Total Pageviews

Thursday, 29 December 2016

Hari2 akhir 2016.

Assalamualaikum
Cuti sekolah bakal berakhir beberapa hari lagi.Urusan beli buku dan pembayaran yuran untuk Iman juga telah selesai .Cuma di sekolah agama ada lagi pembayaran pada 6 hb Jan nanti.Kalau nak dibandingkan dengan sekolah kebangsaan rasanya pembayaran lebih banyak di sekolah agama.
          Foto: antara buku2 Iman yang dibeli.
Azim pula pada hari kembalinya  ke asrama pada 31 hb  nanti baru buat urusan pembayaran ,itupun hanya pembayaran untuk asrama aje.Di sekolah dia memang tak gunakan buku tulis jadi takde lh pembelian buku.Kalau nak beli sesuatu barang beli je bila2 masa di koperasi.
Walaupun agak perit dengan keadaan ekonomi sekarang dengan si ayah yang berulang alik ke hospital namun semuanya dipermudahkan ....kakak2 dia orang walaupun belum berkerja tapi membantu adek2 dengan biasiswa mereka. Alhamdullilah bersyukur anak2 saling membantu.
Hari ini dan semalam ketiga2 anak di U sana sedang hadapi final exam sem ni.Awal pagi dah telefon mengatakan akan ada peperiksaan pagi tu ,walaupun bagitau itu saja tapi kami faham mereka mohon doa .Insyaallah ...dah tentu sebagai ibubapa sentiasa doakan yang terbaik untuk anak2.
Cuti sekolah hampir berakhir....Iman kata kan bagus ayah tak sakit ,boleh jalan2 masa cuti sekolah ni.Yalah kami faham kali ni cuti sekolah dihabiskan di rumah dan hospital saja.Takpelah Iman.....ada hikmah disebalik musibah.... mungkin tahun 2017 akan beri sinar doakan ayah dan mak diberi kesihatan yang baik.
Selamat tinggal 2016 .....

Friday, 23 December 2016

bila semuanya naik..

Assalamualaikum
Salam Jumaat
Seperti hari2 biasa setiap pagi aku akan buka tv walaupun tak menghadap....aku biarkan terpasang sambil2 buat kerja rumah dengar jugalah biji butir yang disiarkan di tv.Pagi ni aku buka MHI ....terdengar pengacara Elly Iskandar membaca tajuk2 akhbar.Apa yang menarik perhatian ku tentang kenaikan harga pakaian sekolah 30% yang disiarkan di salah satu akhbar.Tentunya keadaan ini menyusahkan ibubapa apatah lagi dengan pembelian buku2 dan bayaran2 lain .Bagaimana kalau ada anak yang ramai bersekolah.
Bagi aku Iman dah awal2 aku belikan pakaian sekolah walaupun pakaian sekolah dia tahun lepas elok lagi.Yalah sebab setiap minggu pun hanya 2 kali pakai selebihnya hanya pakai baju senaman atau uniform koko.Tahun 2017 ni Iman dilantik jadi pengawas itu yang terpaksa beli pakaian baru. Seluar sekolah pun walaupun masih elok tapi dah senteng sangat .....hmm cepat beno tinggi nya sejak lepas berkhatan .
Sekolah agama  aku belikan sepasang dulu  sebab bimbang jika dilantik berbagai jawatan ,dah nak kena tukar baju melayu warna lain pula...tak ke membazir jadinya kelak..Waktu anak2 yang terdahulu baju melayu atau baju kurung sekolah aku jahit sendiri walaupun berhelai2 tapi dah tua2 ni malas pulak nak menjahit walaupun untuk Iman saja.Apapun aku jarang beli pakaian sekolah di pasaraya2 ,sengaja pergi ke kedai2 biasa .Senang untuk memilih atau tawar menawar.Lagipun sudah biasa dengan satu kedai tu...tak perlu cakap pun dah bagi diskaun.
Azim takde masaalah takde apa yang perlu diganti kecuali sepatu hitam dia.Itupun 3 hari berturut2 pergi kedai kasut baru jumpa yang diingin kan.,,,pening aku dibuatnya.
Dengan keadaan ekonomi sekarang memang memeritkan bagi rakyat marhain seperti kami .Apatah lagi jika anak ramai yang bersekolah.Bila aku bandingkan satu waktu dulu 3-4 orang anak yang serentak bersekolah budget nya lebih kurang sama dengan hanya tinggal berdua ni..Nak buat bagaimana kan pelajaran anak lebih penting,,,,,

.



Wednesday, 21 December 2016

Terharu

Assalamualaikum
Terharu bila salah seorang anak post di Facebook.

Tuesday, 20 December 2016

Iman dan pengat pisang

Assalamualaikum
Rumah baru ni Iqa punya kerja lah segalanya berubah....orang tua macam aku ni manalah tau sangat bab2 nak mendeko .Tapi ok juga bersemangat lah sikit nak berceloteh .
Sebenarnya seminggu ni Iqa ada balik ,katanya cuti study week untuk final exam akhir bulan ni.Tapi bila dah kat rumah study lah sangat.....apatah lagi budak 2 ni ada cuti sekolah.Kecohlah rumah yang sebulan dua ni agak suram dengan pelbagai ragam mereka.
Ni cerita semalam....tengahhari Iman dari dalam bilek bersuara " mak  buatkan pengat pisang ....Iman teringin nak makan." Aku yang dari luar  menjawap " Iman ni kenapa tiba2 nak makan pengat pisang....mana mak nak cari pisang buat pengat "."Kat belakang rumah kan ada pokok pisang ,mak ambil lah buat pengat" kata dia lagi." Pisang kat belakang rumah tu mana boleh buat pengat ....pisang kapas tu .....untuk buat jemput2 atau kuih bolehlah.Dan yang lebih sadis lagi pisang tu masih muda....
Bersungguh2 dia minta masak kan pengat.
Petang selepas suami berehat balik dari kerja (hari pertama bekerja selepas MC )  aku ,Iqa dan ayahnya keluar untuk urusan di bank .Masa dalam perjalanan balik Iman yang tinggal dengan Azim telefon aku.Katanya "mak nanti beli barang2 persiapan untuk buat pengat tau". "Tadi ucu ita ada hantar pisang ....banyak" kata dia lagi. Aku bagitau suami ,tak boleh dibiarkan ni ,kena buatkan juga pengat yang dia hendak sangat tu....bimbang kempunan pulak.Aku pinta Azim hantar kan wasap gambar pisang yang jiran tu hantar.Alahai ....pisang tu manalah boleh buat pengat....huhuuu.
Suami singgah kedai buah ,katanya beli saja lah pisang yang nak buat pengat tu. Mujur ada beberapa biji pisang tanduk ,itu pun dah hampir hitam2.....dapat lah beli 2 biji yang elok.
Tiba di rumah dah hampir senja tapi aku terus capai periuk ,potong2 pisang  ,masukkan air ,gula merah,sedikit gula pasir .Pergi ke belakang sekejap ambil daun pandan 2-3 helai.last sekali masukkan biji sagu dan santan . .Mujur juga santan kotak memang dah lama ada tersimpan  dalam aisbox. Sekejap je siap....Iman yang nak sangat tu tak sabar nak merasa ,bagi sesudu dalam piring,,..kalau boleh piring pun nak dimakan...haha
Lepas maghrib ayahnya  ambilkan semangkuk pengat pisang untuk Iman makan. Memang betul2 dia makan ,licin mangkuk .....Heran betul kami ....padahal Iman ni pemilih bab2 makan ni apatah lagi pengat2 atau bubur biasanya tak pandang pun.Tanya pada dia kenapa beria sangat nak makan pengat pisang.Kata dia tengok kartun animasi kat dalam TV ada tentang pengat pisang .Alahai Iman ....bikin orang risau je.

Friday, 16 December 2016

Angiogram ditangguh

Assalamualaikum
Salam Jumaat
12/12 suami admitted wad ,13/12 sepatutnya buat angiogram tapi terpaksa dibatalkan disaat akhir memandangkan platelet masih terlalu rendah .Jika diteruskan  berrisiko bleeding.
Sebelum ni tak pernah tahu tentang darah kuning .....dah setua ni baru lah tahu....bila dah suami sakit ni yang katanya kurang platelet( darah kuning),serba sikit  doktor dan nurse ada terangkan. Tak puashati juga jumpa encik google baru lah faham....jangan pulak ada darah hijau ,biru,kelabu ntah apa lagi ,poning kepala den nak faham kan nanti....huhuuu.
Pagi 12/12 adek ipar tawar kan diri untuk hantar keHSA memandangkan suami tak bawak kereta sendiri ....bukan apa nak parking kereta berhari2 ,selain dari keselamatan.....ntah berapa banyak lah bil yang dikenakan kelak sebab tak tau lagi berapa hari duk di wad.
Olehkerana wad CCU waris tak boleh menemani pesakit ,aku bawa budak Iman dan Azim bermalam di rumah makcik di Kempas.Siap dijemput di hospital lagi walaupun kami cadang nak naik bas atau teksi je ...
Foto: masa melawat ayahnya Iman selesa melingkar atas katil ,sementara si ayah sibuk berbual dengan pesakit katil sebelah yang sudah jalani angiogram pagi tu.
13/12--- cadangnya dalam
 pukul 11pagi boleh lah kami ke hospital melawat suami .Sebab kata nurse angiogram akan dibuat waktu pagi ,dah pun mula berpuasa sejak 12 malam. 9.30 pagi waktu aku telefon suami katanya hari ini dah boleh balik dan angiogram kena tunda dilain hari
Foto:sumber google.Sepatutnya haritu suami jalani proses angiogram seperti ini.
.Kalau dah kata boleh balik  dah tak menyabar2 lagi suruh cepat datang ke hospital ....berkali2 telefon .Bila aku dan anak2 tiba di hospital suami dah pun menunggu di luar wad dan dah pun tukar baju....
Part2 pendaftaran atau bayar bil hospital ni sebenar nya aku tak pernah buat ,tapi bila dah suami yang sakit semuanya aku yang harus lakukan.Huhuu.....jauh tu kena pergi ke bangunan poliklinik di hadapan .Berbanding semasa dulu sebelum kebakaran hanya ditingkat bawah je.Mujurlah ada bodyguard aku Azim jadi peneman.
Depan suami taklah tunjuk penat ....padahal macam nak mintak nyawa rasanya terkejar2....
Sebelum balik makan tengahhari di kafe hospital.Kami cadang balik naik bas walaupun boleh saja telefon adek ipar untuk ambil atau naik teksi .Suami pun kata dia sehat .Kami saja je nak bawa Iman yang teringin sangat nak naik bas awam .....dah lah cuti sekolah tak berjalan kemana pun.Haritu kami kabulkan impian dia merasa pengalaman naik bas henti2.Seronok bukan main dia....
Tentang si ayah pula 2 minggu lagi ada opointment dengan doktor pakar .....Mudah2an masalah platelet dia akan berakhir.





