Total Pageviews

Saturday 20 February 2021

Serbuk kunyit homemade

Assalamualaikum
Sekarang ni waktu siang cuaca sangat2 panas. Banyak juga tanaman serba sedikit belakang rumah ni terjejas .Antara nya daun pokok2 kunyit  banyak yang kering walaupun disiram pagi dan petang tanpa culas sekali ,selagi aku berupaya.
Bila ada daun nya yang terlalu kering,aku gali  untuk ambil isinya.Sebenarnya pokok  akan kembali mengeluarkan pucuk2 baru jika ada umbisinya .Aku memang jarang mengali banyak ,selalu nya kalau nak guna masa tulah korek sikit untuk2 masak masa tu je.Kunyit hidup ni bukan boleh disimpan lama, nanti ia akan kering.
Berbalik dengan kunyit yang ku gali tu ,disebabkan banyak ku suruh Iqa bersihkan dan hiris nipis.Tak perlu lah kikis kulit nya ,kemudian jemur.Budak bertuah ni punyalah takut tangan jadi kuning bukan main lagi dia guna sarung tangan kiri kanan.
Dengan cuaca sekarang ni 2 hari je kunyit yang dijemur tu sudah kering.
Sudah tu boleh lah dikisar kering sehingga halus.
Dapat lah banyak ni
Kemudian simpan dalam bekas.
Ini lebihan kunyit yang dikisar...kunyit ni agak kecil2.Kata makcik jiran kunyit ni jenis kunyit padi.
Tak rugi tanam kunyit ni,nak guna daun nya dalam masakan pun pergi je belakang rumah .
Masak bening taruk daun kunyit pun sedap.Ini selera mak2 betik muda masak bening .
Cuaca panas ni memang sedap hirup kuah bening betik muda campur daun kunyit.Ada pulak sambal gesek dan ikan masin...perghh...

Monday 15 February 2021

Ketupat dan ayam masak bali

Assalamualaikum
Cuti CNY memang tak boleh nak kemana.Masing2 abis kan masa di rumah saja.Suami yang sudah biasa bekerja, ada saja aktiviti luar rumah yang dibuat.Kadang risau juga kesihatan nya sebab cuaca di luar sana panas terik ,walaupun  keluar rumah sekitar pukul 8 pagi atau pun sebelah petang dalam pukul 5 .Waktu2 begitu aku ikut juga keluar rumah untuk memantau benih2 pokok sayuran yang ku tanam dan menyiram sambil ditemani Iman buat teman berceloteh...daripada dia duk menghadap henpon memanjang.
Disebabkan aktiviti lain sudah tak banyak nak dilakukan di halaman belakang ,suami menyabit pelepah2 kelapa yang pokoknya condong ke jalan.Memang cadang nya nak tebang sebab bimbang tumbang kena wayar letrik  kelak.
Teringat pula nak buat ketupat dari pucuk kelapa yang suami sabit.Bila minta katanya dah beri pada seseorang yang meminta ....masa ni aku sudah masuk rumah.Untuk pengetahuan belakang rumah kami ni ada kedai makan.Orang yang duduk2 kat situ lah yang minta .Mujur lah ada sikit lagi berbaki kalau tak nak merajuk juga...hihii.
Maka dengan gigihnya ku anyam sendiri kelonsong ketupat.Ya buat sendiri sebab anak2 rumah ni sorang pun tak pandai nenganyam ketupat walaupun dah diajar berkali2.Nanti kalau mak dorang dah takde ,masak ketupat segera lah jawapnya 
Dapatlah lebihkurang 30 biji kelonsong.Part isi beras ,Iqa punya kerja.Rebus dalam rice cooker besar tinggalan arwah mak.
Rebus dalam 2 jam, keluarkan dan toskan 
Disebabkan beberapa hari yang lepas sudah masak rendang,kali ini nak makan ketupat masak lah ayam masak Bali resepi youtuber cik nom.
Nak buat sayur lodeh pun takde bahan sebab kedai sayuran tutup .Nak buat sambal kacang pun takde stok kacang tanah.Jadinya rasa nak ala2 lontong ,makan dengan kuah lemak ikan.Alhamdulilah...

Sunday 7 February 2021

Buah cermai


Assalamualaikum
Anak pokok cermai ni kami beli di  MAHA 2018.Beli 2 anak pokok.Satu pokok tumbuh subur ,bercabang2.Satu pokok lagi agak kurus tapi kedua2 nya tinggi menjulang.Berbuah tidak juga.Suruh suami cantas bahagian atas kedua2 pokok sebagai ikhtiar agar cermai berbuah dan menjadikan pokok lebih rendang.Selain dari tu taburkan juga baja MILAGRO.Alhamdulilah berhasil juga dapat lihat pokok yang ku tanam berbuah walaupun setangkai kecil ni...ermm... jadi lah,mungkin baru nak belajar berbuah.Meneliti hari ke hari melihat buah cermai hijau mula bertukar warna kuning.Tak sabar nak memetik dan merasa terutama si bongsu Iman ni asyik bertanya bila boleh dipetik.Kalau nak tahu Iman punya citarasa suka sangat masam2 ni ,kalah ibu2 mengandung😂😂.
Foto: beberapa minggu yang lepas
Foto: sebelum dipetik semalam
Olehkerana seketul dah jatuh ke tanah,maka dengan rasminya buah cermai setangkai tu dipetik.
Kalau banyak boleh buat jeruk atau halwa tapi hanya beberapa biji je yang ada.
Teringat zaman budak2 dulu kalau dapat cermai ni ,ditumbuk dengan garam kasar makan gitu je...perghh...tapi itu dulu lah,la ni dah tua tak daya dah.Sekarang ni Iman yang ikut tabiat ku.Setakat cermai ni selamba je dia makan ...masam tu.
Semoga akan datang pohon cermai ni akan berbuah lebat...

Friday 5 February 2021

Jus kedondong

Assalamualaikum
PKP sambung lagi , setelah sekian lama hadapi covid19 yang tak berkesudahan ni terasa juga tekanan dalam diri.Apatah lagi kesukaran nak merentas daerah dan negeri terhalang .
Rindu sangat dengan cucu sorang ni ,sudah berbulan2 tak jumpa..Lepas rindu tengok video2 yang dihantar .Baru belajar2 berdiri..takut2 lagi nak melangkah...rasanya kalau jumpa kelak sudah boleh berjalan sendiri.
Rindu pun nak buat bagaimana kan,bukan ada sayap nak terbang.Jadi kita sibuk kan diri buat aktiviti kat dapur.Cuaca panas berdenting kat luar sana.Ada pula jiran bagi buah kedondong.Maka datang lah idea nak buat jus.Kalau dibiarkan memang tak terusik lah buah tu sampai kecut .Mula2 bersih dan kupas kulit hijau nya.
Potong kecil supaya senang nak kisar
Proses mengisar iqa yang buat ,jadinya takde lah snap gambar.
Dapat lah 1 jug air kedondong.Disebabkan agak masam tambah gula pasir secukup rasa....xde stok asam boi.Sejukkan dalam aisbox.Saja masukkan dalam bekas coolblog agar lebih menggoda😁.Abaikan biskut kering dan botol air kat belakang tu.🤗