Assalammualaikum,
Dengan keadaan rumah aku sekarang ni posmen datang hantar surat pun tak dengar tidak seperti rumah lama dulu.Sedar2 dah banyak surat kat depan beranda (aku tak sediakan peti surat)....mujor tak basah dek hujan.
Petang semalam suami keluar dilihatnya ada berpucuk2 surat atas kereta ,satu2 dilihatnya dan diberikan pada aku.Terkejut aku dengan satu surat yang ditujukan pada kami ibubapa Fateha dari pihak universiti....tertanya2 kami berdua surat apakah ini? ,apakah Fateha telah melakukan kesalahan atau melanggar undang2 universiti.?
Alhamdulilah ....setelah dibuka berita gembira kami terima ,dia mendapat anugerah dekan pada peperiksaan semester lepas...Alhamdulilah .
Aku lihat suami tersenyum bangga ....Bersyukur aku anak2 dapat hargai titik peluh ayah nya yang berusaha keras untuk mereka belajar.Bukan mudah untuk suamiku membiayai 5 anak yang belajar dengan kewangan yang terhad....Apatah lagi dengan aku yang tak bekerja.
Keputusan SPM Fateha taklah secemerlang Iqa tapi aku selalu berpesan terus berusaha untuk lebih berjaya.Jika melihat sikap lembutnya masa sekolah dulu ,rasa tak percaya dia boleh dalam jurusan kejuruteraan ini.
Seperti kejadian semalam bila Iqa menghadapi masaalah untuk biasiswa Busary ,percaya tak Iqa mendail telefon ke pihak sana sebanyak 150 kali? ...tak juga dapat2 ...akhirnya berjaya juga dan selesai masaalah.Kata dengan Iqa sebab itu mak selalu pesan berusaha dan jangan putus asa ....InsyaAllah akan berjaya.
salam Kak..
ReplyDeleteAlhamdulillah sejuk perut mengandungkan anak2 kan Kak.. boleh jadi sumber inspirasi sy ni... Bersabar nya iqa mendail telepon tu, klu org lain mgkin dah berputus asa kan...
Kakak jadi terharu kalau membaca berita macam ini tau SI. Maklumlah dah jadi mak-mak ni kan rasa terharu bila mendengar kecemerlangan anak-anak.
ReplyDeleteTahniah buat Fateha...
tahniah buat fateha dan ibu bapanya..
ReplyDeletehero bongsu acik pun pilih kejuruteraan juga.bulan 6 ni peperiksaan akhir untuk sem2.
alhammdulilah..:-)) terasa bangga juga nie..bila anak rakan blogger cemerlang....sejuk perut akak ngandung kan fateha..tahniah fateha :-))
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah....sejuk perut akak mengandung....tahniah pada fateha dan seluruh famili akak saya tumpang happy....semoga anak2 akak terus maju jaya dunia akhirat
ReplyDeleteAlhamdulillah...tahniah buat fateha, saniah dan juga suami. Kegembiraan ibubapa apabila anak2 menghadiahkan kejayaan.
ReplyDeletetahniah Fateha..cakap dengan dia, lupakan soal SPM, itu semua dah berlalu. Masa untuk memandang ke hadapan dan berusaha+doa.semoga anak-anak akak berjaya dunia akhirat ye
ReplyDeleteTahniah utk Fateha....
ReplyDeleteMcm senang jer okje tengok diaorang belajo tu SI....cemerlang cemerlang semuanya. Tumpang sejuk perut sekali lagi hihi....
Mana ada mak bapak tak gembira tgk anak cemerlang SI ...tp nak buat camne dah bhg memasing.... Syukur ajelah dgn apa yg ada huhu....