Friday, 9 December 2016

Semoga terus sehat

Assalamualaikum
Salam Jumaat
Sudah lebih sebulan berehat2 ,membuatkan encik suami semakin bosan.Apatah lagi melihat rumput sekitar rumah dah macam hutan.....bunga2 kertas pun dah melempai tinggi.Sebenarnya aku cuba juga mencantas pokok2 bunga tu ,tapi nak perabiskan sepokok pun terkial2 padahal masa selalu tengok encik suami  buat selama ni macam senang je...huhuu.
Foto: suami membersihkan rumput yang sama subor dicelah2 pokok.
Ketika dia buat kerja ,selalu peringatkan jangan terlalu berpenat sangat ,bimbang sakit nya berulang.Lagilah budak Iqa bila dia telefon si ayah sedang buat kerja ,punyalah risau dia ....Sebenarnya buat masa ini suami dah agak sehat sebab tu dah  tak boleh duduk diam....yalah dah biasa buat kerja sebelum ni.
Tu baju biru yang dipakai tu baju anak sulung .Bagitau Iqa masa wasap semalam mungkin ayah rindu Arif  agaknya ,asyik pakai baju dia je....yalah Fateha dengan Iqa dah ada balik seminggu dua ni tapi tidak abangnya. Cuti minggu ni agak panjang pun tak dapat balik katanya ada ROTA SUGERY ....hmm, rasa nya doktor veterinar Rozita Abdul Rahman tahu sugery apa tu.
Apapun semoga suami terus sehat  dan dipermudahkan urusan  buat angiogram pada 13/12 ni.Dua tiga hari itu juga aku akan berrumahtangga di hospital.

Tuesday, 6 December 2016

Akhir tahun yang sendu...

Assalamualaikum
Sudah pun masuk bulan December kan...cepatnya masa berlalu ,dah pun ke penghujung tahun .2016 begitu terkesan pada kami sekeluarga ,apatah lagi anak2 terpaksa bertabah bila mana diawal tahun maknya sakit dan diakhir tahun ni diduga lagi dengan ayah yang sakit.Bila dah tunggak keluarga sakit segala2 jadi sukar tapi apa pun kehidupan perlu diteruskan .....Allah kan Maha Penyayang.
Foto:ketika meneman suami di hospital berbagai situasi dapat dilihat.Berdepan dengan katil suami ,seorang isteri (bangsa india) begitu setia menjaga suaminya walaupun tidur hanya di kerusi hampir 2 minggu.Katanya rumah dekat tapi tak sampai hati nak tinggalkan suami walaupun beberapa jam.
Foto: pemandangan dari pondok wakaf di hadapan bahagian kecemasan Hospital Kulai....damai je suasana di luar ni walaupun di dalam sana ada 1001 duka dan cerita.
Bila dah orang sakit pemakanan pun kena jaga.Hari2 kena sediakan menu yang tak berminyak .Kalau ada pun guna sikit minyak zaitun. Sebelum sakit pun encik suami tak makan makanan bersantan dan kurang minat makanan pedas2. Mudah je nak sediakan makanan dia sekarang ni, rebus2 ,singgang ,bakar,kukus....
Sekarang ni cuti sekolah,adalah budak Azim dengan Iman ni kat rumah.Iman ni selera dia sama je dengan si ayah ,apatah lagi kalau ada sup ,suka sangat lah dia. Azim ni je kadang banyak songeh ....bila tanya " mak masak apa hari ni?".Bila aku kata" ikan masak singgang" ."huhuuu.....kenapa tidak masak sambal ke,gulai ke?".Apapun sebenarnya Azim ni makan je apa yang ada .Sesekali masak kan juga apa yang dia suka ....kami ber2 je lah makan.
Foto: sayur2 campur yang ditumis dengan sikit minyak zaitun.
Foto:roti canai homemade ni ,buat masa suami belum sakit ...masa tu angin rajin datang ,padahal warung roti canai lat sebuah rumah je.
 
Foto:Anugerah cemerlang Iman.....ada ceria dihari2  suram.


Monday, 14 November 2016

anak2 bertabahlah

Assalamualaikum
Sejak semalam aku berada di hospital lagi menemani suami yang di masukkan ke wad.Selepas heart attack tempohari ada sikit masalah kesihatan lain yang datang.Iman aku titipkan di rumah jiran untuk menjaga dan mengolahkan nya untuk ke sekolah.Mujor Iman faham situasi yang mak nya hadapi sekarang ni.Sebak dada ku ketika dia berkata "Iman ni macam dah terbuang".Maafkan mak Iman  ayah perlukan mak sekarang.....
Anak2 dikejauhan sana diberitahu juga.Arif,Fateha dan Azim agak bertenang tapi Iqa aku risau sangat.Dia seperti tak dapat menahan perasaan tekanannya.Bila ditanya katanya stress belajar tapi sebagai mak2 ni tentunya faham perasaan nya dalam keadaan kejauhan ayah sakit.Aku berharap anak2 ini tak terganggu pembelajaran.Sifat ayah mereka yang cool buat anak2 rapat dengan suami.
Semalam 13 November tarikh lahir siayah masing2  anak wish .Menjadi sejarah kali ini terlantar di katil hospital.
Aku harap anak2 ini kuat berada di saat2 sukar ni .Aku sendiri tak setitik air mata pun ku titiskan depan suami .Pesan sepupu aku ingati jangan menangis depan pesakit ,bimbang merunsingkan dia kelak.Di tikar sembahyang tempat ku luahkan perasaan.Sedaya mungkin aku ingin bertabah ....semoga ada sinar di hadapan sana.

Friday, 11 November 2016

Tragedi duka 5.

Assalamualaikum
Alhamdulillah dari hari ke sehari keadaan suami di CCU sudah semakin stabil.Banyak waktu anak2 habiskan masa dengan si ayah diwaktu2 melawat .Iman juga lepas naik mungkin kerana dia tinggi .Tapi aku tak benarkan berlama didalam wad bimbang antibodi tak kuat memandangkan Iman masih kanak2 lagi..
Walaupun hati ku masih bimbang namun bila melihat anak2 semua ada depan mata ,lega rasanya....Iqa sehari lepas tu kena balik semula ke U kerana ada exam keesokannya.
Sesuatu yang aku pelajari menginap di Balai pelawat bersama teman2 baru yang senasib.Nasib mereka lebih teruk dari apa yang aku lalui.Ada yang dah sebulan menginap disitu ,menunggu baby yang tenat sakit jantung berlubang.Ada yang menunggu suami yang dah berminggu2'di wad dengan berbagai penyakit.Ada yang dah 18 thn ank hidap sakit jantung sejak lahir ....hospital rumah keduanya.Cerita2 mereka ni lah yang beri sedikit  kekuatan padaku hadapi ujian ini.
Walaupun suami dah semakin sehat ,untuk pesakit jantung perlu 5 hari dipantau baru boleh dibenarkan keluar.Kebetulan cuti sem Fateha dan Arif dah hampir habis.....bersyukur sangat hari Jumaat tu suami dah boleh keluar wad.Sungguh pun kami diuji ,canteknya perancangan Allah  ,ketika itu aku tak sendirian.Alhamdulillah.....Alhamdulillah kini suami semakin sehat walaupun perlu buat rawatan susulan dalam masa terdekat ni.Ketika di rumah ni aku bertanyakan apa yang dia rasa setelah diberi ubat yang agak kuat tu.Katanya jantung nya bergegar dan sakit sangat ,tak boleh nak tarik nafas ketika itu.Pengalaman yang tak mungkin dilupakan seumur hidup.
 Banyak lagi kisah sepanjang 5 hari suami sakit di hospital....rasanya tak terluah dalam coretan,biarlah ia abadi dalam benak kenangan.
Terimakasih pada rakan / adek2 blogger yang mendoakan.....hanya Allah yang dapat membalas keikhlasan kalian.

