Total Pageviews

Monday 25 January 2021

Hasil tanaman

Assalamualaikum
Pagi ni jalan2 sekitar rumah sambil menghirup udara segar,sambil2 melihat tanaman yang sudah mula boleh dituai.
Pokok maman ni kurang subur mungkin kawasan ni agak panas sentiasa disinari terik matahari pagi dan petang.
Dalam jaring ni ada juga pokok sawi dan maman .Atas nya aku tutup dengan jaring hitam pelindung hujan.Pokok sawi dan maman tumbuh subur dan menghijau.Dapat lah kutip hasil secekak daun maman dan sawi bunga.
Pokok kacang renek pun sudah mula mengeluarkan hasil.
Cuma pokok daun sup ni agak payah sikit nak jaga sebab anak pokok nya terlalu halus.
Daun bawang ni tanam dari bawang kecil yang dibeli .Sengaja aku beli bawang yang sudah bertunas.Bersihkan dan terus semai dalam pasu plastik eco ni.
Benih2 pokok sayuran ni banyak yang dibeli dari shopee.
Banyak juga pokok yang sudah mula mengeluarkan hasil seperti bendi dan terung.Sekarang sudah boleh berjimat cermat untuk beli sayuran .Apatah lagi sayuran sekarang mahal yang amat.Lagipun sekarang PKP ,nak jalan2 di luar sana pun tak boleh ,masa terluang ni lah dapat tanam2 pokok.Cuma agak penat juga kudrat dimusim panas ni pokok2 perlu disiram selalu ,belum lagi pokok2 bunga depan rumah.Tapi satu kepuasan bila dapat hasillnya

Friday 22 January 2021

Masak kicap ikan tanpa goreng

Assalamualaikum 
Masa2 PKP ni anak2 ada di rumah ,hari2 fikir menu yang nak dimasak. Terfikir nak masak kicap ikan gelama.Selalu hendak masak kicap kena goreng dulu ikan tapi kali ni nak cuba menggunakan air fryer.Kononnya nak buat resepi sehat🙂🙂.
Mula2 bersihkan ikan dan disebab kan ikan agak besar ku potong 2 dan garam kunyit kan.Maklumlah air fryer kecil je.Kemudian alaskan bekas air fryer dengan almunium foil dan masukkan ikan .Pusingkan dalam 20 minit dalam suhu 160.Keluarkan dan balik2 kan ikan supaya masak sekata ,pusing lagi 10 minit. 
Sementara tu di dapur  tumiskan bawang besar,bawang putih dan halia yang dihiris juga lada kering yang dipotong kasar.
Masukkan 4 sekawan dan seterusnya masukkan kicap lemak Jalen.Biarkan mendidih.
Bila ikan dah siap dipanggang masukkan dalam periuk  dan curah atas ikan tadi .Panaskan seketika atas api dapur.Kemudian taburlah daun bawang.
Daun bawang ni pun hasil dari tanaman sendiri di tepi rumah .Alhamdulilah sudah beberapa kali digunakan untuk memasak dan atau masukkan dalam mee goreng.


