Total Pageviews

Wednesday 30 September 2015

bila mereka tak sehat

Assalamualaikum
Keadaan jerebu masih melanda ,Iman tak sekolah lagi....adalah teman aku di rumah tapi biasalah kalau dah tak de geng gaduh /main dia di rumah tetap sunyi sepi ,hanya suara dari kaca tv saja yang kedengaran.Itupun dia layan tv depan sementara aku di ruang tengah sambil2 buat kerja yang tak pernah habis walaupun dah tinggal 3 ketul je kat rumah.
Dalam sunyi hati kadang terasa risau dengan kesehatan anak2 di luar sana.Walaupun mereka2 dah remaja pada pandangan masyarakat tapi bagi kami masih anak kecil yang masih perlu perhatian.Dalam cuaca jerebu ni Iqa pun dah mula sakit tekak dan demam apabila kembali ke universiti..sehari 2 ni terpaksa pula hadapi final exam sem ni.
Fateha pula sebelum dia balik cuti raya haji tempohari dia kurang sehat.Badan2 dia sakit....aku paksa dia jumpa doktor...mujorlah kawan2 dia baikhati dan begitu ambil berat ,dibawanya Fateha ke klinik kesihatan universiti.Kata Fateha kena buat ujian ECG untuk tengok keadaan jantung memandangkan dia sakit di tulang rusuk kiri...last2 doktor cuma beri ubat gastrik saja.Fateha ni degil sikit ,payah beno nak makan ubat yang diberi...masa kat rumah sentiasa diingatkan untuk makan ubat....bila dah kembali ke U pun masih tak sehat sepenuhnya lgi.
Sebagai mak hanya doa saja agar anak2 ni sentiasa dilindungi dari sebarang kesukaran dan diberi kesihatan yang baik.

Monday 28 September 2015

cuti dah berakhir

Assalamualaikum
Pada budak2 sekolah yang dilanda jerebu sambung cuti lah ya harini.Kami kat Johor  setakat ni belum ada cuti sebab jerebu lgi walaupun hari Jumaat tu jerebu agak teruk dan ada ura2 nak dicutikan budak2 sekolah....Hari Sabtu dah nmpk cerah semula ,jadinya kenalah kembali ke asrama pada yang berkenaan petang itu.
Cuti sekolah dan cuti Raya haji ,anak2 adalah balik bercuti walaupun tidak semua tapi riuh lah sekejap rumah ...anak2 ni sekejap ada sekejap  takde....macam biskut!'..Masing2 dah kembali ke destinasi ilmu.
Iqa dan Fateha dah balik U pagi semalam.Walaupun dah beli tiket seminggu yang lalu hanya dapat awal pagi saja yang ada.Sebelum itu aku cuba belikan tiket di Terminal Kulai tapi dah takde lagi kecuali tengahmalam.Jadinya terpaksalah ke Larkin Central lah kami awal pagi untuk menghantar mereka berdua.Tiket Iqa 7.30 sementara Fateha pukul 8 pagi.Olehkerana takut terkandas dalam jem ,bertolaklah kami selesai solat suboh....belum pun cecah pukul 6 pagi.Jalan masih agak lengang ,boleh lah si ayah merempit mengejar masa ...
Sebelum tu 3.30 pagi suami dah bangun untuk tanak nasi buat bekal dan makan budak 2 ni sebelum perjalanan.4 pagi giliran aku pula utk masakkan lauk dorang.
Selesai buat sikit lauk dan goreng ayam ,sempatlah aku solat sunat tahajud ,baru lah kejutkan semua..
Fateha dan Iqa naik bas yang berlainan,ketika aku beli tiket tak tau pula bas ada singgah dihentian yang sama...dah naik bas baru tau,bila berbual2 dengan mak2 yang menghantar anak.
Olehkerana awal lagi tiba di Larkin central masih lengang lagi ,kedai pun belum buka lagi.Alhamdulillah bas tiba waktu yang agak tepat ...sorang sorang anak naik bas,sayu juga hati walaupun dah biasa pisah ...babai Iqa babai Fateha!.