Tragedi duka 4

Assalamualaikum
Tiba di HSA terus cari bangunan yang di maksudkan nurse dari Kulai tadi.Selama ni cuma tahu bangunan induk yang ditutup tu je.Mujurlah ada sepupu dan anak nya ikut serta .Terus ke bahagian belakang ke bangunan B untuk mencari suami yang katanya dimasukkan di situ.Baru tahu rupanya tingkat bawah dijadikan tempat emergency sementara....agak berserabut .Aku dengan Arif masuk ke dalam mencari katil suami.Bila tanya nurse katanya mereka sedang lakukan ECG pada suami.Sementara tu ada seorang doktor cina mungkin yang ambil kes suami.....berbagai soalan diajukan dan diterangkan.Ngeri aku dengar tiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya mengenai keadaan suami..Satu darinya bila dia kata kesehatan suami akan merosot hari  kesehari walaupun ketika itu kelihatan dah stabil.Ia akan menjejaskan buah pinggang dan organ dalaman ....Padahal masa tu dia belum pun check suami ,sekadar melihat rekod dari Hospital Kulai je.Aku biarkan Arif  je mendengar  celoteh doktor tu.Aku terus dapat kan suami yang telah selesai buat ECG.Bagi semangat pada dia terus bertahan demi anak2.....Masa tu anak2 boleh je masuk secara bergilir termasuk Iman.Sebenarnya pada pemerhatian aku setelah kejadian kebakaran dibangunan induk tu pengawal keselamatan seperti kurang ada ataupun mereka pantau guna CCTV je.
Agak lewat petang juga baru suami disorong ke wad CCU di bangunan sebelah.Aku dan Arif mengiringi pegawai yang bertugas ke tingkat 1 dan masuk ke wad.Setelah selesai semua urusan, olehkerana wad CCU tak boleh nak jaga pesakit, Arif minta  borang permohonan untuk waris pesakit menyewa di Balai Pelawat dengan kadar sewa 5 RM semalam....(maksima 3 malam,jika nak sambung kena daftar semula).Olehkerana hanya sorang je waris yang dibenarkan Arif suruh aku je yang bermalam di situ.Lagipun mungkin dia lihat aku dah keletihan sepanjang hari .Malam tu anak2 yang bertiga hanya tidur di kerusi koridor tingkat bawah .Sementara.Iman aku bawa tidur dibilek penginapan bersama  walaupun sebenarnya tak dibenarkan.Walaupun bilek ( seperti dorm asrama) tu begitu selesa ,sepanjang malam tu aku tak dapat melelapkan mata walau sepicing pun .Buat solat hajat ,solat tahajjud ,baca segala doa ,tak dapat menghilang kan rasa risau pada suami yang berada di wad dan anak2 yang di bawah.2 pagi telefon Iqa kata dah tiba Larkin Central....sedang makan di McD bersama adek beradik yang 3 orang tu.....yalah baru ingat anak2 ni tak makan lagi sejak siang....Ketika situasi begini nampak kematangan mereka.Mengambil Iqa ke Larkin  jam 2 pagi tanpa dipesan.Pukul 3 pagi mereka ber4 dah tiba di hospital semula .Cuaca pulak hujan lebat dan berangin.Mereka ber3 duduk di bangku yang disediakan dibawah balai tempat aku menginap,sementara abang nya tidur dlm kereta.Bimbang keselamatan mereka ,aku turun ke bawah dan suruh mereka tido dlm kereta .Sementara tu aku naik semula ke atas merebahkan diri  walaupun tak  juga dapat tidur.Roommate kata boleh je kalau nak jenguk suami kat CCU waktu tu...jangan teragak2 nak masuk katanya.Lepas solat suboh aku bersegera turun ke bawah bersama Iman .Kejutkan budak2'yang sedang lena dalam kereta.Budak 4 tu balik rumah sementara Iqa tinggal bersama ku di hospital.Suboh tu aku naik ke CCU lihat suami masih lagi tidur walaupun masih gunakan oksigen untuk bernafas dengan selesa.Aku kejutkan untuk solat suboh .Beberapa kali juga aku naik untuk melihat perkembangan suami,lagipun Iqa nak jumpa ayah dia.Alhamdulillah keadaan suami semakin positive.
Masa melawat tengahhari tu suami dah boleh ajak berbual.Kata dia doktor yang memeriksa pagi tu pelik dengan  keadaan suami yang dapat pulih dengan cepat padahal serangan jantungnya begitu teruk.Doktor tu siap tanya pada nurse ,ada sesiapa yang bagi dia AIR AJAIB  ke?. AllahuAkhbar .
Masa melawat sebelah petang tu aku sempat jumpa doktor ....biasalah doktor hospital kerajaan ni bertukar2. Macam2 juga lah yang dibagitahu  tapi banyak yang aku tak faham .Yang aku ingat bila katanya kadar kita yang normal 50/60 peratus tapi suami hanya  20/30 peratus je....apa yang dimaksudkan pun aku tak faham.Perlu jalani angiopalsy untuk memastikan ada atau tidak lagi saluran darah yang tersumbat.,tetapi asyik tertangguh melihat keadaan suami yang dah stabil.Siang tu suami hanya pakai tiub oksigen yang kecil je dan sudah nak makan.....Alhamdulillah.
ke...Entry seterusnya ya.

Thursday, 10 November 2016

Tragedi duka 3

Assalamualaikum
Masa suami dimasukkan ke wad keadaannya dah agak stabil.Kebetulan dah masa melawat ,anak2 pun dah datang juga beberapa orang adek beradek suami juga ada.Olehkerana agak ramai yang bertumpu di katil suami, nurse suruh masuk bergilir2. Aku mengambil peluang tu untuk pergi mandi dan solat zuhor ,dan suruh Fateha yang jaga ayahnya dulu. Sebenarnya aku masih lagi pakai baju sejuk malam tu ,masa pergi hospital dah tak sempat nak tukar baju....kepanasan aku dibuatnya tengahhari tu.
Iman  pula masih bawah umor tak boleh masuk untuk lihat ayah nya...kesian juga lihatnya di tempat menunggu.
Selesai mandi dan solat aku bergegas ke wad. Bila tiba lihat Fateha sedang cuba menenangkan ayahnya yang resah dan serba tak kena dengan peluh membasahi baju.Ketika itu masa melawat dah habis ,itupun Fateha keluar agak lewat .Bila nampak suami agak lega aku  cuba untuk makan bubur McD yang adek ipar belikan.Baru sesuap  keadaan suami mencemaskan....tak jadi aku makan.Suami  dah tak dapat bernafas dengan selesa walaupun dengan bantuan oksigen.Berpeluh2 ...Butang baju hospital yang dipakainya di buka .ketika itu aku takut sebenarnya ,ajak dia mengucap dan berzikir sentiasa....sambil mengelap peluh di dahinya.Dengan tercungap2 dia kata "dah pecah agaknya kat dalam" .Aku blur seketika apa yang dikatakan tu....
Melihat keadaan suami aku terus bagitau nurse yang bertugas di kuanter.Tak lama kemudian doktor datang dan buat rawatan kecemasan.Bp suami terlalu tinggi ketika itu padahal dia tak pernah ada masalah tu sebelum ni.Doktor kata air dah masuk dalam paru2 nya.Doktor cuba bagi ubat untuk turunkan tekanan darah.Tuboh suami dah berselirat dengan berbagai wayar.Suami dah tak dibenarkan minum air lagi.
Aku tak dapat bayangkan perasaan ketika itu...Allah saja Maha Mengetahui.Doktor bagitahu dia hanya dapat stabilkan sementara je kerana Hospital Kulai takde pakar ....perlu dihantar ke HSA petang tu juga.
Lama juga lah agak stabil walaupun darah masih keluar lagi bila dia batuk.Aku bagitau dia nak baca yasin untuk dia rasa lebih tenang dan mungkin dapat tidur.
.Bagi tau juga suami ketika itu dah zuhor dan tak lama lagi asar,cubalah solat seupaya boleh ,dalam keadaan darurat insyaallah Allah akan terima keupayaan hambaNya.
Dipendekkan cerita setelah dapat telefon dari HSA ,petang tu lebihkurang pukul 5+++petang suami pun dibawa ke HSA JB dengan ambulan.Tidak seperti satu ketika dulu sorang waris pesakit boleh ikut naik ambulan sebaliknya kami kena naik kereta sendiri .Sebelum tu Iman yang tak lagi jumpa ayahnya aku suruh salam dan cium  Sebelum ayahnya naik ke ambulan... Sayu melihat babak itu ,dah seperti dalam drama jadinya.Bimbang tak dapat jumpa bila ayah nya dah berada di HSA  kelak.Arif bawa kereta dia jadinya berhimpit lah kami 5 beranak....tak terkejar ambulan yang laju .Dalam perjalanan ke JB aku wasap Iqa suruh  balik malam tu juga walaupun baru sehari dia balik ke UM.Sepanjang perjalanan hanya mampu berdoa dan berdoa agar suami akan terus bertahan.
Mengenai pertanyaan Atie dan Hainomokje tentang darah yang keluar tu.....betul lah agaknya tindakbalas dari ubat yang diberi kan tu ,mungkin mencairkan darah yang tersumbat tu.
Ok.kita sambung episod di HSA pulak  di entry seterusnya ya.



Wednesday, 9 November 2016

Tragedi duka 2.

