Total Pageviews

Friday, 16 December 2016

Angiogram ditangguh

Assalamualaikum
Salam Jumaat
12/12 suami admitted wad ,13/12 sepatutnya buat angiogram tapi terpaksa dibatalkan disaat akhir memandangkan platelet masih terlalu rendah .Jika diteruskan  berrisiko bleeding.
Sebelum ni tak pernah tahu tentang darah kuning .....dah setua ni baru lah tahu....bila dah suami sakit ni yang katanya kurang platelet( darah kuning),serba sikit  doktor dan nurse ada terangkan. Tak puashati juga jumpa encik google baru lah faham....jangan pulak ada darah hijau ,biru,kelabu ntah apa lagi ,poning kepala den nak faham kan nanti....huhuuu.
Pagi 12/12 adek ipar tawar kan diri untuk hantar keHSA memandangkan suami tak bawak kereta sendiri ....bukan apa nak parking kereta berhari2 ,selain dari keselamatan.....ntah berapa banyak lah bil yang dikenakan kelak sebab tak tau lagi berapa hari duk di wad.
Olehkerana wad CCU waris tak boleh menemani pesakit ,aku bawa budak Iman dan Azim bermalam di rumah makcik di Kempas.Siap dijemput di hospital lagi walaupun kami cadang nak naik bas atau teksi je ...
Foto: masa melawat ayahnya Iman selesa melingkar atas katil ,sementara si ayah sibuk berbual dengan pesakit katil sebelah yang sudah jalani angiogram pagi tu.
13/12--- cadangnya dalam
 pukul 11pagi boleh lah kami ke hospital melawat suami .Sebab kata nurse angiogram akan dibuat waktu pagi ,dah pun mula berpuasa sejak 12 malam. 9.30 pagi waktu aku telefon suami katanya hari ini dah boleh balik dan angiogram kena tunda dilain hari
Foto:sumber google.Sepatutnya haritu suami jalani proses angiogram seperti ini.
.Kalau dah kata boleh balik  dah tak menyabar2 lagi suruh cepat datang ke hospital ....berkali2 telefon .Bila aku dan anak2 tiba di hospital suami dah pun menunggu di luar wad dan dah pun tukar baju....
Part2 pendaftaran atau bayar bil hospital ni sebenar nya aku tak pernah buat ,tapi bila dah suami yang sakit semuanya aku yang harus lakukan.Huhuu.....jauh tu kena pergi ke bangunan poliklinik di hadapan .Berbanding semasa dulu sebelum kebakaran hanya ditingkat bawah je.Mujurlah ada bodyguard aku Azim jadi peneman.
Depan suami taklah tunjuk penat ....padahal macam nak mintak nyawa rasanya terkejar2....
Sebelum balik makan tengahhari di kafe hospital.Kami cadang balik naik bas walaupun boleh saja telefon adek ipar untuk ambil atau naik teksi .Suami pun kata dia sehat .Kami saja je nak bawa Iman yang teringin sangat nak naik bas awam .....dah lah cuti sekolah tak berjalan kemana pun.Haritu kami kabulkan impian dia merasa pengalaman naik bas henti2.Seronok bukan main dia....
Tentang si ayah pula 2 minggu lagi ada opointment dengan doktor pakar .....Mudah2an masalah platelet dia akan berakhir.





11 comments:

  1. ujian Allah..semoga suami akak cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  2. Bertangguh tu yg jadi mcm seram tak habiskan SI. Mmg seronok ditunda tp selagi tak selesai, selagi tulah perasaan tak menentu.
    Mcm seram jugak ye SI procedure angiogram tu. Nak tengok blocking tu kat mana tu. Kalau boleh terus dijolok blocking tu alhamdulilah...

    Betullah SI satu pengalaman tau kalau budak sekarang ni dpt naik bas yg berhenti henti tu. Entah ada lagi ke tidak bas yg kena picit loceng kalau nak berhenti tu

    ReplyDelete
  3. Bila dah terdesak memang langkah kita akan jadi panjang SI
    Walau dah biasa dimanjakan selalu suami yg buat tapi bila tiba masa terpaksa pandai aje kita buat.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak SI.

    Semoga suami kak cepat sembuh dan dipermudahkan urusan oleh Allah 😊

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak SI... moga suami akak kembali sihat walafiat... dan moga dipermudahkan urusan akak juga...

    ReplyDelete
  7. Kaknoor dpat melihat Saniah seorang yg kuat dan tabah, contohnya dlm suami Saniah sakit dan macam2 procedure kena buat Saniah mampu lgi bercerita disini, salute akak utk Saniah, semoga suami Saniah akan sembuh sepeti hiasa lepas ni ya ameenn

    ReplyDelete
  8. ASSALAM SANIAH...LAMA XDGR CITER SAN SBB BLOG KAK ADA MASALAH NK BW BLOG YG KAK FOLLOW...SEMOGA SAN TABAH HADAPI UJIAN-NYA INSYAALLAH PASTI ALLAH PERMUDAHKAN SEMUA URUSAN N SUAMINYA KEMBALI PULIH SEDIAKALA.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak,
    Saya mendoakan agar akak sekelurga dipermudahkan urusan dan tabah menghadapi ujian. Saya percaya akak seorang yang kuat untuk menghadapi semua ini.

    ReplyDelete
  10. salam kak SI, semoga suami cepat sembuh dan kak dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  11. Semoga dipermudahkan urusan tu SI..
    Kekadang takut juga bila ditangguh ni tapi kesihatan pula yg tak mengizinkan..
    InsyaAllah semua selamat dan mudah.

    ReplyDelete