Total Pageviews

Tuesday 29 April 2014

nikmat hujan...



ASSALAMMUALAIKUM
ALHAMDULILLAH......nikmat hujan yang diturunkan oleh Allah semenjak dua menjak ni menyuborkan tanaman ku .Pokok cili yang aku tanam tempohari pun sudah mula mengeluarkan bunga .Benih2 bendi yang aku tabur dicelah2 pokok cili juga cepat membesar dengan begitu subor,juga sudah mula mengeluarkan bunga.Hati pun berbunga bila lihat apa yang kita usahakan hidup subor....tapi yang jadi masaalahnya rumput2 pun turut subor disekeliling nya......

Sunday 27 April 2014

terperangkap dalam kesesakan

ASSALAMMUALAIKUM
Jumaat hari cuti bagi budak sekolah tapi hari bekerja bagi encik suami....tergesa2 pulang

untuk ke asrama melawat Azim yang tidak balik minggu ni tetapi tidak ke sekolah Atiqa ....kerana agak jauh .
Cuaca agak panas masa nak bertolak tapi bila tiba tempat dituju hujan agak lebat...tapi bawa juga Azim keluar outing sekejap.
Masa balik hujan sudah reda ,mula perjalanan berjalan lancar hingga lah hampir tiba ke tempat tinggal aku secara tiba2 kenderaan berhenti .Hampir 1 jam kami terperangkap dalam kesesakan walaupun rumah kami tak pun sampai 1km dari situ.Mahu saja aku berjalan kaki balik ke rumah....
Encik suami beberapa kali matikan enjin kereta .....membazir minyak katanya bila kenderaan2 begitu lama berhenti.Mujor cuaca  agak sejuk Kenderaan hanya beransur2 bergerak bila satu persatu kenderaan yang terlibat dialihkan dan dibawa oleh trak tunda.Bila melihat kenderaan yang dibawa oleh trak tunda itu remuk yang agak teruk.,melibatkan 2kereta dan 1 jeep.Sehingga melepasi tempat kejadian pun masih  tak tau siapa yang terlibat Bagi kami sudah biasa melihat nahas2 yang berlaku dikawasan itu apatah lagi bila hari2 hujan dan licin.....kami cuma mahu balik ke rumah segera kerana hari pun dah menjelang senja...

Wednesday 23 April 2014

Bermuhasabah diri...

ASSALAMMUALAIKUM
Kehidupan sehari hari penuh dengan dugaan dan cabaran baik dari bentuk rohani dan mental, apatah lagi demi membesarkan amanah yang dititipkan  untuk menjadikan mereka  insan berguna .
(Segala yang sukar itu adalah ujian.Jangan berasa sempit apabila kita disusahkan oleh sesuatu pekara.Belajar berlapang dada ,kita perlu yakin hidup ini adalah ujian .Susah senang semuanya ujian daripada Allah s.w.t.) ..diantara petikan dari buku yang ditulis oleh Hilal Asraf.Disaat diri dilanda masaalah terpandang aku buku yang dibeli oleh Fateha yang sudah agak lama tak aku buka ....UNTUK KITA PENDOSA dari hasil nukilan Hilal Asraf....