Assalamualaikum
5.40 pagi aku keluar dari ruang menunggu sambil tercari2 di manalah surau untuk bersolat.Tanya staff  yang ada di situ ,Katanya disebelah belakang berdekatan dengan kantin.Tapi melihat kan aku keseorangan mungkin dia pun bimbang  untuk aku ke sana .Faham je keadaan tempat tu agak sunyi dan agak jauh .Sebenarnya aku pun seram juga tapi tawakal je kalau dah itu tempat nya.Nasib baik disuruh nya aku ke surau wad perempuan dan minta kebenaran pada guard untuk masuk.Alhamdullilah dipermudahkan urusan ...
Selesai solat aku masuk ke ER untuk menjengah suami.Kelihatan suami terbaring dalam ketidak selesaan .Katanya dah diberi ubat untuk jantung.Air mineral yang dibawa dah hampir habis ,diminta air lagi.Mujorlah di kuanter pendaftaran ada jual air mineral.Sekejap je dapat temankan,tahu je lah sebelum dihalau keluar baik aku keluar dulu.
Kembali aku menanti di ruang menunggu sendirian.Hari semakin tinggi aku pun tak pasti dah pukul berapa ketika itu.Hati betul2 runsing memikirkan bagaimana keadaan suami di dalam.Hanya pesan dengan anak2 datang  waktu melawat .Itupun sekadar wasap ,bimbang jika tepon anak2 tentu cemas.Adek lelaki suami, orang yang pertama aku gitau pasal abang nya pada jam 5 pagi tak juga kunjung tiba,hanya bertanya2 melalui wasap.
Kerana hati masih resah dan tertanya2 bagaimana keadaan suami di dalam sana dengan selamba aku minta kebenaran guard untuk masuk, kebetulan guard pun dah tukar shif. Berderau darah aku melihatkan katil suami kosong.Bertanya pada nurse kemana pergi dia.Rupanya dia ditempatkan dalam sebuah bilek .Bila aku jengah ke dalam suami bukannya berada di katil tetapi duduk di sofa yang di sediakan untuk pesakit lelah. Kedua kakinya terangkat di tepi sofa sambil.membongkok menahan sakit.Katanya tak boleh baring lagi bertambah sakit.Lama juga aku meneman sambil urut belakang dan tangannya yang sejuk.Sehingga ada doktor memanggil dan disuruh baring di ER semula.Doktor menerangkan keadaan yang dihadapi pada pesakit je sementara aku kemudian akan diterangkan juga katanya.Setelah itu suami  dipindahkan ke katil lain.Masa ni lah segala2 wayar dah disambung2 kat badan .Termasuk juga tiub oksigen, pada hal sebelum tu suami amat memerlukan.Setelah tu barulah doktor ingin bercakap dengan aku dan menerangkan satu persatu tentang keadaan suami.Banyak yang diterangkan tapi yang buat aku tersentap bila doktor kata peluang suami  hanya 50/50. "Akak banyak2 berdoa ya "kata nya."Sebenarnya dia mengalami serangan jantung yang kuat"....YaAllah sampai begitu sekali rupanya keadaan suami....rasa semangat ku hilang seketika saat itu.Tapi aku cuba tenang dan terus mendengar apa yang ingin doktor katakan .Olehkerana ubat2 yang diberi tak beri kesan ,doktor kata dia perlu bagi ubat yang paling kuat untuk mencairkan darah yang tersumbat ke jantung...ntah apa ke nama aku tak faham  bahasa medik ni. Ubat tu akan mendatang kesan dan allergi kata doktor ,jadinya aku terpaksa tandatangan satu dokumen sebelum prosedur dilakukan.
Setelah sesi kaunseling  dengan doktor aku tak terus keluar sebaliknya duduk dibilik tempat suami sebelum tu sambil memerhati keadaan suami dari jauh.Hingga saat itu suami dah mula resah ,sekejap2 melambai aku utk minta air .Terpaksalah aku berulang alik membeli air mineral di kuanter walaupun berdebar melalui guard yang menjaga bilek kecemasan.Mungkin ubat yang diberi telah mula memberi respond .Keadaan suami semakin kritikal,sekejap katanya sejuk sekejap rasa panas sehingga bermandi  peluh .Aku hanya mampu mengurut2'kan badan nya yang tak selesa sambil mengingatkan untuk terus berzikir.Aku sedaya mungkin cuba tenang depan suami walaupun hati aku sebak.Mujor ketika itu adek lelaki suami ( berlainan ibu) datang .Terasa lega sedikit perasaan aku.Olehkerana tak boleh menunggu pesakit terpaksa aku biarkan suami bersama adeknya sementara aku keluar ke ruang menunggu.Anak isteri adik ipar yang turut serta berikan aku air dan roti untuk alas perut sebab waktu tu dah hampir tengahhari aku tak menjamah lagi sikit pun makanan.Masa kan boleh tertelan bila keadaan suami yang sedang bertarung nyawa ketika itu.
Agak payah untuk masuk bilik kecemasan tapi aku tekad berulangalik untuk melihat keadaan suami dan mahu dia rasa tenang bila aku ada disisi.Sekejap2 katanya lapar tapi bila diberi makan hanya merasa di hujung lidah je. Dari batuknya dah mula keluar darah .Mulanya aku agak cemas tapi bila teringat apa yang doktor bagitau lega seketika.Bukan saja dari mulut malah najis nya pun berserta dengan darah pekat.
Sekejap2 aku keluar keruang menunggu.
Satu persatu adek beradek suami mula datang menjelang tengahhari.
Lebihkurang pukul 1 tengahhari baru lah suami dibawa ke wad .
Di sini lah sekali lagi aku lalui detik2 cemas sendirian....
OK ,kita sambung sambung ya ,panjang lagi kisah nya nak ku abadikan untuk kenangan di blog ni.


Tuesday, 8 November 2016

Tragedi duka 1

Assalamualaikum
Terlebih dulu ingin ucapkan terimakasih pada adek2 dan sahabat blogger yang mendoakan dan beri semangat pada aku yang sedang meniti saat2 sukar sekarang ni. Aku tak kuat sebenarnya tapi perlu tabah demi anak2 dan suami yang sakit .
Bermula dinihari lebihkurang pukul 3 pagi ,suami bangun beberapa kali  sambil batuk yang agak keras.Mulanya aku yang turut tersedar hanya memerhatikan je tapi rasa tak sedap hati bila dia buka baju sejuk yang dipakai .Malam tu memang cuaca sejuk kerana lepas hujan dan masih lagi renyai sepanjang malam. Aku tanya "kenapa bang ,kan sejuk ni". "Sakit dada " katanya .Aku lihat dia berpeluh2 sambil mulut tak henti beristifar.Dia minta urutkan belakang ....tapi tak berkesan apa2 pun .Dalam hati terfikir juga mungkin kah heart attack .Kebetulan anak sulong dan Fateha ada balik cuti sem seminggu waktu itu.Sementara Iqa dah balik U semalam nya. Beberapa kali cakap dgn suami nak kejutkan anak2 tapi dia tak benarkan.Seminit2 masa berlalu ,sakitnya tak berkurang .Katanya dada panas dan tangan dia kebas sebelah ....peluh semakin banyak keluar.Tak boleh jadi,aku terus gegar bilek anak2 suroh bangun.Azim dengan Iman agak liat sikit bangun sebab tidur agak lewat ,apatah lagi malam tu kan ada perlawanan bolasepak.
Aku minta Fateha dan abangnya ganti urut  ayahnya yang masih lagi sakit .Sementara tu aku seperti biasa lah bila dah dlm situasi gitu mula lah tak keruan rasa.Hanya mampu suruh suami teruskan berzikir.Sebenarnya dia dalam keadaan duduk  menahan sakit.Anak sulong kami Arif kata "jantung ni kena bawa hospital juga".Pada mulanya suami tak mahu tapi terpaksa lah akur .Dalam pada tu  aku minta Azim teman kan untuk ke rumah jiran minta anak bujang nya teman ke hospital.Walaupun ketika itu suami kata tak payah menyusahkan orang.Aku ketuk rumah jiran berkali2 sambil beri salam .Lama juga baru ada yang sedar maklumlah masing2 sedang dibuai mimpi.3.30 pagi kami keluar rumah dengan ditemani  jiran untuk ke hospital yang terdekat..Sepanjang perjalanan suami batuk dan asyik berludah ke luar tingkap,sambil2  tu angin keluar atas bawah.Ah ,angin je agaknya katanya pada jiran yang sependapat.Dadanya masih tetap sakit tapi masih boleh berbual.
Tiba di Hospital Kulai terus ke Emergency ,suami terus dibawa masuk ke dalam sementara aku menguruskan pendaftaran.Biasa lah kat ER hanya pesakit yang dibenarkan masuk.Kami bertiga hanya tunggu di luar .Hampir sejam suami di dalam ,aku suroh Arif lihat keadaan ayahnya .Bila dia keluar katanya doktor tak dapat detect masalah jantung masa guna mesin ultra sound.Hanya diberikan ubat gastrik biasa dan biarkan berehat di dalam.Ketika itu dah pun 5.30 pagi ,memandangkan katanya takde masalah jantung aku suruh Arif bawa jiran balik rumah.Bila mereka dah balik aku masih menanti di ruang menunggu sendirian sambil  membaca surah yasin untuk melegakan hati yang resah .Sambil2 memikirkan dimana aku nak solat suboh.
Rasanya setakat ni dulu ya  ,Insyaallah akan sambung entry seterusnya.31 Oktober aku rasa kan hari yang panjang setiap detik aku lalui detik2 cemas....banyak lagi yang ingin ku kongsi.

Wednesday, 26 October 2016

Aku dan HSA.

