Hari Isnin sudah hari ini bermakna seminggu lagi Iqa akan mendaftar di universiti untuk program Asasi .Walaupun dapat tawaran untuk buat A Level untuk persediaan ke luar negara ,program Asasi Sains ini adalah pilihan muktamadnya.
Barang2 keperluan telah mula dibeli sedikit2 sejak keputusan upu dikeluarkan beberapa minggu lalu.Namun ada saja yang perlu lagi dibeli...
Hiba juga rasa hati bila melihat barang2 yang telah terkumpul ,bermakna Iqa akan pergi ....Setelah habis periksa Spm awal December tahun lalu ,olehkerana dia tak bekerja, siang malam pagi petang dia ada di depan mata.Peneman aku memasak ,membasuh setiap hari ....
Walaupun dah biasa anak2 tinggal di asrama sejak ting 1 namun sebagai makayah terasa juga sedih nya bila dh terpisah semakin jauh .Dulu di asrama kami melawat setiap minggu tapi kini terpaksa membiarkan dia menempuh Dunia Baru sendiri ....berdikari.Terasa begitu cepat masa berlalu ....dari seorang anak kecil tadika kini dah pun remaja.
Bila seorang2 anak mula menjauh ni,kata2 dari blogger Sweety sentiasa diingat....`anak2 ibarat tetamu dalam hidup kita,dia datang dan pergi.sampai masanya mereka akan punyai kehidupan sendiri dan hidup kita berakhir sendirian juga`.
:-(( sayu baca entri akak arini...redhakan demi kejayaan anak2...
ReplyDeletelumrah kehidupan
InsyaAllah Saniah... mereka pergi menuntut ilmu. Bersabar saja untuk tempoh tiga atau empat tahun lagi... doakan mereka pulang dengan kejayaan.
ReplyDeletesedihnya kak.. terkenang anak kecik2.. sekarang kita belai belai.. dah besar esok esok.. diorang ada hidup masing masing..
ReplyDeleteItulah pusingan kehidupan kita kan kak saniah....
ReplyDeleteMoga Iqa akan lebih pandai berdikari lagi kak saniah..
Ramai mana pun anak memang akhirnya kita akan ditinggalkan juga. Siapa tak sedih. Kakak baca pun terharu sebab naluri kita sebagai ibu sama aje..
ReplyDeleteselamat maju jaya pada anak akak....semoga segalanya dipermudahkan...tak lama lagi giliran sy pulakkk...wawawaaaa
ReplyDeleteKak zai dah lalui semua ini saniah. Air mata selalu gugur walau anak2 sentiasa menalipon. Sabarlah mereka pergi mencari ilmu.Tapi selepas menamatkan pengajian mereka akan punya keluarga sendiri pula.
ReplyDeleteTahniah kak....semoga iqa berjaya.... & boleh membanggakan ibunya...
ReplyDeleteSinggah blogwalking :)
Jemput singgah ke blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com
Ini tandanya anak kita semakin dewasa dan membesar atas landasan yang betul seperti sepatutnya. Just be happy for her ok..
ReplyDeleteHaah kak standby jela hati n perasaan bsok2 dia akan ada kehidupan dia sndiri gak kan...sy ni anak kecik2 lg...;-)
ReplyDeleteTerasa hiba pulak baca entri ni SI......tetiba bergenang air mata huhu.... ohhh dia tak mau gi oversea yeh SI....eloklah jugak, oversea susah nak balik, dlm Malaysia, jauh jauh pun boleh jengukkan...
ReplyDeleteSetuju sgt ngan Sweety....akhirnya kita jugak bersendirian suami isteri
sayu juga rasa hati kan kak..klu yg tunggal lagi lah kan terasa bila berjauhan.. doakan anak2 sntiasa dlm peliharaan Allah bila berjauhan... mereka datang dan pergi bila dah dewasa..
ReplyDeletegood luck Iqa! tu agaknya yang Mak saya rasa bila hantar kitorang ke universiti. kitorang semua happy dan excited, tak nampak apa dia rasa time tu...
ReplyDeleteterharu baca entry ini..KY sedang mengalami sekarang..last2 tinggal berdua. nasib baik menjaga ibu yg uzur..tidaklah sunyi sangat..
ReplyDelete