Tuesday 22 April 2014

nostalgia letup letup


tak pasti apakah ini pokok letup2 atau sejenis bunga lain
ASSALAMMUALAIKUM
3 minggu yang lalu aku seperti biasalah sentiasa mengiring suami walaupun sekadar membayar bil.Agak lewat tiba ke bangunan TNB ,agak tergesa2 suami parking ditepi pagar untuk segera ke kuanter .Sementara itu aku hanya menunggu di dalam kereta.Terpandang aku pokok yang tumbuh menjalar di tepi pagar....betul2 menarik minat aku ...fikir ku apakah ini pokok letup2.Telah begitu lama aku tak melihat pokok letup2 sehinggakan pokoknya pun aku dah tak kenal .Sempatlah aku snap gambar pokok ni , suami sudah kembali semula ke kereta ,dah tak sempat bayar bil walaupun jam baru 4 lebih.
Pokok letup2 ni biasanya tumbuh di kebun atau di tepi jalan.Ketika  kecil  dulu bila jalan kaki  ke sekolah selalu lihat banyak pokok letup2 hidup di tepi2 jalan.Tangan pun gatal je memetik buah nya yang kuning terang bila sudah matang.Seronok bila ditekan bunyi letupan kecil ,agaknya sebab itulah dinamakan pokok letup2.Ketika itu buah2 macam ni pun kami boleh makan, dalam buah yang dah matang ada banyak biji2 hitam dan agak berlendir tapi rasanya manis.Seingat aku pokok letup2 ni tumbuh menjalar dan akan mengahsilkan bunga yang cantik....tapi aku tak ingat dah rupa bunga letup2 .Batangnya ada bulu2 halus , berwarna hijau kekuningan dan menjadi kayu bila tua....
Nostalgia sungguh bila diingati...

Saturday 19 April 2014

masam2 buah mempelam


ASSALAMMUALAIKUM
Setelah musim kering dan panas berakhir ,tanaman2 subor menghijau .....tak kurang juga dengan pelam pauh ni begitu lebat mengeluarkan buah .Mengambil kesempatan suami yang balik awal ,aku pinta untuk luruhkan sedikit buah pelam yang amat mengoda selera ku....
Sebenarnya buah pelam ni masih muda dan belum lagi ada sabut ...senang dan rangup je bila dibelah atau nak dimakan begitu saja.Pelam ni agak masam kalau nak dibandingkan dengan pelam kampung biasa .....tapi jika sudah masak ranum rasanya manis sangat.Besarnya pun separuh dari pelam kampung .Boleh katakan sepanjang tahun berbuah....bagi yang mengidam taklah sukar nak cari Saja aku ambil masa2 begini kerana sedang elok untuk dibuat jeruk.Sebahagian lagi aku simpan untuk dibuat sambal belacan atau kerabu....tak lupa juga aku kongsi kan buat jiran tertangga.
Walaupun masam setelah dikupas kulitnya Iman suka sangat makan begitu saja dengan selambanya....kita yang lihat yang terasa masamnya.....
Cara2 buat jeruk pelam pauh;
Kupas kulit pelam (jika tak mahu kena getahnya kupas dibawah air yang mengalir).Kemudian potong 2 atau ikut suka dan buang bijinya.Rendam air panas untuk buang air masamnya....biarkan sehingga air itu sejuk .Kemudian buang airnya.Masukkan pelam tadi di dalam bekas ,tuangkan air suam ,taburkan garam dan gula secukup rasa ....tutup rapat.Biarkan 1 atau 2 hari baru masukkan dalam peti ais.Jangan biarkan jeruk dibiarkan lama diluar kerana ia akan berbuih dan tak elok untuk dimakan lagi.
Jeruk pelam boleh juga dimasukkan air suam dan garam saja ,sedap  untuk dijadikan cicahan ikan bakar ...dihiriskan bawang dan cili padi atau cili merah.....sungguh menyelerakan.....



Wednesday 16 April 2014

Iman dan zapin

Assalammualaikum
Malam ini buat kali kedua Iman memulakan latihan tarian zapin(tarian kebudayaan Johor) yang dianjurkan oleh GPW kawasan kami.Aku tak lah begitu bersetuju dengan apa yang dia ikuti ni kerana latihan2 diadakan pada hari persekolahan ,sedangkan balik sekolah pun hampir maghrib.Tergesa2 solat dan selesaikan jadual sekolah agama .Mujor juga sekolah keb.sesi petang dapat lah belajar dan buat homework balik sekolah agama.Sengaja aku hanya bayarkan wang pendahuluan saja dulu tanpa bayar yuran bulanan....takut Iman ni hangat2 taik ayam ...walaupun beria2 sangat nak masuk .Kakak2 dan abang2 duk gelak kan citarasa dia tak peduli dah....Iman juga kena berjanji kalau pelajaran terjejas dia kena lupakan zapin nya tu.Jangan anak aku jadi lembut dah lah.....tapi sebenarnya tarian zapin ni perlukan stamina dan kecergasan ,bukan lenggang lenggok seperti tarian asli yang lain.Kali pertama berlatih balik rumah kepenatan sangat...tapi dia seronok...

