Total Pageviews

Saturday, 2 January 2021

1/1 yang dingin.

Assalamualaikum
Awal 1/1/21 sejak subuh lagi hujan sudah mulai turun.Kadangkala lebat sesekali renyai saja tapi tetap berterusan sehingga harini saat aku menulis catatan ini.Sejuknya rasa hingga ke tulang hitam tapi nyaman dibaluti selimut tebal.Apatah lagi masing2 masih ada yang bercuti ,apa lagi tarik selimut lah selepas solat subuh.
Foto: snap dari pintu dapur diawal pagi tahun baru.
Kebetulan pula Fateha pun diberi cuti oleh majikan setelah buat swap test covid , jadi nya memang dia kena kuarintin diri 2 3 hari ,memerap lah duk dalam bilek ...memang best sangat cuaca hujan ni.Mak pun tak lah risau kan banjir kilat bila dia pergi dan balik kerja.Tengok di info2 terkini pun banyak sudah kawasan2 dinaiki air.
Harini 2/1 ada jemputan majlis kahwin tak lah jauh dari rumah tapi kalau sudah hujan tanpa henti memang serba salah nak pergi.Tapi bila difikirkan balik kesian tuan rumah , walaupun majlis tak besar mana musim2 covid ni tapi mereka mengharapkan jemputan datang apatah lagi anak sulong mereka yang menikah.Akhir nya aku dan suami pergi juga  ,bawa payung sorang 1 sebab nak berkereta pun dekat je...bukan senang  tengok orang lelaki pakai payung....hihiii.Bukan apa tengok anak2 bujang ku sanggup redah hujan ke sekolah atau masjid darpada mereka bawa payung.
2hari sudah masuk tahun baru ,terpaksa lupakan sementara tanaman ku diluar sana.Harap tetap subur disirami hujan.Kawasan rumah kami taklah risaukan banjir sebab kawasan tinggi ,jadinya insyaallah selamat lah pokok2 kami dari air banjir.
Nak lah cerita kisah tahun lepas ,bukan lah setahun pun dalam bulan Dec je..😁😁 adalah beli anak2 pisang untuk encik suami tanam.Begini lah kalau anak2 ajar maknya beli online,terlebih2 pula mak menyopee.Sampaikan kakak tanya "hai anak pisang pun beli kat shopee".Ermm apa nak heran zaman ni semuanya dihujung jari.
Harap2 anak pisang tanduk ,pisang nangka dan pisang nipah dapat lah hidup subor dan mengeluarkan hasil nanti.Kelak boleh lah buat kerepek pisang sendiri...πŸ˜€πŸ˜€berangan je .Sebenarnya masa beli tu dapat free gift sebatang anak pisang lain, tak tau lah pisang apa takde lebel pun.



13 comments:

  1. tuari wak ada dptkan anak pisang .. pas dpt anak pisang tanam kat kebun sekangkang kera tu., esoknye anak2 pisang tu kanna curik la pulak., huhuhu

    .. ps. selamat tahun baru kakyon., ;p

    ReplyDelete
  2. baru tau ada pula jual di shoppe πŸ˜‚

    ReplyDelete
  3. Wah kerenn banget akk, pandai dah menyopee ye, anak pisang pun boleh oder kat shopee 😁😁

    ReplyDelete
  4. w/salam... dah berbuah pisang tu nanti, jangan lupa kirimkan saya sesisir ye...heheh

    ReplyDelete
  5. SELAMAT TAHUN BARU WAH BERKEBUN PISANG PULAK YA

    ReplyDelete
  6. Memang dingin kak, macam duk oversea dah ni hihi

    ReplyDelete
  7. Saya ingat shopee ada barang sahaja.. Hihihi..jakunnya saya... Kira akan advance la dr saya.. Hihihi

    ReplyDelete
  8. tanya adik kat kampung johor katanya 2 hari jumaat sabtu hujan lebat tak berhenti, kalau benti pun kejap je pastu hujan lagi... nasibla kampung kat banjir tapi banyak tempat lain dah naik air

    ReplyDelete
  9. Selamat Tahun 2021..
    Selangor pun Sama kak saniah..
    Hujan rahmat dah dua hari..
    Tak payah siram pokok..
    MasyaAllah.. akak lebih advance Dari saya.. saya tak pandai shopping kat shopper Tu hihihi..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Selamat menymbut tahun baru masihi 2021 kak. Wah pokok pisang pun ada jual di shoppee.. ni kira sudah bagus. moga pokok pisang sihat dan dapat mengeluarkan hasil yang baik..

    ReplyDelete
  11. salam kenal, saya follower 114.

    ReplyDelete
  12. Kta JDT sekarang tengah musim hujan gelombang ke-dua.
    Ada tempat dah mula banjir semula.

    ReplyDelete
  13. Johor masih musim hujan ke? Hujan ni memang seronok berselubung atas katil. Tapi kesian jugak bila teringat mangsa banjir

    ReplyDelete