Total Pageviews

Monday 15 February 2021

Ketupat dan ayam masak bali

Assalamualaikum
Cuti CNY memang tak boleh nak kemana.Masing2 abis kan masa di rumah saja.Suami yang sudah biasa bekerja, ada saja aktiviti luar rumah yang dibuat.Kadang risau juga kesihatan nya sebab cuaca di luar sana panas terik ,walaupun  keluar rumah sekitar pukul 8 pagi atau pun sebelah petang dalam pukul 5 .Waktu2 begitu aku ikut juga keluar rumah untuk memantau benih2 pokok sayuran yang ku tanam dan menyiram sambil ditemani Iman buat teman berceloteh...daripada dia duk menghadap henpon memanjang.
Disebabkan aktiviti lain sudah tak banyak nak dilakukan di halaman belakang ,suami menyabit pelepah2 kelapa yang pokoknya condong ke jalan.Memang cadang nya nak tebang sebab bimbang tumbang kena wayar letrik  kelak.
Teringat pula nak buat ketupat dari pucuk kelapa yang suami sabit.Bila minta katanya dah beri pada seseorang yang meminta ....masa ni aku sudah masuk rumah.Untuk pengetahuan belakang rumah kami ni ada kedai makan.Orang yang duduk2 kat situ lah yang minta .Mujur lah ada sikit lagi berbaki kalau tak nak merajuk juga...hihii.
Maka dengan gigihnya ku anyam sendiri kelonsong ketupat.Ya buat sendiri sebab anak2 rumah ni sorang pun tak pandai nenganyam ketupat walaupun dah diajar berkali2.Nanti kalau mak dorang dah takde ,masak ketupat segera lah jawapnya 
Dapatlah lebihkurang 30 biji kelonsong.Part isi beras ,Iqa punya kerja.Rebus dalam rice cooker besar tinggalan arwah mak.
Rebus dalam 2 jam, keluarkan dan toskan 
Disebabkan beberapa hari yang lepas sudah masak rendang,kali ini nak makan ketupat masak lah ayam masak Bali resepi youtuber cik nom.
Nak buat sayur lodeh pun takde bahan sebab kedai sayuran tutup .Nak buat sambal kacang pun takde stok kacang tanah.Jadinya rasa nak ala2 lontong ,makan dengan kuah lemak ikan.Alhamdulilah...

8 comments:

  1. jamni org beli je ketulat dlm plastik kat tesco.. 😅😅😅

    ReplyDelete
  2. Cantiknya ketupat! Rasa macam rayalah pulak datang sini dijamu ketupat dnegan ayam masak bali.

    ReplyDelete
  3. Uish kak...
    Teebau harum aroma ketupat direbus. Ayam bali saya belum pernah cuba. Nanti boleh buat menu raya. Tahun ni oun macam raya dalam PKP jer jugak ni.. Hihihi

    Saya pun hanya tahu anyam ketupat sate, ketupat bawang & ketupat pasar sahaja. Teringin nak bajar bentuk2 lain yang kreatif macam ketuoat kerbau & ketupat yang panjang tu ntah apa nama dah lupa.. Hihihi

    ReplyDelete
  4. rajinnya buat ketupat xyah tugguraya dh siap

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Alamak, sedapnya ketupat nasi tu, feveret saya, rajin pulak akak mengayamnya... macam raya la pulak hehehe..

    ReplyDelete
  6. Rasanya tak sabar nak Raya kak.. bila tengok ketupat Tu.. aroma daun kelapa Tu yg buat sedapKan kak..

    ReplyDelete