Total Pageviews

Wednesday, 8 November 2017

Konvo mereka 4/11/17

Assalamualaikum
Mood berblog semakin merudum tapi ku kuatkan semangat untuk mengabadi kan kenangan terindah 4 November lalu untuk tatapan kemudian hari.Hari Sabtu tu cukup bermakna pada kami kerana penantian  telah berakhir....amat membahagiakan lagi ianya berganda bila 2 anak konvo serentak.Dipermudahkan juga jadual konvo mereka pada hari yang sama dan sesi yang sama walaupun jurusan berbeza.Sebak hati bila nama anak Burhan diumumkan 2 kali untuk terima anugerah.
Foto:gambar slide yang Iqa snap dari belakang panggung tempat dia dan Iman duduk.
Walaupun dah biasa anak2 terima anugerah bersama masa zaman sekolah dulu tapi bila konvo U ni perasaan tak dapat digambarkan dengan kata2.
Seperti biasa jika ada urusan anak2 ,rumah adek di Sg Buloh lah homestay kami.Kami berlima dari Johor kerana Iqa juga dah habis cuti seminggu nya.Sementara si abang bertolak sendiri dari Melaka.
Pagi Sabtu seawal 6 a.m dah bertolak dari rumah adek kerana perlu tiba ke UPM sebelum 7.30 pagi.Dari Sg .Buloh ke Serdang agak jauh juga,Nasib baik tepat 7.30 tiba di hadapan dewan besar.Agak kelamkabut bila si abang pakir kereta di tempat yang berbeza.Mujur jumpa juga Iqa dan Iman yang naik kereta abangnya sebelum aku dan suami masuk dewan.Aku dan ayahnya tinggal kan Iman pada Iqa dengan berbakul2 pesan.......mengalahkan jaga baby.
Kalau Iman dah besar boleh je nak masuk ke dewan kerana kami ada kad jemputan lebih sebab 2 anak konvo.
Oleh kerana mereka berdua terima ijazah pada hari pertama di sesi 1 ,Duli Yang Maha Mulia Tunku Canselor Sultan Selangor sendiri yang sampaikan.Sayu hati ketika satu persatu anak naik ke pentas .
Alhamdulillah semua nya berjalan lancar cuma perut kami je pedih ,perlu diisi.Memandangkan masa di rumah adek pagi sangat nak bersarapan,tak lalu rasa tekak.Walaupun masa nak masuk dewan tu ada lh diberi air mineral dan roti  untuk alas perut .Bila dah selesai giliran Fateha dan abangnya ,tak sabar2 nak keluar rasanya tapi dah tentu  kena tunggu keberangkatan Sultan dulu....sabo je lah.
Setelah selesai dan keluar dewan satu hal pulak nak berkumpul dengan anak2.Terlalu ramai orang apatah lagi yang sesi 2 juga dah datang. Bila dah jumpa semua baru lah dapat bergambar untuk nak abadi kan sedikit kenangan .Tapi tu lah masa terlalu suntuk ,ketika graduan2 lain bergambar sakan dengan keluarga berbunga2 bagai ,kami mengejar masa.Jambangan bunga hanya dapat selepas mereka buka jubah untuk keluar makan.
1.30 ptg anak sulong bawa pi makan dengan satu kereta je ke Restoran Nasi Kandar....ntah di Mall mana aku tak pasti ,yang penting tak jauh dari Universiti.
2.15ptg terus ke Fakulti Veterinar kerana anak sulong ada majlis ikrar .Memang kelamkabut dibuatnya kerana perlu pakai jubah semula sampai ada yang tertinggal2 apa yang nak dipakai .Sementara tu kami ibubapa terus pergi ke Auditorium  Fakulti  untuk menyaksikan majlis ikrar graduan2.Di sini rasa lebih santai ,dapat lah rehat kan urat2 yang dah tegang.Sementara tu budak 3 orang tu tunggu dalam kereta je.
Di majlis ni bukan saja penyampaian hadiah dan ikrar ,malah graduan2 DFV telah diiktiraf gelaran Doktor....Alhamdulillah.
Foto: Graduan DFV sedang berikrar.
Agak lama juga kami dalam Auditorium.Budak 3 dah mula gelisah tunggu dalam kereta.Sekejap2 WA ....Iqa kata dah macam ikan kering menunggu padahal  cuaca redup je.Dah penghujung2 majlis kami terpaksa keluar juga.Pekara penting perlu cari surau dulu.Walaupun ada jamuan disediakan kami tak ambil pun memandang kesuntukan waktu.Fateha kata perlu pulang jubah sebelum 6.30ptg.Tapi berpeluh2 juga menunggu si abang yang bergambar sakan dengan kawan2 nya .
Akhirnya pukul 6 lebih baru dapat gerak semula ke kawasan dewan konvo.Mujur sempat tiba walaupun dah saat akhir ..mereka.dapat selesai kan juga pemulangan jubah ,pengambilan transkrip dan bayaran foto .
Memang penat sangat kami seharian tu.Belum lagi cerita malam tu.Walaupun letih amat2   tapi kami rasa kami lah insan yang paling bahagia berganda pada hari itu.Dan yang lebih menguja kan lagi sepupu mereka yang sebaya juga kawan sepermainan masa kecil menyusul konvo di UPNM....Dr.Norhayat .
Foto:Fateha ,Arif dan Norhayat waktu kecil.
Semoga jejak kalian akan diikuti oleh adek2.Jadi lah yang berjaya di dunia dan akhirat juga.



