Total Pageviews

Friday 26 August 2016

Renungan Jumaat


Assalamualaikum
Sempena Hari wanita semalam 
      ___sumber :wasap 
🌃 RENUNGAN 🌃

*NASIHAT TERBAIK UTK ISTERI & ANAK2 (perempuan)*

© *Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT*

© *Perempuan jika ada boyfriend yg tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dgn lelaki soleh yg membimbing ke jannah, bukan ke jahannam.*

© *Isteri yg terbaik adalah isteri yg meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.*

© *Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.*

© *Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita.*

© *Wanita yg menutup aurat itu belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha utk menjadi ahli syurga.*

© *Wanita yg menutup aurat dgn sempurna ibarat pelangi yg cantik, indah mata memandag tetapi tidak boleh disentuh.*

© *Isteri solehah sentiasa berhias cantik utk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.*

© *Perempuan yg bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.*

© *Perempuan yg bersalaman dgn suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.*

© *Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah*

© *Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorg syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.*

© *Wanita yg cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yg baik akan membuka hati lelaki.*

© *Perempuan yg garang sebelum kahwin adalah perempuan yg paling manja selepas kahwin.*

© *Wanita yg solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yg soleh sebab wanita yg solehah sukar ditemui.*

© *Perempuan yg menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yg munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.*

© *Gunakanlah kecantikan hanya utk suami.*

*Subhanallah...*
*Walhamdulillah...*
*Allahu Akbar...*

Sebarkan Nasihat itu Jariah...
Ganjaran tidak putus sebagai Ilmu Baik yg dimanfaatkan...

Thursday 25 August 2016

Sambal asam.

Assalamualaikum
Pagi tadi sewaktu jengah FB ternampak pulak resepi sambal asam .Teringin pulak nak makan dan dengan rajin nya geledah aisbox....tengok lada merah ada ,lada cili ada ,tomato,ada ,limau kasturi pun ada ....apa lagi terus suruh Iqa potong2 bawang besar dan bawang putih.

Goreng semua dengan dua sudu minyak .Toskan sekejap ....blend kan kesemuanya masukkan air limau kasturi dan air putih sikit ikut kepekatan yg sendiri
mau.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Ikut resepi yang kat FB tu tambah Aji no moto tapi kami tak guna kan pak aji dalam masakkan tu yang ganti gula.
Dah siap masuk dalam bekas .
Sebenarnya selalu juga buat tapi tak lah ikut resepi begini ...saja nak tukar2 selera.Iqa dengan Azim paling suka sambal asam bila dicicah dengan ikan bakar atau bendi yang dicelur.Tapi hari ni takde lah pula kedua2 nya, pandai lah nak ,nak makan dengan apa pun ....ikan goreng ke.Petang nanti pun Azim ada balik ,pasti licin pinggan bila makan.
Sehari 2 ni dapat lah mereka berkumpul adek beradek.Beberapa hari lagi Iqa dah nak daftar ke U .Fateha dengan abangnya juga tinggal seminggu lebih je kat rumah .Masa ni lah nak masak2 apa yang dorang suka .

Tuesday 23 August 2016

Kini 29 tahun .

Assalamualaikum
Alhamdulilah hari ini 23hb Ogos genaplah usia perkahwinan kami yang ke 29 tahun.....lama kan .Tapi anak sulong baru 23 tahun.Kawan2 yang berkawen tahun yang sama ,dah ramai yang menimang cucu .Takpelah ,bersyukur Allah kurnia kan zuriat penyambung generasi kami.
Bukan satu jangka waktu yang singkat.Sepanjang 29 tahun banyak badai gelora pahit manis sama2 kami tempohi..

DOA SEORANG ISTERI SOLEHAH BUAT SUAMI TERCINTA
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله و بركات
Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhoaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuran
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,
Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….


Foto: sumber FB.

