Total Pageviews

Wednesday, 26 February 2014

kering dan layu akhirnya

ASSALAMMUALAIKUM
        Akhirnya tanamanku tewas juga dengan terik mentari sekarang walaupun disiram pagi dan petang tak upaya lagi ia subur menghijau seperti dulu.

             Pokok cili padi yang hampir mati
             ulam raja juga tak terkecuali
          pokok kacang botol yang satu waktu dulu begitu gah  pun tak mampu lagi bertahan
         daun2 lempuyang pun mula mengering tapi mungkin hayatnya dapat dipertahankan andai ubinya tak terjejas
           pokok kunyit yang baru ditanam ni tidak lagi dapat diselamatkan
        mujor ada yang tumboh subor dikawasan yang agak redup

Monday, 24 February 2014

Aku dan tragedi sungai muar

Assalammualaikum
 Pagi ini bila buka TV terlalu sebak hati ini menyaksikan rentetan peristiwa anak2 remaja lemas di sungai Muar tempohari, sehingga tak tersedar airmata menitis tanpa henti.
Kita yang melihat dan mendengar begitu sedih dengan kejadian itu ,apatah lagi keluarga mereka.Ada diantara mereka 2 beradik.....tentulah pedih menerima hakikat.Kawan2 sekolah juga tentu terasa kehilangan apatah lagi mereka dari sekolah yang sama.Namun itulah takdirNya....kita kena reda.Hati anak2 remaja ini  begitu mulia berkorban untuk selamatkan kawan2.Mereka memang sahabat sejati...
Marilah kita hadiahkan Al-Fatihah untuk anak2 ini.Moga mereka ditempatkan dikalangan orang beriman....AMIN

Thursday, 20 February 2014

mahligai terlerai

ASSALAMMUALAIKUM
      19hb Feb 2014 terlerailah sudah ikatan perkahwinan teman yang aku ceritakan tempohari.Tempoh perkahwinan yang hampir 23tahun tidak dapat diselamatkan lagi.Kasihan anak2 bila mereka tahu ibubapa mereka sudah tidak sehaluan,Begitulah bahana penceraian ,anak2 jadi mangsa.Entahlah aku rasa lebih emosinal dari mereka ......
     Aku bersyukur amat dlam meniti kehidupan rumahtangga selama 26tahun ini kami cukup bahagia walau  menempuh onak duri kehidupan dan tidak dilimpahi kemewahan .Hampir 6th tanpa cahaya mata tidak pernah mengugat keharmonian rumahtangga kami .Jika dipanjangkan umor ,kami ingin meniti hari tua bersama.....(.hui ayat jiwang tuuuu.)


             buku yang sesuai dibaca oleh anak2 yang bakal berumahtangga

Wednesday, 19 February 2014

Jerebu atau debu

ASSALAMMUALAIKUM

Pukul 7 pagi hantar Iman ke sekolah agama cuaca agak gelap Bila turunkan dia di sekolah ,terus ke kedai runcit,nampak masih gelap seperti kabus makin lama makin tebal ,bau nya pun seperti asap.....APAKAH INI KABUS ,JEREBU ATAU DEBU....sampai ni belum terjawab lagi.

Tuesday, 18 February 2014

air cucian

ASSALAMMUALAIKUM
        Dalam menghadapi cuaca panas dan kering dan masalah2 air disana sini ,apa kata kita lebih hargai air.Air basuhan beras ,air cuci ikan ,jangan terus dibuang,boleh disiram tanaman.Tak perlu lah baja2 kimia untuk menyuburkan pokok2.Biasanya aku simpan dulu untuk disiram pada waktu pagi atau petang ,tapi kalau anak2 yang ke dapur ,tak dipesan memanglah dibuang semua.
       Jiran sebelah rumah siram pokok2 orkid nya dengan air2 cucian tersebut....subor sangat orkidnya selalu pula berbunga...tapi masa dia siram memang tak boleh dekat ,busok sangat,mungkin disimpan semalaman....baja asli tu...

