Terima kasih pada adik2 dan sahabat2 blogger yang budiman memberi komen yang cukup menambah semangatku... sebak sungguh membaca komen2 kalian...Buat masa ini aku sehat2 saja dan jalankan rutin harian seperti biasa ,cuma kalau berat2 hero2 3 orang kat rumah ni kan ada....
Mengambil peluang cuti maulidurasul dan krismas tempohari ,Iqa balik juga walaupun baru je 2 minggu di tempat baru.Apatah lagi selepas itu hanya bulan Feb je dapat cuti panjang.Lagipun masa aku nak buat pembedahan nanti dia takde ...katanya setiap sabtu pun ada kelas ganti.
Masa nak balik ke mari ok lah tiket bas masih ada tapi bila nak balik U tiket kat terminal Kulai dah habis untuk hari Ahad tu....yang tinggal pun harga cekik darah ,berganda pulak yang dikenakan.Nasib baik kawan dia tinggal Nusajaya belikan tiket sekali di Larkin Central.Kalau dah hari2 cuti ni redha je lah apa tiket yang dapat....pukul 6.30 pagi tu.
Dinihari tu aku dengar suami dah pun bangun seawal 3.30 pagi .,jerang air dan tanak nasi untuk alas perut iqa diperjalanan
Masa keluar rumah belum pun pukul.5pagi....jalan masih lengang ,cuma dah hampir je JB je agak sibuk kenderaan yang mungkin kebanyakan mereka nak bekerja di Singapura.
Foto:dari tempat letak kereta Iqa dengan Azim sempat nak.posing dalam gelap.
Tiba di Larkin Central betul2 azan suboh berkumandang.Walaupun perut agak tak selesa suboh2 tu tapi kami cari surau dulu untuk solat.Inilah kali pertama kami solat disini .Tempatnya agak selesa dan luas .Ruang solat lelaki dengan perempuan di tempat berasingan .Jemaah perempuan yang bersolat ikut imam melalui cctv yang di sediakan.Suara iman kedengaran sungguh lunak pada telinga ku bila memperdengarkan bacaan.Ruang solat memang selesa sangat tapi yang tak best nya lepas dorang solat kecuhlah pulak ada barang yang hilang....faham je lah tempat2 umum macamni.Tercegat juga sekejap aku memerhatikan drama swasta tu kejap....Iqa kata "cepat2 mak kita keluar"....Ialah kan aku ni pun...
Lepas tu kita orang turun lah bawah untuk tunggu bas yang katanya 6.30 pagi tu.Tunggu 5minit ,5 minit berlalu....udah nya pukuln7 baru ada bas....aduhai punya lah terkejar2 masa sebelum tu....mengantuk sangat !.
#SELAMAT TAHUN BARU 2016 pada semua sahabat maya .Semoga kehidupan kita akan lebih baik ditahun mendatang....