Total Pageviews

Tuesday 28 June 2016

Minggu minggu yang sibuk.

Assalamualaikum
Mungkin minggu ni dan minggu2 raya aku tak berkesempatan nak mencoret .Kesibukan membatasi waktu ,apatah lagi tinggal seminggu je lagi nak raya.Perlu berkemas seadanya .Hanya aku dan Iqa yang ada ,Fateha dah pergi LI  mulai semalam.Simpati juga si ayah yang ulangalik mengambil menghantar ke Bandar Tenggara setiap hari ....dengan terkejar2 pergi kerja pulak.Memang takde masa dia nak tolong membersihkan rumah seperti tahun2 sudah.
Kat rumah ni belum ada seketul kuih pun untuk raya..... sibuk memanjang walaupun sekadar kuih tunjuk tak berkesempatan nak membelinya....ntah apalah yang disibukkan sangat kan Hainomokje,padahal melingko je lebih .....hihiii.Tapi betullah dah 'driver' tak sempat nak buat camna kan.Nak  bank in untuk anak sulong pun terpaksa tunggu lepas buka ,walaupun badan rasa letih sangat .....apatah lagi encik suami yang ke hulu ke hilir demi anak.
 .....Selamat Hari Raya untuk sahabat dan adek2 blogger tersayang.Maaf zahir batin andai ada menyinggung hati sewaktu singgah ke ruang komen kalian.
Insyaallah kalau ada kesempatan akan ku hadir ke blog2  kalian.

Monday 27 June 2016

Berbuka tepi jalan

Assalammualaikum
Hari raya semakin menghampiri bermakna Ramadhan semakin kita tinggalkan Mungkin kah kita akan bersua lagi dengan Ramadhan di tahun hadapan ...hanya Allah yang mengetahui.
Walaupun kata nya persiapan untuk sambut raya tak seberapa tapi perlu diselesaikan juga sebelum menjelang syawal .Al Quran juga tinggal beberapa juzuk lagi belum dihabis kan .Mudah2an akan dipermudahkan untuk khatam dalam bebrapa hari lagi sebelum Ramdhan berakhir....InsyaAllah.
Khamis lepas agak kalut juga lah terkejar2 masa .Tengahhari setelah Iman balik sekolah selepas zuhur terus bertolak untuk ambil Azim di asrama .Cuaca hari tu agak panas terik dengan keadaan jem disana sini memang mencabar rasanya .Singgah pulak beberapa tempat untuk jelaskan bil2 .Iman pun tak berapa sehat sehingga tertidur dia dalam kereta...sekolah agama petang tu ponteng sebab takde sesiapa kat rumah
Azim pun katanya demam ,cermin mata pula patah perlu buat baru.Lesu budak berdua tu tapi masih mampu teruskan puasa hingga ke waktu berbuka .Dari sekolah Azim, terpaksa singgah beberapa tempat untuk bayar bil2 dan singgah ke kedai cermin mata.Buatkan untuk Azim dan Iqa sekali yang cermin mata dah uzor sangat.
 Lepas Asar juga lah baru kami tiba rumah ,terus solat sekejap .Terus ke dapur masak untuk ifftar petang tu.Masak sayur  bening kobis campur cendawan ,sambal bendi ,ayam goreng tepung ...itu je lah yang masih aku ingat .
Selesai masak tengok jam dah pukul 6 petang ,Fateha wasap kata bas yang dia naik dah tiba Yong Peng .Tergesa2 aku kejutkan suami yang dah terlena seketika setelah solat asar tadi.Kepenatan setelah balik kerja tak berehat lagi.Sebelum aku dan suami pergi pesan Iqa suruh buat air sirap je untuk mereka berbuka nanti.Sebenarnya aku perlu ikut sama untuk beli barang dapur dan sabun basuh yang dah kehabisan .Anak2 kalau balik pasti bawa kain baju yang setimbun....
Bawa bekal 2 botol kecil air mineral buat berbuka ,juga membeli 3  ketul roti tapi sampai la ni masih tersimpan lagi kat peti ais...
Fateha kata boleh turun Skudai .Perjalanan kami lancar je,sebaliknya perjalanan bertentangan menghala balik perghhh,..jem teruk.Mungkin  masing2 mengejarkan waktu berbuka.Tak lama tunggu bas Fateha tiba.Sementara tu suami beli  sebungkus air teh tarik ,katanya nak minum  air panas waktu berbuka nanti.Aku pesan belikan 2 ketul bugger,apatah lagi Fateha takde bawa bekalan makanan utk berbuka.Sebenarnya Fateha tak dapat balik saing abang dia dengan kereta ,disebabkan perlu hadir LI harini sementara abang nya partikal di sana lagi .
Hanya dua tiga beg yang ditumpangkan untuk dibawa balik kelak.
Setelah Fateha dah tiba,kami pun pusing balik.Jem dah kurang,laju jelah encik suami bawa.Tapi azan tanda waktu berbuka hampir tiba ,suami singgah depan petron untuk berbuka sekejap.Minum lah kami  dengan air yang dibawa tadi dan alas perut dengan 2 biji bugger dan sebungkus air panas .Kami kongsi bertiga dengan makanan apa yang ada ....syukur Alhamdulillah...Itupun tak habis kami makan...yang pelik nya kalau kat rumah boleh licin kami makan kalau sedikit gitu...hihiii.
Foto: seketul burger berkongsi dengan suami masih bersisa lagi.Fateha juga hanya makan separuh je.
Kali pertama berbuka di tepi jalan.
Setelah alas perut teruskan perjalanan balik .Tiba rumah budak ber3 dah relax2 selesai berbuka dan solat Maghrib.Kami bertiga solat dulu sebelum  sambung berbuka lagi dengan apa yang terhidang .