Monday 22 August 2016

Cerita petang sabtu

Assalamualaikum
Hari Sabtu selepas ambil Fateha dari tempat kerja ,terus ke rumah sepupu ,Ada majlis pertunangan anak sulong dia.Kisah sepupu ini pernah aku cerita kan di sini     .Kini telah lebih setahun menjadi balu dan anak sulong nya juga sudah mengajar di sebuah sekolah di bandar JB.Walaupun tanpa suami disisi meraikan saat bahagia ni  ...Alhamdulilah majlis yang sederhana  berjalan lancar dengan   pertolongan sanak saudara dan jiran tetangga.Semoga anak manis yang banyak berbakti menjaga arwah bapanya ketika sakit waktu itu akan beroleh kebahagiaan bersama pasangan nya kelak.
Istimewanya pasangan ini masing2 bekerja di luar sana .Yang perempuan mengajar di JB sementara tunang nya Navy di Kota Tinggi ....tapi kedua belah keluarga ni bakal tinggal berjiran kelak sebab rumah baru sepupu yang baru siap tu berdepan dengan rumah bakal besan.Best kan ....kalau dah kawen nanti tak lah gaduh pasal nak balik kampung siapa ,kampung siapa....Lagipun ada hikmah semua ni sebab setelah ketiadaan suami sepupu aku ni tinggal sendirian bila anak2 nya bekerja dan balik seminggu sekali.Sementara anak ke 2 nya juga masih belajar di UPSI .Kedua2 nya perempuan .
Foto: rombongan dari pihak lelaki
Dikesempatan itu juga anak sedara sepupu ambil peluang mengadakan majlis cukur rambut serba ringkas untuk baby nya yang berusia 3 bulan.
Foto: marhaban serba ringkas meraikan si kecil
Setelah selesai majlis  family adek sepupu buat surprise untuk meraikan hari jadi mak nya yang berusia 78 tahun .Saja menggembirakan ibu tua itu padahal cucu cicit yang beria memotong kek..... nenek hanya duduk ditepi melihat cucu cicit yang tak sabar2 melihat kek yang terhidang.
Foto: lihatlah betapa excited nya si cicit ni melihat kek.
Makanan yang disediakan nasi ayam dan beberapa lauk sampingan....yang pasti kalau dah kata musim durian ni....manisan pun serawa durian yang dimakan dengan pulut.Tak dapat nak snap gambar makanan ....bila dah jumpa sedara mara ,berbual tak habis2.
Sebenarnya anak sulong aku yang menghantar kami ke majlis ni ,lepas tu dia balik.Tunggu encik suami datang menjemput baru kami dapat balik....itu yang agak lama kat rumah sepupu.Iman pun dah naik bosan menunggu ...macam2 aksi  dibuatnya.

Masa nak balik adek sepupu hulurkan terung ni pada aku ...tak pulak dimasukkan dalam plastik ke apa ke ....bertuah sungguh.
Katanya pemberian dari jiran lama kakak dia.Subur sungguh  terung nya ....masak sebiji ni pun dah cukup banyak....tak taulah nak masak apa agaknya.Nanti lah nak google cari idea resepi masak sayur terung ni.


Thursday 18 August 2016

bakal jadi kenangan

Assalamualaikum
           Foto: keindahan mentari pagi baru nak menyinar.
Rutin harian encik suami menghantar Fateha dihari2 bekerja  berjalan seperti biasa .Rutin aku jadi peneman juga seperti biasa sebelum bersara lepas 2 minggu nanti.Bila dah hari2 lalui jalan2 yang sama 4kali sehari ,macam2 dapat dilihat ,yang accident lah yang kenderaan rosak lah.Tapi yang jadi perhatian aku melihat budak2 sekolah pergi sekolah tanpa pakai helmet .Baik perempuan atau lelaki sama saja ...Padahal jalan yang mereka lalui jalan utama .Bila awal pagi gitu memang banyak kenderaan termasuk juga lori2 besar.Kebanyakan mereka masing2 berebut nak ke tempat kerja..Dengan bersahaja anak2 sekolah ni  menunggang tanpa helmet....aku yang melihat ni pulak kecut perut melihatnya.....mudah2an anak2 ini dilindungi Allah dari segala musibah.