Tuesday 15 April 2014

pahit tapi berkhasiat




ASSALAMMUALAIKUM
Pegaga ni kakak yang beri masa singgah di rumah dia tempuhari.Hidup subur di hadapan rumah mungkin tanah gambut sesuai apatah lagi setelah musim panas berakhir ni....subor menghijau dibawah celah2 pokok cili dan tanaman lain.Aku agak malas nak memetik kerana cuaca panas ...ambillah sedikit untuk bawa balik ke rumah dan dibahagi untuk makcik jiran sebelah rumah.

Pegaga ni bukan sebarang ulam,ia digunakan untuk awet muda dan panjang usia.,hinggakan buahnya yang kecil boleh dijadikan campuran dalam bedak sejuk untuk melicinkan dan menghilangkan jerawat.Bagi yang mengalami tekanan darah tinggi elok sangat lah kalau nak amalkan ulaman pegaga ni.Juga dilaporkan pegaga juga boleh membantu meningkatkan daya ingatan.
Pegaga ni aku lebih suka buat jus....basuh bersih2 kemudian dikisar dan tapis....simpan di peti sejuk...boleh minum bila2 suka .Iman yang tidak suka makan sayur dan tidak berminat dengan segala jenis jus pun kali ini agak pelik boleh pula dia suka jus pegaga yang pahit ni.Sebenarnya sehari dua yang lalu dia sakit perut,selain dari ubat aku berikan jus pegaga ni ,sejak itulah dia asyik bertanya bila nak buat lagi.Yang besar2 okey je kalau jus pegaga ni  walaupun agak pahit.....tapi nak kena sejuk kan dulu lah baru boleh telan....

cerita tentang soto

ASSALAMMUALAIKUM....
Masa balik kampung tempohari sempat lah berhenti seketika disebuah warung yang menjual soto .Dah namanya pun SOTO WARISAN ,memang sejak dulu lagi sudah ada .Sebenarnya aku rindu sangat dengan soto ni walaupun dimana2 pun ada kalau nak beli pun tapi tak kan sama dengan soto yang ini.
Soto ni diwarisi dari zaman ibunya lagi .Walaupun aku pernah kenal pada anak peniaga ni,olehkerana sudah dimamah waktu aku tidak pasti yang mana satu.....hendak bertanya melihatkan mereka terlalu sibuk melayan pelanggan yang bersilih ganti.Bila kali pertama hirup supnya memang tak berubah langsung dengan apa yang aku makan berpuloh2 tahun yang lalu....dengan sambal cili kicapnya yang tak terlalu pedas...perghhh sedapnya.Lontong yang ada bersama soto itu pun cukup lembutnya....apa yang aku lihat mereka gunakan lontong yang dibuat sendiri....bukan lontong segera seperti setengah2 peniaga.Tapi Fateha kata rasanya biasa saja ,ibunya yang lebih feeling...teringat nostalgia2 lalu....
Masa zaman sekolah dulu gerai jual soto ni sudah ada cuma berpindah tak jauh dari tapak asal.Memang sejak dulu lagi sudah ada peminat yang tersendiri.Masa tu harga nya tak sampai pun 1RM.tapi zaman dah berubah harga pun dah berubah ...tapi tetap murah dan perkhidmatan pun pantas...sekejap je sudah terhidang di atas meja .masa kami singgah di warung tu,bukan saja orang melayu yang ramai tapi kaum lain pun tak kurang...kelihatan juga anak2 cina balik sekolah sedang menikmatinya...walau hanya sebuah warung tetap jadi tumpuan.....ntah bila lah dapat menikmati lagi...