Sunday 26 June 2016

Surat perpisahan

Assalamualaikum
"SURAT PERPISAHAN"

Saudaraku,
Aku akan pulang...

Sudah di 21 hari aku bertamu namun seringkali aku ditinggal sendirian.

Walau sering dikatakan istimewa namun perlakuanmu tak luar biasa.

Oleh-olehku nyaris tak kau sentuh...

Alquran hanya dibaca sekilas, kalah dengan update status smartphone dan tontonan.

Shalat tak lebih khusyuk, kalah bersaing dengan ingatan akan lebaran.

Tak banyak kau minta ampunan, karena sibuk menumpuk harta demi bonus dan belanja raya.

Malam dan siang mu tak banyak dipakai berbuat kebajikan, kalah dengan bisnes yang sedang untung di saat Ramadhan.

Tak pula banyak kau bersedekah, karena khawatir tak cukup buat lebaran dan cuti nanti.

Saudaraku, aku seperti tetamu yang tak diharapkan. Hingga, sepertinya tak kan menyesal kau kutinggalkan.

Padahal aku datang dengan kemuliaan, seharusnya tak pulang dengan kesiaan.

Percayalah, Aku pulang belum tentu kan kembali datang...
Sehingga seharusnya kau menyesal telah melantarkanku.

Masih ada 9 hari kita bersama,
Semoga kau sedar sebelum aku benar-benar pulang...

"Karena TIDAK ADA JAMINAN umurmu akan bertemu lagi, di Ramadhan yg akan datang"

Yang benar,

Saudaramu
RAMADHAN

Wednesday 22 June 2016

Renungkan sejenak

Assalamualaikum
Walaupun seperti gurauan tapi penuh makna ...bertapa bertuah nya kita .
Sumber: facebook.

Tuesday 21 June 2016

Budget raya

Assalamualaikum
Sewaktu ambil Iman di sekolah agama semalam begitu excited dia menghulurkan satu kotak hadiah ,katanya ustazah kelas dia bagi sebab dapat nombor 1 .Hmm....kat kelas je tapi kalau keseluruhan kelas hanya tempat ke 3.
Tak sabar disuruh nya buka cepat, Alhamdulillah dapat sehelai tshirt ,sesuai lah dipakai untuk jalan2 hariraya kelak....save budget untuk baju Iman......Hanya perlu beli sepasang je lagi.

Baju melayu Iman telah aku belikan tempohari  dan sehelai jubah untuk aku sendiri....hihiii maknya yang terlebih2'pulak.Yang lain semua belum lagi ,memandangkan dorang pun takde kat rumah lagi kecuali Iqa.Kalau mak nya belikan ada yang tak berkenan pulak,maklumlah orang muda .Jangan tak tahu anak2 lelaki lah paling cerewet pilih baju.....boleh stress ikut dorang pilih sehelai baju je pun.Iman je yang takde masalah......Iman tak kisah!.
Untuk Iqa hanya perlu belikan sepasang baju kurung je.Memandangkan baju2 lama masih elok dan jarang dipakai .Fateha juga baju dinner tempohari  baru pakai sekali jadinya dia tak perlu membeli lagi.....Memandangkan baru je bezday ,dapat hadiah kasut dan beg tangan lagi dari kawan2 dia....ok dah tu ....lagi pun bukan nak beraya sakan sebab seminggu sebelum raya nanti dah nak kena LI hingga awal bulan Sept.

