Assalamualaikum
Tinggal berjiran dengan orang yang berniaga kedai makan ni sebenarnya menguntungkan.Biasanya ada je rezeki untuk kami.Seperti pagi ni aku teringin sangat nak sarapan lempeng pekak ,buat sekeping untuk makan sendiri.Sementara Iman biasa lah nak mee goreng kesukaan nya setiap pagi membeli di kedai makan sebelah rumah.
Dah kenyang pun kami sarapan ....
Sambil2 buat kerja rumah,jiran belakang rumah yang juga ada kedai makan pulak bagi salam....Seperti biasa dah tau dah mesti ada rezeki untuk kami.
Tapi tulah hanya kami berdua di rumah ....apatah lagi Iman ni kalau ada pedas sikit pun tak makan.
Nampak gayanya nak diet pun tak menjadi.
Apapun rezeki kan...Alhamdulillah.Orang memberi kita merasa....Tapi bukan lah untuk sarapan lagi....dah kenyang dah dengan sarapan sebelum tu.
Foto:lempeng &sambal sardin
Foto:kuew tiow goreng & telur mata
Foto:nasi lemak daun pisang
Total Pageviews
Wednesday, 29 November 2017
Thursday, 23 November 2017
Makan di kopitiam
Assalamualaikum
Gambar mee bandung ni dah lama tersimpan dalam draf...baru la ni dapat update.
Sedap mee bandung ni ,secukup rasa pada selera kami.Makan masa pergi Simpang Renggam baru2 ni.
Masa balik dari rumah kakak,singgah di pekan Simpang Renggam hari masih siang lagi.Fateha kata nak singgah beli barang,bila dah masuk Waston jenuh menunggu dia keluar.Singgah pula ke kedai telefon ,nak beli aksesori henpon,satu kedai tak cukup ,pergi ke kedai lain pulak....Iman yang duk menunggu dengan si ayah dalam kereta dah kebosanan.
Bila kami masuk je dalam kereta,iman kata "laparrrr".Ok2 lah kita singgah kedai makan kat mana2....aku saja bagi dia mood.Sebenarnya di Simpang Renggam ni kedai makan banyak apatah lagi waktu malam.Cuma kami tak biasa dan tak tahu mna tempat makan yang sedap.
Kami terus kan perjalanan dan terus singgah ke WAU KOPITIAM .Sebenarnya kami dah selalu makan di sini sebelum ni....sebab ini je lah yang kami tahu tempat makan yang memenuhi selera kami.
Waktu kami singgah ni dah pun maghrib,rasa tak sesuai waktu nak makan.Lepas pelayan ambik order,pekara pertama tanya ada tempat solat tak?....Alhamdulillah ada surau walaupun terpaksa berkongsi lelaki/ perempuan.Nasib baik waktu tu takde sesiapa.Iman yang memang mulut over ni,sempat bertanya pada aku"mak orang kat sini tak solat ke?""hiss....jangan cakap macam tu,fikirkan yang baik2 ,mungkin dorang dah selesai, kita ni pun dah lewat dah ni" kata ku pada Iman.
.Kami bergilir berdua2 sementara menanti makanan tiba.
Seperti biasa lah si ayah nak makan nasi je, jadi dia minta nasi ayam....nasi ayam di sini memang popular....rasanya ok lah.Iman dah
tentu dengan mee sup nya.Sementara tu aku dan Fateha berkongsi semangkuk mee bandung .....memang kalau aku dengan Fateha selalunya berkongsi sebab kalau sorang semangkuk makanan tak pernahnya habis....membazir betul.
Dengan 3 gelas air dan 3 menu makan hanya Rm 20.40....murah kan.Kalau nak dibandingkan kat tempat aku yang juga kampung ni pun lagi mahal.
Lokasi kedai, keluar tol sebelah kiri menghala Simpang Renggam.Berdekatan dengan IKS dan tapak Pasar Jumaat.
Banyak pilihan makanan sebenarnya tapi tujuan kami sekadar untuk makan malam je ,tak terfikir nak makan berbagai2. Mungkin lain hari boleh cuba .....

Tuesday, 21 November 2017
Tidur bantal banyak
Assalamualaikum
Foto:sumber Facebook
Tidur bantal banyak....rasanya kat rumah ni dah terlebih2 sangat bantal berbanding penghuni nya yang biasanya hanya tiga 'ketul'.Di bilek Iman saja tak kurang ada 10 bantal....apa lagi bila tidur bantal2 di susun sekelilingnya..Tapi bila dah tidur bantal ke mana kepala dah ke mana.