Assalamualaikum
Tragedi kebakaran HSA semalam amat mengejutkan dan sedih sangat apatah lagi melibatkan nyawa.HSA ni banyak kenangan pahit manis pada kehidupan ku ...4 dari 5 anak2 ku di lahirkan di sini.Setiap anak bukan sehari aku berada di hospital malah berhari2 .Hospital ni lah jadi saksi saat bahagia kami menatang zuriat pertama yang kami nanti sekian lama.Begitu juga 3 anak yang lain.Hanya Iman di lahirkan di hospital Kulai sebab dah tak sempat walaupun sepatutnya ke HSA juga.
Di sini juga aku merasa pengalaman dimasukkan ke CCU setelah alami komplikasi sewaktu melahirkan Azim.
2005 kenangan menjaga anak sulung yang buat pembedahan kecemasan appendix yang telah pecah dalam perut.Beberapa hari di hospital mengajar aku erti kesabaran menangani anak yang sakit.Apatah lagi duka belum hilang ....sebulan sebelum tu anak sedara menghembuskan nafas akhir di ICU di hospital ni.
Seterusnya selalu juga berulangalik di hospital ni melihat sahabat atau sedara mara yang sakit .Seperti biasa bila sakit agak teruk ke HSA ni tempat nya.
2014 aku pula jadi penghuni beberapa hari di sini bila anemia semakin teruk.January lepas sewaktu jalani pembedahan kanser rahim sekali lagi aku di berada di hospital ini beberapa hari....belum pun sampai setahun kini.
Sungguh beri nostalgia HSA ni pada aku.
Bila mengetahui tentang kebakaran HSA semalam turut rasa terkejut dan sedih .Semoga pada yang terlibat bertabah tangani saat sukar ini.Peristiwa yang memilukan....tapi ketentuanNya tersimpan hikmah yang tak terjangkau difikiran kita.




Monday, 24 October 2016

Iman dan nasi lemak

Assalamualaikum
Nasi lemak ni sarapan Iman hari Sabtu lepas. Iman sorang je makan .Beli  di kedai makan sebelah rumah je ,tak pun sampai 20 langkah  menapak dari rumah. Beli nasi lemak kosong ....tuan kedai dah tau pasti Iman yang  punya. Sambal tumis dan timun lagi lah tak dipandangnya.Balik goreng telur dan ikan bilis makan dengan nasi lemak yang dibelinya tadi.Ikan bilis goreng tu pun baru je pandai makan. Sambil tengok tv sambil menyuap ....Alhamdullilah licin pinggan.Itulah selera Iman....yang cerewet bab makan.Tapi kalau suka bertambah2  makannya.
Aku sarapan apa yang ada je ,kalau boleh memang elak kan makan nasi lemak tapi selalu nya terjebak juga .Seperti petang sabtu tu lepas melawat Azim di asrama ,tak sempat nak balik rumah bila Iqa kata bas yang dia naik dah tiba Melaka ( Iqa cuti sem seminggu). Nak balik rumah pun kelak terkejar2 nak pergi lagi .Kami solat maghrib pun  kat Tesco. Lepas keluar dari Tesco,terasa lapar pulak ,singgah kat warung 'Nasi Lemak Wak Kentut ' yang terkenal kat Kulai ni  dengan nasi lemak ayam goreng yang sedap .Hanya aku dengan Iman je yang makan ,encik suami  tak makan nasi lemak...minum je lah .
Bila perut dah lapar makan je lah nasi lemak ,dah lah dah malam ,betul2 lah menternak lemak....Iman lagilah pagi sarapan nasi lemak ,malam nasi lemak lagi....Hantam je lah labuuuu !.
          Foto: mungkin nama agak lucu tapi begitu terkenal di daerah Kulai .




Thursday, 20 October 2016

Karipap rentung

Assalamualaikum
Lebihan karipap sardin yang aku buatkan untuk majlis tahlil di rumah kakak tempohari aku frozen kan.Bila nak minum petang atau sarapan goreng lah beberapa ketul ,biasanya makan sendirian je lah.Iman tak layan lah kalau dia nampak kita buat masukkan cili.
Semalam encik suami tak kerja ,biasalah kalau dah menghadap tv, tv pulak menonton dia ...sementara tu aku ke dapur ,terfikir nak goreng karipap .Kalau suami bangun dah boleh makan untuk minum petang  fikirku...
Iman pula bersiap nak ke sekolah agama dah. Sambil menggoreng karipap sambil2 lah aku menjengah tv yang masih terbuka di ruang tamu walaupun orang yang menghadap nya tido.Bila ada cerita yang menarik agak lama lah aku berdiri.
Masa goreng yang pertama ok je masih dalam kawalan.Sekali yang ke 2 kauu....rentung karipap aku !.
Rupanya aku ingat api yang ku buka kecik je, padahal sebaliknya. Iman yang keluar dari bilek air ternampak lah karipap rentung tu apa lagi mulut nya pandai je mengomen " mak ni macam tak pandai masak je sampai hangus masak" ....kurang hasam punya anak !. Pakat dengan Iman selesaikan masalah ini sebelum si ayah bangun....Kalau tidak alamat lah kena perli.Goreng yang lain,sementara yang rentung tu dapat lah makan sikit2...pahit tuuu ,lebihnya masuk tong sampah. Nasib baik lah Iman tak ingat nak mengadu pada si ayah karipap ku goreng rentung...huhuu.
Pagi ni pun hampir jadi tragedy rentung ,sambil aku membasuh kain ,sambil merebus sesuatu untuk aku buat sarapan sendiri. Selesai menyidai kain terus ke dapur ....beristifar panjang aku tak ingat langsung api masih belum  tutup ,mujurlah api kecil je  ,jadi masih ada lagi sedikit air dalam periuk...Kalau tidak mau rentung lagi lah jawap nya.
Ya Allah apakah faktor usia buat aku mudah lupa atau fikiran terlayang memikir masaalah kehidupan.


Tuesday, 18 October 2016

Bebanan hidup

Assalamualaikum
Dengan keadaan ekonomi sekarang kos sara hidup amat membebankan.Sebagai pelajar juga anak2 terasa tekanannya.Fateha beberapa hari yang lepas menyuarakan hasrat nak buat kerja sambilan .Walaupun dia peroleh biasiswa JPA tapi katanya tak mencukupi hingga akhir sem.Pihak kolej pulak ambil kesempatan menaikkan harga bilek bila Fateha buat rayuan tempohari.Bimbang jika dah berkerja sambil belajar  akan menjejaskan pelajaran nya.Apatah lagi dah ditahun akhir ni.Tapi  kami tak juga menghalang memandangkan kemampuan kami juga terhad dengan 3 di U ,1 sekolah menengah ,1 di sekolah rendah.Harap Fateha dapat membahagikan masa dengan baik.
       Sebenarnya keadaan dia selalu saja kurang sehat sejak suspek tyroid tempohari .Sekarang ni dia perlu makan vitamin setiap hari seperti yang doktor syorkan.Kepada Yatie,terimakasih ya jawap pertanyaan akak.....
     Foto: dikongsi dari seorang sahabat.
      Pada sahabat blogger Raihana Ahmad yang selalu menyapa akak ,akak hargai sangat2.namun mohon maaf tak dapat kunjung balas .Berceloteh menggunakan h/p ni sebenar nya terhad....

Thursday, 13 October 2016

Doa dan kisah nasi ayam.

Assalamualaikum
Seminggu dua ni anak2 yang ber4  hadapi berbagai masalah .Seperti biasa pada kami lah tempat anak2 mengadu walaupun dikejauhan.Kadangkala kami juga buntu mencari jalan.Sebagai ibu aku hanya mampu berdoa,berdoa,berdoa setiap waktu moga dipermudahkan.
 Benarlah doa seorang ibu itu tiada hijabnya ,....Walaupun lambat tapi termakbul juga....Alhamdullilah.Yang lebih menceriakan  sorang2 masalah selesai  pada hari yang sama. Alhamdullilah ....sujud syukur aku pada Nya yang  maha pengasih.

Foto: nasi ayam bekalkan untuk Azim . Si ayah cuti semalam untuk bawa Azim outing sekejap lepas balik sekolah juga selesai lah masalah Azim.
Tika aku sedang berwirid usai solat zuhor ,Iman yang baru balik sekolah masuk ke bilek dan duduk di sebelah ."Iman sayang sangat dengan emak" katanya tiba2.Dalam hati ku berkata kenapa pulak lah budak ni....Tak sempat bertanya dia kata suka sangat sebab masak kan nasi ayam .Huhu....baru aku ingat dah lama tak masak nasi ayam kat rumah ni.Ini pun tiba2 je rasa nak masak ,masak sikit je cukup lah untuk Iman dan ayahnya dan sedikit untuk bekalan Azim . Bukan pe dah tinggal 3 beranak ni ,part  masak memasak ni kurang aktif ....Biasa nya makan kat kedai je kalau setakat Iman teringin nak makan.Alahai Iman...terharu mak dibuatnya.



Tuesday, 11 October 2016

Bila lah boleh balik?

Assalamualaikum
Sejak awal Sem, anak2 payah nak cuti ...Hahh...boring nya seharian takde teman berbual bila Iman ke sekolah. Kalau nak bercakap juga ,dengan kucing2 je lah yang cuba nak masuk dalam rumah.Tapi tak dapat jauh dari hp ,bimbang anak2 atau suami di luar sana tepon sesuatu yang penting.Sehingga nak mandi atau masuk toilet pun kena letak hp berhampiran pintu.
Fatiha dan abangnya dah tahun akhir ,memang sibuk sangat mereka .Sehingga kan nak suruh balik ambil roadtax yang dah siap ni pun payah sangat.
Iqa biasa lah budak junior kat kolej, kadang sampai malam masih ada xtvt. Walaupun dia automatic dapat JPA dari tajaan Busary tempohari ,dokumen perjanjian perlu diselesaikan untuk dihantar segera tapi itu pun takde masa katanya...
Foto: karipap frozen homemade  ,mudah kalau anak2 balik teringin nak makan ,boleh goreng sendiri.
Foto: masa singgah kat kampung tempohari ,banyak borong ikan. Aku perkasam kan .Antara febret anak2 .Bila balik cuti suka makan laukpauk kampung. Muak dah agaknya selalu makan fastfood.
Tapi bila lah dorang ni boleh balik agaknya....!

