Total Pageviews

Friday 29 May 2015

hujan dan petir

Assalammualaikum
salam Jumaat
Sekarang ni boleh katakan setiap petang pasti hujan turun dengan lebat diiringi petir guruh dan kilat.2 hari yang lepas pun ketika aku ke pejabat pos kerana sedikit urusan pun tak dapat ditunaikan ....sistem down terus, dek kerana petir yang berlaku sebelum itu.
Biasanya waktu2 santai apatah lagi bila ditinggal sendirian aku suka baca tafsir Al Quran.Kebetulan hari itu hujan agak lebat di luar sana juga kilat dan petir sambung menyambung....kecut juga dibuatnya.Kebetulan juga aku sedang membaca tafsir surah Ar-Rad ayat 12 dan 13 yang bermaksud
Dialah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan(dari panahan petir)dan memberi harapan (dengan turunnya hujan)dan Ia yang menjadikan awan tebal (dengan air).
Dan Dialah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya,kerana takut kepada Nya.Dan Dialah juga yang menghantar petir lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya.Dan mereka yang ingkaritu membantah(serta mendustakan Rasul )mengenai pekara yang berhubung dengan Allah (dan kuatkuasaNya).Padahal Ia amat keras azab seksanya.
Aku ulang berkali2 untuk memahami maksud tersurat dan tersirat sementara menanti hujan reda.
                                sumber;google                                                                                  
_buat sementara  aku akan cuti bercoleteh kat blog ni....laptop kegunaan bersama ni aku berikan pada Iqa dulu.InsyaAllah andai ada kesempatan akan aku menyapa ke blog kawan2 dan adik2 yang budiman.

Monday 25 May 2015

tetamu datang dan pergi

Assalammualaikum
Hari Isnin sudah hari ini bermakna seminggu lagi Iqa akan mendaftar di universiti untuk program Asasi .Walaupun dapat tawaran untuk buat A Level untuk persediaan ke luar negara ,program Asasi Sains ini adalah pilihan muktamadnya.
Barang2 keperluan telah mula dibeli sedikit2 sejak keputusan upu dikeluarkan beberapa minggu lalu.Namun ada saja yang perlu lagi dibeli...

Hiba juga rasa hati bila melihat barang2 yang telah terkumpul ,bermakna Iqa akan pergi ....Setelah habis periksa Spm awal December tahun lalu ,olehkerana dia tak bekerja, siang malam pagi petang dia ada di depan mata.Peneman aku memasak ,membasuh setiap hari ....
Walaupun dah biasa anak2 tinggal di asrama sejak ting 1 namun sebagai makayah terasa juga sedih nya bila dh terpisah semakin jauh .Dulu di asrama kami melawat setiap minggu tapi kini terpaksa membiarkan dia menempuh Dunia Baru sendiri ....berdikari.Terasa begitu cepat masa berlalu ....dari seorang anak kecil tadika kini dah pun remaja.

Bimbang dengan sikap nya yang sering cuai ,akan menjadi masaalah padanya kelak.Masa di asrama dulu selalu sangat tertinggal barang di rumah,dan apa yang lebih teruk  bila dia tertinggal IC di asrama bila selesai  spm .,pergi ke  rumah kawan di Mersing tanpa IC.Bila balik semula ke asrama bila dicari IC nya dah tiada ....dah digeledah seseorang ,terpaksa buat baru....apapun aku harap semoga dipermudahkan segala urusan kehidupan dia bila berjauhan dari kami nanti.
Bila seorang2 anak mula menjauh ni,kata2 dari blogger Sweety sentiasa diingat....`anak2 ibarat tetamu dalam hidup kita,dia datang dan pergi.sampai masanya mereka akan punyai kehidupan sendiri dan hidup kita berakhir sendirian juga`.

