Foto: Dari belakang bangunan kolej
UiTM Dengkil tempat baru khas untuk pelajar Asasi samada sains atau kejuruteraan.Kebiasaannya siswasiswi Asasi ni hanya setahun.Nampak gayanya Iqa antara lebihkurang 4500 pelajar tahun pertama yang belajar dan tinggal di sini walaupun hanya tinggal 6 bulan lagi.....satu hari kelak akan jadi kenangan jadi salah sorang pelajar yang belajar ditempat baru ini.
Kalau dah kata tempat baru agak pening juga lah nak cari tempat ,apatah lagi otw ke Dengkil hujan turun lebat sangat diikuti angin dan petir.Dek kerana tak nampak jalan apatah lagi signboard terpaksa berhenti ditepi jalan hingga hujan reda.Aku naik kereta adek ,sibuk menjawap panggilan tepon terlajak sampai ke kawasan yang dalam pembinaan walaupun guna waze.Masa dah balik baru perasan tayar kereta suami telah tercucuk skru yang agak panjang masa mengikuti kereta yang kami naik dari belakang....mujor takde masalah dalam perjalanan.
Alhamdulillah dipermudahkan juga tiba tempat yang dituju.Nak letak kereta juga agak mudah kerana pendaftaran diberi bergilir sejak pagi lagi sementara Iqa pada 3 petang .Urusan juga mudah ambil kunci terus naik .Barang Iqa bukan nya sikit walaupun 2 kereta penuh dengan barang dia je.
Inilah antara barang2 yang dibawa .Aku rasa kalau guna lori kecil pun penuh agaknya.....Kami 6org semua bawa barang dia untuk ke tingkat 6 .Iman lah bawa yang paling ringan tikar dan bantal.
Ayahnya tolong kemas barang Iqa.Iman tolong menyibuk...Aku duk luar je ...lemas ramai2 sebab bileknya comel sangat.Yang bagusnya semua serba baru.
Ruang antara katil sebelah muat2 je untuk sorang solat.
Tempat belajar yang agak selesa
Pejabat pentabiran pun dekat sangat.Gambar ni aku snap dari beranda tempat ampaian rumah dorang.
Kalau dah kata tempat baru semua serba baru....masuk toilet pun sedap mata memandang walaupun serba comel dengan 6 orang penghuni setiap rumah....cuma agak sunyi sikit ,apatah lagi tempat baru....serammm!...hihii aku yang penakut sebenarnya.
Asalam dah mula study balik ya..cantik UITM kat sana kan..anak buah dah kelaur tunggu konvo lagi
ReplyDeleteKalau tempat baru memang cantik dan bersih sbb belum ada orang gunakan.
ReplyDeleteDulu masa hantar anak bongsu kak Zai pun macam tulah boleh masuk satu lori kecil barangnya.
Hihi...budak pompuan biasalah SI....mesti barang penuh satu lori kecik hihi....anak bujang saya tak lama lagi cuti panjang SI....huh... harus penuh jugak bonet keta tu...
ReplyDeleteDah naik balik si Iqa ye SI...sunyilah nanti kat rumah
tingkat 6 adoi...jenuh nak berangkut..kalau lift tak apa lagi
ReplyDeletebiasa org lelaki x bagi masuk asrama pompuan., ke camna ., selamat belajar utk iqa tuuhh ;p
ReplyDeleteAssalam...wah tempat baru...mesti barang kelengkapan dan perabut serba baru... nampak luas dan selesa jer biliknyer tu...ada rak2 lagi kat atas tu...boleh banyak simpan barang...
ReplyDeleteBest la Iqa dapat duduk tempat baru semua wangi2...tapi kalau bab2 yg satu lagi tu saya pon seram sejuk kalau pikir...tapi kan hari tu ada ustaz dah tolong2 clearkan tempat tu...inshaa Allah semua baik2 je tu.
ReplyDeletetigkat 6 jenuh nak naik,tempat baru cantik lagi
ReplyDeleteDah selesai dan dah tahu tempatnya lega hati SI
ReplyDeleteMoga semuanya oklah sebab dengar macam-macam cerita kan kat sini.
jenuh juga nak naik smp tingkat 6 tu. apapun semoga berjaya
ReplyDeletetudia... tingkat 6... jenuh nak ngangkut tu (^___^)v
ReplyDeleteabak mudalah yang sepatutnya turun naik angkat barang. yang tua, tunggu kat atas jer...
ReplyDeletejenuh juga tu nak panjat tangga sampai ting.6, apapun alhamdulillah selamat juga tiba ditempat yg dituju.
ReplyDeletesemoga iqa dapat belajar dengan baik walaupun ditempat baru dan moga semuanya baik2 saja tanpa ada sebarang gangguan
tempat baru nampak bersih dan kemas.. jenuh jg ye kak nak naik tingkat 6... huhu.. apapun moga urusan pembelajaran anakanda di permudahkan..
ReplyDelete