 .Dapat lah Iqa gunakan masa Asasi  sehingga lah mula meragam .Setelah Fateha dapat biasiswa dia beli laptop baru,jadinya laptop yang ada diberinya untuk Iqa yang digunakan hingga kini.Tapi sejak2 ni Iqa dah mula mengeloh  ,walaupun laptop nya masih elok tapi keyboard nya bermasalah,banyak huruf yang tak dapat ditekan....bukan tak pernah ganti tapi masalah yang sama juga dihadapi.Terpaksa lah beli keyboard berasingan.Agak sukar juga lah nak mengusung ke kuliah.Sedang berkira2 juga nak beli laptop baru menggunakan biasiswa nya tapi bimbang tak mencukupi hingga akhir semester.Tak mahu menyusahkan ayah nya dia redha je guna seadanya buat sementara ni.
Alhamdulillah....seorang kawan yang baik hati menawarkan laptop terpakai yang tak digunakan lagi  oleh keluarga nya untuk diberikan pada Iqa.Dah tentu Iqa bersyukur disaat dia amat memerlukan.Bila dia bagitahu aku ,suruh bayar lah sikit tapi katanya kawan nya tak mahukan bayaran.
YaAllah  semoga insan yang baikhati ini dan keluarga nya  diberi ganjaran kerana keikhlasan membantu permudahkan insan yang lain menuntut ilmu.

11 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki Iqa. mg murah rezeki mereka yg memberi, aamiin...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, gunakan sebaik2nya

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah! Untung dapat kawan-kawan yang prihatin macam ni. Bersyukur bantuan datang ketika sangat diperlukan. InsyaAllah, lain hari, bolehlah Iqa pulak menghulur bantuan pada yang memerlukan...

    Memang zaman sekarang ni laptop dah jadi barang keperluan, kak. Kalau zaman saya belajar di universiti dulu, barang mewah ni. Saya ingat dulu komputer pertama saya namanya 'Tatung'. Harga aje dah RM5000 lebih. Masa tu terasa mewah betullah dapat memiliki komputer. Tapi sekarang ni kalau RM5000, dapat Macbook rasanya.

    ReplyDelete
  4. Laptop dah jadi suatu keperluan bukan saja kepada anak2 yang belajar. Para blogger walau apa pekerjaan pun perlukan laptop untuk menulis entri.
    Sekarang harganya pun dah murah berbanding pada zaman dahulu.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah kak saniah..
    Murah rezeki anak2 akak ni..
    Dapat kawan anak2 yg baik juga..
    Sudi membantu..

    ReplyDelete
  6. Baik sungguh hati kawan tu... semoga kedua-duanya... Iqa dan rakannya tu memperolehi kejayaan yang cemerlang dan keluarga rakannya tu dilimpahi rezeki yang lebih lagi.

    ReplyDelete
  7. Betullah SI, laptop ni mmg dah jadi satu keperluan dah sekarang ni. Murah rezeki Iqa dan murah jugak rezeki org yg baik hati membantu tu.

    Terharu saya baca ni SI....

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah ada kawan yang baik hati

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.
    kawan gitu susah carik, kak saniah.
    syukur lah...

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah untung ada kawan2 yang baik hati macam tu

    ReplyDelete
  11. jangka hayat laptop ni memang tak lama.. cukup 3 tahun mulalah buat perangai. baiknya hati kawan tu... moga Allah permudahkan segala urusannya...

    ReplyDelete