Monday 14 April 2014

kembali ke kampung

ASSALAMMUALAIKUM
Sabtu 12April yang lalu aku pulang ke kampung menghadirkan diri ke majlis perkahwinan saudara terdekat.Olehkerana Atiqa perlu kembali ke asrama petang tu ,suami tak turut serta .....anak sulong aku lah yang jadi dreber aku hari itu bersama Iman dan Fateha mengiringiku.
Ibarat sirih pulang ke ganggang....begitulah aku....disitulah membesarku, bersekolah dan kenangan pahit manis tinggal di kampung kelahiranku ,sebak rasa tatakala saudara mara berkumpul bersama di hari istimewa tanpa wajah2 kedua orangtua ku.Satu ketika dulu jika ada majlis2 seperti ini di rumah saudara mara emak dan bapa tak lupa datang menolong....apalagi di kampung masih amalkan budaya rewang2 dan kendarat.
Sepupu arwah emak yang mengadakan majlis menjemput menantu ni untuk anak lelaki sulongnya Masih lagi awal 40an tetapi sudah ada 2 menantu...dulu berkahwin seawal 17tahun sekarang sudah ada cucu .
 
Kalau sudah kampung asal ku...toleh sana sini semua mahu bertegursapa sehingga kan nak menyuap nasi jamuan pun ada yang masih nak bertanya,Seronok dan teruja rasanya bila dapat bertemu kembali dengan orang sekampung dan saudara mara yang agak lama tak bersua.Sehingga waktu nak balik pun masih ada yang memanggil....jenuhlah peluk cium aku terima apatah lagi dengan makcik2 kawan arwah emak.Sengaja aku bawa anak2 agar dapat kenal saudara mara....lagi lah nenek dan datuk mereka dah tidak ada ni ,jika tidak ada juga balik ke kampung sesekali...

Sunday 13 April 2014

anak2 dan tempe

Assalammualaikum
   Anak2 aku sudah habis cuti med sem mereka selama seminggu duduk di rumah.Hari ini mereka kembali semula ke destinasi ilmu.Tiada apa yang diminta untuk bekalan di IPT ....cuma sekadar tempe yang dipotong halus dan digoreng garing ...Adakalanya aku sirakan bersama sambal manis tapi kali ini agak kesuntukan masa .Anak aku suka sangat makan tempe .Dari yang sulong sehinggalah si kecil Iman .Tapi sekadar goreng2an saja kalau dicampur dalam masakan mereka tak gemar. Anak2 yang besar2 ni nak kawan2 tahu tempe adalah makanan orang Johor untuk dikongsi bersama ....

             tempe yang aku beli di kampung hanya rm 1 untuk 5 keping.Aku beli 25 keping ,harian makcik yang menjual ,mengalahkan orang nak buat kenduri....
        tempe yang dihiris nipis
              dah siap dibahagi untuk Fateha dan abangnya....aku gorengkan bersama ikan bilis yang digoreng garing.

Friday 11 April 2014

manik2 lagi

           Inilah rupa cover bukunya
            antara  langkah2 sulaman yang dpaparkan
           dipaparkan alat2 yang diperlukan
antara hasil sulaman manik yang diajari
ASSALAMMUALAIKUM
Sebelum aku melalut2 cerita pasal buku di atas tu....nak lah jawab pertanyaan Kakzakie pasal Daiso tu.Sebenarnya Kakzakie di AEON Kulaijaya ada Daiso juga ,ditingkat atas ,barangan dari Jepun semua barangan RM 5 je.Tapi tak tau lah ada jual manik2 juga.
Khamis lepas bila pergi ke gelari buku terpandang pula buku sulaman manik dari karangkraf,sekali pandang tergoda juga .Tak mahal pun RM23 je....dengan gambar2 menarik.Seperti biasalah Fateha offer .....terima sajalah .Selama ini aku buat sulam manik ikut suka sendiri je...tapi buku ni elok sangat bagi yang berminat nak mencuba.Di paparkan gambar2 satu persatu cara2 membuat sulaman.Rasanya anak2  remaja yang nak belajar elok sangat dapatkan buku ni.....tapi anak2 perempuan aku suka melihat saja tapi tak pernah nak berminat mencuba pun....buat masa ni pun aku belum ada kesempatan nak mulakan operasi .....