Monday, 17 February 2014

Kerabu mangga

ASSALAMMUALAIKUM,
            Pagi sabtu lalu sekembali dari menghantar Azim ke asrama terpandang gerai menjual buah mangga.Hasrat hati hendak membeli sebab lama sudah tidak makan mangga  yang dibeli.Biasanya makan buah mempelam pauh yang kami tanam saja..buahnya pun banyak tidak pernah putus berbuah...tak tau sebab apa .ini agak lama tidak berbuah.
           Bila aku singgah untuk membeli mangga kat gerai tu ,lihat pula kenapa lah buah2 mangga nya nampak hijau je lebih.Bila tanya penjual memang ada yang belum masak lagi .Beli lah juga campurkan dengan yang sudah masak ranum.
           Balik rumah yang sudah masak ranum ,potong2 untuk santapan anak2 yang hendak bertolak balik ke universiti..Lebihan buah mangga yang tinggal agak keras,mungkin dipetik masih muda lagi.Aku fikir buat kerabu pun sedap juga.Tapi mangga ni tak lah semasam mempelam pauh ,oleh itu kenalah perahkan limau kesturi jika mahu.


Resepi KERABU MANGGA
     2 mangga (disagat)
     1batang bunga kantan (jika mahu)
     1 biji bawang besar (dihiris)
      ikan bilis /udang kering(digoreng garing)
      cili padi atau cili merah(ikut suka )-dihiris
      2 biji limau kesturi (jika mahu)
      1/2 btng lobak merah (jika mahu)-dihiris nipis
      garam
     gula
     kacang tanah goreng/sangai (ditumbuk)
Caranya
     Campurkan semuanya dan gaulkan rata,perasakan dengan garam ,gula dan perahkan limau kesturi.Masukan dalam pinggan hidangan ,taburkan dengan kacang tanah tumbuk.(aku tak masukkan pun sebab tak ada simpanan  kacang tanah ).Ada juga sesetengah orang yang masukkan hirisan serai atau cubitan ikan masin .Apa2 pun terpulang pada selera kita ,yang pasti kerabu makanan sihat.

Thursday, 13 February 2014

manis dan sejuk

Assalammualaikum,
Cuaca di luar masih panas berdenting seperti hari2 yang lalu....walaupun sesekali angin bertiup agak kencang ,tak dapat menghilangkan rasa bahang .Anak sulong aku ada di rumah pinta buatkan manisan untuk dimakan sejuk.Minggu depan anak2 sudah balik ke universiti semula.Tak mahu lah hampakan dia .Terfikir pula bubur som som ,sedap kalau disejukkan terlebih dulu..apa lagi dengan keadaan cuaca panas macam ni. Anak2 dan suami pun suka ,cuma aku dan Iman je yang tidak  begirtu berminat....
Sementara dia pergi cuci kereta aku mulakan langkah di dapur ,tak dpt lah nak kongsi resepi sebab aku buat stail orang lama ,main campak2 je.Yang penting ada tepung beras,santan dan gula merah/melaka juga daun pandan.
   

Wednesday, 12 February 2014

IMAN DAN MOTIVASI PAGI

Assalammualaikum
      Oleh kerana Iman ada kelas tambahan sekolah agama, terpaksa pergi seawal 7 pagi ,pukul 7.15 kelas sudah bermula.Walaupun waktu pembelajaran yang sebenar bermula 8.45pagi.Setelah selesai solat suboh sudah tidak boleh tarik selimut seperti selalu.Untuk menghilangkan mengantuk dia biasanya aku buka kan TV sambil dia bersiap2 untuk ke sekolah dan bersarapan.
    Pagi ini aku buka lah rancangan motivasi  di TV3 dan aku biarkan dia sendirian .Mungkin siaran ulangan 2012 .Rupa2 nya dia mengikuti apa yang yang dibicarakan oleh penceramah itu,lalu mencari kelibat aku di dapur ."tadi ustaz tu kata isteri layan suami ,kemudian mandi wajib sebelah pagi dapat 40 pahala"kata dia .Terkedu sekejap aku dengar apa yang dituturkan nya ."tapi  takpelah Iman solat kat masjid dapat 27 pahala "kata dia lagi.Alahai Iman.....Terpaksa lah terangkan yang ustaz itu bagitau untuk orang dewasa je.Mujor dia tidak banyak soal lagi.....begitulah Iman .Moga membesarmu menjadi anak yang soleh ....