Sebenarnya bantal yang banyak ni diimport juga dari kampung.Masa arwah mak nak ikut tinggal dengan aku,banyak lah barang ikut pindah termasuklah bantal2.Bila dah di sini aku buka semula dan keluar kan kekabu atau span untuk gantikan kain2 yang baru....barulah semangat nak guna ....Bila ke rumah adek lelaki beberapa kali dah diberinya bantal untuk dibawa balik ,sebabnya dia suami isteri suka sangat beli bantal bila ada offer kat Mall....udahnya kami punya rezeki lah.
Tak heran lah kalau tidur kami dikelilingi bantal yang banyak.Stok untuk yang datang bermalam juga ada.
Hahhh...lenanya tidur jika dah dikelilingi bantal ....

Wednesday, 15 November 2017
Monday, 13 November 2017
Restoran Murni
Assalamualaikum
Selesai konvo dan majlis di universiti tempohari, sepatutnya nak hantar Iqa ke kolej kawan dia yang merupakan pelajar di situ untuk tumpang tidur,sebelum kembali ke rumah sewa nya di Bangsar keesokan nya.Tapi abang nya kata boleh saja menghantar ke rumah sewa sebelum kami bertolak balik ke Melaka.Sebelum ke Bangsar ,abang dia nak belanja makan dulu.
Jenuh juga pusing2 dengan keadaan yang sesak ,akhirnya Restoran Murni Dicovery Bukit Jalil jadi pilihan.Mereka bertiga dah biasa makan kat tempat ni.Mungkin kerana dekat dengan universiti dan harga berpatutan.
Tiba pun nampak pelanggan agak rama i,tempat letak kereta pun penuh.Apa lagi si abang pusing jalan belakang,Alhamdulillah lapang je,senang sangat nak pakir kereta.
Meja pun banyak disediakan.Dengan kami yang 6 sekeluarga ni ,terpaksalah tarik meja sebelah untuk lebih selesa.
Baru saja duduk pelayan dah hantar menu.Aku serahkan pada anak2 je untuk buat pilihan....Nama pelik2 susah pulak orang tua ni nak memilih.Memang banyak pilihan menu melayu,western dan mamak juga ada.Yang pasti ayah mereka mahu kan nasi .Oleh kerana budak 3 ni kata portion makanan di restoran ni banyak ,kami hanya minta 3 menu makanan dan 3 minuman.Apatah lagi dah keletihan seharian,perut pun tak terasa lapar lepas makan nasi kandar tengahhari tu.
Foto: nasi goreng biasa dan ayam goreng pandan untuk ayah dan Iman.Ayam goreng pandannya sedap ..

Foto: Mee Raja Meletop ni Fateha yang pilih.Katanya sedap tapi pada tekak aku biasa2 je.Yang Meletop nya sebab ada petai yang dihiris kasar.Memang banyak ...aku,Fateha dan Iqa makan sepinggan ni pun dah cukup kenyang.
Foto:Air cocktail fruit minuman kami bertiga ...dalam gelas sederhana.Mulanya nak order air 'I KISS YOU' ,dah habis lah pulak.Itu pun sekadar tunjuk je menu ,tak tergamak nak suruh anak dara aku sebut pada mamat pelayan tu.
Si ayah biasa lah dengan teh o panas dan abang mereka minum air barli panas.
Makan abang order spaggetti pedas dengan dua ketul udang besar.Dengan hidangan yang banyak dan pedasss ,walaupun kami share2 makan pun tak terhabis.
Alhamdulillah....walaupun hanya beberapa menu ,kami cukup kenyang.Apatah lagi dapat makan bersama sekali sekala kecuali Azim yang tiada.
Yang istimewa nya anak yang belanja...☺
Wednesday, 8 November 2017
Konvo mereka 4/11/17
Assalamualaikum
Mood berblog semakin merudum tapi ku kuatkan semangat untuk mengabadi kan kenangan terindah 4 November lalu untuk tatapan kemudian hari.Hari Sabtu tu cukup bermakna pada kami kerana penantian telah berakhir....amat membahagiakan lagi ianya berganda bila 2 anak konvo serentak.Dipermudahkan juga jadual konvo mereka pada hari yang sama dan sesi yang sama walaupun jurusan berbeza.Sebak hati bila nama anak Burhan diumumkan 2 kali untuk terima anugerah.
Seperti biasa jika ada urusan anak2 ,rumah adek di Sg Buloh lah homestay kami.Kami berlima dari Johor kerana Iqa juga dah habis cuti seminggu nya.Sementara si abang bertolak sendiri dari Melaka.