Thursday 21 May 2015

mengajar dan belajar

Assalammualaikum

Minggu ini murid sekolah rendah di sekolah Iman sedang menghadapi periksa setengah tahun .Begitu juga dengan Iman,mujor juga periksa sekolah agama diadakan minggu lepas....adalah lebih masa nak ulangkaji.
Iman ni pula kalau belajar atau buat latihan kena aku ada bersama dia ,kalau tak banyak mainnya dari belajar.Kadang susah juga nak ikuti apa yang mereka belajar dengan format2 yang sentiasa baru.Dengan anak2 yang 5 orang ni aku dapat melihat perubahan2 pembelajaran mereka dari KBSR,PBS,KSSR....dari matematik sains bahasa melayu ke bahasa inggeris kembali ke bahasa melayu semula.Sambil mengajar anak sambil juga belajar semula untuk mengasah balik otak yang dah lama berkarat .....
Malam tadi Iman belajar sains tentang haiwan ,banyak pulak soalan nya yang diajukan pada aku....yang aku confius nak jawap.Antaranya kerang melahirkan anak ke bertelur?Aku tak tau nak jawap apa ...yang aku tau kerang memang sedap buat makan je...buat sambal tumis kerang , rendang kerang atau rebus saja....hmmm sedapnya.
 Aku kata dengan Iman melahirkan anak kut...Iqa yang duduk jauh dari kami gelak berdekah2 mendengar jawapan aku sambil kata mak pernah tengok kerang lahirkan anak ke?sambil sambung tawanya...anak bertuah betul ketawa kan aku !....
Akhirnya encik google bagi jawapan yang sebenarnya  kerang itu sistem persenyawaannya pensenyawaan luar sebab itu kita tak pernah nampak telur kerang...
Aduhai ...aku yang dah nak expired ni pun kena asah balik lah minda yang dah tumpul untuk ajar Iman kelak bila yang besar2 ni tiada ...


Wednesday 20 May 2015

masak apa saja

Assalammualaikum
Fateha kata dia dengan kawan sebilek masak Nasi Air semalam.Dengan hanya menggunakan rice cooker untuk memasak perlukan kreativiti apa yang nak dimasak....Kalau di rumah petik saja api gas dah boleh masak apa saja ....Di kolej kena  pandai  olah masakan .Sebenarnya walaupun budak2 kolej tak dibenarkan bawa rice cooker tapi Fateha dan kawannya takde masaalah .....Dari taktau  memasak dah banyak dia boleh buat ....tapi biasanya makanan mudah2 .Katanya selalu  masak spaggetti,....juga piza pun jadi wlpun guna rice cooker.
                 Seperti yang dihantar kat wassap group ayam dan kentang goreng yang dimasaknya minggu lepas....juga tempe kegemarannya.
inilah nasi air caranya.... dengan bahan2 yang terhad ,masukkan apa saja yang ada.Masa tinggal dengan kami ,dia tak tau pun apa itu nasi air tapi bila dah kawan berlainan negeri banyak yang dia telah ketahui.....semua ini pengalaman dan bakal menjadi kenangan bila dia habis belajar kelak

