Total Pageviews

Friday, 4 August 2017

Rezeki durian...

Assalamualaikum

Agak2 kalau beli ni berapa RM ya ...Dengar2 di luar sana harga sekilo pun dah cicah RM 18 sekilo.Dan lagi masa ada pesta buah2 tempatan di Angsana JB ramai yang tak puashati kerana harga lebih mahal dari yang di jual di tepi jalan .Apatah lagi buah yang dibeli banyak yang tak elok isinya.
Tapi kami yang tak teruja bab durian ni,murah pulak rezeki.Semalam kakak kirimkan 4 biji durian ni untuk kami .Dari hasil pokok sendiri....
Aku buka kulitnya satu  persatu....Alhamdulillah semua molek isinya.Sambil2 tu makan lah seulas ...ermm rasanya manis dan lemak.Memang sedap sangat tapi tak berani nak makan lebih2....kena hati2 dengan kesehatan diri.
Iqa dan Iman pun tak teruja ,hanya makan sorang seulas....Iman lagi lah seulas tu pun tak habis.Ayah nya langsung tak menjamah.Akhirnya aku simpan dalam bekas dan simpan dalam aisbox.Kalau satu dua hari ni tak luak juga kenalah frozen kan.Boleh lah simpan lama ,bila teringin boleh makan atau buat serawa dan bubur.Tapi kalau Azim balik rasanya sekejap je licin....

12 comments:

  1. sedapnya durian ..kak pun la ni mkn durian seulas dua je ambil rasa heh..heh..

    ReplyDelete
  2. sedapnya durian...saya suka sangat ni kak kalau dekat boleh minta sebijik hehehe

    ReplyDelete
  3. wahhhh..sedap nya kak..tengok ulas tu pun mestis sedap..untunglah dpt kiriman dr pokok sendiri... kat sini harga masih mahal... klu teringin sgt beli sebiji dua ja kmi... hihi

    ReplyDelete
  4. Kakkk, ya Allah, tak suka durian satu keluarga plak tu, sedapnya tu Kak.
    Buat tempoyak taknak ke Kak? Buat tempoyak boleh buat gulai tempoyak ke, sambal tempoyak ke, nikmat mkn nasi.

    ReplyDelete
  5. suami saya dok beli 2 biji dah rm60 SI..

    ReplyDelete
  6. Saya pun buah ni tak boleh makan banyak2... seulas dua cukup. Lebih2 nanti sakit kepala.

    ReplyDelete
  7. Alamak, sedapnya. Nak lah sikit

    ReplyDelete
  8. Saya beli hari tu 2 biji rm60 kak saniah..
    Alhamdulillah isinya elok kuning macam tu..
    Pastu setiap pangsa elok..
    Rasa berbaloi lah beli..

    Elok tu kak buat frozen..
    Saya pun ada yg frozen..
    Bila teringin boleh buat serawa..

    ReplyDelete
  9. Assalam kak..saya singgah hari ni, akak sihat?

    ReplyDelete
  10. sedapnya durian. rezeki kak sungguh dapat yang isi elok dan sedap. Alhamdulillah kan. sekarang nak beli pun fikir dua tiga empat lima kali. mahai satu. kadang beli tak berbaloi isi x elok. so kalau teringin sangat baru fikir nk beli tak. hehe

    ReplyDelete
  11. Lama dah teringin nak makan durian. Nampak juga org jual tepi jalan tu tp belum ada mood nak beli. Seram pun ye jugak tengok harga dia haha....

    Sedap buat serawa tu SI...

    ReplyDelete