Minggu lepas kembali bertiga di rumah.Iqa yang masih cuti ikut Fateha ke Simpang Renggam.
Dah bertiga masak pun semua serba sikit .Adakala seperti syok sendiri masak ,last2 sendiri yang makan.Iman pun seharian berada di sekolah .Balik tengahari sekejap je dah kena pergi sekolah agama hingga 6.30 petang kerana ada kelas tambahan.Si ayah pun biasanya balik dalam pukul 5_6 petang.
Dah masak serba sikit ni ,lebih selesa masak dalam periuk kecil untuk masak sayur atau gulai.Kadang tengok periuk tu macam main masak2 je...comel sangat.
.Sebenarnya kakak yang beri periuk2 ni sebab banyak tersimpan walaupun dah beri juga pada anak menantu nya.Kakak ni suka membeli barang online juga wow shop.Banyak barang keperluan rumah dia beli.Bab periuk ni kakak kata dia tengok catalog macam besar je periuk2 nya...sekali dapat kecil je., hanya ukuran 6 inci je setiap satu...harganya setiap satu 75 RM ....kiranya kakak ni 'tipah tertipu' ...Tapi yang untungnya kami2 lah ,dapat periuk free.
Foto: sesuai sangat masak seekor ikan kerisi ___asam pedas (lauk hari Jumaat lepas)
Foto: beberapa ketul ayam masak kari(juga hari yang sama).