Thursday, 6 October 2016

Bahagianya....

Assalamualaikum
Sejak2 ni rasanya aku selalu post cerita2 sedih je kan...tapi itulah hakikat ,saja abadikan kat blog suram ni buat kenangan.Tapi hari ini aku ingin kongsi rasa bahagia sangat .Bila buka FB je dapat ni...walaupun dia tak bagitau pun siapa yang dimaksudkan...tapi sendiri faham kan :-)
Pada sahabat lama ku boss Warung Bistro pun dah balas wasap sekejap tadi.Rasanya wasap ni dituju kan untuk MD melalui akak ....silalah baca ya MD.

Tuesday, 4 October 2016

Sepupu nya menyusul

Assalamualaikum
Salam awal Muharram
2 /10 genaplah sebulan anak sedara ku allahyarham Mizal kembali ke Rahmatullah.Masa berlalu si ibu dicengkam rindu teramat ,apatah lagi ketika kesunyian sendirian di rumah ketika balik dari kerja.Sekadar menjadi peneman dari jauh hanya berbual di alamaya je yang mampu aku laku meringankan bebanan nya.Masa anak sulong dia meninggal dulu anak2 yang lain masih ada bersama .Tapi kali ni anak2 dah berkahwin dan berkerja di luar sana.Kini kakak hanya tinggal ber2. Walaupun sudah redha dengan ketentuan Maha Esa ,namun kehilangan yang tersayang pasti sukar luput dalam ingatan.
Abang ipar aku ( suami kakak) diuji lagi ,genap sebulan anaknya pergi, anak sedara yang berumor lebihkurang umor 18 tahun ( anak adek perempuan dia) pula menyusul .Pengakhiran ajal nya pun kebih kurang sama accident dilanggar kereta ketika jatuh dari motor pada malam awal Muharram. YA ALLAH besar sungguh ujian bagi ibu2 ini .Apatah lagi kedua sepupu yang kembali Rahmatullah ini anak bongsu.Anak yang begitu manja dengan ibu .Anak bongsu dari 2 beradek lelaki yang beza nya jauh dgn si abang seperti juga arwah Mizal sepupu nya.Anak2 ni bukan budak rempit tapi dah jadi kebiasaan kenderaan utama dah tentu motor untuk ke mana2.Tinggal dalam satu pekan dengan keluarga kakak.
Semasa majlis tahlil seminggu selepas pemergian arwah Mizal ,anak ini sentiasa bersama ibunya di dapur yang sedang rewang.Duduk diam saja padahal sedara mara lelaki dan ayahnya di luar sana.Bila kami tahu dia sepupu arwah Mizal masing2 kata seiras sangat wajah mereka....cuma yang membezakannya kulitnya agak cerah.Aku kata dengan kakak boleh jadi pengubat rindu pada anak nya bila pandang anak sedaranya itu.
Kini anak2 ini telah tiada di dunia fana ini ,meninggal kan 2 ibu yang kesedihan.Allah lebih menyayangi  mereka .Semoga kakak dan adek iparnya tabah menghadapi ujian ini.
Semoga kedua mereka di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman.....Aminnn.
Foto: sumber Google

Wednesday, 28 September 2016

Bebas kanser

Assalamualaikum
Foto: pesakit2 di bahagian O&G sedang tunggu giliran.
Semalam 27 September ,tarikh temujanji aku dengan doktor setelah berbulan2 selepas buat scan MRI. Biasalah hospital kerajaan kenalah tunggu giliran .Lagipun sebelum buat scan dah diberitahu jika takde sel2 kanser merebak ,tak akan dihubungi .Hanya tunggu tarikh temujanji yang diberikan untuk berjumpa doktor.
Seperti biasa selepas encik suami hantar Iman ke sekolah,terus je kami bertolak dari rumah.Walaupun temujanji pukul 9 tapi kena juga bertolak awal memandangkan nak menghala ke JB bukannya mudah bila waktu2 begini, memang sesak .Dah tiba pun satu masalah nak cari parking .Memang dah takde dah kosong....akhirnya suami parking je kat tempat yang tak sukarkan kereta2 lain keluar.Terfikir aku orangramai ni tibanya pukul berapa ntah ,walaupun kita datang pagi tempat letak kereta pasti penuh....
Kali ni aku pergi ke hospital dengan perasaan tenang kerana badan aku dah rasa sehat dan terasa dah semakin sado dah rasanya...:-).Olehkerana masa keluar rumah aku belum sarapan encik suami ke cafe dulu untuk beli air dan roti juga sandwich.Sebelum tu aku ada beli kuih di warung tempat kami tinggal.Keluar dari cafe suami kata "ni pergi hospital ,sakit ke nak makan2"....hihiii aku rasa pun macam tu juga sebab banyak sangat bekal nya.....Bukan apa kadangkala kata je temujanji sekian2 ,tapi dapatnya lambat.....masa tu perut biasanya dah lapar.
Seperti biasa lah tiba kenalah ambil nombor giliran dulu....lepas tu tunggu,tunggu,tunggu .Sambil2 lah sarapan dengan bekal yang dibawa dan dibeli tadi ,dah pukul 10 baru lah dipanggil masuk ke bilek rawatan.Doktor kata hasil scan tempohari semuanya ok ,tiada sel2 kanser yang merebak .Ketika dibagitahu tu bahagia rasa hati ....bersyukur aku dah bebas kanser.Tapi kemudian doktor kata perlu buat pap smear lagi .Bingung aku seketika sambil bertanya "kan rahim dah buang ,kenapa perlu pap smear lagi?". Doktor kata perlu ,masih kena pantau pangkal rahim juga.Aduhai....terpaksa dalam rela aku ikut arahan doktor....huhuu.
Olehkerana tak perlu buat rawatan2 lain ,cepat lah siap ,cepat lah keluar ...huh lega sangat walaupun masih berdebar2 tunggu result pap smear pangkal rahim.Semoga result nya baik2 je....aku perlu sehat sebab tak mahu menyusahkan keluarga .Lebih2 lagi suami yang setia menghantar ku ketika buat rawatan .

Friday, 23 September 2016

Sakit

Assalamualaikum
Sejak sebulan 2 ni Fateha selalu je tak sehat dan demam.Terbaru semalam ke Hospital Serdang kerana sakit tekak dan panas dalam badan .Resultnya doktor bagitahu tonsil nya menanah.
Walaupun dah besar panjang ,kalau dah kata anak sebagai ibu bapa dah tentunya risau dengan keadaan dia .Apatah lagi berjauhan gini.Mudah mudahan dia dapat atasi dengan tenang dengan pertolongan kawan2.
Azim juga kami terpaksa ke asrama dia setiap minggu untuk menghantar air masak/air mineral untuk minum dia.Jika dia minum air dispenser yang disediakan diluar dewan makan pasti demam teruk.....begitu juga dengan kawan 2 dia.Bukan tak buat aduan tapi masih tetap gitu juga.Tak nak ambil risiko,kami terpaksa lah pergi ke asrama tiap minggu untuk antar air.Bagi yang kuat antibodi mungkin ok je minum air dispenser tu kut sebab aku lihat ada juga budak2 perempuan yang masih mengambil nya. Mungkin juga di dewan makan  lelaki je bermasalah ,aku tak pasti.
Tentang Fateha tadi ,bila dah ke hospital macam2 pulak yang di bagitau.Ini antara wasap yang dia hantar semalam.
Foto: ubat2 yang diberi pihak hospital.
Pagi ni dia wasap masih lagi belum kurang sakitnya .Kami berharap dia cepat sembuh supaya selesa belajar apatah lagi dah tahun akhir ni ni belajar pun agak mencabar.

Wednesday, 21 September 2016

Realitinya hanya ber3.

Assalamualaikum
Epok epok ni buat Isnin lepas....yang dalam gambar tu belum goreng lagi.Kononnya nak makan masa buka puasa petang tu.Sebenarnya dah tinggal sendirian kat rumah ni tak tau dah apa nak buat bila waktu2 senggang.Terfikir nak masak bagai2 tapi siapa lah nak perabis nanti...Iman dan si ayah begitu pemilih bab makanan ni.Kembali lah ke alam realiti...buat lah epok2 je.Kentang pun banyak beli ....buat sikit je tapi banyak pulak jadinya.Goreng kan untuk Iman 4_5 ketul untuk bekal ke sekolah agama makan bersama kawan.Inti pun ikut selera dia tak pedas....tapi bukan selera aku....huhuu.Udahnya waktu buka hanya 2 ketul je boleh makan.Sarapan pun dengan epok2 lagi....tak kan nak membazir kan.Rasanya dah duk 3 ketul kat rumah ni tak perlu lagi nak buat2 kuih.....sendiri buat sendiri yang kena abiskan.....huhuuu.
         Hainom ...ok juga idea buat mee goreng masa kita kawen kan anak nanti ....kita sewa dengan mamak2 nya sekali buat goreng mee .....lain dari yang lain kan....hahaaa.

