Total Pageviews

Tuesday 30 September 2014

aku dan kopi

ASSALAMMUALAIKUM
 semalam 29hb sept Hari Kopi sedunia....seumur hidup aku sebenarnya tak pernah tau pun ada hari kopi sehingga lah semalam bila menonton MHI asyik memperkatakan mengenai kopi.
Aku bukan lah peminat kopi sejak dulu lagi ,tapi tak menolak jika dihidangkan dengan air kopi itu pun sekadar menghormati tuan rumah.Tapi sejak ada campuran pelbagai jenis kopi dengan herba2 dan pelbagai lagi ,aku cuba2 juga amalkan sehari sekali salah satu jenama ....,alhamdulilah nampak nya masalah yang aku hadapi selama ini kembali pulih....




Monday 29 September 2014

jambu mawar

ASSALAMMUALAIKUM
Sekali lihat seperti buah jambu batu ,jambu mawar yang telah lama aku tanam ni baru saja berbuah ,itu pun cuma 2 biji ,setelah sekian lama hanya merimbun dengan daun2.Terfikir juga hendak tebang salah satu pokok .Baru2 ini nampak dah beberapa kuntum bunga mencelah  tapi tak lah berharap sangat .sehingga dua  tiga hari lepas terpandang buah yang muncul di celah2 daun ...salah satu nya dah agak kekuningan...teruja untuk merasa buah jambu mawar yang kali pertama berbuah ni.



Inilah rupa jambu mawar yang  dah dipotong,baunya wangi dan bila di gigit terasa keharuman seperti sirap rose....agaknya sebab tu lah dinamakan jambu mawar.Sebiji ni aku makan bersama Iman dan suami ...sekadar berkongsi rasa.Suami pesan sebiji lagi simpan kan untuk anak2 merasa bila balik raya haji nanti.....alahai anak2 4 orang lagi tu cukup ke dengan sebiji buah yang cenonet tu....huhuuu.
Aku menanam pokok jambu ni dari biji benih yang diambil dari rumah MIL adik .Seingat aku waktu itu Iman belum pun lahir.Sekarang ni Iman dah pun 8 tahun baru lah dapat merasa ...dia lah yang merasmikan buah pertama ni....
                             Inilah rupa daun jambu mawar

Saturday 27 September 2014

Bila dah bersaing

ASSALAMMUALAIKUM

Rumah yang kami diami ni hampir dengan kilang,oleh itu ramai yang ambil kesempatan buka kedai makan Dibuka sejak awal pagi dan ada yang dibuka sehingga malam.,Kat rumah aku je ada 4 buah kedai hadapan ,sebelah2 dan belakang ada kedai makan.
Biasanya sarapan beli je apatah lagi Iman saja yang ada di rumah .Untuk tengahhari atau malam tak lah pernah membeli ,malu lah pulak ,orang kata duk rumah malas sangat nak masak...lagipun tengahhari bila sendirian di rumah makan apa saja telur goreng kicap pun jadi....janji perut diisi ,nak pedas gigit je cili padi kan Hainomokje....hihiii

roti canai ni selalu jadi sarapan Iman .Biasanya part membeli ni kerja Iman lah walau abang kakak ada di rumah .Kedai depan rumah baru saja mula mejual roti canai ,walaupun sebelum ni ada juadah dan kuih2 untuk sarapan pagi.Kedai  sebelah rumah juga sudah sekian lama menjual roti canai sebelah pagi sehingga 12 tengahhari...Agak bersaing juga untuk mencari rezeki masing2.

Apa yang ingin aku perkatakan ni tentang harga sekeping roti canai ni biasanya dijual 70 atau 80sen sekeping.Pagi semalam aku beri duit RM 5 untuk Iman beli sarapan kesukaan dia di kedai depan rumah .Beli lah 4 keping....bila balik dia pulangkan RM 3 pada aku....betul ke cuma 50 sen sekeping....bagai tak percaya pula ....la ni ada ke lagi jual sekeping 50sen?...ntahlah mungkin nak meraih ramai pelanggan datang kut...
Apapun memang puashati ,roti canai nya yang lembut dan agak besar dan kuah nya yang pekat .Tapi Iman makan roti canai tak pernah bercicah pun ...makan begitu saja sudah cukup menyelerakan baginya.
ROTI CANAI ke ROTI PRATA?

