Total Pageviews

Thursday 3 August 2017

Mimpi ke???

Assalamualaikum
Anak sulong yang baru saja bekerja dapat kemudahan tempat tinggal dari majikan nya.Pada mulanya majikan sewakan rumah di daerah Jasin.Tiga hari kemudian disuroh pindah pula di daerah Alor Gajah kerana  dekat dengan tempat kerja.Rumah kali ni majikan punya.Kedua2 taman perumahan ni baru lagi....tapi yang di Alor Gajah ni lagiii lah baru .Dalam barisan2 rumah tu hanya ada beberapa penghuni je.Kemudahan angkut sampah dan pengawal keselamatan pun xde lagi.
Petang Sabtu tu dia balik rumah dan bawa kami untuk mengambil kereta viva yang di bawanya kerana majikan dah sedia kan kereta untuk dia.Malam dah kami tiba di rumahnya tapi perlu mop lantai yang berhabuk ...maklumlah sebelum tu takde penghuni dan rumah masih baru.Jiran2 memang tak delah ...sebaris tu hanya dua buah rumah aje yang terang termasuk rumah anak sulong.
Malam tu kami tidur dengan tempat tidur alakadar je ,anak baru nak belajar hidup sendiri  mana lah ada barang .Bawa tv kecil dari rumah pun susah nak dapat siaran ,jadi kami tidur cepat....sebab kepenatan pun ya.Tapi biasa lah mata aku ni kalau dah pindah tempat tidur sukarnya nak lelap walaupun sengaja pejam kan mata.Melihat si ayah dan Iman berdengkur....jelousnya.Dah sorang2 berjaga tengah malam naik seram juga.Aku baca segala ayat2  dan buka alunan ayat krusi.Tak dapat tidur juga aku lari ke bilek yang Fateha tidur ...terasa sejuk di situ ...mudah pulak nak lelap.
Petang tu dalam perjalanan balik masa dalam kereta si ayah bercerita  tentang rumah tu. Kata dia dalam rumah tu ada 2 orang budak perempuan .Dia ada datang pada encik suami dan bersalam tapi hanya sorang .Katanya adeknya ada dalam bilek....nampak seperti orang baik senyum je.....terjerit2 Iqa ketakutan dengar cerita  ayahnya.Yang si ayah ni macam betul je cerita ke dia mimpi je....ntah lah .Fateha yang dengar sama relax je walaupun dia dengan aku yang tidur dalam bilek tu.
Fateha ni dah biasa alami situasi seperti tu sebab tu dia tak kisah.Masa akhir sem tempohari pun dia cerita ada sesorang yang berpakaian hitam mencangkung kat hujung katil nya sambil tersenyum.Tak tahu samada dia mimpi atau realiti tapi bila dia kelipkan mata benda tu hilang.Ini pun dia cerita dah sebulan duduk rumah baru ingat.
Apapun semoga anak2 ku sentiasa di lindungi walau di mana berada.

10 comments:

  1. aishhh seram juga kalau saya kak..

    saya kalau rumah tu ada sesuatu, sebelum masuk rumah tu dah rasa lain macam haa memang ada sesuatulah, kalau mula2 masuk takde apa2 rasa memang oklah, tapi kalau masa tak ok tu nak tidur pun memang tak dapatlah, jelouse tengok orang yang berdengkur

    ReplyDelete
  2. Seramnya kak..

    Suruh anak akak pasang surah al baqarah kat rumah tu..
    Biasalah rumah tinggal lama tak penghuni..

    Saya dulu masuk rumah baru tu..
    Saya samak dulu dgn air tanah..
    Bersih kan..
    Pastu pasang surah al baqarah 3 hari..
    Pastu pagar kan juga..
    Dan mohon penghuni yg ada dlm rumah tu keluar dan tak mengganggu kita..

    ReplyDelete
  3. NAMPAK SELESA RUMAHNYA UTK DIHUNI TAPI RUMAH YG LAMA KOSONG MESTI ADA YG TINGGAL DI SITU..MOGA ANAK BUJANG SANIAH XDIGANGGU

    ReplyDelete
  4. Lepas2 sembahyang maghrib menunggu Isya' tu baca2 Quran... InsyaAllah. Tapi ada petua org tua, bila masuk dlm rumah atau bilik yang baru dan tak de orang duduk lagi elok azankan empat penjuru... walahuallam. Kita berusaha... harap2 takdelah apa-apa yang menganggu anak Saniah.

    ReplyDelete
  5. Mudah2an tiada gangguan benda2 macam tu

    ReplyDelete
  6. Seram pulak haih dengar cerita mcm tu SI...Berani si Fateha tu ye ...lepas ni nampaknya selalulah jalan Alor Gajah ek

    Sama mcm saya jugak SI, kalau pindah tempat tidur, mmg susah nak tidur. Jenuhlah berzikir.

    ReplyDelete
  7. Seram...hihi...tapi kalau biasa mengaji inshaAllah semua akan ok =)

    ReplyDelete
  8. Alamak,seram juga Kak, tapi buat Tak tau sudahla kan, pastu banyak2 kan membaca ayat suci, moga2 takde apa yg serious.

    ReplyDelete
  9. ayah saya kalau masuk rumah baru, ayah kata azan kuat2. pastu rajin2 baca Quran. didoakan semoga anak kak sentiasa dilindungi Allah. niat yang baik mesti Allah pun bantu.

    ReplyDelete
  10. anak akak keje di melaka?
    alor gajah.
    moga semua ok ok aje kak.
    solat. baca quran. in shaa Allah ok.

    ReplyDelete