Monday 18 May 2015

kerana sibuk

Assalammualaikum,
 Jumaat lepas merupakan hari yang agak sibuk pada aku dan suami.Awal pagi kami dah bawa Iqa ke salah sebuah  klinik di bandar Kota Tinggi untuk medical checkup .Alhamdulilah orang pun tak ramai ,tak sampai 1 jam dah selesai urusan ...x ray pun juga  siap cepat...apa yang lebih mengembirakan harga pun murah  dibandingkan lebih 2 tahun lalu sewaktu bawa Fateha ke mari.Dulu kami kena tunggu sehari lagi untuk dapat keputusannya.Juga tak perlu menunggu sehari suntuk bila ke hospital kerajaan seperti mana kami bawa anak sulong dulu....faham2 aje lah takde pengalaman.
Balik dari KT kami tak pulang ke rumah terus ke bandar untuk membetulkan laptop untuk kegunaan Iqa ke IPT nanti,walaupun tak lah rosak tapi sekadar menambah2 apa2 yang patut agar tak menyulitkan Iqa kelak.Agak lambat... kami tinggalkan ,janji petang ambil.
Petang selesai suami dan anak2 lelaki balik dari solat Jumaat bawa Iqa ke Bank Islam untuk buka akaun.Azim ada tapi tak nak ikut katanya tak sehat,bila pegang dahinya terasa panas ...dia nak berehat dan tido kat rumah sendirian.
Bila selesai urusan di bank terus ke pasar segar TJ Mart ...nak beli bahan2 nak buat masak cadangnya....aku tak sempat pun nak masak tengahhari itu.... hanya goreng telur kicap je .Tapi aku hanya beli sedikit sayur2an dan seekor ayam....melihat ikan tak menarik minat aku untuk membeli.Balik singgah ambil laptop seperti yang dijanjikan.
Penat rasa satu hari itu....bila tiba rumah masing2 nak keluar kereta cepat ,bawa barang yang nampak je.Apatah hati juga amat risau melihat demam panas Azim semakin teruk.
Esoknya selepas suboh suami nak bawa bekal ke tempat kerja .Cadangnya nak goreng ayam,..bila lihat dalam peti ais....alamak mana ayam yang dibeli semalam?.Teringat , mungkin dalam kereta lagi....bila saja buka pintu kereta dah bau satu macam..sah memang terbiar satu malam dalam kereta....dah hijau rupa ayam segar yang dibeli semalam....ginilah akibat terlupa mujor juga tak beli bahan2 basah lain kalau tak alamatlah bau longkang kereta kami...Iman yang nak makan peha ayam goreng pagi itu terpaksa gigit jari....gagak2 riangria menunggu makanannya yang aku buang kat belakang rumah...rezeki kamulah gagak!

Thursday 14 May 2015

aku dan garam

Assalammualaikum,
Sudah lama aku menggunakan garam bukit dalam masakan kerana khasiatnya .Selepas mengetahui kalau nak buboh garam masa makanan telah dimasak adalah lebih baik untuk mengekalkan khasiatnya,aku amalkan sehari2 sewaktu memasak .Tapi kan selalu juga aku terlupa untuk membuboh garam dalam makanan sehingga ada anak2 yang menegur...biasalah kalau dah tawar mana nak sedapnya ...Jika makanan berkuah okey juga boleh masukkan garam kemudian tapi bila makanan seperti cekodok misalnya ,alamat tawar hebeh lah jadinya....hihii mungkin faktor usia agaknya asyik je terlupa.
Sekejap lagi aku cadang nak buat karipap untuk aku berikan pada sepupu yang akan mengadakan kenduri tahlil malam ni.Mudah2an taklah aku terlupa untuk buboh garam pada untuk intinya nanti....

Wednesday 13 May 2015

berusaha ,jangan putus asa

Assalammualaikum,
Dengan keadaan rumah aku sekarang ni posmen datang hantar surat pun tak dengar tidak seperti rumah lama dulu.Sedar2 dah banyak surat kat depan beranda (aku tak sediakan peti surat)....mujor tak basah dek hujan.
Petang semalam suami keluar dilihatnya ada berpucuk2 surat atas kereta ,satu2 dilihatnya dan diberikan pada aku.Terkejut aku dengan satu surat yang ditujukan pada kami ibubapa Fateha dari pihak universiti....tertanya2 kami berdua surat apakah ini? ,apakah Fateha telah melakukan kesalahan atau melanggar undang2 universiti.?
Alhamdulilah ....setelah dibuka berita gembira kami terima ,dia mendapat anugerah dekan pada peperiksaan semester lepas...Alhamdulilah .
Aku lihat suami tersenyum bangga ....Bersyukur aku anak2 dapat hargai titik peluh ayah nya yang berusaha keras untuk mereka belajar.Bukan mudah untuk suamiku membiayai 5 anak yang belajar dengan kewangan yang terhad....Apatah lagi dengan aku yang tak bekerja.
Keputusan SPM Fateha taklah secemerlang Iqa tapi aku selalu berpesan terus berusaha untuk lebih berjaya.Jika melihat sikap lembutnya masa sekolah dulu ,rasa tak percaya dia boleh dalam jurusan kejuruteraan ini.
 Seperti kejadian semalam bila Iqa menghadapi masaalah untuk biasiswa Busary ,percaya tak Iqa mendail telefon ke pihak sana sebanyak 150 kali? ...tak juga dapat2 ...akhirnya berjaya juga dan selesai masaalah.Kata dengan Iqa sebab itu mak selalu pesan berusaha dan jangan putus asa ....InsyaAllah akan berjaya.

