Assalammualaikum
Gambar ni dah lama tersimpan dalam draf. Olehkerana mood berblog tak mari2 beberapa ketika ianya tersadai saje.
Sebenarnya nak kongsi salah satu cara menyimpan bunga kantan supaya tahan lama.
Biasanya kan kalau kita simpan gitu saja dalam peti sejuk dalam nya akan hitam .Nak buat masak pun macam tak best je bila dah tak cantek.
Dipersekitaran rumah ni ada lah 3 4 rumpun pokok bunga kantan tapi susah beno nak berbunga.Kalau ada sekuntum 2 je dalam sebulan...jadi kalau petik bunga nya kena lah simpan kalau tak digunakan untuk masak masa tu.
Salah satu cara untuk menyimpan bunga kantan agar tahan lama dengan memasukkan bunga kantan yang sudah dibelah kedalam plastik aiskrim .Masukkan air dan ikat seperti buat aiskrim malaysia.
Boleh simpan lama ..berbulan2 pun masih boleh digunakan untuk masak .Budak2 kat rumah ni beberapa kali terkena sebab ingat kan aiskrim.Mereka tahu maknya selalu buat aiskrim malaysia...menyangka aiskrim perasa baru....hehee.
Satu lagi cara dengan meleraikan kuntum2 bunga kantan tu. Masukkan dalam bekas , jangan biarkan ia basah.Simpan dalam tempat beku...Insyaallah tahan lama dan tak hitam.
Selamat mencuba.
Total Pageviews
Saturday 18 January 2020
Monday 13 January 2020
5 hari 4 mlm (part 5)
Assalammualaikum
28hb Dec --awal pagi kami dah bersiap dan berkemas .Aku , suami dan Iqa keluar untuk cari sarapan di gerai2 berhampiran tapi mungkin sebab tak biasa, tak temui...yang dapat hanya sesat.Akhirnya balik dan hanya jumpa kedai makan di area berdekatan ...tak banyak pilihan ,beli mee goreng betawi dan tauhu sumbat resepi indon katanya.
Balik hotel minum kopi dan teh di cafe.Masing2 takde selera nak makan makanan yang dibeli ..mujor beli tak banyak.Akhirnya menu cafe hotel gak yang dibedal.Mak je lah yang perabiskan tauhu sumbat versi indon.
8 .15 pagi dah check out hotel....8.40 anak sulong tiba kerana dia juga akan balik ke Melaka setelah setengah bulan di Penang sejak kelahiran anaknya.Aku naik Hilux anak sulong bersama Iman.Sementara ayahnya bersama Fateha dan Atiqa.
Dalam perjalanan aku kata pada anak sulong, perlu berhenti dimana2 R&R kerana ayah tentu lapar sebab sudah biasa makan makanan berat pepagi tapi masa bekfes di hotel tu ayah hanya makan roti.Anak kata nanti akan dia bawa makan di Sungai Klah untuk makan nasi buloh.Ermm...dah terbayang keenakan nasi dalam buloh.
Keluar tol Sungkai dengan penuh harapan menuju destinasi....alangkah kecewanya memasing bila tiba tempat di tuju tak buka pula kedai nya hari tu.Malah banyak motor yang berkonvoi dan kereta yang pusing balik dengan hampa.
Kami teruskan perjalanan dan berhenti di R &R Ulu Bernam.Masing2 nak makan nasi kerena dah tengahhari ...semua dah lapar.Selesai makan terpandang pula gerai mee kari.Anak sulong kata mee kari R& R Ulu Bernam ni sedap.Sebab memasing nak merasa beli lah 2 mangkuk.
Memang sedap sangat dan terbaik tapi semua dah kenyang...sukar dah nak perabis.
Setelah selesai makan dan solat di R&R kami meneruskan perjalanan ke Sungai Buloh ...rumah adek lelaki aku.Sebenarnya hari ni adek membuat majlis pertunangan anak perempuan sulong nya.Alhamdulilah tiba tepat waktu.Sudah ada majlis seperti ni sudah tentu kena makan lagi.Memang banyak sangat makanan tapi kami masih kenyang sangat.Sebagai memenuhi syarat ambil juga sedikit makanan
dan ada yang dikongsi bersama anak2 .Iman lah yang suka sebab ada ' corndog ' free...beberapa cucuk juga lah dia makan.