Tuesday, 20 September 2016

Menu yang sama.

Assalamualaikum
17hb Sabtu hari2 terakhir cuti sekolah tapi jemputan kawen masih banyak diterima.Sepatutnya hari tu hari bekerja untuk encik suami tapi terpaksa lah cuti memandangkan salah satu majlis dari kakak dia yang buat untuk anak bongsu.
Kami pergi seperti jemputan yang lain je memandangkan jiran belakang rumah pun buat majlis yang sama.Sebelum pergi rumah kakak kena pergi rumah jiran dulu....olehkerana mengejar masa,majlis mula pukul 11 ....pukul 11 tu juga kami dah terpacak kat situ....hihii .
Balik sekejap ambil Azim terus ke Kota Tinggi tempat kakak suami. Tiba pun dah tengahhari......Seperti biasalah makan dulu, walaupun sedara2 ada yang dah memanggil2 ajak berceloteh.Sebenarnya walaupun makan 2  tempat ,aku hanya menjamah sesuap dua je kerana tak berselera makan menu2 yang sama.  Biasalah kat  majlis2 pengantin orang2 kat Johor ni ...Nasi beryani ayam masak merah, dalca daging,pajeri nenas, daging kambing (masak pe?...ntahlah).Apatah lagi aku bukan peminat nasi beryani .3 jejaka ni suka lah sebab pengemar daging kambing ....lebih2 lagi Iman ,bukan main berselera .Lauk lain memang dia tak pandang pun. Aku sekadar makan kuihmuih dan kudap2an yang disediakan je.
Tak sempat nak tengok pengantin tiba ,kami  minta diri kerana nak  ziarah abang aku yang  kurang sehat di felda area Kota Tinggi juga.Sekejap je ,perlu balik segera sebab kakak suami ada kirim sedikit makanan untuk jiran ..bimbang basi pulak .
Perjalanan balik perut aku terasa lapar lah pulak....ajak suami singgah kedai makan.Suami kata kita singgah kedai makan sebelah masjid di kg.Sg Telur ,perlu solat asar juga.....Waktu singgah di situ teringat KAKZAKIE yang juga pernah makan di sini. Tapi aku tak makan sup pun ,sebab perut ku perlukan nasi.Jejaka 3 orang tu aku oderkan roti canai je....kan mereka dah kenyang.Nasi goreng ayam yang aku makan pun tak boleh nak perabis .....banyak weh...mujurlah Azim ada ,pasti licin.
Foto: nasi beryani dari rumah kakak yang telah dipanaskan dan daging kambing yang telah dibuang kuahnya dan digoreng semula ,bila Iman dan Azim nak makan lagi petang tu.Biasalah si ayah cukup berjaga2 ,bimbang sangat  sakit perut.Padahal  makanan semua masih okay je.


Kepada kak PI yang selalu singgah diruang komen di sini ...maaflah tak dapat balas balik walaupun sentiasa mengikuti karya2 kak.Guna h/p agak terbatas untuk berblog.

Monday, 19 September 2016

Kubor dalam dusun.

Assalamualaikum
Menyepi seketika dari berceloteh di blog ni bukan kerana takde idea tapi hari2 agak sibuk dengan urusan anak2  apatah lagi kerap berulang  ke rumah kakak yang masih terasa kehilangan si bongsu  walaupun zahirnya mereka nampak tabah.Apapun aku kagum dengan kakak dan suaminya yang begitu tenang dan redha dengan apa yang telah berlaku.Bila kesibukan dah reda  ,demam pula datang bertandang....sesekali jengah juga blog2 kawan dan adek2 blogger , walaupun ada kalanya tak sempat menyapa.
Hari yang sama Jumaat 2 September juga hari akhir Fateha LI di Bandar Tenggara .Seperti biasa pagi tu kami menghantar dia sebelum tergesa2 nak pergi melawat sepupu suami yang dikhabarkan meninggal dunia di Pontian  malam tu....dan akan dikebumikan awal pagi .Kami agak lewat tiba ,walaubagaimana jenazah baru je di sembahyang kan.Memang tak bawa ke masjid atau ke surau untuk solat jenazah kerana tanah perkuboran hanya di sebelah rumah je .Apatah lagi rumah agar besar boleh  menampung agak ramai jemaah yang solat.
Sebenarnya nak cerita tentang keistimewaan kaum keluarga sepupu suami ni .Bila ada kematian dikalangan mereka ,tak perlu dikebumikan di tanah perkuboran umum kerana mereka dikebumikan di kebun sendiri je ,tak jauh dari rumah.Ada beberapa orang juga yang aku pernah ketahui di kawasan Pontian ni ,mereka dikebumikan di tanah sendiri.....biasanya kat belakang rumah ....senangkan bila2'pun boleh ziarah.
 Foto: tak jauh dari pagar tepi ni lah jalan ke tanah perkuburan keluarga mereka....lebih kurang 50 meter ++ je dari rumah (abaikan wayar yang berserabut tu ,sebab menantunya sorang kontraktor )
Foto: ada beberapa kubor lain yang juga kaum keluarga mereka.Sebenarnya kawasan tu dusun buah2an ,rambutan,manggis ,durian ,duku langsat semua ada.Sedang sibuk2 urusan pengebumian pun ada durian yang gugur.Sempat juga aku lihat ada yang mengutip durian yang baru gugur tu.
Aku dan Iman lihat dari kejauhan je di bawah pokok langsat yang sedang hampir masak.
2 September tu anak2 sepupu suami(semua dah dewasa) telah kehilangan ibu (meninggal nya malam ) .Tarikh yang sama sorang ibu (kakak aku) kehilangan anak yang dikasihi....Alfateha untuk mereka.




Tuesday, 6 September 2016

Allah lebih menyayangi mu...

Assalamualaikum
Walaupun rasa tak mampu nak ku coretkan kisah duka ini di sini namun ingin nak abadikan juga di blog ni untuk kenangan satu masa nanti.
Dia dilahirkan 3 hari selepas kelahiran Azim ,jadinya jika ulangtahun kelahiran Azim pasti tak lupa tarikh hari lahir dia pada 18 hb Ogos.
Foto:yang montel tu lah dia bersama Azim ketika usia 3 bulan.
Tahun ni genaplah 16 tahun pada anak bongsu kakak aku dari 5 beradik.Olehkerana jarak antara abang atas dia 12 tahun  ,tentu nya lah jadi peneman sepi ayah mak dia ketika yg lain dah bekerja dan berkahwin .Pandai berdikari sejak kecil lagi kerana kakak bekerja.Kalau setakat masak untuk makan sendiri dan keluarga dah pandai sangat sejak sekolah rendah lagi.
Jika ketika ini aku agak sepi bila anak2 kembali meneruskan pelajaran masing2....perpisahan hanya sementara tapi tidak buat kakak ku.
Besar sungguh ujian nya  bila terpaksa menerima hakikat yang anak bongsu dia ni takde lagi pada 2 September lepas.Sebelum ni dia telah kehilangan anak sulong tahun 2005 ketika berumor 22thn dan baru saja kawen disebabkan sakit yang mengejut selama 2 minggu seperti mana aku pernah coretkan kisah nya dalam blog ni satu waktu dulu.Bacakisah sedih hidupku
Kakak ni betul2 atas aku hanya beza 2 tahun je ....dia kawen cepat dan ada anak pun cepat jadinya sekarang ni dah ada beberapa orang cucu.Tapi si bongsu ni je lagi yang tinggal bersama di rumah...dah tentu panggilan manja nya adek.
Seperti hari2 biasa mereka 3 beranak selalu makan malam kat luar sebab kakak pun dah penat balik kerja.Malam tu selepas maghrib kakak pelawa anaknya makan kat pekan .Tapi anaknya menolak ,katanya nak makan sendiri dan abahnya beri lah duit Rm 5/6 untuk dia pergi makan .(Kat simpang renggam ni harga makanan masih lagi agak murah ).Kalau dah kata kat kampung tentunya motorsikal jadi kenderaan yang utama .Anak ni bukan kaki rempit ,setakat pergi ke pekan Simpang Renggam pun helmet pasti dipakainya.... telah juga punya lesen motor sehari sebelum dia meninggal.Tapi tu lah bila Izrail dah menjemput tak kan ditunda walaupun sesaat.Dalam perjalanan sewaktu hampir tiba tempat dituju sebuah hilux yang dipandu laju tiba2 keluar simpang merempuh motor yang ditunggang arwah yang kebetulan lalu...dengar kabarnya jasad arwah tercampak  dan melalui wasap/ wechat group daerah tu yang jadi viral
.Allahuakhbar......
Kakak dan suami nya di beritahu seseorang kata anaknya accident...tapi tak diberi tahu pekara sebenarnya.Bila mereka pergi ke tempat kemalangan tu ,betapa luluhnya hati.mereka melihat anak kesayangan dah ditutup dengan kain putih.Anak ini telah pun tiada....Subhanallah.
Bukan saja kami ahli keluarga nya yang terasa kehilangan nya malah kawan2,guru2 dan semua yang mengenali. Tak henti2 yang datang ziarah walaupun arwah dah disemadikan.
Sewaktu ziarah terakhir ada juga sorang kawan yang meminta sesuatu pada kakak  untuk jadikan kenangan katanya....Kakak hanya dapat capai kan baju yang selalu dipakai arwah untuk diberi pada kawan dia....semua yang memerhatikan kawan  arwah tu tak tahan menahan air mata bila melihat dia mencium baju sambil menangis.
Buat masa ni aku lihat kakak agak tabah tangani musibah ini .Redha anak yang dipinjamkan selama 16 tahun ni telah kembali ke Rahmatullah....Cuma mungkin akan terasa kehilangan bila anak2 lain kembali ke rumah.masing2 kelak.
Foto:
Antara wasap2 dari yang mengenali arwah.




