Total Pageviews

Friday, 10 June 2016

Sejuk dan nyaman

Assalamualaikum
Begitu pantas waktu berlalu kan,sedar tak sedar dah pun 5 Ramadhan.Cuaca kat sini pun hari2 hujan .....Bagi budak2 yang  puasa memang selesa sangat ni...sejuk  dan nyaman je cuaca.Tak kurang  juga dengan Iman dengan Azim ,ligatlah aktiviti mereka,sejak aku alihkan perabot tempohari  ruang tengah rumah agak lapang,apa lagi aktiviti main bola sepak (bola kecik je) dalam rumah pun jadi lah....huhuu,stress dibuatnya,hanya berenti bila ayahnya bersuara. Sabtu Azim dah balik asrama,Iman dah sekolah senyap lah rumah...!
Menu berbuka masih lagi bertahan tak membeli setakat ini.Masak apa yang ada stok dalam peti sejuk je.Lega tahun ini Iqa ada ,dapatlah sama2  masak untuk sahur dan berbuka.Part2 basuh pinggan mangkuk Azim ada sementara cuti sekolah ni.
Menu bersahur dan berbuka kami bersederhana aje .Adakalanya abis waktu berbuka tu juga, jika tidak simpan untuk sahur .
Menu berbuka hari ke 3
Nasi putih
Sayur kacang panjang + carrot
Ayam goreng ( beli kat Peladang dan potong untuk chicken chop tapi kami makan dengan nasi)
Ikan pekasam
Laksa goreng
Cekodok kurma
Air teh panas
Menu hari ke 4

Nasi.putih
Ikan kerisi goreng
Sambal minang + tomato
Sayur kubis cina + cendawan
Ikan bilis + kentang goreng (gara2 teringin bila baca blog MD)
Kuey teow goreng
Sandwich telor ( yang ni Iman tukang perabis )
Air sirap selasih (setakat ni minuman tanpa ais )
        Alhamdulillah.....tapi kesian pulak fikir kan anak yang ber2 kat U tu makan apalah untuk mereka bersahur dan berbuka agaknya....mungkin meggi je ke.



13 comments:

  1. Masa mereka ada ..
    Riuh ye kak saniah..
    Nabil lagi lah kak..
    Ambil 8 rakaat tarawih..
    Lepas tu dia main bola dengan kekawannya.
    Sama jer bola kecik tu kan..
    Dah fitrah anak2 ni ada juga nak bermainnya..

    Lauk yg simple tu lah pembuka selera kan kak..
    saya masa cuti kot baru boleh masak2 dirumah..

    ReplyDelete
  2. Sabtu ini mulalah berbuka dgn keadaan sunyi kembali. Makan pun minda dok fikir anak makan apa. Walhal di asrama makanan mereka pun tak kurang specialnya..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Sania... ALhamdulillah dapt masak sendiri..simple2 pun berselera anak2 makan.lebih terjamin kebersihan...rajim azim membantu ye kak.. mudah2an anak-anak di U baik2 shj ya kak :)

    ReplyDelete
  4. kat tempat saya hujan time memalam je kak...siang panas pop pop pop...ni pon dah bape hari tak ujan langsung...pose taun ni agak janggal gak ar buat saya sebab kak long dah mula duduk asrama..pestime la katekan...saya masak simple2 je kak...makan pon tak berapa nak lalu sangat...asyik terkenang kak long je...macam le jauh bebeno kan...kikiki..part main bola dalam rumah tu pulak bleh geng dgn anak2 saya...hari2 pon duk main bola dlm rumah...kecik beso kecik beso je saya tengok diorang...pecah barang ibu siap la korang !!!

    ReplyDelete
  5. SALAM JUMAAT SANIAH...SEDAP TU MENU YG DISAJIKAN UTK BERBUKA PUASA

    ReplyDelete
  6. Kadang2 lauk yang simple lagi berselera makan. Anak bongsu kak Zai cuti semester meriahlah sikit rumah ada kawan masak sama2. Zaman main bola kat rumah kak zai dah lama berlalu.

    ReplyDelete
  7. Masak lagi puas hati dari membeli di bazaar.

    ReplyDelete
  8. Kak, kentang+ikan bilis goreng bercili saya tu, baru semalam saya kena perabihkan. Nangis-nangis saya kena makan sorang ^_^

    Semalam saya dah kaut ikan bilis free dari rumah Ngah saya, memang hari ni adalah menu ikan bilis goreng+bawang+cili padi tu lagi. Tak tahulah kenapa, rasa sedap semacamlah kalau makan dengan nasi putih bulan puasa ni! Hari-hari biasa, takdalah pulak saya gian nak buat. Ngelak masak menu susah-susah ni kot ~_^

    Saya pun masak untuk berbuka sahaja. Kasi habis semua kecuali kentang bercili tu ajelah first time berbaki. Hari ni teringin nak buat tomyamlah, kak!

    ReplyDelete
  9. Salam jumaat kak dan selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  10. ye lah akak, minggu depan anak2 dah mula sekolah
    rumah akak mula sunyi, rumah saya pulak mula bising
    cuti, anak sulung di rumah opahnya
    minggu dpn penuhlah semula anggota keluarga
    bingit lagi telinga ni sbb abg suka menyakat adik2

    ReplyDelete
  11. Seronoklah ye SI ramai dayang dan hulubalang time puasa ni hihi.....peluh tak keluar. Permaisuri landing kat sofa sambil memerintah le apa lagi hihi....

    Saya ni meneguk ais jer sepanjang pose ni SI....nasiblah tak sakit tekak.

    ReplyDelete
  12. aduss sambal minang tu macmana saniah
    bagi lah resepi mana tau boleh cuba disini

    ReplyDelete
  13. tak lama lagi lang semua dah kan.. sementara cuti sekolah, meriah berbuka.

    cekodok kurma? manis lah ye.

    ReplyDelete