Total Pageviews

Sunday 31 August 2014

"GA Merdeka : Di sini lahirnya sebuah cinta dari Mama ka0ri "

masa baca komen kak zakie..dia cadangkan masuk contest ni..nak tahu lebih lanjut klik di sini...hendak juga cuba nasib..



                                         iman dengan semangat kemerdekaan dan lagaknya
             tak hiraukan hujan renyai2 ...sayang dengan jalur gemilang nya

Saturday 30 August 2014

Iman dengan semangat kemerdekaan




Assalammualaikum
  bila tengok dimana2 orangramai kibarkan jalur gemilang ,Iman juga tak mahu ketinggalan .Khamis lepas ada sambutan menjelang ambang merdeka di sekolahnya.Cadangnya nak buat pakaian beragam menggunakan jalur gemilang tapi maknya rajin sangat lh nk buat....sudahnya dibuat pacak je depan rumah.

Wednesday 27 August 2014

sahabat yang hilang...

Assalammualaikum
       

              sudah setahun lebih aku dan dan sahabat yang paling dirindui kembali hadir dalam kehidupan setelah terpisah lebih 28tahun lalu. saling mengenali ketika baru mengenal alam persekolahan...pernah tidur sebantal,makan sepinggan,ketawa dan menangis bersama.Kali akhir ketika bersama2 menyewa rumah di bandar BP sementara menantikan kekosongan asrama masa form 6 di SDBL.Ketika itu di kampung  belum ada lagi untuk kelas form 6.Tak sangka bila dah beranakpinak dan uban sudah mula menjengah dapat berhubung kembali walau sekadar di alam maya.
disaat usia semakin menganjak ,tak mahu rasanya kehilangan lagi....setiap hari berchating untuk mengeratkan silatulrahim walaupun ketika ini dia sibuk  dengan keluarga dan kuliah(sambung belajar) belum pernah sekali pun bersua.Berharap agar persahabatan sehingga akhir hayat.
terimakasih juga pada sahabat2 blogger yang sudi menjadi sahabat alam maya .dengan membaca entry sahabat2..menjadi peneman ketika aku keseorangan ,menambah ilmu kehidupan dgn info2 ...menjadi penghibur  ketika duka .

Saturday 23 August 2014

ulangtahun

ASSALAMMUALAIKUM
Alhamdulilah 27 tahun berlalu saat kali pertama aku bergelar isteri dalam usia awal 20an pada 23hb ogos 1987.Hanya menjadi seorang ibu setelah hampir 6 tahun kemudian.Masih diberi kesempatan bersama melihat anak2 meniti kedewasaan.Moga jodoh kami hingga ke hujung nyawa....

                          Sumber: facebook

Friday 22 August 2014

kesedihan Iman

ASSALAMMUALAIKUM
cuaca diluar sana agak suram seperti turut sama berkabung atas kepulangan jenazah2 ke bumi Malaysia.melihat lintas langsung di kaca TV hati sayu dan sebak melihat satu persatu keranda diturun .Doa dipanjat agar mereka yg Islam di tempatkan dikalangan orang2 yg beriman...Amin
Iman juga turut merasa kehilangan walaupun bukan kehilangan yg abadi tapi perpindahan seorang guru ke sekolah lain amat terkesan dihatinya.Semalam ada sambutan hari raya di sekolah ...gembira sungguh dia masa nak pergi sekolah apatah lagi menggayakan baju melayu hitam nya itu.
Olehkerana jadual waktu sudah ditukar ,pada hari rabu dan khamis kena masuk sekolah seawal12.20 dan balik 5.10.ptg.Waktu  sampai di rumah Iman mendiamkan diri dan matanya merah membengkak.Terfikir aku apakah dia tak suka oranglain menjemputnya bila si ayah waktu2 begini memang belum balik lagi atau dia bergaduh atau kena buli di sekolah.Bila ditanya berulangkali baru dia nak cakap "Puan Aisyah nk pindah" katanya sambil sambung tangisnya.Alahai ....sayu pulak hati melihat dia menangis,terus aku berlalu ke dapur  menahan sebak.
Fateha bagitau Iman tak macho lah lelaki menangis walaupun sedih...."habis airmata dh nk keluar camne,mula2 Iman tahan2" kata dia."Tadi cikgu baca sajak sedih ....cikgu pun nangis sama"Bagitau dia boleh berhubung lagi  facebook,telefon dan segala mcm kn ada.Cikgu tu cuma berpindah....Begitulah terkesannya pada anak2 murid ini walaupun cuma mengenalinya pada  tahun satu tahun lepas.