Sepanjang 2 bulan Fateha buat LI ni hanya berberapa hari saja kami bermalam di quaters dia.Selebihnya masih lagi berulangalik dari rumah.Sesekali menjengah quaters sambil membersihkan habuk2 ....dan dah tentunya bila dah takde penghuni mak menti jadi maharajalela.
Sebenarnya jika mahukan kedamaian atau berkarya ,rumah ni memang sesuai sangat sebab jauh dari hiruk pikuk kenderaan .Dikelilingi pulak pokok2 yang menghijau....nyaman rasa udara yang dihirup.Bila dah kata dikelilingi pokok2 ...macam2 haiwan halus dan unggas  yang ditemui....mujor juga lah sang jalar tak singgah .Kalau tak mungkin aku  yang cabut dulu ...
Masaalahnya ulat bulu pun banyak .Kala terleka sempat juga masuk ke rumah .Bila lama tak menjengah rumah ,semut juga tumpang menghuni .Budak2 ni pelik sebab semut2 pun besar seperti kerengga .Si ayah kata itulah semut dari kebun kelapa sawit.Kami ni tinggal di kampung tapi suasana berbeza ....budak2 kat rumah ni siput b...i pun tak kenal .Apatah lagi banyak duk dalam rumah dari menjengah ke sekitaran .
Foto: ini kerja Iman lah yang snap gambar ,bila nampak belalang yang tak pernah dilihatnya sebelum ni.Unik kan seperti ranting kayu je...aku pun tak pasti nama.belalang ni.

2 minggu lagi LI Fateha akan berakhir.Tempat dan quaters ini akan di tinggalkan ....Ianya bakal jadi kenangan pada kami dan Fateha sendiri.Kenapa kami?....sebabnya Fateha hanya bermalam di situ bila bersama kami saja ,tak pernah kami lepaskan sendiri.

Wednesday 17 August 2016

Lepat pisang bersago.

Assalamualaikum
Encik suami kata buatkan lepat pisang kapas yang dah masak yang dia tebang tempohari. Teringin agaknya ,dengan rajin nya pergi lah dia ke kedai untuk membeli tepung yang hampir kehabisan stok kat rumah ni. Sementara tu aku siapkan apa yang diperlukan serta memanaskan periuk kukus. Kebetulan ada sago biji, aku campurkan sekali dalam lepat pisang kapas ni. Aku ikut resipi yatie ,tapi banyak derhakanya...maaf yatie.Pisang kapas ntah berapa biji akak masukkan agak banyak juga sebab dah terlalu masak.Tepung pun akak campurkan sedikit tepung beras selain tepung gandum.Akak tak masukkan kelapa parut tapi gunakan sedikit santan.
Encik suami balik dari kedai tolong ambil daun pisang dan tolong gaul adunan yang aku siapkan.Sedang aku dan suami sibuk di dapur sambil aku membungkus lepat ,masa itulah Azim tepon kata dapat MC dan nak balik rumah.Dengan tergesa2 suami bersiap untuk mengambil Azim di asrama .Aku pinta Iqa temankan ayahnya yang kelamkabut tu.Aku yang sendirian di dapur pun dah mula risau .Membungkus lepat pun dah tak de seni ....tak comel pun semua demuk2.Makcik jiran yang aku hantar pun kata makan satu pun kenyang ni....hihiii....apa2 aja lah asal jadi.
Bukan saja fikirkan tentang Azim tapi si ayah yang beria nak makan lepat....bimbang kempunan.
Masa mereka dah balik dan anak2 semua ada kat rumah....kuih lepat yang dah pun siap dimasak ,semua ambil beberapa ketul seorang.Tak sedar tinggal 2 je dalam loyang....padahal aku buat 2 bekas .Alhamdulilah semua suka makan walaupun budak demam ,tapi tekak tetap berselera. Yang paling suka dah tentu si ayah dan Iman.Panas2 lagi laju je di hadap beberapa ketul.Selain memang suka lepat pisang ,mungkin ada anak2 depan mata selera makin brtambah.
          Foto: hanya ingat nak snap bila dah hampir licin.