Budget untuk anak lelaki juga lebih besar berbanding dengan anak perempuan.Harga sehelai seluar panjang je dah buat kita pening kepala....
Anak2 memang  dah besar2 tapi memandangkan belum ada yang bekerja ,si ayah lah yang kena penuhi keperluan mereka....naik botak dibuatnya....hihiii.
Kadang si ayah sendiri tak kisah membeli pun untuk diri sendiri .Pakai je apa yang ada ,yang penting kesayangan nya ....itulah sikap ayah kepada anak2 ku.

Monday 20 June 2016

Untuk opah

Assalamualaikum
Seperti tahun2 sudah sekolah agama tempat Iman belajar dipenghujung2 Ramadhan akan adakan majlis khatam quran untuk arwah2 dan sumbangan untuk pelajar miskin dan anak yatim.Sejak minggu lepas lagi dia dah tunjuk kan kertas yang diberikan dari pihak sekolah.Boleh beri beberapa nama untuk arwah dengan setiap nama beberapa ringgit telah ditetapkan.Mungkin duit2 ni lah yang disumbangkan kepada anak2 yatim di sekolah itu kelak.
Sehari sebelum itu aku sudah bank in kan duit pebelsnjaan abang nya di uni.Dan petang itu juga Fateha dah wasap katakan duit dia pun dah habis walaupun masing2 tinggal beberapa hari lagi untuk sem ni.Jadinya aku terlupa apa yang Iman pinta,hanya ingat bila dia tanya.Dengan baki yang ada pada aku beri pada dia hanya  2 nama arwah untuk dikhatamkan quran di sekolah dia.
"Tak pelah mak, Iman nak pakai duit Iman masukkan lah nama opah .Iman kan tak dapat jumpa dia." Sambil membuka beg duit dia ,bersungguh2 dia suruh Iqa tuliskan nama opah dia.Ya Allah terharu sungguh aku lihat keletah nya.....semoga nilai murni anak ini akan kekal hingga dewasa  hendaknya,semoga sedekah dia untuk opah  akan di terima Allah.....Aminnn.
Foto: Iman dengan kak Iqa.


Thursday 16 June 2016

kelamkabut.

Assalammualaikum
Seperti biasa pukul 4 pagi aku dikejutkan bunyi dari alarm telefon ku.Bingkas bangun untuk menjerang air dan menanak nasi .Ayam goreng semalam masih ada berbaki agak banyak ,aku keluarkan dari peti ais untuk aku goreng semula.Tiba tiba aku terdengar sayup2 dari masjid bacaan tahrim yang biasa aku dengan sebelum azan suboh. serbasalah aku dibuatnya betul ke baru pukul 4 lebih berkali2 aku lihat jam dinding ,tak puashati lihat pula telefon  aku sendiri ,telefon suami dan terus kejutkan Iqa tanyakan pukul berapa sebenarnya waktu itu. Masih lagi ragu2 aku buka tv ...baru lega hati aku .Sebenarnya aku bimbang sangat kalau mereka2 kat rumah ni berpuasa  tak dapat bersahur,lebih2 lagi Iman ...kesian pulak ,dahlah seharian bersekolah.
Kata lah tahrim dari masjid tu untuk mengejutkan orang berbuka ,sebenarnya tak pernah ada pun sebelum ni ...itu yang buatkan aku kira dah lepas waktu Imsyak ketika itu.....hihiii.
Rupanya bukan kami saja yang jadi kelam kabut sewaktu Iqa buka FB group kat sini pun kawan dia kata mereka pun sama ....terkocoh2 nak habiskan air yang diminum ,padahal jam belum pun pukul 4.30.
Pernah satu ketika dulu sewaktu ada Piala Dunia bola sepak ,aku yang sedang lena dibuai mimpi ,terdengar azan dari masjid .Aku ingatkan dah suboh,sekali tengok jam pukul 3.30 pagi.Bingung juga lah seketika ...Masa tu waktu2 tu orang masih ramai kat kedai tengok bola sampai ke pagi...hmmm aku pun tak pasti kesilapan teknikal ke atau ada sebab2 tertentu....
Dalam kekalutan aku dinihari tadi tak berkesempatan nak solat sunat tahajud bila nak masak pun jadi terkocoh kacah jadinya.

Wednesday 15 June 2016

Makanan berlebihan.