Wednesday 9 April 2014

manik2 kasih...


ASSALAMMUALAIKUM
     Salam Rabu
Kalau adik2 ada saja yang dibelikan ,buat si ibu juga ada juga yang dibelikan anak dara aku Fatiha.Dah tahu aku ni suka jahit menjahit dan buat sikit2 kerjatangan ,dibelinya manik2 ni.Jenuh lah aku meyulam manik dibaju2 atau tudung2 nanti gamaknya....dah lah mata rabun ,nak cucuk jarum pun terkial2.Anak2 dara aku ni suka melihat baju2 atau tudung2 yang bersulam manik tapi mereka tak suka pakai yang bling2 gitu....Apa pun aku suka apa yang diberi ....walaupun harganya tak seberapa.

Tuesday 8 April 2014

ulam pucuk tenggek burung



ASSALAMMUALAIKUM
Ulam pucuk tenggek burung atau pucuk cabang tiga ni boleh menambah selera makan apatah lagi dengan apa jua jenis sambal.Aku ambil anak benih ni di kampung satu waktu dulu ,tapi pokok ni tak besar2 pun sebab kena trim selalu.Makcik jiran arwah emak di kampung ada tanam pokok tenggek burung ni untuk memudahkan anak2 dia balik kampung mengambilnya nanti atau dibawa ketika berkunjung ke rumah  anak2nya.Di bandar semuanya memang ada tapi di pasar tani lah namun keikhlasan seorang ibu tu lebih utama.
Kini pokok tenggek burung yang aku tanam selalu juga share dengan jiran2 yang berminat.Anak2 dan suami aku tidak begitu mengemari ulam2an seperti aku.Aku memang penggemar ulam tegar,ada yang pernah cakap dah macam kambing suka makan pucuk2 kayu.......apa saja lah.....

Sunday 6 April 2014

kisah anak2 dan BB1M

Assalammualaikum

Anak2 sudah balik cuti mid sem, bawa balik baucar buku yang mereka dapat baru2 ni.Fatiha  ada rm 150 lagi setelah beli buku2 dan alat tulis dia .Tak banyak dia perlukan buku sebab boleh potocopy buku2 senior... lebih ekonomi.Si abang masih nak gunakan lagi untuk beli buku katanya.
 Menjadi kebiasaan setiap tahun bila dapat BB1M ni bila sudah selesai beli barang2 mereka ,adik2 yang 3 orang ni lah yang boleh dapat faedahnya.Dapatlah mereka beli buku2 rujukan , buku latihan dan alat2 tulis yang lebih banyak.Kadang2 emak mereka pun tumpang sekaki nak beli novel juga....(novel setaraf orangtualah).Pesan juga pada Fateha simpan juga untuk diri sendiri ,mana tahu diperlukan nanti ....tarikh nya pun sampai Julai nanti.

Benda ni pun Fateha belikan untuk adiknya Iman ,terlupa katanya Iman sudah 8tahun,teringat masih duk tadika lagi.Sudahnya aku buatkan latitubi matematik je di sini .....senang nak tulis senang nak padam.Kalau dibiarkan Iman buat karton2 je......