Monday 15 August 2016

Dugaan di hari lahir

Assalammualaikum
Harini 15 Ogos genaplah Azim 16 tahun.Malangnya besday boy demam panas sejak beberapa hari lalu.Baru sabtu hantar balik asrama ,semalam sudah tepon suruh ambil sebab dapat MC  2 hari .Pergi klinik kesihatan yang dibawa oleh pihak sekolah.Katanya dah check darah sekali.
Bukan mudah dapat balik rumah kalau dah tinggal asrama ni tapi Azim nak rehat di rumah juga.Terpaksa lah si ayah berjumpa warden untuk minta kebenaran.Dalam keterpaksaan warden lepaskan juga .
Tika aku menaip entry ni pun ,suhu badan dia masih lagi panas walaupun dah makan ubat.Seperti mak2 lain aku juga risau sangat bila anak2 demam dan sakit walaupun masing2 dah besar panjang.Doktor pesan Azim kena check darah lagi jika demam tak juga sembuh.
Kisah kelahiran nya pernah aku catat di sini.Lahirnya lebih besar dari anak2 yang lain iaitu 3.46 kilo mungkin salah satu penyebab keadaan agak kritikal buat aku ketika itu.Syukur kini dah pun remaja .Tapi keadaan kesihatan dia yang mudah demam sekarang ni membuatkan aku selalu risau .
Foto: keadaan Azim yang demam ,terbaring di ruang tamu.
Dalam pada itu Fateha juga mengadu sakit tangan kanannya .Disebabkan malam tu katanya jatuh kat bilek air.Tak pasti kecederaan nya sebab tak sempat lagi pergi klinik .Semalam seharian menguruskan persiapan Iqa nak daftar ke U .Petang pula dikejutkan Azim demam ....pergi ke asrama pula.Harap ke dua2 anak ni tak hadapi masaalah kesihatan yang serius.Semoga kedua nya cepat sembuh .
Olehkerana besday boy tak sehat kami rai kan dengan bubur nasi je....!


Wednesday 10 August 2016

Iqa dengan UPU nya.

Assalammualaikum
Walaupun ada sedikit rasa kecewa pada Iqa dengan result upu,um dan usm namun tetap terima dengan redha dan bersyukur .Masih bertuah dibandingkan ada kawan2 yang tak dapat apa2. Iqa dapat 2 tawaran satu dari Uitm Puncak Alam dan satu dari UM.Sementara USM yang jadi impian dia bagi jawapan yang mendukacitakan....memang dia agak kecewa kerana itulah cita2 dia .Walaupun masih ada harapan untuk rayuan tapi dah redha.
Zaman sekarang ni mendapat straight A dalam SPM dan 4 flat dalam Asasi belum tentu menjamin pelajar2 ni dapat jurusan yang dipilih .Begitu juga Iqa ,tawaran course dari UM bukan pilihan dia .Sebenarnya sehari sebelum result ni pun seorang lecture dari UM ada tepon dia .Memang dah agak boleh dapat tapi tak pasti pulak course apa.Bila dah tengok result nya bukan seperti yang dipilih....agak keliru seketika.Apa pun setelah difikir2kan mungkin UM ni yang dipilih dari Uitm kerana ia berkait rapat dengan cita2nya....apatah lagi dia minat subjek biology.Yang pasti medik bukan pilihan nya.
Kami makayah dia ni ikut je .....cuma mampu bagi semangat dan doa untuk terus kan perjuangan menuntut ilmu.
Kadang kami terkilan juga dengan mulut2 diluar sana yang mempersoalkan tentang arah tuju Iqa " kenapa dapat straight A tak amik doktor?" "Kenapa tak belajar ke luar negara?".....Bagai melakukan kesalahan besar pulak menuju kearah lain.Sehingga kan tika Iqa dicari untuk bagi sedikit motivasi untuk pelajar SPM 2016.....sengaja Iqa menyepi diri .Terkilan diperkecilkan sebab tak belajar ke luar negara.
Ketika Iqa meluahkan kebimbangannya tentang kerjaya kelak  .....Aku nasihatkan agar serah kan je pada Maha Kuasa .Rezeki ajal dan maut semua ditangan Nya Yang penting Iqa kena belajar bersungguh2.

          Foto: sumber Google.

Monday 8 August 2016

Bubur kacang durian dan debaran harini.

Assalammualaikum
Durian kami tahun ni tak banyak buahnya.Apatah lagi sebelum ni banyak yang gugur muda dan busuk.Azim yang berminggu2 tak balik dari asrama,dapat lah juga merasa seulas dua bila bawakan untuk nya masa melawat dia di asrama....kebetulan pula haritu cuma gugur dua biji je.Anak yang 4 semua dah ada kat rumah .Anak sulong aku pun dah balik dari LI di Terengganu dan Pahang.Ada lah juga buahtangan dari dia walaupun dengan ekonomi yang terhad.