Tuesday 19 January 2021

Pelam pauh nan sebatang

Assalamualaikum
Sejak beberapa hari cuaca sudah kembali cerah dan tak lagi hujan berpanjangan seperti minggu2 sudah.Kini diganti dengan angin yang agak kencang sepanjang hari.Aku suka duduk di beranda bila lewat petang ,seronok rasa hembusan angin ,walaupun  dingin tapi terasa suasana di tepi laut.Asyik sekali sambil melihat kenderaan yang lalu lalang depan rumah.Walaupun PKP banyak je kenderaan apatah lagi depan rumah ada kedai makan dan kilang, memang tak pernah sunyi persekitaran rumah kami..
Duduk berangan sesorang kat luar rumah terasa sayu pula bila teringatkan cucu yang dah lama tak jumpa.PKP  membataskan ...
Tepi jalan depan rumah kami ni ada sebatang pokok pelam pauh.Walaupun tak berbaja tetap tumbuh subur dan menghasil kan buah yang banyak.Pokoknya memang suami biarkan rendang dengan mencantas dahan2 yang menjulang tinggi.Bagus sebenarnya tanam tepi jalan ni,ramai yang tumpang berteduh disitu ketika panas.Apatah lagi depan rumah ni ada kilang,banyak lah lori yang menunggu giliran masuk dalam kilang setiap hari.Sementara tu ada diantara pemandu2 lebih suka keluar dan duduk bernaung dibawah pokok.
Kali ini buah pelam pauh berbuah lebat.Pelam ni cepat matang nya ,hanya beberapa bulan lepas berbunga ,sedar2 dah masak di pokok.Masa buah masih belum bersabut ,tempohari kami ambil dan jolok hanya sekali saja .Mungkin sebab tu buahnya banyak yang masak.
Sekarang ni setiap pagi dengan gigihnya aku kutip buah yang bertaburan gugur.Apatah lagi musim berangin ni,melambak lah gugur di tanah dan di atas jalan.Memang banyak .,disebabkan dah terlalu masak ,tak boleh nak simpan berhari2.Setiap hari aku agih2 kan pada jiran2 dan kawan2,juga hantarkan ke rumah adek2 suami yang tinggal di daerah yang sama...maklum lah pkp kan .Fateha juga beberapa kali membawa ke tempat kerja .Seronok kawan2 nya dapat menikmati pelam pauh yang masak .Kalau tengok pada kulit luar memang tak menarik tapi bila makan pasti tak cukup sebiji.
Ada juga orang yang lalu tepi jalan minta bila tengok buah banyak yang gugur.Dengan senang hati kami suruh  mereka pungut saja buah2 yang gugur tu.Kalau tak memang sayang bila dilenyek kenderaan2 yang lalu .
Di rumah ni juga setiap hari aku kupas kan dan potong untuk disimpan dalam aisbox .Kalau tak gitu ,buah pelam pauh tu terbiar busuk je.Bila dah potongkan laju saja mereka makan .Biasanya masa potongkan buah2 tu sambil2 lah suap ke mulut sendiri.Sudahnya aku diserang gastrik beberapa hari .Yalah pelam pauh masak ni walaupun manis tapi ada lah masam2 sikit..
Ada juga suami jolokkan buah yang masih hijau pada mereka2 yang hendak.Lebihan nya aku kupas untuk jadikan jeruk.Tapi tulah dah kuning juga walaupun sedikit keras.
Beberapa hari lepas durian belanda yang tepi rumah sudah sedang elok untuk dipetik.Keesokkan sudah pun lembik.Bila dipotongkan dan buat kan jus untuk budak2 ni macam takde siapa yang minum.Maka terhasil lah aiskrim malaysia durian belanda.
Agaknya kalau buat aiskrim pelam pauh ni okey tak ya? Tak pernah try lagi ni.Kalau buat aiskrim boleh dimakan bila habis musim nanti .
Edit#
Akhirnya terhasil juga aiskrim pelam pauh...