Pagi Sabtu seawal 6 a.m dah bertolak dari rumah adek kerana perlu tiba ke UPM sebelum 7.30 pagi.Dari Sg .Buloh ke Serdang agak jauh juga,Nasib baik tepat 7.30 tiba di hadapan dewan besar.Agak kelamkabut bila si abang pakir kereta di tempat yang berbeza.Mujur jumpa juga Iqa dan Iman yang naik kereta abangnya sebelum aku dan suami masuk dewan.Aku dan ayahnya tinggal kan Iman pada Iqa dengan berbakul2 pesan.......mengalahkan jaga baby.
Kalau Iman dah besar boleh je nak masuk ke dewan kerana kami ada kad jemputan lebih sebab 2 anak konvo.
Oleh kerana mereka berdua terima ijazah pada hari pertama di sesi 1 ,Duli Yang Maha Mulia Tunku Canselor Sultan Selangor sendiri yang sampaikan.Sayu hati ketika satu persatu anak naik ke pentas .
Alhamdulillah semua nya berjalan lancar cuma perut kami je pedih ,perlu diisi.Memandangkan masa di rumah adek pagi sangat nak bersarapan,tak lalu rasa tekak.Walaupun masa nak masuk dewan tu ada lh diberi air mineral dan roti untuk alas perut .Bila dah selesai giliran Fateha dan abangnya ,tak sabar2 nak keluar rasanya tapi dah tentu kena tunggu keberangkatan Sultan dulu....sabo je lah.
Setelah selesai dan keluar dewan satu hal pulak nak berkumpul dengan anak2.Terlalu ramai orang apatah lagi yang sesi 2 juga dah datang. Bila dah jumpa semua baru lah dapat bergambar untuk nak abadi kan sedikit kenangan .Tapi tu lah masa terlalu suntuk ,ketika graduan2 lain bergambar sakan dengan keluarga berbunga2 bagai ,kami mengejar masa.Jambangan bunga hanya dapat selepas mereka buka jubah untuk keluar makan.
1.30 ptg anak sulong bawa pi makan dengan satu kereta je ke Restoran Nasi Kandar....ntah di Mall mana aku tak pasti ,yang penting tak jauh dari Universiti.
2.15ptg terus ke Fakulti Veterinar kerana anak sulong ada majlis ikrar .Memang kelamkabut dibuatnya kerana perlu pakai jubah semula sampai ada yang tertinggal2 apa yang nak dipakai .Sementara tu kami ibubapa terus pergi ke Auditorium Fakulti untuk menyaksikan majlis ikrar graduan2.Di sini rasa lebih santai ,dapat lah rehat kan urat2 yang dah tegang.Sementara tu budak 3 orang tu tunggu dalam kereta je.
Di majlis ni bukan saja penyampaian hadiah dan ikrar ,malah graduan2 DFV telah diiktiraf gelaran Doktor....Alhamdulillah.
Foto: Graduan DFV sedang berikrar.
Agak lama juga kami dalam Auditorium.Budak 3 dah mula gelisah tunggu dalam kereta.Sekejap2 WA ....Iqa kata dah macam ikan kering menunggu padahal cuaca redup je.Dah penghujung2 majlis kami terpaksa keluar juga.Pekara penting perlu cari surau dulu.Walaupun ada jamuan disediakan kami tak ambil pun memandang kesuntukan waktu.Fateha kata perlu pulang jubah sebelum 6.30ptg.Tapi berpeluh2 juga menunggu si abang yang bergambar sakan dengan kawan2 nya .
Akhirnya pukul 6 lebih baru dapat gerak semula ke kawasan dewan konvo.Mujur sempat tiba walaupun dah saat akhir ..mereka.dapat selesai kan juga pemulangan jubah ,pengambilan transkrip dan bayaran foto .
Memang penat sangat kami seharian tu.Belum lagi cerita malam tu.Walaupun letih amat2 tapi kami rasa kami lah insan yang paling bahagia berganda pada hari itu.Dan yang lebih menguja kan lagi sepupu mereka yang sebaya juga kawan sepermainan masa kecil menyusul konvo di UPNM....Dr.Norhayat .
Foto:Fateha ,Arif dan Norhayat waktu kecil.
Semoga jejak kalian akan diikuti oleh adek2.Jadi lah yang berjaya di dunia dan akhirat juga.
Mood berblog semakin merudum tapi ku kuatkan semangat untuk mengabadi kan kenangan terindah 4 November lalu untuk tatapan kemudian hari.Hari Sabtu tu cukup bermakna pada kami kerana penantian telah berakhir....amat membahagiakan lagi ianya berganda bila 2 anak konvo serentak.Dipermudahkan juga jadual konvo mereka pada hari yang sama dan sesi yang sama walaupun jurusan berbeza.Sebak hati bila nama anak Burhan diumumkan 2 kali untuk terima anugerah.
Foto:gambar slide yang Iqa snap dari belakang panggung tempat dia dan Iman duduk.