Friday 18 September 2015

cemas

Assalamualaikum
Pagi ni usai solat subuh Iman masuk ke bilek utk tidur semula.Aku seperti biasa melakukan rutin harian sendirian.7.30 dia bangun semula ,tanpa bersarapan hanya minum susu kotak yang diberi pihak sekolah semalam,dia pun keluar dan bermain basikal depan rumah.Berhenti sekejap sambil tanya aku bila nak sidai kain.Aku kata harini tak menyidai ,ialah tinggal 3 beranak tak banyak kain nak basuh hari2.Iman rasa nak berjalan lah,(berbasikal) kata dia pada aku yang sibuk menyapu.Tapi kan ada lori depan rumah kata aku pada dia.Aku kira seperti biasa kalau dia berjalan ke rumah jiran saja.
Aku meneruskan mengemas rumah sambil mata melilau ke luar....hai mana pulak budak Iman ni main basikal tadi.Aku fikir tentu seperti biasa bila keluar kawasan rumah dia akan pusing balik sekejap je.1/2 jam aku tunggu hati jadi tak senang "kemana Iman ni " hati bertanya sendiri.Dah tak senang duduk aku dibuat nya sambil bertanya jiran2'sambil juga aku ke depan kebelakang mencari.Tak juga nampak bayang ,aku cuba telefon jiran yang ada kedai makan .Kawan aku minta anak dia mencari di padang dan kedai2.Masa dah berlalu sejam lebih tapi byang Iman tak juga nampak.Aku mula lah tak keruan ,airmata pun dah tak boleh nak tahan lagi.Ayahnya pun dah aku hubungi,...lagilah risaunya si ayah di tempat kerja sana.Nak balik segera pun jauh...
Dimasa2 begini ada yang cakap baru2 ni ada kes culik di salah sebuah felda di kota tinggi walapun gagal,juga di Bandar Putra Kulai.Apa lagi perasaan aku ketika itu hanya Allah saja yang tau.Macam2 yang aku fikir...hampir pitam aku dibuatnya tambahan pula aku tak berapa sehat sejak2 ni.Hampir semua orang yang aku jumpa aku tanya .
Masa2 beginilah kita akan tau yang mana kawan sebenar....dapat menolong kita ketika susah..
Bila anak kawan yang mencari Iman tak juga jumpa,aku dah tak tau nak buat bagaimana.Akhirnya kawan aku suroh anak dia bawa aku pusing2 untuk mencari sendiri Iman di rumah kawan2nya.Sambil aku meronda2 dengan anak kawan ,badan ku mengeletar risau dan takut,mulut spontan asyik berkata Ya Allah kemana lah Iman.
Bila meronda depan sekolah agama anak kawan ternampak ada banyak basikal depan rumah kawan Iman.Bila dia pusing balik nampak Iman sedang mengheret basikal keluar,mungkin dia nampak kelibat aku atas motor.Alhamdulillah...baru terasa lega bila terpandang dia...wlpun mulut aku membebel .Ketika aku dan Iman hampir dengan rumah kelihatan juga kawan suami dan beberapa orang lagi dah nak pergi cari Iman.Aduhai Iman bikin susah kan hati semua orang.
Sebenarnya Iman juga abangkakaknya memang tak pernah berjalan2 ke luar atau ke rumah kawan2 sebelum ini.Apatah lagi sendirian.Biasanya mereka bermain di kawasan dekat2rumah ni je.Ntah kenapa harini Iman boleh pulak berbasikal ke rumah kawan dia,wlpun tak jauh tapi kalau dah katanya mak memang lah bimbang dan risau.Bagaimanalah perasaan ibu2 yang kehilangan anak2 agaknya,sedangkan aku 2jam dah macam orang sasau dibuatnya.!
Alhamdulillah...selamat sudah,ayahnya dapat kerja dengan tenang...sekarang ni Iman senyap aje...tau dah salah dia ayah balik siaplah kena bebel.

Thursday 17 September 2015

salah maksud

Assalamualaikum
Anak perempuan aku 2 orang ni seperti kawan bagiku.Semua rahsia dan masaalah dikongsi .Senang berurusan dengan anak perempuan ni dibandingkan yang lelaki.
Hari2 brwsp ntah apa2 cerita di uni sana dikabarkn...kdg aku tak faham apa yg ditaip....saja megubah2 prkataan.Kdng jdi lawak pun ada,sperti dua tiga yg lepas kata Fateha dia sakit tekak dek jerebu.Esok2 pulak cerita pasal doktor manalh aku ni tak konfius.Perangai aku ni pulak cepat je beritau suami jika brkaitan dengan ank2....last2 kena gelak budak 2 tu je..!



Gitulah gayanya"anak bertuah" aku .