Friday 26 September 2014

berjimat

assalammualaikum
untuk menjimatkan kos sara hidup dan nak menjimatkan masa di universiti anak aku dan kawan sebiliknya masak sendiri .tapi sekadar gunakan rice cooker ...nak makan bagai kena kreatif apa yang boleh dimasak dalam periuk tu.
          inilah gambar yang dihantar kepada kami
                                              nasi goreng
                                                   katanya steamboat (ialah tu kut meggi je)
moga pengalaman ini menjadi kenangan dimasa depan kelak
Bukan mudah untuk mencapai kejayaan,memerlukan banyak pengorbanan dari kamu dan keluarga .

Thursday 25 September 2014

petai je pun...

ASSALAMMUALAIKUM
dah agak lama tak makan ulam atau sambal tumis petai ,terasa teringin pula.Pesan pada suami bila otw balik kerja belikan sepapan 2 jika ada jual di tepi jalan ,tak mau yang dah kopek seperti di pasar....cerewet lah pulak .
semalam dapatlah dibelinya ...termakbul lah  apa yang dihajat (petai je pun).Suami memang tak makan petai ni ,saja je memenuhi kehendak aku yang macam2 ni...hihiii



Wednesday 24 September 2014

sekadar menumpang


ASSALAMMUALAIKUM
pokok STEVIA atau daun gula ni hidup subor walaupun menumpang dalam pasu bunga lain.

Monday 22 September 2014

kerenah cucu

Assalammualaikum

budak babam ni baru belajar merangkak ,sampai bawah kerusi di tujunya .....ketika hujung minggu ni lah papa mamanya dapat melayan kerenah si kecil ...
Baru usia 7 bulan ,anak ke 4 anak saudara aku.Cucu saudara aku ....,tak ingat dah yang ke berapa ,ada yang dah usia setahun pun belum pernah jumpa lagi....ramai dah  walau belum ada cucu sendiri...

Friday 19 September 2014

tertinggal lagi....

ASSALAMUALAIKUM
Buat sekian kali nya si ayah tertinggal lagi telefon di rumah.Biasanya setiap pagi bila nak pergi kerja Iman lah yang mengingatkan dia tapi hari ini setelah bersalam dengan ayahnya terus masuk dalam rumah menyambung angan di bantal busuknya.Setelah hampir tengahari baru tersedar yang telefon masih lagi di tempat semalam.Biasanya dia akan menghubungi kami  apatah bila aku keseorangan di rumah .Dah telefon dia tak bawa ni risau lah pula ....
legaaa bila nampak cik abang kita balik dah....

Wednesday 17 September 2014

buah asam jawa muda

ASSALAMMUALAIKUM
Inilah buah asam jawa muda....untuk kenalkan pada anak2 petik kan setangkai dua ...bukan saja budak2 ,ayah budak pun tak kenal buah asam jawa.Aku sejak kecil di kampung dah biasa mengikut makcik jiran sebelah memetik buah asam ni di kebunnya.Aku pun dah tak ingat buat pe lah di ambil banyak buah yang masih muda ni....mungkin campur pada masakan agaknya.
Iman dan Azim bila tau buah ni masam ,diambilnya sedikit garam dan dicicah nya buah asam muda ni ...krap krup krap krup dimakannya ,mengalahkan orang mengandung . ....masammmm tu.

Monday 15 September 2014

sedaplah.....

