Total Pageviews

Tuesday 15 April 2014

pahit tapi berkhasiat




ASSALAMMUALAIKUM
Pegaga ni kakak yang beri masa singgah di rumah dia tempuhari.Hidup subur di hadapan rumah mungkin tanah gambut sesuai apatah lagi setelah musim panas berakhir ni....subor menghijau dibawah celah2 pokok cili dan tanaman lain.Aku agak malas nak memetik kerana cuaca panas ...ambillah sedikit untuk bawa balik ke rumah dan dibahagi untuk makcik jiran sebelah rumah.

Pegaga ni bukan sebarang ulam,ia digunakan untuk awet muda dan panjang usia.,hinggakan buahnya yang kecil boleh dijadikan campuran dalam bedak sejuk untuk melicinkan dan menghilangkan jerawat.Bagi yang mengalami tekanan darah tinggi elok sangat lah kalau nak amalkan ulaman pegaga ni.Juga dilaporkan pegaga juga boleh membantu meningkatkan daya ingatan.
Pegaga ni aku lebih suka buat jus....basuh bersih2 kemudian dikisar dan tapis....simpan di peti sejuk...boleh minum bila2 suka .Iman yang tidak suka makan sayur dan tidak berminat dengan segala jenis jus pun kali ini agak pelik boleh pula dia suka jus pegaga yang pahit ni.Sebenarnya sehari dua yang lalu dia sakit perut,selain dari ubat aku berikan jus pegaga ni ,sejak itulah dia asyik bertanya bila nak buat lagi.Yang besar2 okey je kalau jus pegaga ni  walaupun agak pahit.....tapi nak kena sejuk kan dulu lah baru boleh telan....

4 comments:

  1. Masa mengandung anak sulung pakchaq suka sangat kerabu pegaga.. makchaq pulak tak boleh tengok rasa nak muntah...
    Geram punya pasai pi cabut habih pokok pegaga kat belakang dapuq.. terkejut pakchaq tengok pegaga kegemaran dia habih mati...

    ReplyDelete
  2. cian pakchaq ....tapi itu lah ragam mengandung ,mcm2...tapi boleh pula makchaq alahan pada pegaga .Saya pula jadi amalan minum jus pegaga masa mengandung nak kawal tekanan darah tinggi.

    ReplyDelete
  3. Kakak jarang buat jus SI tapi kalau ulam boleh katakan tiap minggu kalau ke pasar malam mesti beli. Kakak suka yg jenis daun kecik-kecik. Ahad lepas pun kakak ada beli juga kat pasar Larkin.

    Tapi kakak makan sebenarnya bukan sebab tahu khasiat tapi sebab suka kan sedap:)

    ReplyDelete
  4. Tak pernah buat jus SI sedap ke? Selalunya makan gitu jer.....Pelik jugak Iman suka minum jus pahit tu SI

    ReplyDelete