Foto: dari Terengganu mestinya keropok , susu dan yoghurt segar dari ladang di Muadzam.
Bila anak2 dah ada ramai2 kat rumah ni barulah ada mood nak masak2 berasaskan durian.Sebelum ni memang buat makan gitu je dan bahagi2 kan pada jiran dan kawan2 Fateha kerja dan sedikit buat tempoyak.
Tempoyak pun semua rakyat kat rumah ni tak pandai makan buat masak berbagai2 kecuali tempoyak yang digoreng dengan bawang ,cili dan ikan bilis.....goreng sampai pekat dan kalau rentung sikit lagi sedap....febret Azim ni :-).
Semalam buat bubur kacang durian, teringin pulak nak makan apatah lagi atas pokok buahnya pun tinggal dua tiga biji je.Sebenarnya nak kongsi cara melembutkan kacang hijau .Tak perlu lah menjerang lelama atas dapur gas....Ini cara aku ,masukkan je dalam termos tuang kan air panas biarkan semalaman atau bila nak buat bubur petang ,pagi bolehlah rendam kacang hijau tu dalam termos.Itu jugalah yang aku buat dengan beras barli.Biasanya pagi dah cukup kembangnya.Tapi untuk kacang hijau ni kenalah jerang sekejap lagi kat dapur gas untuk ia betul2 kembang.
Budak Iman  payah sikit bab2 makan ni.Bubur kacang durian ni tak dipandangnya sebelah mata pun.Membazir betul kalau buat hanya dia kat rumah.Kalau datang aku rajin buat aiskrim malaysia  pada bubur yang berbaki.

Dalam sibuk2 kat dapur 
2 kali dapat msg ni ,satu di tepon aku ,satu di tepon Iqa.Akan terjawap ke mana destinasi ilmu Iqa seterusnya tengahhari nanti.....masih dalam debaran !

Thursday 4 August 2016

Peria goreng rangup

Assalamualaikum
Tempohari masa singgah pasaraya di Anggerik Tenggara ,beli peria katak agak banyak juga sebab geram sangat tengok segar dan agak besar.Terfikir kalau masak biasa harus makan sorang ,jadinya aku potong2 nipis dan salut dengan tepung dan goreng rangup....tengokkan Iqa yang takut pahit makan sampai tak cukup2.Esoknya aku goreng lagi ,abiskan stok peria yang dibeli.Sedap kalau dah digoreng rangup....makan panas2.
Semalam balik dari hantar Fateha singgah gerai jual sayur....beli peria biasa .Iqa excited nak peria goreng lagi.....dipotong nya bukan main nipis .Bila dah digoreng agak melekat antara satu .....tapi oklah rasa yang kurang pahit buatkan dia lebih laju makannya.

Foto: peria yang digoreng semalam agak melekat2 tapi paling laris habisnya.
Peria ni kalau nak kurang kan rasa pahit ,bila dah potong2 tu gaulkan dengan garam.Bila nak masak basuh dan toskan.
Nak buat peria goreng ni simple je,ikut selera masing2 nak guna tepung dan citarasa masing2.Aku sendiri setiap kali goreng guna kan rasa2 yang berlainan.Semalam resepi biasa je ,
Sedikit tepung gandum,Sedikit tepung beras ,sedikit rempah kari, bawang putih kisar dan garam secukup rasa.Tabur pada peria yang dah ditoskan....goreng.Orang kampung macam aku ni mana ada sukatan2 ,main campak2 je :-).
Sehari dua ni Iqa bersungut sambil bergurau  ,katanya dia semakin bulat "mak ni lah masak sedap2......huarghaa macamana nak sambung degree ni" katanya.....Kita pulak yang disalahkan padahal bila nampak lauk kegemaran dia bertambah2 makannya....diet2 dah ke laut.