Assalamualaikum
Hari ke 9 Ramadhan semalam pakat dengan Iqa masak ringkas je dengan apa yang ada ..ikan , sayur dan buat sikit sambal  ...tambah dengan ikan pekasam goreng...cukuplah tu untuk kami ber4.
Apapun murah pulak rezeki hari semalam, anak jiran yang baru balik dari solat Asar kat masjid hantar kan sebungkus bubur lambuk.Masa tu aku sudah hampir selesai masak sementara Iqa ajar anak jiran tuisyen.Hampir berbuka pula  jiran beri nasi ayam dan sesikat pisang...Alhamdulillah....mujur tak buat kudapan lain.

Nampak nya agak membazir juga kerana agak banyak makanan untuk kami yang hanya ber4 ni berbuka.Kita orang ni masa berbuka je kami makan ,malam dah takde ulang2 lagi kecuali encik suami.Masa bersahur pulak memang tak de selera nak makan berbagai2....huarghh membazir nyaaa.YaAllah sesungguhnya kita ketahui membazir tu amalan syaitan ....
Makanan nak disimpan lagi memang tidak lah,bimbang akan keracunan.Semalam pun Iman kat sekolah  sakit perut ,tak sekolah agama pun dia petang semalam.Bagaimanapun Alhamdulillah dia tak minta buka puasa ,masih bertahan hingga maghrib.
Rezeki kucing dan ayam2 jiranlah hari ini....
Begitulah kan kita kat Malaysia ni walau sesusah mana pun kita cukup mewah makanan ,sedangkan di luar sana ramai yang kebuluran.

Tuesday 14 June 2016

Selera bulan puasa.

Assalamualaikum
Dah pun lebih seminggu kita berpuasa kan....cepat sungguh hari2 semalam kita tinggal kan.Setakat ni belum lagi ke bazar untuk cari juadah berbuka ,hanya sekali terpaksa singgah gerai yang menjual air kerana tak berkesempatan ketika balik dari hantar Azim ke asrama....dah tentu air KATIRA pilihan hati.
Menu memasak.....pening kepala dibuatnya hari2 fikir nak masak apa.Walaupun masak juadah lain encik suami baik bersahur dan berbuka pasti nasi yang dicari.Biasanya bulan puasa ni banyak masakan berasaskan ayam, kalau ikan Iman lagilah payah nak menyentuh nya.Naik muak pulak bila hari raya nak pekena ayam dan daging lagi.
Buat kerabu dapat membangkitkan selera.Walaupun semalam berbuka selain dari nasi ada juga meehoon goreng ,aku makan kerabu kacang botol dgn meehoon je....
Dua tiga hari lepas teringin nak makan kerabu tomato,buat lah sebekas kecil....berselera sungguh rasa tekak aku......sedappp.Iqa tak berminat pun nak menjamah.Si ayah ada mencuit sikit.Iman jauh sekali nak makan segala sayuran.
Dua hari lepas buat epok2 sedikit untuk kami 4 beranak berbuka,dan sedikit untuk hulurkan pada jiran.Puas lah makan kalau dibandingkan beli kat bazar yang cuma beberapa ketul berbanding dengan harga.
Adek2 dan teman2 blogger makan apa ya untuk bersahur dan berbuka?....


Monday 13 June 2016

22 tahun sudah.

Assalamualaikum
Semasa sahur tadi,Iqa mengingatkan aku tentang bezday Fateha hari ini.Alhamdulillah....anak ke 2 ku harini dah pun 22 tahun.Biasanya waktu tarikh2 ini dia telah pun cuti sem ,jadinya dia lah selalu mengingatkan tapi tidak untuk tahun ini. Kali  ni dia agak tertekan sikit sebab sedang hadapi final exam .
Kalau ikut kan tarikh lahir nya 22 tahun yang lalu betul2 pada Isnin seperti hari ini.Beza umor dengan abangnya hanya setahun 2 bulan je,agak mencabar menjaga 2 anak kecil ketika itu.Bila2 aku terleka selalu juga lah kena tepuk  si abang yang belum mengerti apa2 ketika tu....
Masa berlalu begitu pantas...22 tahun ni ,mak harap Fateha semakin matang dan harungi kehidupan yang mencabar ini dengan tabah.Semoga berjaya mencapai cita2 kamu ....hadapi lah peperiksaan dengan hati yang tenang .