18 comments:

  1. Tahniah kak saniah sekeluarga..

    Hati berbunga2kan bila anak konvo..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...tahniah buat kak saniah dan anak2.. tahu perasaan akak tu sebab perasaan saya pun sama masa tengok adik konvo hari tu.

    Moga anak2 akak akan lebih berjaya pada masa akan datang

    ReplyDelete
  3. TAHIAH KPD AAK2 SANIAH DAN SANIAH SEKELUARGA...SUDAH ADA DOKTOR DLM KELUARGA TUMPANG BERBANGGA

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat Fatiha Nabila dan Arif Izuan.
    Tahniah juga buat ibu bapanya.

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat anak anak saniah juga juga buat saniah sekeuarga

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, semua berjalan lancar ye Kak, begitulah pengorbanan ibu ayah, menempuh perjalanan jauh, sanggup pula menahan lapar, letih semua to utk tengok detik kejayaan anak2 yg dikasihi. Terharu..

    ReplyDelete
  7. Tahniah Arif dan Fatiha dan juga Saniah sekeluarga..

    Alhamdulillah... sekali 2 orang...

    ReplyDelete
  8. Tahniah Arif dan Fatiha dan juga Saniah sekeluarga..

    Alhamdulillah... sekali 2 orang...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik...
    Berkunjung ke sini setelah lama menyepikan diri, saya dihadapkan dengan coretan yang amat menggembirakan ini. tentunya saya juga turut berkongsi rasa dengan akak.. Tahniah dan tahniah di atas kejayaan anak-anak. Berbaloi penat lelah, pahit jerih membesarkan anak-anak, akhirnya menyaksikan sendiri kejayaan yang diraih... Moga kegembiraan ini berterusan..amiinn

    ReplyDelete
  10. Tahniah SI, tahniah juga untuk anak anaknya.... Mau tak berganda ganda kegembiraannya tu....2 anak konvo dapat pulak anugerah macam macam ....huiii lah mak pak mana yg tak gembira SI. Abang lagilah gembira tu SI. Jerih penat dia bekerja, anak anak mampu memegang segulung ijazah sekarang ni. Tahniah sekali lagi SI.

    Bakal menantu ada sekali tak?

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. tahniah kak.. mesti sgt syahdu bila kenang blk anak2 ms kecik dulu

    Tutorial Cara beli vivix untuk mereka yang nak beli pada harga paling jimat & untung

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Tahniah untuk satu family :)

    ReplyDelete
  13. Tahniah ya..hebat pasti menjadi momen indah buat anak tersayang

    ReplyDelete
  14. sedih dah ramai nak tidur updatedkan blog

    ReplyDelete
  15. Tahniah untuk anak2 kak Saniah. Hati seorang ibu mestilah terharu anak2 dah dapat habis belajar kan. Semoga terus maju jaya dan jadi contoh yang baik untuk adik2 mereka plak. :)

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah. Tahniah untuk keluarga akak. Semoga anak2 berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  17. Tahniah, Kak! Boleh bayangkan betapa gembiranya akak dan suami dapat menghadiri konvo anak-anak pada hari yang sama. Penat tu memang tolak tepi, tak terfikir pun masa tu ya sebab kegembiraan berganda yang dirasa.

    ReplyDelete