Wednesday 3 August 2016

Monyet dan pisang

Assalamualaikum
Bila teman2 blogger tanya pasal entry semalam ,ada untung ke peniaga gerai kuihmuih tu?.Pada pandangan aku oklah ....sebab ramai yang singgah ke gerai tu.Berpadanan lah kuih2 yang murah tentulah comel2 .Tang nasi ambeng 2 hinggit tu ,takde banyak mana tapi cukuplah untuk alas perut sarapan pagi .Bungkusan nya lebih kurang nasi lemak je tapi ada lauk pauk nasi ambeng biasa serba secoet....Kalau nak buat sarapan rasanya boleh kenyang lah.Yang penting sedap kan....tak cukup juga beli lah banyak2 :-).
Foto: ini kuih dan nasi lemak yang dibeli pagi tadi...tak menyempat2 masuk piring lagi ....:-) lebihan dari Fateha dan ayah nya buat bekalan.
Sebenarnya nak berceloteh pasal monyet ni.....hihii kenapa lah mengarut pasal monyet akak SI ni kan?.Bukan pe ,dah setiap hari ulangalik ikut encik suami ke Bandar Tenggara ,aku perati semakin banyak monyet2 melanguk kat tepi2 jalan menanti rezeki pada yang simpati.Kesian sungguh aku lihat makhluk Allah ni tentunya mereka lapar .Kawasan hutan tempat habitat mereka sudah semakin terhapus .Pembangunan akan dibuat di situ tak lama lagi memandang kan kolej YPJ telah beroperasi....tentu nya kawasan sekitar akan dimajukan juga.Pokok2 telah banyak ditebang.Akibat kerakusan manusia makhluk Allah yang lain teraniaya....
Foto: hanya beberapa biji je yang masih elok.
Kebetulan kat rumah ni ada pisang masak yang baru ditebang dari pokok .Aku pun tak pasti pisang emas ke pisang 40 hari ( ada yang kata pisang monyet)....tau makan je :-) Encik suami potong beberapa sisir dan letakkan atas meja....mudah nak makan .Tapi nampaknya aku dengan suami je  yang makan, budak 3 orang ni jeling2 je lebih....Pisang ni pulak mungkin dah terlalu masak,cepat beno jadi hitam dan benyek.Semalam waktu Iqa ikut ayahnya jemput Fateha balik, aku suruh bawa pisang2 yang dah terlalu masak tu beri kan pada monyet2  yang sentiasa ada kat tepi jalan .
Masa Iqa dah balik, aku tanya Iqa dah bagi ke pisang tu pada monyet2....apa kata mereka?Iqa dengan selamba pulak menjawab " dorang cakap terimakasih".....muahaha....2 beranak buat lawak bodoh...:-)





Tuesday 2 August 2016

Murah dan kenangan itu

Assalammualaikum
Ketika encik suami menghantar Fateha LI setiap pagi ,selalu juga aku  meneman nya sambil menghantar Iman ke sekolah .Kadangkala Iqa pun ikut sekali,boring katanya sendirian di rumah.Sambil2 tu sebenarnya kami dah berkenan satu gerai kat daerah tempat Fateha LI ...kuih muih dan makanan untuk sarapan murahhhh sangat....4 keping untuk seringgit walaupun comel2 sangat tapi rasanya pun sedap.Manalah ada kat tempat2 lain harga kuih gitu murah ...apa lagi aku pasti beli  tak kurang dari 12 keping (oklah tu kecik2 comel tak banyak pun) tapi kadangkala lebih juga untuk dibagi2 untuk Fateha dan ayahnya buat bekalan .
Ada juga nasi lemak ,lontong ,ntah apa tah lagi tak dapat nak perhatikan sangat ,leceh2 takut pulak dibebel encik suami yang nak mengejar masa nak pi kerja.Yang pasti nasi ambeng nya hanya 2 ringgit .Pagi tadi ada juga beli kuihmuih ,sebungkus meehoon dan nasi lemak ....konon2 nak tepek juga gambar kat sini tapi tengok2 gambar goyang sedangkan kuihmuih dah habis dibedal.....hihiii.
Daerah tempat Fateha LI ni sebenarnya juga sungguh nostalgia bagi kami suami isteri.Ketika awal perkahwinan dulu suami pernah berkerja di sini.Dan masa bulan pertama kawen dulu kami pernah tinggal menyewa di daerah ini .walaupun encik suami masih terus bekerja di sana ketika itu, selepas tu terpaksa berulang alik bila MIL tinggal sendirian .Jadinya aku lah kena meneman MIL ketika suami kerja .....itu masa aku belum bekerja semula lah.
Sorry gambar agak kabur ,snap awal pagi ketika kereta sedang laju dipandu encik suami.

Ketika mengambil Fateha balik dari tempat kerjanya ,selalu juga kami ronda2 kawasan ,konon2nya nak cari rumah dan bekas2 jiran kami dulu.Tapi  pusing punya pusing kepala kami yang pusing ....tak dapat kami kenal pasti lokasi sebenarnya walaupun rumah2 masih di tempat yang sama cuma masa dan waktu hampir 3 dekad semuanya banyak berubah ......ingatan kami juga dah semakin luput yang tinggal hanya kenangan indah waktu tu je .Bila Fateha dah habis LI sebulan lagi ,daerah ni mungkin  akan terus  kami tinggalkan ....