Iqa sejak raya lepas belum ada balik lagi kerana begitu sibuk dengan kuliahnya.Hari Rabu setelah habis kelas bersiap untuk balik untuk menghadiri ujian MUET di sini,dengan menumpang pakcik kawannya.Katanya bertolak selepas Maghrib tapi bila hampir pukul 9mlm baru gerak.
Aku kira dalam pukul 1lebih mungkin tibalah ke rumah.Tapi tak sangka pulak mereka melalui perjalnn yang panjang...pukul 6'30 pagi baru tiba ....orang yang pergi Mekah pun dah tiba(Alfatehah untuk mangsa2kren tumbang di sana).
Dek kerana pemandu mengantuk singgah tido di 3 perhentian.Kami di rumah juga mengantuk dalam debaran menanti Iqa yang tak tiba lagi.
Iqa sambung cuti wlpun katanya ada kelas ganti Sabtu.Macam biasalah bila balik rumah nak mak masak .Nak makan lauk biasa saja ,tak mau ayam ,nak ikan je.Yang dia teringin sangat nak makan sambal petai.Petang tu ayahnya balik kerja bawakn seikat petai yang dibeli dengan orang asli Kota Tinggi.Kebetulan tengahhari tu buatkan sambal ikan untuk Iqa.Bila ayahnya balik aku masak sambal petai aku campurkan dengan sambal ikan yang tinggal koret tadi.
Menu tempe harus ada bila anak2 balik,febret mereka tempe goreng...
Ikan cencaru bakar
Cencaru bakar tu yg buat saya terliur kak saniah..
ReplyDeleteAkak goreng tempe dengan tepung apa ya..
Bagi resepi boleh tak kak :)
Anak2 kalau balik nak makan ikan sebab jemu dengan ayam. Sama macam anak kak Zai bila balik nak ikan goreng, bilis goreng, telur atau sup.
ReplyDeleteDapat saya bayangkan macam mana resahnya menanti tu saniah.
ReplyDeleteApa 'koret' tu... (maaf saya tanya sebab tak pernah dengar perkataan tu... hehehhe...
tergelak sya baca prtanyaan sweety ni, sya ni pakai bahasa kg je dah biasa guna hari2.Koret2 tu maksud nya tinggal sikitttt sangat.
Deleteoooo... pasni pahamlah saya kalau ada orang Johor cakap 'koret2'... Org nogori plak cakap kalau dah tinggal sikit dorang 'kodek-kodek', (cer tanya blogger acik Erna, betul tak saya sebut ni... hehehhe..)
DeleteHihi... nak ketawa dulu Sweetie tak faham koret tu SI:)
ReplyDeleteAnak kakak MUET masa bulan puasa hari itu tau SI. Dia ditempatkan di sekolah Menengah Skudai. Iqa di sekolah mana? Moga anak-anak kita beroleh keputusan yg baik.
Pehhh sedapnya
ReplyDeleteSian iqa mesti rindu dgn masakan akak...sedap pulak tengok sambal ikan campor petai tu makan dgn nasi panas2 sedap tu kak....kalau saya pon naik seriau menunggu anak yg tak kunjung tiba...alhamdulillah sampai gak iqa dgn selamat
ReplyDeletesambal petai..ha..ha.. sejak semiggu ni, itulah makanan feveret ibu_suri...
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteBesalah rasa seriau tunggu anak balik jika lewat sangat. saya sendiri pun kadang-kadang macam tu juga. Sambal petai tu mengecurkan air liur...
Hari ini pertama kali saya dengar perkataan 'koret...'
Koret apanya tu SI....banyak je ikannya. Nampak fresh petai dia SI....
ReplyDeleteMenunggu mmg meresahkan, lebih lebih lagi yg ditunggu tak kunjung tiba....Tp sekarang dah ada hp kurang sikit risaunya kan SI
alahai. sama dengan anak saudara saya... bila blk dari hostel.. dah siap bagi senarai utk ibunya masak... katanya rindu masakan ibu...
ReplyDeleteyan yang dah kawin ni pun rindu masakan mak..bila balik kampung pasti dah ada masakan kegemaran yan...tongkol masak kicap dengan caru sumbat
ReplyDeletenampak sangat sedap ya..hadui best gila ya lagunya
ReplyDelete