Kalau ikut kan perancangan kami sebelum bercuti , balik dari Penang nak bermalam di rumah adek tetapi memandangkan saudara mara sebelah isterinya ramai kami batalkan.Kebetulan anak sulong nak balik Melaka.
Setelah selesai majlis dan beramah mesra kami minta diri untuk meneruskan perjalanan ke Melaka.Kami ditapaukan banyak makanan dan kuih muih untuk dibawa balik...ermm makanan lagi...murah beno rezeki makanan kami...Alhamdulilah.
Maghrib juga kami tiba rumah anak di Melaka.Sebelum tidur ,malam kena mendobi dulu kain baju yang setimbun ,lega lah sikit bila balik rumah nanti .
29hb Dec awal pagi kami pergi Pasar Tani Alor Gajah.Saja nak cuci mata dan membeli sedikit barangan dan sedikit makanan.Balik dari pasar tani singgah di gerai
Foto: sumber google
untuk sarapan dan bungkus untuk anak sulong dan Iman yang tinggal.Tak makan murtabak pun sebab dah puas masa kat Penang.Kami makan nasi lemak hijau dan beli bungkus untuk roti canai.
12 tengahari kami sudah bertolak balik Johor.Takde nya balik terus pun singgah Simpang Renggam rumah kakak dan adek bagi buah tangan .Rumah kakak disediakan makanan....bukan kakak masak pun semuanya made from kedai ...hihii.
Sampai di rumah lebihkurang pukul 5 petang....puhh 5 hari ditinggalkan tanpa penghuni rumah kami syurga kami.Pekara pertama sebelum masuk rumah beri makan anak2 bulus yang sudah ditinggalkan berhari2 .Alhamdulilah 5 hari 4 malam misi kami bertemu bidadari kecil sambil2 bercuti hujung tahun terlaksana dengan kepuasan .
Pulau Pinang--Kedah--Selangor--Melaka.
Alhamdulilah...

Saturday 11 January 2020
5hari 4 mlm ( part 4)
Assalammualaikum
27hb Dec--Semua bangun awal sebab sudah rancang nak ke Kedah pagi tu dari cadangan anak sulong. Dia sendiri tak ikut sama sebab bawa si kecil Sarah ke hospital untuk check kuning.
Sebelum nak bertolak sarapan dulu di cafe hotel ...sarapan disediakan dalam pukul 7.30 hingga 8.30 pagi je.
Selesai sarapan anak sulong whatsapp kata akan datang sekejap lagi untuk hantar sarapan yang dibuat mak mertuanya.Bila dia sampai alamak ....banyak nya my besan tapau kan untuk kami ,sebekas besar mee hoon goreng dan berketul2 karipap.Sebenarnya perut masing2 dah kenyang jadi aku cadangkan untuk bawa bekal untuk dimakan dalam perjalanan nanti.
Pukul 8.30 pagi kami sudah berada di atas jalanraya menghala ke utara.Saja suruh Fateha drive santai2 je sebab nak menikmati pemandangan sawah bendang yang terbentang luas
.Sebab tujuan ke Kedah nak ke Pekan Rabu Alor Setar.Rasa terlalu awal tiba kerana buka pun dalam pukul 10 pagi.Kami ambil keputusan untuk berhenti di R & R Gurun untuk minum2 dan makan makanan yang dibawa .Memang banyak my besan bekal kan sehingga balik pun masih tak terabis.
Di R& R Gurun cuaca panas menyengat walaupun belum pun 10 pagi...budak2 ni kata memang lh panas sebab kita berada di gurun...ermm.
Setelah meneruskan perjalanan tiba Alor Setar dalam pukul 10.30 ++Pekan Rabu pun agaknya baru buka.Seronok sebenarnya jalan kat bandar Alor Setar ni tak rasa stress langsung sebab tak hadap jem.Mungkin sebab masih awal lagi tak banyak kereta di tempat pakir.Tempat pertama dituju tentulah tingkat paling atas.Maka bermulalah misi memborong.
Rambang mata lihat jualan murah2 ...rasa semua nak beli.
Konon nak beli ala kadar je tapi terbanyak lah akhirnya...lagipun fikir nak bagi buahtangan untuk jiran dan adek kakak.Last2 suami ajak turun cepat ...hihii takut lah tu kita berabis .Tingkat bawah sekali banyak jualan kainbaju.Capai juga sehelai 2 untuk diri sendiri dan anak.Tak lama pun dalam pekan Rabu sebab tak boleh tahan nafsu untuk membeli.
