Total Pageviews

Thursday, 9 January 2020

5 hari 4 mlm (part 2)


Assalammualaikum
Walaupun memulakan perjalanan pepagi buta lepas KL je matahari dah memancar apatak nya orang sibuk pergi kerja kita sibuk nak berjalan…hadaplah jem sama2 .Kami memang merancang tak mahu terburu2 sangat untuk tiba sesuatu tempat sebab memang nak bercuti je pun .Maka driver kami tak bolehlah merempit sebab takut kena cubit…Cadangnya bila lapar nak singgah makan makanan berat sikit di mana2 R&R tapi mungkin penangan roti canai dan teh mamak takde siapa mengadu lapar .Lagipun dalam kereta banyak cemilan2an.Maka teruskan perjalanan sehingga ke R&R Semanggol baru berhenti ,itupun sebab ada yang nak terkucil.Lagipun rasa terawal pulak perjalanan sedangkan masa untuk  checkin hotel di Penang hanya selepas pukul 2ptg.Rehat je lah dulu sambil2 makan kudap2an yang dibeli di R&R tu.dan duduk diwakaf yang disediakan.
Adalah dalam 40 minit berhenti kami teruskan perjalanan.Setelah keluar tol Juru baru masing2 mengadu lapar.Maka sebelum checkin hotel kena lah isi perut dulu.Tempat orang kan ...main redah je cari tempat makan .Otw nak ke hotel tu ada satu kedai makan yang kelihatan begitu ramai orang dan berderet  kereta pakir tepi jalan .Kami pun dapat pakir kereta nunnn jauh ke hadapan.Sebab perut masing2 dah lapar pasrah je lah melangkah .Tapi memang tak rugi bila melihat banyak pilihan makanan dan lauk yang disediakan.Masing2 nak makan nasi dan memilih lauk febret masing2 dan 4 gelas air pilihan.Memang 4 gelas je sebab aku jarang order air bila di kedai makan ..,tak abis biasa nya …kongsi je dengan mereka.tak membazir kan .Memang tak de snap gambar makanan yang kita orang makan …selain lapar malu weh sebab ramai orang apatah lagi nak dapatkan meja kosong pun agak sukar.Kami berlima ada yang ambil lauk ayam goreng,telur masin,ikan sambal,ikan keli goreng,kerabu dan paru masak hitam.Tapi macam tak percaya sampai la ni sebab harganya murah sangat waktu mereka beri bil yang sedang kami makan tu….RM 19.50 je.Kalau kat Johor ni memang tak kan jumpa semurah tu.Mungkin sebab dekat dengan UITM Permatang Pauh .Kalau tak silap nama kedai nya WOW MELETUP SEDAP …memang terbaik murah dan sedap.
foto: dari sumber google
Lepas makan kami beredar nampak pula  gerai gorengan hampir tempat pakir kereta …apa lagi beli lah berringgit2 goreng pisang dan ntah apatah lagi tak ingat dah...padahal perut dah kenyang.Kononnya utk makan di bilek hotel nanti.Lepas pukul 2 juga kami tiba di hotel.Alaa... hotel murah2 je  .Jenuh juga mencari sebab buat tempahan dari cadangan anak sulong yang pernah bermalam di situ.Bukan tak mahu sewa homestay tapi rasa terlalu besar untuk kami yang hanya 5 ketul..Walaupun hotelnya  agak kebelakang dan kawasan nya macam tak best je tapi tak sangka  ada hotel yang agak menarik.
foto: hadapan We Hotel

Kali ni kami sewa untuk family room .Walaupun katil utk 4 orang masih lagi selesa Iman menyelit .Dapat pula bilek depan dan bawah ,,,memang terbaiklah… dapat pakej untuk sarapan pagi juga.
Masuk bilek je pekara pertama dah tentu nak solat  dan berehat dulu sebelum misi bertemu cucu.Anak sulong dan my besan dah tahu kami dah tiba Penang …dorang suruh datang segera ke rumah sebab dah masak kan makanan untuk kami.Alamak perut kenyang lagi…tapi tak kan nak menolak pulak,
Pukul 3.30 petang kami bertolak ke rumah besan …adalah dalam 10 minit perjalanan.Masuk je dalam rumah dah terpandang sikecil  …macam2 rasa ada teruja ,sedih dan gembira.Alhamdulilah Allah panjangkan umor untuk menatap dan memegang cucu sulong sendiri.
Si kecil ni lahir kecil aje hanya 2.4kg …halus je anak dara ni.Sebab nun jauh nak jumpa lagi, banyak lah ambil gambar dan video  untuk ubat rindu kami bila balik Johor .
Sambung part 3

9 comments:

  1. Alhamdulilah..dh dpt title atok dan tokwan..saya ni bila nk p melawat cucu pun tak tau lagi

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah kak, walaupun jauh perjalanan nya tapi seornok lain macam dapat jumpa cucu tuh... memang murah sangat tu kak bil kat kedai makan tuh... lagi lah tengah lapar semua rasa sedap ya kak...

    ReplyDelete
  3. wahh jauh smpi sempadan siam tu dolan2 .. hehehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tahniah kak saniah

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Tahniah kerana dah bergelar atuk dan uwan. Moga cucu akak membesar dengan sihat dan menjadi mujahidah solehah.

    ReplyDelete
  6. Akhirnya ye kak, dpt juga memangku cucu di pangkuan ye, tahniah kak.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..
    Dah pegang Dan cium cucu sulong ye kak..
    Saya pulak ikut sedih akak kata bermacam2 perasaan Ada..

    ReplyDelete
  8. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete
  9. Water Hack Burns 2lb of Fat OVERNIGHT

    At least 160 thousand men and women are losing weight with a simple and secret "water hack" to burn 2 lbs each night while they sleep.

    It's painless and it works every time.

    You can do it yourself by following these easy steps:

    1) Hold a clear glass and fill it with water half glass

    2) And now do this amazing HACK

    and you'll be 2 lbs skinnier the next day!

    ReplyDelete