ASSALAMMUALAIKUM
    6hb sept, lepas kami hadiri jemputan sepupu suami yang buat majlis perkahwinan anak ke 2 di Felda Bukit Apeng .Pergi sekejap je sebab si Fateha masih lagi sibuk lagi nak belibelah utk dibawa balik ke U esoknya.Cadangnya nak shoping di bandar kota tinggi je...tapi bila masa nak balik payah bebeno si ayah nak  berhenti berbual dengan sepupu2 dan saudara mara dia.Jenuh juga lah kami tunggu di tempat kereta di cuaca yang panas membahang....nak kembali semula ke rumah pengantin malu lah pula dah bersalam2an bagai.lagipun  biasalah rumah felda ni ada atas dan bawah bukit....tak larat dah nak turun naik...sakit lutut oiii.Sudahnya Iman lah jadi utusan...
                       Iman berminat sangat dengan kek oren....sedap katanya sambil menjamu selera sorang2 .

Dalam perjalanan balik ,Fateha kata " sedaplah makanan di rumah pengantin tadi."Apa yang aku tahu makanan biasa seperti dimajlis2 pengantin lain..Iman menyampuk katanya" masa Iman cari ayah kat belakang Iman nampak kayu dibakar bawah periuk".Terfikir aku mungkin sebab itulah sedap sebab mereka masak2 guna kan kayu api.Dah lama tak jumpa orang masak gunakan kayu api untuk majlis2 di zaman serba  mudah ni.....

Sunday 14 September 2014

rombongan cik kiah....

ASSALAMMUALIKUM
 setiap tahun kawan aku ni mempelawa ikuti rombongan yang dianjurkan keluarganya.Kali ini rombongan cik kiah (bukan nama sebenar) ni ke Langkawi pula.....Jumaat lepas dah pun bertolak.Ramai lah juga yang ikut serta ,ada yang pergi sendiri dan ada yang sekeluarga....almaklumlah cuti sekolah ,boleh melancong dan belibelah kat sana.
Aku memang tak berminat rombongan seperti ini .Sejak zaman belum lagi dikurniakan cahayamata ,syarikat tempat aku kerja membawa pekerja2 nya cuti2 malaysia... percuma lagi ,pun aku tak sertai .Bagi aku apa lah ertinya jika suami tiada bersama.......tiada yang nak kongsi keseronokan Nak harap kan suami sertai sekali jangan mimpi.... lebih selesa bercuti dengan kenderaan sendiri bersama anak2.tapi sekarang ni anak2 dah besar ,cuti mereka pun dah tak sama....macam tak best je kalau ada yang tak pergi sama....

Friday 12 September 2014

mawi raikan murid tahun 6

ASSALAMMUALAIKUM

Bersimpati dengan anak2 yang ambil Upsr juga pada ibubapa dan guru2 juga ...sepatutnya disaat ini mereka sudah boleh menarik nafas lega setelah bertungkus lumus belajar.Tapi tak mengapalah mungkin ada hikmah semua yang berlaku ni...mungkin boleh lebih memperbaiki kelemahan2 pada jawapan2 yang lepas.
Sehari sebelum Upsr tempohari Mawi ada berkunjung ke sekolah Iman untuk beri semangat pada budak2 yang nak ambil periksa apatah lagi salah seorang nya anak saudara dia.Seronok budak2 dan guru2 lihat dia sudi berkunjung....Iman yang sekolah sesi petang tak jumpa pun...melihat saja dari jauh kawan2 berkerumun  al maklum lah artis datang sekolah....

Wednesday 10 September 2014

Alahai bling2 lah pulak.....

