Assalamualaikum
Encik suami suka sangat sayur bening.Tak kisah lah sayur apa pun kecuali jenis kacang dan daun hijau....tak boleh makan sebab kesihatan.
Di rumah ni memang beberapa bulan sekali je masak gunakan santan ,itupun jika ada tetamu atau anak2 ramai di rumah.Kalau tidak alamat lh sendiri masak sendiri makan....Suami memang tak kan menjamah nya,dah berusia ni agak pemilih.
Tapi kalau ada sayur bening ,berselera dia makan.Sruppp...srupp dihirupnya.
Ini sayur bening yang aku masak sabtu lepas.
Kebetulan Fateha dan abangnya balik haritu ,jadi masaklah lebih sikit.Anak bujang aku ni diet ,cukup jaga pemakanan nya.Jadi sayur bening gini suka lah dia.
Kerap sangat buat sayur bening ,cuma sayuran dan bahannya je bertukar.
Resepi sayur bening aku kali ni
1/4 biji kobis
1/2 biji lobak putih
1/2 bungkus white crab mushroom
1biji tomato
Sedikit soohoon
6 atau 7 biji chicken ball
Sehelai daun kunyit
1/4 ketul kuib ikan bilis
Bawang putih
Bawang merah
Garam
Caranya
Semua dipotong dan dihiris. Masukkan air dalam periuk .Masukkan bawang merah/ putih ,kiub ikan bilis dan daun kunyit yang telah disiat.Masukkan lobak putih dan chicken ball ,Biarkan hingga mendidih.Masukkan cendawan,kobis dan soohoon .Aku tambah kan tomato yang dipotong 4 supaya tak nampak pucat .Bubuh garam secukup rasa .Matikan api...boleh hidang.
Sangat sesuai makan untuk orang sakit /demam.
Bening ni perkataan Jawa yang bermaksud jernih.
ReplyDeleteMaksudnya masak sayur jernih@ masak rebus aje.
Masa duduk dengan mak dulu selalu makan sayur bening ni.
Saya baru tau
DeleteSama la dgn rumah atie ni kak saniah..suami suka bening jgk...klu anak2 xde...kerap jgk masak bening.TP anak2 klu msk camgini...mmg xminat ler.
ReplyDeleted
sedap juga tu kak SI. simple dan berkhasiat
ReplyDeleteKegemaran kami anak beranak jugak ni kak saniah..
ReplyDeleteSelalu masak dengan sayur fucuk dan kentang letak suhun..
Pergh memang sedap menghirup kuah tu..
Dorang suka regu dengan sambal tumis ikan bilis..
Kemain merah pulak kuah tu hihihi..
Akak letak daun kunyit ye..
ayoyo kak, kalau kat rumah saya, masak sayur begini alamatnya sendiri masak, sendiri makanlah jawabnya!
ReplyDeletesayur bening sedapnya, saya suka bab2 sayur nih
ReplyDeletePertama kali saya tau namanya bening.
ReplyDeleteTerima kasih saniah bagi resepi boleh cuba ni..suami pun kurang sihat boleh buatkan sayur bening
ReplyDeleteOwhhhhh patutlah CH masak sayur bening untuk menu berbuka, sayapun suka.. ~_^
ReplyDeleteNi kira rebus je kan kak? Kalo saya tumis bawang putih sikit, guna minyak sikit jer, tapi sayurnya tukar2 juga. Kadang kalo rajin tambah lada hitam sikit. Suami saya pun suka masak camni, santan dia kurang.
ReplyDeleteMasakan yang simple macam nilah yang kadang2 bertambah nasi dua tiga kali. Nak bagi kaw 'kawenkan' dengan sambal belacan ke, budu ke, cencalok ke atau sambal kicap... pergh! sedap Saniah.
ReplyDeleteSedap ni .. lawan ngan ikan kering , sambal belacan n sambal goreng tempe ..
ReplyDeletealahai...sedap nye sayur bening gini, makan lak ngan nasik panas2!
ReplyDeleteJom Singgah Sini
Kak Zai setuju dgn sweetie blh mkn bertambah. Cuma tak blh berulang sbb klau dipanaskan sayur akan jadi lembik.
ReplyDeleteSalam Kak Saniah!
ReplyDeleteEntah kenapa saya panggil masak bening ni masak air. Selalunya yang laku di rumah saya cuma kobis. Jadinya saya panggil kobis masak air ^_^ Dengan saya-saya sekali sekarang ni termakan kobis, kak. Tapi bahagian yang lembut ajelah. Bolehlah kunyah dan telan. Kalau kobisnya tebal, mahu saya letak tepi pinggan juga. Masak gini selalunya untuk anak bujang tercomel saya sebab dia suka makan nasi dengan kuah bening macam ni tambah suun.
Tetiba nak masak bening juga petang ni. Kobis dah beli semalam ^_^
Saya jarang buat bening SI. Selalunya buat sup. Tumis bawang dulu. Tp sebenarnya mmg bagus makan bening bening ginikan SI.
ReplyDeleteKalau sup mmg menghiruplah anak dara 2 orang tu terutamanya kalau ada suun.
Mak saya sukalah sayur mcm ni SI. Lawan kan pulak dengan sambal belacan....pergh!
suka juga makan sayur bening, tapi x panggil sayur bening. harini, dah 3 blog sy baca pasal sayur bening ni :D
ReplyDeletecendawan tu, jarang aida beli.
ReplyDeletesebab kurang mahir memasak nyer :)
umah aida wajib bersayur.
asben pantang kalu takde sayur, tak selera makan dia nanti :) hi hi.
so memang selalu ler buat sayur goreng, sayur jernih gini...