Thursday 14 January 2021

Apam gula merah

Assalamualaikum
Hari ini hari ke2 PKP 2.0 , bagi aku surirumah sepenuh masa ni takde apa beza .Rutinnya tetap sama ...suami dan Fateha  tetap juga bekerja walaupun luar daerah.
Minggu lepas gelombang ke2 hujan berterusan di Johor ni.Begitu juga dikawasan kediaman kami.Sekali lagi pergi jemputan majlis kahwin dalam hujan.Mujor dekat dengan rumah.Memang hujan sepanjang hari,kalau ada reda pun renyai sekejap akan kembali lebat.Apa lagi anak2 terperap aje lah dalam bilek sambil berselimut.Masa hujan2 ni lah perut masing2 asyik lapar saja...sekejap2 ke dapur sekejap buka aisbox.
Jadi mak2 ni kena kreatif nak bagi perut anak kenyang .Tengok dalam simpanan apa yang ada terfikir terus nak buat apam gula merah.Suami suka kuih2 lama ni ,kena ikut selera nya juga ,selera warga emas dah berbeza dengan orang muda.Tapi anak2 di rumah ni makan je ,asal kenyang.
  Resepi cara ku buat apam gula merah  
1 cawan gula merah
1.5 cawan air suam
2 sudu besar gula pasir
Kacau rata ketiga2 bahan hingga gula larut.
Kemudian masukkan 3 cawan tepung gandum dan satu paket yis mauripan dalam adunan gula tadi dan gaul rata.
Dah gaul rata boleh lah  biarkan kembang .
Setelah 2 jam boleh lah masukkan dalam loyang dan kukus selama 30 minit .
Sudah agak sejuk boleh lah dipotong dan makan dengan kelapa parut yang telah dikukus dan digaul dengan secubit garam.
Disebabkan suami tak makan kelapa parut dan kebetulan takde stok ,makanlah gitu je...disebabkan anak ramai licin lah juga loyang ku ....Alhamdulilah.

Saturday 2 January 2021

1/1 yang dingin.

Assalamualaikum
Awal 1/1/21 sejak subuh lagi hujan sudah mulai turun.Kadangkala lebat sesekali renyai saja tapi tetap berterusan sehingga harini saat aku menulis catatan ini.Sejuknya rasa hingga ke tulang hitam tapi nyaman dibaluti selimut tebal.Apatah lagi masing2 masih ada yang bercuti ,apa lagi tarik selimut lah selepas solat subuh.
Foto: snap dari pintu dapur diawal pagi tahun baru.
Kebetulan pula Fateha pun diberi cuti oleh majikan setelah buat swap test covid , jadi nya memang dia kena kuarintin diri 2 3 hari ,memerap lah duk dalam bilek ...memang best sangat cuaca hujan ni.Mak pun tak lah risau kan banjir kilat bila dia pergi dan balik kerja.Tengok di info2 terkini pun banyak sudah kawasan2 dinaiki air.
Harini 2/1 ada jemputan majlis kahwin tak lah jauh dari rumah tapi kalau sudah hujan tanpa henti memang serba salah nak pergi.Tapi bila difikirkan balik kesian tuan rumah , walaupun majlis tak besar mana musim2 covid ni tapi mereka mengharapkan jemputan datang apatah lagi anak sulong mereka yang menikah.Akhir nya aku dan suami pergi juga  ,bawa payung sorang 1 sebab nak berkereta pun dekat je...bukan senang  tengok orang lelaki pakai payung....hihiii.Bukan apa tengok anak2 bujang ku sanggup redah hujan ke sekolah atau masjid darpada mereka bawa payung.
2hari sudah masuk tahun baru ,terpaksa lupakan sementara tanaman ku diluar sana.Harap tetap subur disirami hujan.Kawasan rumah kami taklah risaukan banjir sebab kawasan tinggi ,jadinya insyaallah selamat lah pokok2 kami dari air banjir.
Nak lah cerita kisah tahun lepas ,bukan lah setahun pun dalam bulan Dec je..😁😁 adalah beli anak2 pisang untuk encik suami tanam.Begini lah kalau anak2 ajar maknya beli online,terlebih2 pula mak menyopee.Sampaikan kakak tanya "hai anak pisang pun beli kat shopee".Ermm apa nak heran zaman ni semuanya dihujung jari.
Harap2 anak pisang tanduk ,pisang nangka dan pisang nipah dapat lah hidup subor dan mengeluarkan hasil nanti.Kelak boleh lah buat kerepek pisang sendiri...😀😀berangan je .Sebenarnya masa beli tu dapat free gift sebatang anak pisang lain, tak tau lah pisang apa takde lebel pun.