Friday 10 June 2016

Sejuk dan nyaman

Assalamualaikum
Begitu pantas waktu berlalu kan,sedar tak sedar dah pun 5 Ramadhan.Cuaca kat sini pun hari2 hujan .....Bagi budak2 yang  puasa memang selesa sangat ni...sejuk  dan nyaman je cuaca.Tak kurang  juga dengan Iman dengan Azim ,ligatlah aktiviti mereka,sejak aku alihkan perabot tempohari  ruang tengah rumah agak lapang,apa lagi aktiviti main bola sepak (bola kecik je) dalam rumah pun jadi lah....huhuu,stress dibuatnya,hanya berenti bila ayahnya bersuara. Sabtu Azim dah balik asrama,Iman dah sekolah senyap lah rumah...!
Menu berbuka masih lagi bertahan tak membeli setakat ini.Masak apa yang ada stok dalam peti sejuk je.Lega tahun ini Iqa ada ,dapatlah sama2  masak untuk sahur dan berbuka.Part2 basuh pinggan mangkuk Azim ada sementara cuti sekolah ni.
Menu bersahur dan berbuka kami bersederhana aje .Adakalanya abis waktu berbuka tu juga, jika tidak simpan untuk sahur .
Menu berbuka hari ke 3
Nasi putih
Sayur kacang panjang + carrot
Ayam goreng ( beli kat Peladang dan potong untuk chicken chop tapi kami makan dengan nasi)
Ikan pekasam
Laksa goreng
Cekodok kurma
Air teh panas
Menu hari ke 4

Nasi.putih
Ikan kerisi goreng
Sambal minang + tomato
Sayur kubis cina + cendawan
Ikan bilis + kentang goreng (gara2 teringin bila baca blog MD)
Kuey teow goreng
Sandwich telor ( yang ni Iman tukang perabis )
Air sirap selasih (setakat ni minuman tanpa ais )
        Alhamdulillah.....tapi kesian pulak fikir kan anak yang ber2 kat U tu makan apalah untuk mereka bersahur dan berbuka agaknya....mungkin meggi je ke.



Thursday 9 June 2016

Ke pusara bunda.

Assalamualaikum

Ahad sehari sebelum Ramadhan, terlintas hati nak jenguk pusara mak ....dah lama tak datang ziarah.Kesian mak dah lah pusara nya terasing di sini ,di daerah kediaman ku....Pusara bapak di kampung halaman .
Tak lah jauh kawasan perkuburan tapi kalau berjalan kaki lenguh juga lah pada aku yang dah berusia ni.Pergi dengan suami,Iqa dan Iman....Azim seperti biasa lah lepas solat suboh bangunnya hampir tengahhari.
Walaupun kami datang awal pagi  ,dah ramai orang yang datang.Mungkin ambil kesempatan cuti apatah lagi keesokan nya nak puasa dah.Pusara mak tepi jalan je,jadinya kami bersihkan dulu di sini.Bukan main subor rumput dibasahi hujan hari2....tanam sedikit bunga di atas pusara.Setelah selesai pergi pula ke pusara mak dan pak mertua yang agak ketengah kawasan.Tak lama aku ,Iqa dan Iman disini ,setelah hadiah kan Fatihah dan cabut sedikit rumput2 yang tumbuh,kami ulang semula ke pusara mak untuk baca suruh yasin sementara ayah nya masih membersihkan pusara ayahmak dia.
Sebelum balik kepusara abang suami yang meninggal berpuloh2 tahun lalu ,...namun segar dalam ingatan mereka .Meninggal ketika baru berusia 22 tahun ketika itu menjadi harapan keluarga...namun Allah lebih menyanyanginya....hmm sebenarnya aku pun tak sempat jumpa . ..
Iman lagi lah banyak tanya nya....jangankan arwah pak sedara ,opah dengan atuk sebelah ayah dia pun tak sempat jumpa.Hanya nenek yang dia tahu.
Insyaallah kami akan ziarah lagi di sini ,mungkin sebelum raya kelak...damai lah mak di sini.
.

