Total Pageviews

Wednesday, 10 September 2014

Alahai bling2 lah pulak.....

ASSALAMMUALAIKUM
Istimewanya jadi anak Johor ni ada bila sudah habis belajar sekolah agama sehingga darjah enam,ada darjah Khas pula yang diadakan seminggu sekali biasanya pagi Sabtu.Alhamdulilah .......Azim pun sudah tamat kan darjah khas nya tahun lepas dengan keputusan peperiksaan yang agak cemerlang.Diperingkat sekolah sudah pun diadakan majlis konvo beberapa bulan yang lepas.
                           hadiah diperingkat sekolah
kali ini akan diadakan diperingkat daerah pula .Sekolah Azim diwakili 38 orang .,termasuk Azim.Olehkerana majlis akan diadakan 18 hb sept ni pihak sekolah mengadakan taklimat dan diminta mengambil jubah yang akan digunakan untuk majlis itu.Azim masih di asrama terpaksa aku yang pergi ke sekolah....
Terkejut aku melihat jubah yang akan digunakan ....cantek sangat ,berbunga2 dan bling2 lagi tapi pada pandangan aku tak sesuai lah budak lelaki pakai rupa gitu.Bila bawa balik si ayah pun menegur "macam baju mak Gayah je" hish....kalau lah Azim dengar....Aku pun tak tau apa reaksi Azim bila melihat jubah yang dia kena pakai tu.Sejak kecil Azim agak cerewet bab2 pakaian ....sanggup merajuk berjam2 jika dia tak suka ....tapi kali ini dia kena redha sebab kawan2 dia pun kena pakai jubah yang serupa ...cuma beza warna yang cerah bagi perempuan...jangan dia tak nak pergi majlis tu sudahlah....

                     inilah rupa bunga2 kat jubah tu...

8 comments:

  1. tahniah azim..abaikan rupa baju tu azim..janji azim dapat naik pentas

    ReplyDelete
  2. Mungkin budak lelaki tak berapa sesuai kot. Apa pun tahniah buat azim.

    ReplyDelete
  3. hihihi..memang nampak blink2 tu kak jubah tu... hehe...apa pun tahniah Azim... salam kenal, follow sni...

    ReplyDelete
  4. Azim tak kisah kot...bukan dia sorang berjubah bling2 nanti...ramai lagi kan...

    ReplyDelete
  5. Tahniah SI.....tahniah jugak buat Azim....
    Dulu okje sekolah kebangsaan Form 3, sekolah agama baru masuk darjah Khas...zaman dulu rasanya tak de anugerah gitukan SI....
    Hehe....cantik jubahnya betul kata hubby mcm baju Mak Gayah

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat Azim n SI.
    Azim tak kisah sangat kut..bikan dia sorang yg pakai..

    ReplyDelete