Monday 18 August 2014

nak cover balik...


ASSALAMMUALAIKUM
      Sebelum anak bujang aku berangkat ke Langkawi untuk pratikal nya sempat  aku dan dia melawat Atiqa di asrama.Balik singgah di Aeon beli kan sedikit jajan utk Iman yang kena tinggal sebab takut Atiqa dijangkiti apatah lagi dia bakal menghadapi trial Spm 24hb ni.Beli kan sedikit muffin.... minum petang bersama sebelum Azim kembali ke asrama.
     manisan seperti muffin ni ditambah dengan pelbagai rendang2 dan segala bagai makanan apatah lagi open house di sana sini....bertimbun2lah nampaknya lemak2 dan kolestrol.Kena cover balik masak makanan yang sehat untuk hidangan kat rumah.Ayam ,ikan biasanya bakar /panggang.pais,kukus atau sup.Sayur pula buat masak bening atau kerabu dan ulam2an.Kalau nak makanan bergoreng juga guna sedikit minyak.Ikut kan je apa yang anak bujang aku sarankan....setakat ni ok lagi sebab suami pun suka ayam atau ikan bakar.Tapi Fateha dah menegur ....macam makanan orang sakit je....huhuuu.... ialah tu.... kata nak jaga kesihatan.
     

Friday 15 August 2014

Selamat hari lahir Azim


ASSALAMMUALAIKUM
14 tahun lalu pada 15hb Ogos 2000 aku terpaksa dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah kerana tekanan darah yang agak tinggi.Tak terfikir akan bersalin pada hari itu ,suroh suami balik rumah untuk menjaga anak2 3 orang yang tinggal.Waktu aku sakit nak bersalin dah tak mampu talipon suami apatah lagi handset dah simpan dlm beg dan dibawa dlm wad yg lain.
 keadaan getir waktu bersalin sehingga doktor hampir lakukan pembedahan tapi selamat bersalin biasa pada jam8.45 mlm Namun aku kehilangan banyak darah ....malam tu mereka bertungkus lumus menghentikan pendarahan mencari puncanya....Keadaan aku agak kritikal ketika itu. Bayangkanlah tanpa suami atau sesiapa yang rapat dengan ku ketika itu.Bila sudah masukkan 4 pain darah baru keadaan aku stabil.dan dimasukkan ke wad CCU pagi itu.Bila disini baru aku berkesempatan bagi tahu doktor yang suami tak tau pun aku bersalin ...dia kata kenapalah tak bagitau dia ....huhuuu dah lepas pun.
Suami hanya dapat berjumpa selepas jam 3petang esoknya ...Kali pertama aku menatap wajah Azim pun 2 hari kemudian.Kini sudah `14 tahun berlalu kenangan itu masih segar dalam ingatan...SELAMAT HARI LAHIR AZIM.mak hanya berharap Azim menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. .Doa makayah sentiasa mengiringi kehidupan anak2....