Sebab tak lama di Pekan Rabu masih banyak masa lagi .Maka meronda lah di sekitar bandar cuci2 mata.Singgah di Menara Alor Setar....budak ber3 tu nak naik atas katanya.Ok lah mak dengan ayah tunggu bawah je...gayat wei kita yg tengok dari bawah ni pun.
Setelah berehat serta solat asar kami keluar lagi untuk ke rumah my besan.Last jumpa cucu sebab awal pagi esok nak bertolak ke Selangor pula.Di rumah besan ni mereka suruh makan sebab dah masakkan nasi ayam .Masa nak balik ke hotel anak sulong bawa pula makan di kedai mee sup utara / sambal merah. Tak jauh dari rumah mertua nya di area Sungai Dua juga Sedap dan murah ....huh ...kenyang sungguh .Rasa nak seret perut balik ke hotel.
27hb Dec--Semua bangun awal sebab sudah rancang nak ke Kedah pagi tu dari cadangan anak sulong. Dia sendiri tak ikut sama sebab bawa si kecil Sarah ke hospital untuk check kuning.
Sebelum nak bertolak sarapan dulu di cafe hotel ...sarapan disediakan dalam pukul 7.30 hingga 8.30 pagi je.
Selesai sarapan anak sulong whatsapp kata akan datang sekejap lagi untuk hantar sarapan yang dibuat mak mertuanya.Bila dia sampai alamak ....banyak nya my besan tapau kan untuk kami ,sebekas besar mee hoon goreng dan berketul2 karipap.Sebenarnya perut masing2 dah kenyang jadi aku cadangkan untuk bawa bekal untuk dimakan dalam perjalanan nanti.
Pukul 8.30 pagi kami sudah berada di atas jalanraya menghala ke utara.Saja suruh Fateha drive santai2 je sebab nak menikmati pemandangan sawah bendang yang terbentang luas
.Sebab tujuan ke Kedah nak ke Pekan Rabu Alor Setar.Rasa terlalu awal tiba kerana buka pun dalam pukul 10 pagi.Kami ambil keputusan untuk berhenti di R & R Gurun untuk minum2 dan makan makanan yang dibawa .Memang banyak my besan bekal kan sehingga balik pun masih tak terabis.
Di R& R Gurun cuaca panas menyengat walaupun belum pun 10 pagi...budak2 ni kata memang lh panas sebab kita berada di gurun...ermm.
Setelah meneruskan perjalanan tiba Alor Setar dalam pukul 10.30 ++Pekan Rabu pun agaknya baru buka.Seronok sebenarnya jalan kat bandar Alor Setar ni tak rasa stress langsung sebab tak hadap jem.Mungkin sebab masih awal lagi tak banyak kereta di tempat pakir.Tempat pertama dituju tentulah tingkat paling atas.Maka bermulalah misi memborong.
Konon nak beli ala kadar je tapi terbanyak lah akhirnya...lagipun fikir nak bagi buahtangan untuk jiran dan adek kakak.Last2 suami ajak turun cepat ...hihii takut lah tu kita berabis .Tingkat bawah sekali banyak jualan kainbaju.Capai juga sehelai 2 untuk diri sendiri dan anak.Tak lama pun dalam pekan Rabu sebab tak boleh tahan nafsu untuk membeli.
Sebab tak lama di Pekan Rabu masih banyak masa lagi .Maka meronda lah di sekitar bandar cuci2 mata.Singgah di Menara Alor Setar....budak ber3 tu nak naik atas katanya.Ok lah mak dengan ayah tunggu bawah je...gayat wei kita yg tengok dari bawah ni pun.
Tiket untuk naik Menara Alor Setar ni seorang RM 12.
Dari atas dapat lihat pemandangan bandar dan sekitarnya seluas mata memandang.
Sebelum balik semula ke Penang singgah makan tengahhari di Medan selera Alor Setar
Lebihkurang pukul 2 dah tiba Penang.Singgah di Jeruk Pak Ali beli jeruk sebelum balik hotel.Setelah berehat serta solat asar kami keluar lagi untuk ke rumah my besan.Last jumpa cucu sebab awal pagi esok nak bertolak ke Selangor pula.Di rumah besan ni mereka suruh makan sebab dah masakkan nasi ayam .Masa nak balik ke hotel anak sulong bawa pula makan di kedai mee sup utara / sambal merah. Tak jauh dari rumah mertua nya di area Sungai Dua juga Sedap dan murah ....huh ...kenyang sungguh .Rasa nak seret perut balik ke hotel.
