Total Pageviews

Monday, 18 May 2015

kerana sibuk

Assalammualaikum,
 Jumaat lepas merupakan hari yang agak sibuk pada aku dan suami.Awal pagi kami dah bawa Iqa ke salah sebuah  klinik di bandar Kota Tinggi untuk medical checkup .Alhamdulilah orang pun tak ramai ,tak sampai 1 jam dah selesai urusan ...x ray pun juga  siap cepat...apa yang lebih mengembirakan harga pun murah  dibandingkan lebih 2 tahun lalu sewaktu bawa Fateha ke mari.Dulu kami kena tunggu sehari lagi untuk dapat keputusannya.Juga tak perlu menunggu sehari suntuk bila ke hospital kerajaan seperti mana kami bawa anak sulong dulu....faham2 aje lah takde pengalaman.
Balik dari KT kami tak pulang ke rumah terus ke bandar untuk membetulkan laptop untuk kegunaan Iqa ke IPT nanti,walaupun tak lah rosak tapi sekadar menambah2 apa2 yang patut agar tak menyulitkan Iqa kelak.Agak lambat... kami tinggalkan ,janji petang ambil.
Petang selesai suami dan anak2 lelaki balik dari solat Jumaat bawa Iqa ke Bank Islam untuk buka akaun.Azim ada tapi tak nak ikut katanya tak sehat,bila pegang dahinya terasa panas ...dia nak berehat dan tido kat rumah sendirian.
Bila selesai urusan di bank terus ke pasar segar TJ Mart ...nak beli bahan2 nak buat masak cadangnya....aku tak sempat pun nak masak tengahhari itu.... hanya goreng telur kicap je .Tapi aku hanya beli sedikit sayur2an dan seekor ayam....melihat ikan tak menarik minat aku untuk membeli.Balik singgah ambil laptop seperti yang dijanjikan.
Penat rasa satu hari itu....bila tiba rumah masing2 nak keluar kereta cepat ,bawa barang yang nampak je.Apatah hati juga amat risau melihat demam panas Azim semakin teruk.
Esoknya selepas suboh suami nak bawa bekal ke tempat kerja .Cadangnya nak goreng ayam,..bila lihat dalam peti ais....alamak mana ayam yang dibeli semalam?.Teringat , mungkin dalam kereta lagi....bila saja buka pintu kereta dah bau satu macam..sah memang terbiar satu malam dalam kereta....dah hijau rupa ayam segar yang dibeli semalam....ginilah akibat terlupa mujor juga tak beli bahan2 basah lain kalau tak alamatlah bau longkang kereta kami...Iman yang nak makan peha ayam goreng pagi itu terpaksa gigit jari....gagak2 riangria menunggu makanannya yang aku buang kat belakang rumah...rezeki kamulah gagak!

10 comments:

  1. Salam isnin kak..sibuk & fikir banyak sgt kot tu yg smpi lupa ayam dlm bonet kereta.. hehe.. takde rezeki Iman nak mkn paha ayam goreng..boleh beli lg kan..
    Alhamdulillah ye kak urusan Iqa di permudahkan...:)

    ReplyDelete
  2. Allah... kalau dah semuanya lupa gitulah jadinya. Kakak pun pernah lupa macam itu tapi nenas bawa dari rumah bapak. Bila nak buat pajeri selepas 2-3 hari baru ingat. Sekali tengok dah berair - mujur dlm plastik. Buang ajelah..

    ReplyDelete
  3. Memang berbau la kereta ye saniah.tak jadi la suami saniah bawak bekal ye

    ReplyDelete
  4. nasib baik ayam sahaja..kalau ikan, lagilah hanyir dibuatnya..biasalah kalau anak tak sihat, fikiran ibu ayah pun dah ke mana-mana

    ReplyDelete
  5. camtu la kak kalau mak2 ni sume nak pikir dalam satu masa....anggap bukan rezeki akak ayam tu dan semoga Allah ganti dengan yg lebih lagi lepas ni...semoga azim cepat sembuh...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah urusan iqa dipermudahkan.

    Kesian azim tak dapat nak makan ayam goreng. Susah juga nak hilagkan bau tu.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah urusan iqa dipermudahkan.

    Kesian azim tak dapat nak makan ayam goreng. Susah juga nak hilagkan bau tu.

    ReplyDelete
  8. Sibuk sangat tu... sampai terlupa beli ayam. Dah tak rezeki nak bwat mcm mana kan.

    Musim saya sibuk menguruskan hal anak2 belajar dah berlalu Saniah. Tapi seronok walaupun kita keletihan terkejar2 ke sana kemari.

    ReplyDelete
  9. Xde rezekila dia nk makan ayam tu...erm mak bapak mana la yg xrisaukan anak2 kan...tu yg lupa segala bagai tu.. huhu

    ReplyDelete
  10. Mmg sebok tu .......kalau dah sampai ayam masak hijau dlm kereta hihi....
    Gagak jugak yg untung kan SI......
    Wah...rajinnya SI masak pagi pagi...

    ReplyDelete