Total Pageviews

Saturday, 18 January 2020

Cara menyimpan bunga kantan agar tahan lama

Assalammualaikum
Gambar ni dah lama tersimpan dalam draf. Olehkerana mood berblog tak mari2 beberapa ketika  ianya tersadai saje.
Sebenarnya nak kongsi salah satu cara menyimpan bunga kantan supaya tahan lama.
Biasanya kan kalau kita simpan gitu saja dalam peti sejuk dalam nya akan hitam .Nak buat masak pun macam tak best je bila dah tak cantek.
Dipersekitaran rumah ni ada lah 3 4 rumpun pokok bunga kantan tapi susah beno nak berbunga.Kalau ada sekuntum 2 je dalam sebulan...jadi  kalau petik bunga nya kena lah simpan kalau tak digunakan untuk masak masa tu.
Salah satu cara untuk menyimpan bunga kantan agar tahan lama dengan memasukkan bunga kantan yang sudah dibelah kedalam plastik aiskrim .Masukkan air dan ikat seperti buat aiskrim malaysia.
Boleh simpan lama ..berbulan2  pun masih boleh digunakan untuk masak .Budak2 kat rumah ni beberapa kali terkena sebab ingat kan aiskrim.Mereka tahu maknya selalu buat aiskrim malaysia...menyangka aiskrim perasa baru....hehee.
Satu lagi cara dengan meleraikan kuntum2 bunga kantan tu. Masukkan dalam bekas , jangan biarkan ia basah.Simpan dalam tempat beku...Insyaallah tahan lama dan tak hitam.
Selamat mencuba.



12 comments:

  1. pandainya petua mak nihh.. :p

    ReplyDelete
  2. Suami saya baru tanam serumpun pokok kantan. Jauh benihnya dari teganu kak, hihi..entah bila nak berbunga tak taulah.

    ReplyDelete
  3. haah. ada yg cakap simpan dalam air pastu bekukan. boleh je. janji xhilang bau nya kan.. biasa bunga kantan beli je. tak sempat nak simpan.. buat kerabu sedapnya

    ReplyDelete
  4. Elok kita simpan dari awal.. mana tau masa puasa @ raya nanti nak masak guna kantan..

    Masa nak tulah tiada stok @ mahal giler..

    ReplyDelete
  5. mekasih untuk petua ni kak,dana tak pernah cuba lagi simpan ni... tapi ok jugak nih

    ReplyDelete
  6. Terima kasih. Bolehlah jimat. Kalau tak habis rosak dan buang.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatanya yang baik.
    Oh, begitu petuanya. dapat satu lagi ilmu yang bermanfaat. lucu kalu anak-anak ingat tu aiskrim perisa baru..hahaha

    ReplyDelete
  8. Terima kasih saniah! Mmg selama ini saya tak tahu pun cara menyimpannya. Bila dah berubah kaler jadi hitam tu mmg buang jela jawabnya.

    ReplyDelete
  9. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete
  10. Saya simpan tempat beku kak saniah..
    Boleh juga Cuba yg letak dlm plastik aiskrim Tu..
    Terima Kasih atas perkongsian akak.

    ReplyDelete