Tuesday 15 September 2015

jerebu di mana mana

Assalamualaikum
Sana sini jerebu...anak2 dan kawan2 hantar gambar keadaan jerebu di tempat masing2.Aku tak jadi masalah boleh berkurung di rumah tapi anak2 dan suami di luar sana....
Hujan malam tak dapat menghapuskan jerebu yang tebal...cuma agak cerah sedikit dibandingkan semalam.
Gambar2 jerebu semalam
Dari tepi bangunan sekolah Iman

 Keadaan jerebu yang Fatiha snap dari bilek dia di tingkat 6...menara TNB tak kelihatan .
 Sahabat di salah sebuah sekolah di Hulu Langat amik gambar dari dalam kelasnya.

Kata nya bukit di belakang sana sudah tak nampak.
Post kawan dari Kota Bharu

Dari kawan di Bangi 

Monday 14 September 2015

Bila Iqa balik

Assalamualaikum
Iqa sejak raya lepas belum ada balik lagi kerana begitu sibuk dengan kuliahnya.Hari Rabu setelah habis kelas bersiap untuk balik untuk menghadiri ujian MUET di sini,dengan menumpang pakcik kawannya.Katanya bertolak selepas Maghrib tapi bila hampir pukul 9mlm baru gerak.
Aku kira dalam pukul 1lebih mungkin tibalah ke rumah.Tapi tak sangka pulak mereka melalui perjalnn yang panjang...pukul 6'30 pagi baru tiba ....orang yang pergi Mekah pun dah tiba(Alfatehah untuk mangsa2kren tumbang di sana).
Dek kerana pemandu mengantuk singgah tido di 3 perhentian.Kami di rumah juga mengantuk dalam debaran menanti Iqa yang tak tiba lagi.
Iqa sambung cuti wlpun katanya ada kelas ganti Sabtu.Macam biasalah bila balik rumah nak mak masak .Nak makan lauk biasa saja ,tak mau ayam ,nak ikan je.Yang dia teringin sangat nak makan sambal petai.Petang tu ayahnya balik kerja bawakn seikat petai yang dibeli dengan orang asli Kota Tinggi.Kebetulan tengahhari tu buatkan sambal ikan untuk Iqa.Bila ayahnya balik aku masak sambal petai aku campurkan dengan sambal ikan yang tinggal koret tadi.

 Menu tempe harus ada bila anak2 balik,febret mereka tempe goreng...
Ikan cencaru bakar 



Friday 11 September 2015

buah cermai

Assalamualaikum
Salam Jumaat
Payah dah nak jumpa pokok cermai ni.Sedapkan pada yang suka...boleh dimakan begitu saja atau buat jeruk.
Gambar dari wsp group...bikin aku terliur !


     

Wednesday 9 September 2015

yang dah lepas jangan dikenang

Assalamualaikum
Dikongsi dari wasap group .Peringatan untuk diri sendiri juga.



Monday 7 September 2015

sunyi

Assalamualaikum,
Iman balik sekolah petang semalam...sunyi nya...sunyi nya rumah,jom kita buat bising katanya.Macamlah kakak dan abang dia riuh rendah sebelum ni.Orang dah remaja mana nak bising2.Tahu lah sebelum ni abang kakak dia ada kat rumah berbulan2.Nak2 Fateha ada saja yang disakatnya Iman.Bila takde kat rumah macam ni lain rasanya.
Yang 2orang ni dah pun kembali ke U semalam.Kini tinggallah kami bertiga untuk beberapa bulan ....sesekali Azim balik dari asrama adalah teman gaduh Iman. ..
Pesan Fateha ,jangan panggil nama dia ,tau sangat perangai mak nya yang selalu tersasul memanggil nama anak2....Macamlah ramai sangat.
Sebenarnya Iman ke maknya yang sunyi....hehehe!

Saturday 5 September 2015

makanlah....

Assalamualaikum
Anak yang 2orang sibuk dah berkemas barang dan kain baju untuk kembali semula ke U Ahad ni.Masing2 masih berbaki 2 tahun lagi Fateha nak masuk tahun 3 sementara abangnya dah melangkah ketahun 4.Nampaknya aku terpaksa bersendirian semula bila Iman ke sekolah nanti.
Bila dah hari2 terakhir mereka di rumah,ikut je apa yang teringin mereka nak makan....bukan apa takut pulak kempunan nanti.Dahlah balik sesekali .Petang semalam kata nak beli makanan pasar malam...Pergi juga lah aku meneman dia orang pilih makanan.,tapi macam tak memuaskan bila banyak gerai2 yang tiada.Apapun beli lah apa yang teringin dan terlihat aje...itupun dengan RM30 banyak makanan dapat dibeli dengan jagung rebus ,kacang rebus febret Fateha,burger goreng,putu piring,pop corn,air tahu juga rangka ayam tak pernah mis bila ke pasar malam..
Iqa di U sana pun cerita bab makan juga.Kesian pulak sejak raya haritu belum ada lagi balik .Bukan takde cuti tapi tak sempat katanya ....rindu dah makanan kat rumah.Aku rasa bila habis belajar nanti pasti dia dah muak nak segala jenis kuey tiau apataknya bila tanya harini mkn apa di wasap pasti kuey tiau sup,goreng,char kuey tiau dan segala spesis dgnnya.
Gambar char kuey tiau yang kami makan dek kejelesan dengan si Iqa yang asik cerita makan kuey tiau hari2.Seperti mee kuning tu taugeh sebenarnya...
Semalam pulak katanya dah suka dengan budu yang dia tak pernah suka pun sebelum ni.Mungkin sebab roommate orang kelantan akhirnya jatuh cinta .