Tuesday 12 May 2015

Iqa dan jururawat

Assalammualaikum

SELAMAT HARI JURURAWAT pada semua yang bergelar jururawat.Mulianya tugas jururawat membantu dan merawat pesakit dengan sabar dengan berbagai kerenah setiap hari.Pengalaman aku sendiri ketika berada di wad hospital melihat sendiri ketika jururawat dimarahi pihak yang lebih tinggi jawatannya ...kesian melihat mereka,terbayang kalau lah dia anak aku....
Sewaktu kecil Iqa dulu aku berharap sangat dia menjadi jururawat.Sebab utamanya kerana melihat dia begitu rajin menolong aku menjaga opah dia yang uzor tanpa merungut .Waktu itu dia masih belum pun sekolah rendah dengan badannya yang kecil kerap menolak kerusi roda opah untuk ke bilek air ,bila disuroh tanpa membantah walaupun dengan tuboh opahnya yang agak gempal agak payah bagi tuboh kecil Iqa melakukannya.Rajin melayan kerenah opah dia dengan sabar,hanya dia yang dapat menolong aku ketika itu bila abang kakak ke sekolah dan adiknya Azim masih kecil. Selalu kata dengan dia Iqa dah besar nanti jadi jururawat ya...
Kini setelah remaja nampak gayanya Iqa tak kan memilih kerjaya jururawat seperti yang aku inginkan satu hari dulu....sebenarnya aku taklah berharap sangat ,terpulang lah apa yang dia minat .Walaupun masih minat bidang perubatan namun jururawat atau doktor bukan pilihan dia ...alasannya takut tengok darah.
Apa2 pun pilihan kerjayanya  kelak,bergantung pada pengajian seterusnya  setelah tamat asasi setahun lagi.

Friday 8 May 2015

hidup tak selalu indah

Assalammualaikum
Salam Jumaat
      untuk renungan sendiri dan berkongsi bersama

Thursday 7 May 2015

sepi bersilih ganti

Assalammualaikum
Pagi ni agak sunyi ,Iman  ke sekolah kerana ada majlis sukan tahunan .Biasanya waktu2 begini dia lah yang riuh menceriakan suasana sememangnya semakin sepi di rumah ni.Pagi ini sekolah agama dah tentunya ponteng ..semua murid2 kena ke sekolah kebangsaan .Iman tak lah masuk apa pun untuk sukan olahraga ni kecuali perbarisan ....jadi badut katanya,muahaaa.....
Semalam keputusan UPU dah pun diketahui wlpun belum tahu lagi penempatan sebenar di mana.Alhamdulilah Iqa dapat asasi ,kemungkinan di Selangor....nampak gayanya anak2 aku bertiga ni berkumpul di sana,wlpun berlainan universiti.Bila Iqa pergi nanti ,yang berdua ni mula bercuti sehingga sept....taklah sepi sangat rumah ni bila bersilih ganti balik dan pergi....hanya aku dan suami saja yang jadi penanti.