Wednesday 8 June 2016

Ramadhan kali ini

Assalamualaikum
Dah pun 3 Ramadhan ,pantasnya waktu berlalu meninggal kan hari semalam.Aku berharap diberi kesihatan yang baik dapat tunaikan ibadah Nya di Ramadhan ini.Sukarnya aku lalui berpuasa di tahun2 yang lepas2 bila dalam keadaan anemia.Alhamdulillah Ramadhan kali ini masalah itu telah berakhir...Walaupun adakalanya tak begitu sehat .
Masa bersahur dan berbuka agak riuh bila budak 3 ni ada ....suka lihat takde pembaziran .Lagipun setakat ni belum pernah membeli di bazar .Masak pun secukup nya.
Menu berbuka hari pertama:
Nasi putih
Tumis kangkung
Sotong goreng tepung
Ikan cencaru bakar
Ikan pekasam goreng
Roti sardin goreng
Air cincau

Menu berbuka hari ke2
Nasi putih
Tempe goreng salut tepung
Sayur kailan cendawan tumis
Sambal udang
Kuey teow sup
Agar2
Rendang daging#
Pulut kuning#
Kuih kaswi #
Air teh panas
Yang bertanda# tu jiran yang bagi
Alhamdulillah ,rezeki Ramadhan...

Friday 3 June 2016

Chef Iman

Assalamualaikum
Salam Jumaat
Cita2 Iman berubah lagi,kali pertama dapat tolong masak di dapur cukup menyeronokkan dia.Pertama kali guna kan pisau untuk buat kerja potong sayur jadi kan dia lebih teruja.Bila aku biarkan dia mengaul dan menumis jadikan dia begitu excited.Padahal aku sentiasa berjaga2 ,takut terbalik kuali dibuatnya kelak....
Nak juga cuba masak nasi ,aku biarkan sahaja agar dia boleh berdikari kelak katanya andai mak takde kat rumah dia dah boleh masak,sambil riuh mulut nya di dapur.Keterujaan dia seharian, diam2 nak goreng telor pulak, tapi api gas pun tak pandai buka , last2 Iqa juga yang kena buat.
Katanya pada Iqa nak belajar kulinari ,nak jadi chef bila besar nanti....hmmm ,tak tau lah berapa lama cita2 Iman ni boleh bertahan !
Tapi mana tau kan ,dalam 15_16 tahun kelak ada chef  Iman Farid....hihiii.
Bila cerita pasal chef ni....rasa gembira sangat semalam dah dapat poskad dari Kak Noor pakar masak serba boleh,yang kini berada di Norway.Semoga ukhuwah persahabatan akan berkekalan walaupun sekadar di maya....begitu juga buat kawan2 dan adek2 blogger yang lain.
Foto: poskad yang diterima


Thursday 2 June 2016

Rajin sangat kononnya...

Assalamualaikum
Angin mengalih2 barang dah mula datang semula :-).Apatah lagi Iman assistant aku suka kerja2 camni.Hanya kerana plug rosak abis aku alihkan kerusi meja kat ruang tamu....Tak berani nak angkat2 berat lagi, tolak2 mana yang boleh je....ni lah katanya takde buat kerja ,udahnya penat sendiri....huhuu!
Kalau ada rakyat jelata kat rumah ni yang tegur sudut letak tv ni, akan berubah lagi lah jadinya

Wednesday 1 June 2016

Murahnyaaa...

Assalamualaikum
Seperti dirancang petang semalam kami ronda kampung , seronok budak2 ,pusing2 ,makan2 kat pekan.Walaupun tak singgah ke rumah sedara mara  terserempak  seorang makcik( usia lebih muda dari aku) kat restoran....hmmm, bengang juga:-)
Yang lebih teruja bila ke pasar ,....bestnya ikan , sotong,udang murah2 sangat.Rasa nak borong semua kata ku pada Azim yang meneman .Azim kata beli lah..perli aku lah tu.!
Hari ini mula kan projek ikan pekasam.Jenuh juga menyiang ikan gelama 3 kilo ni....buat lebih sikit sebab tergoda harga ikan yang murah2 sangat.
Buat bersahur menaikkan selera budak2 ni nak makan nasi .Biasalah waktu2 dinihari ni susah sangat nak makan.Bagi aku sendiri biasa puasa Isnin Khamis sekadar makan roti dengan oat je .Tapi dah puasa Ramadhan ni kenalah masak juga kerana encik Burhan dengan bujang2 aku perlukan nasi untuk bekalan seharian puasa.
Anak2 ni ikan pekasam  yang mereka suka sangat bukanlah ikannya tapi beras yang disangai yang digoreng bersama ikan tu lah yang dicarinya.Sebab tu perlu buat sendiri untuk beras sangai yang banyak.
Ok lah tak boleh nak merapu2 lagi ni...sibuk Iman kata nak makan cepat katanya.Sotong cadang nya nak goreng tepung ikut resepi kak noor....sedap nya terasa  kat tekak dah :-).
Foto: Iman kata bekas ikan pekasam besar tapi isinya sikit je.