  • Wasap Iqa di group keluarga
  • Makan aje lah...

Friday 4 September 2015

bunga2ku kena serang.

Ketika melihat  daun2 pokok bunga hampir gondol,dah tau dah simata kartun ni punya kerja.Sekali tengok memang tak nampak dengan warna hijau seperti daun.Mula2 nampak 2ekor sedang menikmati daun2 lembut pokok bunga.Aku patah kan sedikit dan aku alihkan ke pokok bunga tanjung depan rumah.Kesian pulak makhluk Allah ni nak makan juga kata hatiku.
Pokok bunga tanjung ni dah lama sangat aku tanam tapi tak pernah berbunga pun.Asal besar sikit suami cantas takut merimbun depan rumah...kata kawan orangdulu2 kata pokok bunga tanjung ni tempat puntianak bergayut....ialah tu setahu aku budak2 rempit dan kutu embun je yang jadi puntianak kat depan rumah aku ni....apa taknya orang duk sedap tido dorang gelak2 berbual hingga dinihari.Mujor juga  semenjak dua menjak ni dah berkurangan.

Berbalik kisah pokok bunga tadi,bila dilihat semula betul2'banyak pulak menatang tu berpaut...geli pulak tengoknya bila dah banyak .Aku panggil suami untuk buangkan.Suami bukan saja buang ulat2 tu malah dicabut sekali dengan pokok2 sekali...huhuuu .

Thursday 3 September 2015

luahan hati

Assalamualaikum

Tak berapa hari lagi upsr dah pun bermula...walaupun takde anak yang ambil upsr tau lah serba sedikit perkembangan mereka.Anak kakzakie dan hainomokje bakal ambil upsr juga kan?(itu yang aku tahu aje)...moga anak2 diberi ketenangan untuk hadapinya.Dalam terlekanya aku sendiri tak sedar cucu sedara sulong sebelah aku bakal amik peksa juga....terasa tua sungguh dah bila melihat cucu sedara bakal melangkah ke skolah menengah.
Luahan hati guru  sekolah Iman di FB yang juga bekas guru anak2  yang lain dulu menyentuh hati sayu dan sebak bila membacanya..Walaupun mungkin di copy dari mana2 namun pada hakikatnya begitulah luahan seorang pendidik.



Wednesday 2 September 2015

kreatif sungguh

Assalamualaikum
Walaupun cuti beberapa hari sempena hari kebangsaan ,kami tak merancang ke mana mana ,apatah lagi ada saja jemputan pengantin dekat2 sini.Ditambah pula cuaca panas di luar sana memang malas nk ke tempat2 perkelahan ....nanti kena sun burn kata anak ,nak balik u pun tak berapa hari lagi, segan nanti muka nmpak hangus katanya..tapi bila budak Iman dah boring bawalah balik kampung sekejap.
Seronok pulak lihat kemufakatan orang2 kat kampung kakak.Berbagai pertandingan diadakan untuk menceriakan kampung.Terbaru pertandingan peti surat kreatif.Rumah kakak dapat tempat ke 2 dalam pertandingan tu,hasil imiginasi anak bongsu dia....dihasilkan dari batang pokok ketapang yang sememangnya baru ditebang,di tebuk untuk jadikan peti surat ,didirikan semula di tapak asal pokok itu.
Tempat pertama lagilah kreatif bagaikan traffik light dibuatnya ditambah dgn reflika cctv dn ntah apa2 lagi .Ada juga yang menggunakan bahan2 terpakai seperti  komputer lama ,helmet pun boleh jadi....kreatif betul orang2 kampung....sayang tak amik gambar.bukan apa jalan kat tempat kakak ni kecil ,berenti2 nanti jem pulak kenderaan lain nak lalu.
                        Sempatlah Iman berposing di tengahhari panas terik hadapan peti surat mak long.

S