Masa otw balik hotel tempat kami menginap tu ada lah pulak pasar malam.Tak jauh hanya belakang hotel je .Mestilah nak singgah juga sebab nak tengok suasana pasar malam di negeri orang.Terjebak juga beli berbagai2 ...suami nampak banyak yang jual murtabak utara...disuruhnya beli sebab dah jatuh cinta pertama semalam....hihii.
ok balik hotel ...berkemas sebab awal pagi dah checkout untuk ke destinasi seterusnya...tak boleh lama2 di Penang ..boleh kembang semangkuk jadinya...apatak makan makan je..
Sambung part 5
Friday 10 January 2020
5 hari 4 malam (Part 3)
Assalammualaikum
Puashati rasa dapat
memegang cucu sulong yang selama beberapa hari sejak lahirnya hanya menatap
pada gambar dan video yang dihantar dari anak .My besan berkali2 mempelawa kami
makan .Walaupun masih lagi kenyang kami hadap juga apa yang terhidang.Wah.. nasi
daging utara special my besan yang masak sendiri.Sedap sangat …suami yang
memilih bab makan ni pun bertambah2 nasi.Kami memang tak pernah makan sebab di
negeri Johor tak biasa orang masak nasi daging.Ringkas sangat hanya nasi
daging,daging yang direbus cicah air asam dan ulaman timun tomato dan salad.Lepas makan nasi ada lagi
manisan dan kek yang dibuat sendiri disuruh juga makan.Sebenarnya dah sendat
sangat perut tapi sebab nak jaga hati makan juga kami,
Lepas makan besan suami
isteri suruh anak sulong bawa kami jalan2 ke Pulau.Macam2 tempat yang disuruh
bawa tapi sebab dah petang dengan jalan yang jem hanya sempat ke bebrapa
tempat .Seronok Iman merasa pengalaman naik feri kali pertama dia
.Badan dah penat sangat tapi sebab anak nak bawak berjalan ikut je lah langkah kaki nya sehingga aku sendiri ajak balik keseberang
,Sebenarnya hanya guna 1 kereta …sebab biasalah masalah jem kat pulau tu.Kereta kami tinggal depan rumah besan jadinya kena kembali ke sana.Sebelum balik anak sulong bawa singgah makan char kuey tiaw ditempat yang agak popular di Sungai 2 tak jauh dari rumah my besan
.Sebenarnya bukan kali pertama aku makan di sini….memang sedap sangat char kuey tiaw nya .Ada kerang dan udang besar2 dan lebih kurang 5 ekor setiap pinggan.Aku memang kurang suka udang ...Iman lah tukang perabis . .Suami memang tak makan kuey tiaw ni jadi ambil kan nasi lemak bungkus yang sedia ada dengan bermacam lauk ada sambal kerang ,ikan masin nasi lemak biasa pun ada.Aku nak juga merasa nasi lemak ambil sebungkus nasi lemak ikan masin…alahai ingatkan nasi lemak macam biasa yang ada ikan kering rupanya nasi lemak yang lauknya kari ikan kering.Dah terambil kan terpaksa lah habiskan tanpa rela…kesian orang yang membayar .Murah je nasi lemaknya hanya RM 1 dan RM 1.20 sebungkus.

Lepas makan terus kembali
ke rumah besan untuk ambil kereta..tak masuk rumah pun sebab dah senja.Anak sulong kata tunggu sekejap sebab bapa
mertuanya belikan murtabak utara untuk dibawa balik ke hotel.Bila dia datang
semula ke kereta bukan saja bawa murtabak yang dibeli tadi malah mak mertua nya
bekalkan juga 1 bekas kek baki yang dihidangkan pada kami sebelum tu .Ermm.. makanan lagi…tapi rezeki kan .Tiba di hotel
walaupun kata nya dah kenyang2 amat tapi bila buka bekas murtabak memang tak
dapat nahan nafsu…baru tahu murtabak utara ni comel2 rupanya
….tebal dan padat .Selama ni kami makan murtabak biasa yang selalunya banyak bawang…sebab tulah iqa tak makan tapi bila dapat murtabak ni konon nak simpan untuk sarapan abis dibedal juga malam tu.

Malam tu Kami tidur macam
ular sawa kekenyangan …hihihi.