Tuesday, 11 February 2014

hutang dan penceraian

Assalammualaikum
     Ajal dan maut ,jodoh dan pertemuan semuanya ditangan Allah.Siapa menduga walaupun sudah melayari kehidupan berumahtangga sekian lama ,dikurniakan anak2 yang ramai ,penceraian boleh juga terjadi akibat pinjam wang pada lintah darat (along).
    Aku sedih sangat dengar cerita seorang teman yang akan memfailkan penceraian pada hari2 terdekat ni.Pada mata kami mereka pasangan bahagia ,mereka sudah berkahwin lebih 20th,3 anak dh belajar di IPTA. 5 lagi masih sekolah rendah dan menengah.Segalanya bermula bila perniagaan suaminya mengalami kerugian yang teruk lebih 10th yang lepas.Teman aku yang berjawatan agak baik dalm kerajaan tu banyak menolong suaminya dengan meminjam bank ,menjual rumah (dia tinggal di kuartes )dan meminjam saudara mara.Untuk memantapkan lagi kewangan dia bertukar pekerjaan di sektor awam yang lebih lumayan...
    Kami fikir semuanya sudah selesai setelah sekian lama sepi tanpa berita.Dugaan kami meleset bila bertemu dengan dia semula .Sedih bila dapat tahu hutang suaminya tak sudah2 lagi untuk dia selesaikan Semuanya dia yang terpaksa menanggung baik hutang atau kehidupan seharian.Segalanya2 pinjaman mengunakan nama dia untuk membayar hutang . ,sehingga sudah diblack list.Kami boleh tolong sekadar termampu saja..
   kami nasihatkan dia apakah penceraian itu boleh selesaikan segalanya.Tapi dia benar2 sudah tawar hati ,walaupun berkali2 bertemu pakar kaunseling...mungkin ini jalan terbaik baginya ,kami cuma kasihan anak2 yang terpaksa menerima hakikat ibubapa mereka akan berpisah.Kasihan mereka...
 
 

Monday, 10 February 2014

Hari jadi Iman

Semalam 9hb Feb genaplah usia Iman 8 tahun.Terasa begitu cepat masa berlalu ,Iman pun sudah semakin membesar.Buat masa ini dia lah peneman kami di rumah ,bila abang2 dan kakak2 ke destinasi ilmu masing2.Oleh kerana semalam hari persekolahan bagi negeri Johor ni ,kami hanya masakkan pulut kuning untuk di hantar ke rumah2 jiran.Lagipun Iman suka sangat makan pulut kuning tanpa lauk apa2 pun.Untuk kejutan dia kami sediakan cupcake saja .Olehkerana balik sekolah agak lewat petang ,tergesa2 juga dia menikmati sebelum ke masjid untuk solat maghrib....


                       WAJAH WAJAH IMAN DARI KECIL HINGGA TERKINI
                       
           


Saturday, 8 February 2014

sambal belacan belimbing buloh

ASSALAMMUALAIKUM
    Baru balik dari mesyuarat PIBG sekolah Azim.Balik hampir pukul 2 petang kerana mesyuarat tamat agak lewat dari yang dijadualkan.Setelah selesai solat Zohor terus capai apa yang boleh dari peti sejuk.Mujor ayam telah dicuci lebih awal ,sayur2 pun sudah dipotong,mudah lah kerja .Terpandang pula belimbing buloh yang  dibeli di pasar minggu petang semalam.Nak masak bagai sudah tak sempat sebab perut minta diisi segera.Ku capai belacan ,terus goreng sekejap,basuh cili merah ,tumbuk keduanya dan belimbing tadi sehingga lumat.Tambah garam secukup rasa dan gula sedikit.Makan dengan ulaman dan nasi panas...terangkat gitu.
           baki belimbing buloh yang tinggal

Monday, 3 February 2014

SERUAN AL FATIHAH

ASSALAMMUALAIKUM
      Anak2 bercuti rutin memasak aku di dapur makin kerap.Anak2 hendak makan dari air tangan emak mereka juga walaupun aku bukan pakar dalam masakan ,setakat yang mudah2 sahaja yang aku mampu sediakan .Sambil membuat kerja2 di dapur terasa sepi pula tanpa halwa telinga.Pasang muzik dengar lagu2 nasyid ,terutama nasyid dari Hafiz Hamidun bertajuk Seruan Al Fatihah.Ku ulang berkali2 sambil mengikut bait2 lagu sehingga tidak sedar sudah selesai kerja2 di dapur.Alhamdulilah ......
   
     SERUAN AL FATIHAH
Yaa Allah
Dengan menyebut namaMu Allah
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Segala Puji bagi Mu Allah
Tuhan seluruh Alam maya
Engkaulah Yang Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai hari pembalasan
Hanyalah padamu kami menyembah
dan padaMu kami mohon pertolongan
tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
jalan org2 yang Kau beri nikmatMu
bukan jalan mereka yang Kau murkai
dan bukan pula jalan mereka yang sesat