ASSALAMMUALAIKUM
Istimewanya jadi anak Johor ni ada bila sudah habis belajar sekolah agama sehingga darjah enam,ada darjah Khas pula yang diadakan seminggu sekali biasanya pagi Sabtu.Alhamdulilah .......Azim pun sudah tamat kan darjah khas nya tahun lepas dengan keputusan peperiksaan yang agak cemerlang.Diperingkat sekolah sudah pun diadakan majlis konvo beberapa bulan yang lepas.
                           hadiah diperingkat sekolah
kali ini akan diadakan diperingkat daerah pula .Sekolah Azim diwakili 38 orang .,termasuk Azim.Olehkerana majlis akan diadakan 18 hb sept ni pihak sekolah mengadakan taklimat dan diminta mengambil jubah yang akan digunakan untuk majlis itu.Azim masih di asrama terpaksa aku yang pergi ke sekolah....
Terkejut aku melihat jubah yang akan digunakan ....cantek sangat ,berbunga2 dan bling2 lagi tapi pada pandangan aku tak sesuai lah budak lelaki pakai rupa gitu.Bila bawa balik si ayah pun menegur "macam baju mak Gayah je" hish....kalau lah Azim dengar....Aku pun tak tau apa reaksi Azim bila melihat jubah yang dia kena pakai tu.Sejak kecil Azim agak cerewet bab2 pakaian ....sanggup merajuk berjam2 jika dia tak suka ....tapi kali ini dia kena redha sebab kawan2 dia pun kena pakai jubah yang serupa ...cuma beza warna yang cerah bagi perempuan...jangan dia tak nak pergi majlis tu sudahlah....

                     inilah rupa bunga2 kat jubah tu...

Monday 8 September 2014

kembali ke destinasi ilmu.....

Assalammualaikum

cuti sem dah pun berakhir ,setelah hampir 3 bulan menghabiskan masa di rumah sendiri
.Penat melihat mereka berkemas ada saja yang kurang....barang2 makanan dan mandian semua dibawa dari rumah... kata mereka malas nak keluar....ialah tu .... walaupun hanya berdua tapi barangan dibawa penuh bonet dan tempat duduk kereta....padahal banyak juga barang yang tinggal di kolej...
rasanya baru semalam menghantar mereka mendaftar ,kini dah pun jadi kakak dan abang senior... tinggal berbaki lagi 3 tahun yang mencabar untuk mereka dan emakayah nya juga....



moga tabah dan tekun menimba ilmu ...untuk si abang jangan asyik mengacau awek2 junior ......taulah majoritinya perempuan......Fateha,.belajar sungguh2 dan yakin boleh...

Friday 5 September 2014

cili ....cili


Assalammualaikum
sambal cili ....itulah yang anak2 mahu setiap hari  ,.sementara mereka masih cuti ikut je kehendak mereka.....dah duk kat universiti bercuti lah merasa air tangan aku....
mujorlah ada tanam cili sendiri ,kalau membeli harus berkilo2 utk kegunaan setiap hari ,nak goreng nasi,goreng mee semua nak kan cili padi ...baru ada kick kata mereka...si Iman tak pandanglah ....
dah petik cili setiap hari dari pokok2 berlainan ,macam2 rupa lah yang ada ketumbuhan seperti dalam gambar tu pun selalu jumpa....
masa anak2 masih di sekolah rendah ,aku agak tegas dan nak kan semua anak2 jadi yang terbaik di sekolah sehingga diingatkan arwah mertua setandan kelapa tu bukan semua buahnya elok,kadang2 ada yang komeng.....macam cili ni juga .

Monday 1 September 2014

TIDURLAH BABY...

Assalammualaikum
Bangun sebelum 5.30 pagi walaupun bukan hari persekolahan atau hari2 cuti seperti sambutan kemerdekaan seperti semalam....".bangun semua...." katanya "solat suboh" ...padahal azan belum lagi berkumandang di masjid.Riuh mulutnya dikala masing2 masih dibaluti selimut.Suboh2 lagi dah ajak aku melayan dia bercakap, "ustazah kata kalau kita malas bangun solat suboh,syaitan suka.....dia tepuk2 kita, sambil kata TIDURLAH BABY" kata dia dengan bersahaja dan takde niat pun nak kenakan sesiapa."yalah ...yalah ....orang bangunlah ni"....sikakak menyahut dari dalam bilek...terasa diri seperti disindir.....begitu berkesan motivasi Iman suboh2 itu.