Sebab malam sebelum tu aku tak tidur semalaman,mungkin kerana keletihan sepanjang hari ...kali ni cicah je bantal sedar2 dah suboh.Alhamdulilah ..

Sambung part 4
Thursday 9 January 2020
5 hari 4 mlm (part 2)
Assalammualaikum
Walaupun memulakan
perjalanan pepagi buta lepas KL je matahari dah memancar apatak nya orang sibuk
pergi kerja kita sibuk nak berjalan…hadaplah jem sama2 .Kami memang merancang tak
mahu terburu2 sangat untuk tiba sesuatu tempat sebab memang nak bercuti je pun
.Maka driver kami tak bolehlah merempit sebab takut kena cubit…Cadangnya bila
lapar nak singgah makan makanan berat sikit di mana2 R&R tapi mungkin
penangan roti canai dan teh mamak takde siapa mengadu lapar .Lagipun dalam kereta banyak cemilan2an.Maka teruskan
perjalanan sehingga ke R&R Semanggol baru berhenti ,itupun sebab ada yang
nak terkucil.Lagipun rasa terawal pulak perjalanan sedangkan masa untuk checkin hotel di Penang hanya selepas pukul
2ptg.Rehat je lah dulu sambil2 makan kudap2an yang dibeli di R&R tu.dan
duduk diwakaf yang disediakan.
Adalah dalam 40 minit
berhenti kami teruskan perjalanan.Setelah keluar tol Juru baru masing2 mengadu
lapar.Maka sebelum checkin hotel kena lah isi perut dulu.Tempat orang kan ...main redah je cari tempat makan .Otw nak ke hotel tu ada satu kedai makan
yang kelihatan begitu ramai orang dan berderet kereta pakir tepi jalan .Kami pun dapat
pakir kereta nunnn jauh ke hadapan.Sebab perut masing2 dah lapar pasrah je lah
melangkah .Tapi memang tak rugi bila melihat banyak pilihan makanan dan lauk yang disediakan.Masing2
nak makan nasi dan memilih lauk febret masing2 dan 4 gelas air pilihan.Memang 4
gelas je sebab aku jarang order air bila di kedai makan ..,tak abis biasa nya …kongsi
je dengan mereka.tak membazir kan .Memang tak de snap gambar makanan yang kita
orang makan …selain lapar malu weh sebab ramai orang apatah lagi nak dapatkan
meja kosong pun agak sukar.Kami berlima ada yang ambil lauk ayam goreng,telur masin,ikan sambal,ikan keli goreng,kerabu dan paru masak hitam.Tapi macam tak
percaya sampai la ni sebab harganya murah sangat waktu mereka beri bil yang sedang
kami makan tu….RM 19.50 je.Kalau kat Johor ni memang tak kan jumpa semurah tu.Mungkin
sebab dekat dengan UITM Permatang Pauh .Kalau tak silap nama kedai nya WOW
MELETUP SEDAP …memang terbaik murah dan sedap.
foto: dari sumber google
foto: dari sumber google
Lepas makan kami beredar nampak
pula gerai gorengan hampir tempat pakir
kereta …apa lagi beli lah berringgit2 goreng pisang dan ntah apatah lagi tak ingat
dah...padahal perut dah kenyang.Kononnya utk makan di bilek hotel nanti.Lepas
pukul 2 juga kami tiba di hotel.Alaa... hotel murah2 je .Jenuh juga mencari sebab buat tempahan dari
cadangan anak sulong yang pernah bermalam di situ.Bukan tak mahu sewa homestay
tapi rasa terlalu besar untuk kami yang hanya 5 ketul..Walaupun hotelnya agak kebelakang dan kawasan nya macam tak best
je tapi tak sangka ada hotel yang agak
menarik.
foto: hadapan We Hotel
Kali ni kami sewa untuk family room .Walaupun katil utk 4 orang masih
lagi selesa Iman menyelit .Dapat pula bilek depan dan bawah ,,,memang
terbaiklah… dapat pakej untuk sarapan pagi juga.
foto: hadapan We Hotel
Masuk bilek je pekara
pertama dah tentu nak solat dan berehat
dulu sebelum misi bertemu cucu.Anak sulong dan my besan dah tahu kami dah tiba Penang
…dorang suruh datang segera ke rumah sebab dah masak kan makanan untuk
kami.Alamak perut kenyang lagi…tapi tak kan nak menolak pulak,
Pukul 3.30 petang kami
bertolak ke rumah besan …adalah dalam 10 minit perjalanan.Masuk je dalam rumah
dah terpandang sikecil …macam2 rasa ada
teruja ,sedih dan gembira.Alhamdulilah Allah panjangkan umor untuk menatap dan
memegang cucu sulong sendiri.