Friday 4 April 2014

aku dan anak

ASSALAMMUALAIKUM
         4hb April genaplah anak solung aku 21tahun....dah bujang pun.Begitu cepat masa berlalu ,lahirnya setelah hampir 6th perkahwinan kami.Dulu aku memang tertekan bila asyik ditanya bila2 bila dan bila lagi .Ada yang kata mandul lah.....sedihnya ketika itu .Aku pun ada perasaan juga ,bila tengok orang lain yang kahwin kemudian, anak dah 2 3....apa lagi duk usung depan mata aku.Mujor kawan sekerja ada yang senasib ,boleh lah kongsi perasaan...tapi aku rasa lebih bernasib baik sebab sampai la ni dia hanya ada anak angkat je.
        Alhamdulilah,doa2  termakbul sehari sebelum ulangtahun perkahwinan ke5 aku disahkan hamil.Doa ku nak anak sulong lelaki pun dimakbulkan Allah.Kini anak bujang aku ni sedang menuntut IPTA selama 5tahun....ALHAMDULILAH

GAMBAR2 SAAT DIA MEMBESAR
                                Ketika 5bulan
                                 kesayangan arwah opah ketika 1th 4 bulan
                                     usia 3tahun

     .                                      usia 5tahun

Thursday 3 April 2014

kisah Azim dan mata....


ASSALAMMUALAIKUM
    Aku nak cerita kenapa aku bawa anak aku Azim ke hospital tempohari seperti yang ditanya @kakzakie dan @hainomokje.Sebenarnya sewaktu aku bawa ke klinik pakar mata swasta tempohari doktor di sana suroh buat pemeriksaan lanjut di hospital besar.Sebelum ni kami tak tahu pun  bagi teruk sekali keadaan mata kanan  dia.Apatah lagi bila dibuat pemeriksaan diberitahu

ia terjadi sejak lahir lagi.Doktor kata ia dikenali sebagai lazy eye atau mata malas.Memang dah tak boleh buat apa lagi sekadar dipantau agar tidak lebih teruk kerana sepatutnya masa rawatan antara umor 5 ke 11 tahun ,kini dah lewat.Sekarang dia sudah pun berusia 14tahun.
    Bila diberitahu keadaan Azim itu tersentap juga jantung aku ,boleh kami ibubapa dia taktahu keadaan  mata dia sebelum ini.Tapi doktor bagitahu Azim sendiri tak perasan sebab selama ni dia bergantung pada mata kiri.Penglihatan mata kanan dia kabur ,cermin mata pun tak dapat membantu.Kini mata kiri dia kena dijaga sebaik mungkin .
  Azim anak ke empat ku ni agak pendiam ,tak pernah dia mengadu pasal penglihatan dia sebelum ni,cuma baru2 ni bila nak tukar cermin mata jadi masalah pula di kedai cermin mata.Pelajaran dia pun tak terjejas walaupun di kelas, tempat duduk dia agak belakang.Sejak sekolah rendah lagi cikgu2 tak pernah ada masaalah dengan dia,malah dia diantara pelajar cemerlang.Entah lah mungkin dia dahsuaikan diri dengan keadaan dia sejak kecil.....itulah yang doktor kata.Hingga kini pun dia tak rasa terjejas pun cuma kami yang amat2 bimbang keadaannya.

                Azim ketika usia lebih kurang 2 atau 3tahun

Tuesday 1 April 2014

aku phobia

ASSALAMMUALAIKUM
Ini cerita cuti sekolah tempohari,dah rutin harian ku ronda2 sekitar rumah usai selesai buat kerja basuh pakaian..Nak lihat tanaman yang tak seberapa tu ,dah tinggi mana....lihat hari2 mana lah nak nampak bezanya.Terpandang aku sesuatu di atas pokok jambu yang agak rendang,aku dekati ,nampak pula ekornya yang terjuntai...aku ingatkan kenapalah tupai ni baik sangat tak bergerak bila dihampiri,tapi ini bukan ekor tupai.....makkkkkkkkkkk TIKUS..Bila anak2 keluar nak tengok aku dah sebatu lari.....ehhh aku memang phobia yang amat pada menatang ni....lebih teruk dari si DOREMON dah...Sempat juga budak2 ni snap gambar untuk ditunjuk kat ayah diorang ,pelik tak pernah ada tikus atas pokok.....Menatang tu duk diam je relax walaupun budak2 tu menghampiri.....lama juga ia bersantai kat atas pokok tu ...cis takde tempat lain ke.