Total Pageviews

Thursday, 21 May 2015

mengajar dan belajar

Assalammualaikum

Minggu ini murid sekolah rendah di sekolah Iman sedang menghadapi periksa setengah tahun .Begitu juga dengan Iman,mujor juga periksa sekolah agama diadakan minggu lepas....adalah lebih masa nak ulangkaji.
Iman ni pula kalau belajar atau buat latihan kena aku ada bersama dia ,kalau tak banyak mainnya dari belajar.Kadang susah juga nak ikuti apa yang mereka belajar dengan format2 yang sentiasa baru.Dengan anak2 yang 5 orang ni aku dapat melihat perubahan2 pembelajaran mereka dari KBSR,PBS,KSSR....dari matematik sains bahasa melayu ke bahasa inggeris kembali ke bahasa melayu semula.Sambil mengajar anak sambil juga belajar semula untuk mengasah balik otak yang dah lama berkarat .....
Malam tadi Iman belajar sains tentang haiwan ,banyak pulak soalan nya yang diajukan pada aku....yang aku confius nak jawap.Antaranya kerang melahirkan anak ke bertelur?Aku tak tau nak jawap apa ...yang aku tau kerang memang sedap buat makan je...buat sambal tumis kerang , rendang kerang atau rebus saja....hmmm sedapnya.
 Aku kata dengan Iman melahirkan anak kut...Iqa yang duduk jauh dari kami gelak berdekah2 mendengar jawapan aku sambil kata mak pernah tengok kerang lahirkan anak ke?sambil sambung tawanya...anak bertuah betul ketawa kan aku !....
Akhirnya encik google bagi jawapan yang sebenarnya  kerang itu sistem persenyawaannya pensenyawaan luar sebab itu kita tak pernah nampak telur kerang...
Aduhai ...aku yang dah nak expired ni pun kena asah balik lah minda yang dah tumpul untuk ajar Iman kelak bila yang besar2 ni tiada ...


8 comments:

  1. Kalau tak kerana Iman tanya tak terfikir nak menggoogle ye:)
    Itulah SI kadang kerana anak kita kena belajar balik.

    ReplyDelete
  2. salam kak..hehe gelak2 baca N3 akak ni.. soalan Iman tu boleh tahan juga..tak terjawab gak klu sy...yg sy tau kerang utk makan jer...sedapp! haha..

    ReplyDelete
  3. betul juga tu kak..yan pun tengah fikir pasal.kerang nie :-)) dan baru tahu juga..

    ReplyDelete
  4. kikiki...bukan akak je yg tak tau saya ni pon baru je tau...dedulu time belajo takde pulak cikgu bukak bab kerang ni....kikiki...kerang masak rendang adalah yg paling sodappp....=)

    ReplyDelete
  5. Betul saniah kadang2 bila anak2 bertanya banyak benda yang kita tak tahu nak jawab.

    Sedapnya kerang rebus cicah dengan sambal kicap.

    ReplyDelete
  6. Hihi.....okje pun baru tau pasal kerang tu ......
    Rajin jugak SI meneman Iman belajar yer....

    ReplyDelete
  7. saya pun tak pernah terfikir..hihihi.dulu belajar ayam, lembu, ikan...takdelah sampai kerang...hahaha.advance bebudak sekarang

    ReplyDelete
  8. ai pun baru tau lepas baca entry ni.. tapi kalau takde jawapan pun ai akan google cari jawapan.. ;)
    sebab tu bila tengok anak buat kerja sekolah, ai kena standby hp sebelah.. standby carik jawapan dekat google kalau dalam buku tak boleh nak membantu.. huhuhu..

    ReplyDelete