Total Pageviews

Tuesday, 5 May 2015

hari bersejarah

Assalammualaikum.
Tatakala biodata Iqa dibacakan dan bergema didalam  Dewan Gemilang SMTIJB hati terasa sayu dan terharu . 2 pelajar SPM  dan seorang pelajar STPM 2014 terbaik keseluruhan diraikan diakhir majlis Anugerah Cemerlang pada 30 April lepas. 2 pelajar lain yang memasing membawa sebekas bunga telor  mengiringi mereka ber3.
Kami ibubapa dijemput naik ke pentas menemani anak untuk menerima anugerah. Suami mahu aku saja yang mengiringi Iqa tapi aku pinta dia naik bersama kerana mungkin sejarah hari ini tak akan berulang kembali walaupun dua lagi anak masih ada yang bersekolah namun dengan format peperiksaan sekarang jalan semakin sukar untuk mereka lalui.
Bila aku genggam jari jemari dia ,terasa getaran mungkin terlalu gemuruh bila diarak dari pintu dewan.Bila selesai dibacakan biodata Iqa kami beriringan naik ke pentas...cuma aku kurang selesa dengan kasut yang aku pakai ,takut tersandung di depan VIP....tentu malu besar ,udahnya jalan lah ala2 pengantin
Sebelum itu dia dah pun naik untuk mengambil hadiah matapelajaran terbaik peperiksaan percubaan akhir tahun 2014.Pihak sekolah beri 80 Rm bagi setiap satu mata pelajaran ,Iqa dapatlah satu iaitu Biologi .Pihak sekolah Iqa memang best....semua pelajar yang naik pentas masing2 mendapat habuan ,baik periksa akhir tahun  atau pun pada pelajar SPM 8A, 9A dan 10A...untuk anugerah pengetua Iqa dan seorang lagi kawannya  menerima 250 RM....mungkin sebagai membakar semangat.

Masih jauh lagi perjalanan hidup Iqa ,semoga kejayaan ini tidak terhenti di sini.Terimakasih kepada guru2 yang telah mengajar Iqa sejak baru mengenal huruf juga kepada guru2 sekolah terakhirnya SMTIJB yang ramai berhati mulia membantu Iqa baik dari segi pelajaran mahu pun peribadi....Budi mu kami sanjung tinggi.

8 comments:

  1. Mak pun merasa juga tempiasnya atas kecemerlangan anak... TAHNIAH Saniah.

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat iqa dan juga kak saniah serta suami.. hasil didikan akak lah anak2 berjaya..

    ReplyDelete
  3. sampaikan Tahniah sy buat iqa kak.. tumpang gembira..dan menjadi inspirasi...moga anak sy pun boleh berjaya..amin...:)

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah..tahniah iqa..tahniak kak :-))

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat iqa dan saniah sekeluarga. Bergenang air mata kak zai atas kejayaan. Mengingatkan kak zai masa anak dibangku sekolah alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Tahniah SI....tahmiah Iqa
    Bukan mama Iqa yg terasa getarannya, okje yg baca ni pun rasa gembira ....rasa bergenang pulak air mata ni.... huhu....tumpang bangga

    ReplyDelete
  7. tahniah untuk iqa jugak pada kak saniah dan suami...mesti jadi kenangan yg terindah....

    ReplyDelete
  8. tahniah iqa,, sejuk perut ibu mengandung,, kalau anak saya macam ni mau meleleh air mata saya,, terharu dan bangga sekejap,,, semoga terus bergemerlapan dan menabur bakti untuk anak bangsa,,amin

    ReplyDelete