Tuesday 12 August 2014

bila dah berjangkit


ASSALAMMUALAIKUM
   Azim sudah kembali ke asrama tapi wabak nya ditinggal di rumah.Kini giliran Iman pula ,sudah 2 hari tak dapat ke sekolah Bawa ke klinik diberi ubat titis seperti biasa tapi bila nak minta surat mc katanya resit  dah kehabisan sebab ramai sangat yang kena wabak sakit mata Tapi yang tak patutnya boleh pula kata tak kan dibuang sekolah kalau tak sekolah tanpa surat mc...sentap juga dengarnya
Balik klinik terus ke Tesco teman si abang beli barang .Aku dengan Iman  tunggu di bawah.Seorang budak mungkin memerhatikan mata Iman."mama2 mata dia merah" 3 -4kali bersuara  dengan kuat .Agaknya pelik atau takut kut lihat mata Iman dah macam cerita yang menakutkan , tengok kat tv atau filem2.Apa pun mama dia terangkan mata abang tu sakit.
harap sangat Iman cepat pulih sebab cuti lama banyak dah pelajaran tertinggal dan lagi buat masa ni sedang giat latihan zapin untuk majlis sambutan hariraya dan majlis2 perkahwinan.


Monday 11 August 2014

siput yang ku idam

ASSALAMMUALAIKUM
   Bila baca blog Hainom okje cerita pasal kuih siput akhirnya aku tergoda juga untuk menguli cik siput....walaupun dah lama dah tak buat.Kebetulan anak dara aku masih bercuti ni suroh dia saja yang buat....aku uli dan gorengkan saja.Nak mengentel  dah tak larat...tak sampai 5 minit jari2 aku dah kebas...maklumlah dah nak hampir kemilauan emas.
 Kebetulan kuihmuih raya dah berkurangan ,bukan ramai sangat pun yang ziarah ..anak2 bila tonton tv dan berinternet dengan balang2 kuih sekali dibawanya....memang laris le apa jua jenis kerepek atau kekacang kat rumah ni.Berbalik cerita siput ....masa berkunjung ke rumah makcik tempohari tanya dia macamna kuih siput dia begitu rapuh ...tak lah seperti aku buat ...biasanya keras kebatun.Senang je jawap nya lebih kan majerin dan gunakan kuning telur saja...tak perlu santan kelapa bagai aku buat selalu....Alhamdulilah...ikut cara dia kali ini kuih siput aku begitu rapuh.....orang takde gigi pun boleh makan ....hihiii.


Saturday 9 August 2014

lepat oh lepat...

ASSALAMMUALAIKUM
         

Sehari suntuk cuaca agak muram sejak pagi lagi dah hujan....Iman asyik kata nak makan lepat pisang....Manalah nak cari pisang masak kat rumah ketika ni...nak keluar hujan semakin lebat .Yang ada sebiji labu comel yang aku beli kat Econsave tempohari.Bila buatkan lepat labu suka pula dia makan berulang2 walaupun tak pernah pun makan labu yang dijadikan sayur.
Resepi lepat labu
sebiji labu (kecil je pun)-dipotong kecil dan direbus
2cwn tepung gandum -jika kurang boleh tambah
1/2 cwn tepung beras
gula -secukup rasa
secubit garam
sedikit kelapa parut
daun pisang yang dilayur
caranya ;
sebelum tu panaskan kukusan.Labu yang direbus tadi dilenyek dan dicampurkan dengan bahan2 tadi dan gaul rata ,tak perlu tambah air .lepas tu bolehlah bungkus seperti lepat pisang....kukus 10-15 minit .

Friday 8 August 2014

minggu akhir Ramadhan...

ASSALAMMUALAIKUM

2 hari sebelum cuti raya Iman kata kawan dia ada jual kuih bangkit cheese ...1 paket 50 sen je....ada lah 2 ketul isinya.,....mungkin lebihan jualan ibu kawannya itu.Suroh Iman beli lebih ....aku pun teringin juga nak merasa bangkit cheese ni.... hmm memang sedap terasa cheese nya.Iman memang peminat tegar cheese ,laju je masuk ke mulutnya masa ifftar petang tu.Nak rasa nya menempah tapi dah kesuntukan hari nak raya dah....
di akhir Ramadhan aku dah ketandusan idea nak masak untuk ifftar...apatah lagi anak2 dah balik cuti.Google  cari resepi.Tengok resepi KERABU TELUR MAT GEBU.....mudah dan menyehatkan....yang penting sedap.....tapi biasalah bahan2 nya ada yang kurang ada yang tambah2 sendiri....