Si kecil ni lahir kecil aje hanya 2.4kg …halus je anak dara ni.Sebab nun jauh nak jumpa lagi, banyak lah ambil gambar dan video untuk ubat rindu kami bila balik Johor .

Sambung part 3
5hari 4malam (part 1)
Assalammualaikum
Selamat Tahun Baru 2020 walaupun 1/2 bulan dah berlalu tapi masih bulan Jan kan.
Sepanjang 2019 hanya ada beberapa blog je yang aku pos.Selain dari mood ke laut aku juga jarang bersendirian sekarang kerana anak2 cuti silih berganti.Iqa pun dah abis belajar .Sementara tunggu kerja ni ada lah teman berbual dibandingkan sebelum ni yang ternanti2 orang balik rumah sampai petang2 kala.
Okeylah... nak cerita cuti sekolah hujung tahun haritu.Sebenarnya aku dengan Fateha dah plan berbulan2 sebelum ,nak cuti2 ke Terengganu tapi bila dah hampir2 waktu nya dah sibuk banjir kat pantai timur...maka cancel lah .
Kebetulan menantu bersalin dan berpantang di rumah my besan di Pulau Pinang .Cucu pertama ...memang excited sangat nak tengok dan pegang.Bidadari kecil SARAH SOFEA lahir 15hb Dec tapi tokmak dan tokayah Johor hanya dapat jumpa setelah 11hari .Itupun dah penghujung2 cuti sekolah .
Bukan tak mahu datang awal tapi perlu selesaikan pembelian buku sekolah Iman dulu .Cuti sekolah dah nak berakhir kena sempat2 kan juga bawa Iman jalan2 …kesian sebelum tu kena hadap pekse SDKA hingga akhir bulan Nov.Memang takde ke mana lah sebelum tu .Dalam duk sibuk2 nak pergi Azim balik cuti study week lah pulak…memang bingung sekejaplah .

25hb Dec....Rabu, awal pagi pergi sekolah Iman beli buku dan peralatan
sekolah…settle.... budget terlebih dari yang disenaraikan….Alhamdulilah.Balik
belikan makanan kucing berpaket2 .Bukan senang nak tinggalkan mereka walaupun
hanya kucing kampung yang tinggal di luar rumah je .Pesan pada jiran tolong
berikan makanan yg disediakan jika dah kehabisan .Tengahhari dalam pukul
12 baru kami bertolak dari rumah.Dah
macam sardin bila dah terlebih muatan sebab Azim lah tu…ermm.Tapi okey je sebab
semua happy .Mak no hal sebab duduk sebelah driver…seperti biasa sekarang
Fateha lah yang drive,ayah dah boleh relax kat belakang.Mak sebelah Fateha boleh jadi
radio buruk kalau tak dia mengantuk.
Kami cadang memang tak nak lah teruskan perjalanan ke
utara haritu.Lagipun dah menempah hotel murah di Serdang untuk bermalam..Hantar Azim balik U dulu baru
checkin hotel .Bilek dan toilet hotel cukup selesa tapi aku yang tak selesa …memang tak dapat tidur lah
semalaman.Pukul 4.30 pagi selesai tahajud aku kejutkan semua .Geramnya dorang
setelah semuanya selesai mandi dan bersiap azan suboh pun belum lagi.hihii.... aku
saje je kejutkan anak2 dan si ayah awal sebab aku tak dapat melelapkan walau
sepicing pun .Fateha dan Iqa kata mak dah tak sabar jumpa cucu dah tu sebab tak dapat tidur.Takde nya
sebab mata aku memang payah nak lelap bila dah beralih tempat.
Sebab dah bersiap awal lepas je masing2 solat subuh
kami terus checkout hotel.Gelap lagi di luar walaupun jalan dah mula sibuk.Sebelum nak teruskan perjalanan lepak kedai mamak jap untuk sarapan…biasalah teh tarik
dengan roti canai je lah yg boleh hadap pepagi buta tu.
Tak lama dalam 15 minit je . Dalam pukul 6.40 pagi mula perjalanan seterusnya.
Okey sambung part 2Tak lama dalam 15 minit je . Dalam pukul 6.40 pagi mula perjalanan seterusnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)