Kami semua menyayangi mu  Muhammad Al Mizal bin Adam tapi Allah lebih sayang kamu.Semoga roh mu sentiasa dicucuri rahmat dan di tempat kan dikalangan orang2 yang beriman....Al fatehah

Thursday, 1 September 2016

pendaftaran Iqa

Assalamualaikum,
Salam Merdeka....
"Iqa gosokkan baju sekolah Iman""Iqa masak nasi ""Iqa urutkan belakang mak".....terhendap2 dia dari belakang senyap2 sambil menerpa mencium pipi aku yang  kusam ni...begitu lah kebiasaannya beberapa bulan .Harini dia dah takde kat rumah...biasanya dia dengan Iman lah meriuhkan rumah ni.
Urusan pendaftaran Di UM  hari Ahad 28/8.Kami bertolak Sabtu ke Sg .Buloh ,rumah adek lelaki aku ,sebab barang2 dan kainbaju Iqa masa Asasi ditinggalkan di situ
.Minggu ni minggu balik pada budak asrama .Apa lagi Azim pun kata nak ikut hantar Iqa.....ponteng sekolah 2 hari juga.Bersendatlah mereka 4 beradik duduk dalam kereta. Nak guna dua kereta dah tentu tol dan minyak juga berganda....redha je lah anak2.Lagipun masa pergi je berhimpit sikit ,balik dah selesa .
Tiba kat rumah adek  pun dah petang.....setelah mengendurkan urat2 yang tegang, rehat2 dan makan malam , malam tu kami tidur awal, selain penat perjalanan jauh ,perlu juga bangun awal kerana Iqa perlu daftar pukul 8_11.30 pagi.
Pagi tu pukul 7 kami dah bersiap ,katanya nak bertolak pukul 8. Tapi tunggu SIL bersiap akhirnya pukul 8.30 juga baru jalan.Seperti biasa lah anak2 bila dapat U area KL / Selangor ,adek aku ni pasti ikut sekali menghantar ....tau aje lah kami ni orang kampung , Dengan jalan yang berselirat kat KL ni .....ntah sesat ke mana lah kami walaupun katanya guna waze.Hari Ahad jalan ok je ,takde jem tapi kereta 'tourist guide' yang jalan dulu di depan ,dah salah arah ,depan pintu istana pulak ditujunya....
Bila tiba tempat dituju perlu ke padang kawad  untuk letak kereta.Tiba pun tempat parking dah penuh....mujorlah boleh letak kat barisan jalan yang kami masuk.Keluar kereta semua kena bawa barang Iqa yang banyak tu.Termasuk Iqa semua kami 8 orang ,masing2 ada barang yang dibawa untuk menaiki bas ke kolej tempat pendaftaran Iqa.Adek lelaki aku hari tu kena gout lah pulak terdencut2'lah berjalan.Bila aku tengok dia berlenggang ,aku hulurkan buku biology Iqa yang beratnya 3 kilo tu pada dia....satu je pun....yang kami ni kiri kanan dengan barang.
Olehkerana datang pun dah agak lewat dah ramai orang kat tempat pendaftaran.Yang ramainya bukan pelajar tapi yang menghantar nya ....:-).Iqa bersendirian ke tempat mendaftar sementara aku dengan suami ke atas untuk dengar taklimat.Tak lama kami di atas walaupun belum selesai lagi sesi pertanyaan2 ibubapa tu sebab Iqa dah selesai mendaftar dan perlu naik ke bilek untuk berkemas.Tingkat 4.....kena panjat tangga....aduhai rasa nak mintak nyawa bila sampai ke atas.Kalau dah kata bangunan lama manalah ada lift bagai .
Bilek comel kat sudut bangunan tempat dia....perlu tinggal bertiga dalam satu bilek,jadinya sorang kenalah tidur di atas.Olehkerana Iqa yang lewat dia lah yang kena .
Foto:Iman yang excited naik katil double decker ni.
Kolej yang Iqa dapat agak lama ,jadinya segalanya pun dah agak uzor samada katil mahu pun meja belajar nya.Tak pelah Iqa ,yang penting dapat belajar.....
Masa yang diberi pada kaum keluarga yang menghantar hingga 11.30 je....kalau tidak bas yang disediakan untuk kembali ke padang kawad takde lagi.Pelajar2 juga dah mula orentasi pada pukul 12 tengahhari.Agak tergesa2 dengan waktu terhad ....sampaikan ada barang yang tertinggal kat bilek Iqa ,terpaksa lah Azim yang kaki panjang disuroh naik semula ke atas ,malangnya tak jumpa barang yang dicari ....encik suami lah kena naik semula .
Tengahhari tu setelah makan tengahhari di hentian Serdang kami terus balik Johor.Walaupun ayahnya cuti panjang tak boleh nak berlama2 .Esoknya Iman dan Azim perlu sekolah dan Fateha juga masih ada LI beberapa hari lagi.
Sebenarnya ketika ini masih ada risau di hati kecil ....apa kabar agaknya Iqa yang ditinggalkan di sana ?Sejak hari daftar tu hanya dua baris ayat ringkas je yang dapat dari wasap dia ....mungkin agaknya tak dapat guna tepon masa minggu orentasi ni.....terpaksa lah kami bertabah tunggu berita dari dia.
Ahad ni abang  dan Fateha akan kembali ke universiti ....kedua2nya dah ke tahun akhir...Alhamdulilah mudah2an dipermudahkan pembelajaran mereka .Aku?....dah tentunya kembali sendirian bila Iman ke sekolah,
Foto sumber : FB.

Friday, 26 August 2016

Renungan Jumaat


Assalamualaikum
Sempena Hari wanita semalam 
      ___sumber :wasap 
🌃 RENUNGAN 🌃

*NASIHAT TERBAIK UTK ISTERI & ANAK2 (perempuan)*

© *Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT*

© *Perempuan jika ada boyfriend yg tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dgn lelaki soleh yg membimbing ke jannah, bukan ke jahannam.*

© *Isteri yg terbaik adalah isteri yg meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.*

© *Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.*

© *Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita.*

© *Wanita yg menutup aurat itu belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha utk menjadi ahli syurga.*

© *Wanita yg menutup aurat dgn sempurna ibarat pelangi yg cantik, indah mata memandag tetapi tidak boleh disentuh.*

© *Isteri solehah sentiasa berhias cantik utk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.*

© *Perempuan yg bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.*

© *Perempuan yg bersalaman dgn suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.*

© *Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah*

© *Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorg syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.*

© *Wanita yg cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yg baik akan membuka hati lelaki.*

© *Perempuan yg garang sebelum kahwin adalah perempuan yg paling manja selepas kahwin.*

© *Wanita yg solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yg soleh sebab wanita yg solehah sukar ditemui.*

© *Perempuan yg menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yg munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.*

© *Gunakanlah kecantikan hanya utk suami.*

*Subhanallah...*
*Walhamdulillah...*
*Allahu Akbar...*

Sebarkan Nasihat itu Jariah...
Ganjaran tidak putus sebagai Ilmu Baik yg dimanfaatkan...

Thursday, 25 August 2016

Sambal asam.

Assalamualaikum
Pagi tadi sewaktu jengah FB ternampak pulak resepi sambal asam .Teringin pulak nak makan dan dengan rajin nya geledah aisbox....tengok lada merah ada ,lada cili ada ,tomato,ada ,limau kasturi pun ada ....apa lagi terus suruh Iqa potong2 bawang besar dan bawang putih.

Goreng semua dengan dua sudu minyak .Toskan sekejap ....blend kan kesemuanya masukkan air limau kasturi dan air putih sikit ikut kepekatan yg sendiri
mau.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Ikut resepi yang kat FB tu tambah Aji no moto tapi kami tak guna kan pak aji dalam masakkan tu yang ganti gula.
Dah siap masuk dalam bekas .
Sebenarnya selalu juga buat tapi tak lah ikut resepi begini ...saja nak tukar2 selera.Iqa dengan Azim paling suka sambal asam bila dicicah dengan ikan bakar atau bendi yang dicelur.Tapi hari ni takde lah pula kedua2 nya, pandai lah nak ,nak makan dengan apa pun ....ikan goreng ke.Petang nanti pun Azim ada balik ,pasti licin pinggan bila makan.
Sehari 2 ni dapat lah mereka berkumpul adek beradek.Beberapa hari lagi Iqa dah nak daftar ke U .Fateha dengan abangnya juga tinggal seminggu lebih je kat rumah .Masa ni lah nak masak2 apa yang dorang suka .

Tuesday, 23 August 2016

Kini 29 tahun .

Assalamualaikum
Alhamdulilah hari ini 23hb Ogos genaplah usia perkahwinan kami yang ke 29 tahun.....lama kan .Tapi anak sulong baru 23 tahun.Kawan2 yang berkawen tahun yang sama ,dah ramai yang menimang cucu .Takpelah ,bersyukur Allah kurnia kan zuriat penyambung generasi kami.
Bukan satu jangka waktu yang singkat.Sepanjang 29 tahun banyak badai gelora pahit manis sama2 kami tempohi..

DOA SEORANG ISTERI SOLEHAH BUAT SUAMI TERCINTA
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله و بركات
Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhoaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuran
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,
Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….


Foto: sumber FB.