Wednesday 6 May 2015

Ke Makam Sultan Mahmud

 Assalammualaikum
Bila baca komen kawan2 blogger di entry yang lepas ,ramai kawan2 yang suka dengan buah nangka.Pelbagai cara dikongsi selain dimakan begitu saja seperti buat pengat atau digoreng celup tepung. Aku boleh saja makan apa saja tapi kalau anak2 dan ayah anak ni buat apa pun tak kan dimakannya ...Satu ketika dulu masa arwah mak ada, ajar masak buah nangka ni dengan air gula dan simpan dalam peti sejuk ...bila sejuk sedap dimakan .walaupun  mak juga tak makan nangka ....udahnya aku yang kena habiskan .Juga pernah beli kerepek nangka di IKS tapi tak menarik perhatian anak2 pun .
Cerita2 nangka ni ,Jumaat Lepas bawa Iman dan Iqa ke pasar minggu jual kainbaju depan pasar borong Kota Tinggi...Iqa nak beli blouse dan tudung untuk sedikit persiapan ke IPT kelak .Biasalah bila jalan dengan ayahnya tak boleh nak berlama2 ,sekadar singgah bebrapa gerai saja..bila selesai masa lagi awal pagi terus ke bandar Kota Tinggi.Bila dah ke bandar teringat pula kisah nangka yang dimakan oleh isteri  Laksamana Bentan yang dibelah perutnya.Pernah berjanji nak bawa Iman melihat makam Sultan Mahmud Mangkat Di julang ketika sama2 menonton dengan nya
                di bangunan kecil itulah ditempatkan Makam Sultan Mahmud ,berhadapan dengan masjid Kampung Makam.
.Walaupun sudah kerap ke Bandar Kota Tinggi tak pernah pun terfikir nak singgah  tapi kali ini bila suarakan pada suami terus saja dia membelok ke Kampung Makam.Tak jauh pun dari jalan besar tapi aku sendiri dah lama sangat tak ke sini.Yatie (cahaya hidup) pasti tahu tempat ini kan.....Tak singgah pun cuma biarkan Iman melihat sendiri dari dalam kereta yang dihentikan di tepi jalan masuk.Sekurang2 nya dia tahu dimana tempat bersejarah itu.Tempat2 bersejarah lain pun banyak kat Kota Tinggi ni....cuma kami tak ambil kisah sangat ,taunya nak shopping aje, biasanya kain baju lah yang agak murah dan banyak pilihan di sini....kedai2 nya banyak dimonopoli oleh peniaga Kemboja.

Tuesday 5 May 2015

hari bersejarah

Assalammualaikum.
Tatakala biodata Iqa dibacakan dan bergema didalam  Dewan Gemilang SMTIJB hati terasa sayu dan terharu . 2 pelajar SPM  dan seorang pelajar STPM 2014 terbaik keseluruhan diraikan diakhir majlis Anugerah Cemerlang pada 30 April lepas. 2 pelajar lain yang memasing membawa sebekas bunga telor  mengiringi mereka ber3.
Kami ibubapa dijemput naik ke pentas menemani anak untuk menerima anugerah. Suami mahu aku saja yang mengiringi Iqa tapi aku pinta dia naik bersama kerana mungkin sejarah hari ini tak akan berulang kembali walaupun dua lagi anak masih ada yang bersekolah namun dengan format peperiksaan sekarang jalan semakin sukar untuk mereka lalui.
Bila aku genggam jari jemari dia ,terasa getaran mungkin terlalu gemuruh bila diarak dari pintu dewan.Bila selesai dibacakan biodata Iqa kami beriringan naik ke pentas...cuma aku kurang selesa dengan kasut yang aku pakai ,takut tersandung di depan VIP....tentu malu besar ,udahnya jalan lah ala2 pengantin
Sebelum itu dia dah pun naik untuk mengambil hadiah matapelajaran terbaik peperiksaan percubaan akhir tahun 2014.Pihak sekolah beri 80 Rm bagi setiap satu mata pelajaran ,Iqa dapatlah satu iaitu Biologi .Pihak sekolah Iqa memang best....semua pelajar yang naik pentas masing2 mendapat habuan ,baik periksa akhir tahun  atau pun pada pelajar SPM 8A, 9A dan 10A...untuk anugerah pengetua Iqa dan seorang lagi kawannya  menerima 250 RM....mungkin sebagai membakar semangat.

Masih jauh lagi perjalanan hidup Iqa ,semoga kejayaan ini tidak terhenti di sini.Terimakasih kepada guru2 yang telah mengajar Iqa sejak baru mengenal huruf juga kepada guru2 sekolah terakhirnya SMTIJB yang ramai berhati mulia membantu Iqa baik dari segi pelajaran mahu pun peribadi....Budi mu kami sanjung tinggi.