Walaupun dah biasa anak2 terima anugerah bersama masa zaman sekolah dulu tapi bila konvo U ni perasaan tak dapat digambarkan dengan kata2.Seperti biasa jika ada urusan anak2 ,rumah adek di Sg Buloh lah homestay kami.Kami berlima dari Johor kerana Iqa juga dah habis cuti seminggu nya.Sementara si abang bertolak sendiri dari Melaka.
Pagi Sabtu seawal 6 a.m dah bertolak dari rumah adek kerana perlu tiba ke UPM sebelum 7.30 pagi.Dari Sg .Buloh ke Serdang agak jauh juga,Nasib baik tepat 7.30 tiba di hadapan dewan besar.Agak kelamkabut bila si abang pakir kereta di tempat yang berbeza.Mujur jumpa juga Iqa dan Iman yang naik kereta abangnya sebelum aku dan suami masuk dewan.Aku dan ayahnya tinggal kan Iman pada Iqa dengan berbakul2 pesan.......mengalahkan jaga baby.
Kalau Iman dah besar boleh je nak masuk ke dewan kerana kami ada kad jemputan lebih sebab 2 anak konvo.
Oleh kerana mereka berdua terima ijazah pada hari pertama di sesi 1 ,Duli Yang Maha Mulia Tunku Canselor Sultan Selangor sendiri yang sampaikan.Sayu hati ketika satu persatu anak naik ke pentas .
Alhamdulillah semua nya berjalan lancar cuma perut kami je pedih ,perlu diisi.Memandangkan masa di rumah adek pagi sangat nak bersarapan,tak lalu rasa tekak.Walaupun masa nak masuk dewan tu ada lh diberi air mineral dan roti untuk alas perut .Bila dah selesai giliran Fateha dan abangnya ,tak sabar2 nak keluar rasanya tapi dah tentu kena tunggu keberangkatan Sultan dulu....sabo je lah.
Setelah selesai dan keluar dewan satu hal pulak nak berkumpul dengan anak2.Terlalu ramai orang apatah lagi yang sesi 2 juga dah datang. Bila dah jumpa semua baru lah dapat bergambar untuk nak abadi kan sedikit kenangan .Tapi tu lah masa terlalu suntuk ,ketika graduan2 lain bergambar sakan dengan keluarga berbunga2 bagai ,kami mengejar masa.Jambangan bunga hanya dapat selepas mereka buka jubah untuk keluar makan.
1.30 ptg anak sulong bawa pi makan dengan satu kereta je ke Restoran Nasi Kandar....ntah di Mall mana aku tak pasti ,yang penting tak jauh dari Universiti.
2.15ptg terus ke Fakulti Veterinar kerana anak sulong ada majlis ikrar .Memang kelamkabut dibuatnya kerana perlu pakai jubah semula sampai ada yang tertinggal2 apa yang nak dipakai .Sementara tu kami ibubapa terus pergi ke Auditorium Fakulti untuk menyaksikan majlis ikrar graduan2.Di sini rasa lebih santai ,dapat lah rehat kan urat2 yang dah tegang.Sementara tu budak 3 orang tu tunggu dalam kereta je.
Di majlis ni bukan saja penyampaian hadiah dan ikrar ,malah graduan2 DFV telah diiktiraf gelaran Doktor....Alhamdulillah.
Foto: Graduan DFV sedang berikrar.
Agak lama juga kami dalam Auditorium.Budak 3 dah mula gelisah tunggu dalam kereta.Sekejap2 WA ....Iqa kata dah macam ikan kering menunggu padahal cuaca redup je.Dah penghujung2 majlis kami terpaksa keluar juga.Pekara penting perlu cari surau dulu.Walaupun ada jamuan disediakan kami tak ambil pun memandang kesuntukan waktu.Fateha kata perlu pulang jubah sebelum 6.30ptg.Tapi berpeluh2 juga menunggu si abang yang bergambar sakan dengan kawan2 nya .
Akhirnya pukul 6 lebih baru dapat gerak semula ke kawasan dewan konvo.Mujur sempat tiba walaupun dah saat akhir ..mereka.dapat selesai kan juga pemulangan jubah ,pengambilan transkrip dan bayaran foto .
Memang penat sangat kami seharian tu.Belum lagi cerita malam tu.Walaupun letih amat2 tapi kami rasa kami lah insan yang paling bahagia berganda pada hari itu.Dan yang lebih menguja kan lagi sepupu mereka yang sebaya juga kawan sepermainan masa kecil menyusul konvo di UPNM....Dr.Norhayat .
Foto:Fateha ,Arif dan Norhayat waktu kecil.
Semoga jejak kalian akan diikuti oleh adek2.Jadi lah yang berjaya di dunia dan akhirat juga.
Subscribe to:
Posts (Atom)