Thursday 7 August 2014

saman dan makanan sehat...

ASSALAMMUALAIKUM

Seawal 10 pagi dah beraya kat Ibu Pejabat Polis....nak kena bagi duit raya kat encik2 traffik.Anak bujang aku ni tak pun sampai setahun bawa kereta sendiri dah dapat surat saman ,si ayah dah berbelas tahun berkereta tak pernah satu pun ada kesalahan traffik.Si ayah bawa kereta cukup berhati2 tapi orang muda ni memandu mengalahkan pelumba formula 1.....kes laju lah ni ..dapat kurang sebab cepat ...

 Iman kena pergi sekolah awal ,mujor Fateha yang masih cuti sem. ada sediakan makanan sebelum dia ke sekolah......daging ayam yang memang aku perap dengan sos lada hitam awal pagi ....dipanggangnya guna pemanggang ajaib....mudah dan sedap.Berselera Iman makan.
Makan tengahhari anak bujang aku roti hotdog bersama bebola ketam ....buat sendiri makan sendiri.makan an sehat katanya....mak nya nak cari nasi juga ....huhuuu
       

Wednesday 6 August 2014

sakit mata


ASSALAMMUALAIKUM
       Setelah cuti raya seminggu ,hari Sabtu tempohari hantar anak2 kembali ke asrama.Akan pulang semula ke rumah dua minggu dan Atiqa sebulan lagi....menghabiskan bulan syawal di asrama bersama kawan2 sekolah.Tapi baru 2hari sekolah , Azim telefon suroh ambil dia di asrama untuk pulang ke rumah .Terkena sakit mata yang dijangkiti dari kawan2 seasrama....ramai juga budak2 lain yang kena .Cuti sampai sembuh baru boleh kembali ke asrama.
    Petua dari orangtua dulu2 jika sakit mata ubatnya titiskan SUSU IBU .Ketika budak2 dulu kami di kampung itulah ubatnya....walaupun kena paksa .

Tuesday 5 August 2014

cerita2 raya

ASSALAMMUALAIKUM
    Lama dah cuti berblog ......rindu pulak dengan kawan2 yang budiman.Dah berusia begini memang sibuk memanjang,sejak  akhir Ramadhan lagi.
.Emakayah takde pun adik dan keluarganya kembali ke rumah kami  beraya bersama ....meriah dengan cerita2 masing2 yang dah lama tak jumpa.Seperti rutin hari raya tahun2 lalu berulang kembali....kunjung mengunjung seperti biasa ,kami berkonvoi .membawa anak2 ke rumah sedara mara untuk lebih mengenali .Walaupun rumah arwah makayah dah tak de lagi di kampung tetap berkunjung juga ziarah pusara dan singgah ke rumah sedara mara.
Nak lah cerita pasal malam raya ....aduhai mengalahkan perang kat Gaza gamaknya kat tempat aku ni.Bila saja diumumkan esok raya ....bunyi mercun berdentam dentum  dan bunga api di sanasini....aku yang di  dapur sibuk memasak pun asyik melatah je dibuatnya....alarm kereta anak bujang aku juga asyik terkejut dan berbunyi dek gegaran....
apatah lagi bila cucu2 jiran main mercun bunyinya mengalahkan bom ......Anak2 kami tak bagi keluar rumah ...takut ada mercun2 yang sesat....ialah malang bukan saja pada yg bermain.Budak2 ni pun kami tak biasa kan beli2 mercun ni sejak kecil lagi....mereka pun tau membazir dan bahaya.Kalau nak beli juga juga sekadar bunga api lidi tu je lah....