Sejak Iqa ada ni kerja2 memasak banyak yang dia buat.Walaupun tak berapa mahir tapi boleh lah ... sejak dari tingkatan 1 dah tinggal di asrama dan seterusnya ke universiti.Bila balik katanya nak makan masakan mak, jadi nya dengan gigih mak tetap melaksanakan .Rasanya semua ibu2 pasti buat pekara yang sama. Sekarang ni lah dia baru belajar2 masak .
Kari kering kentang dan terung ni dia yang masak.
Tak tengok pun apa yang dibuat ,cuma bau masakan nya menusuk ke hidung.Tak sabar nak rasa....ermm boleh tahan sedap juga.Dia gunakan rempah kari cap O ni yang dibeli di Pasar Tani.
Sejak pertama kali menggunakan rempah kari cap O ni terus jatuh cinta.Tapi tulah bukan semua tempat ada jual .Walaupun menantu orang utara tak pernah lagi kirim rempah kari bila dia balik sana.Sebab nya jarang sangat masak kari kat rumah ni sebab boss tak boleh makan. Jadi nya kalau teringin nak buat,buat je lah.Untuk suami kena masakkan lauk lain.
Terung yang digunakan dalam masakan ni pun hasil dari tanaman tepi2 rumah.Tak banyak tapi lepas lah untuk dijadikan lauk.
Foto: terung dalam gambar ni bukan terung yang dimasak Iqa.Ni yang dipetik minggu lepas.Yang untuk menu kari ni dipetik on the spot, segar dari pokok, tak sempat nak snap.
Resepi kari kentang dan terung ni simple je.Iqa kata dia goreng dulu kentang dan terung tu dulu.Kemudian tos kan.Kemudian tumiskan bawang putih,bawang merah yang telah dihiris, masukkan daun kari.Masukkan pes kari dan tumis hingga terbit minyak.Masukkan sedikit air,asam keping dan sedikit kiub ikan bilis.Boleh lah masukkan kentang dan terung yang dah digoreng tadi.Last sekali masukkan hirisan tomato dan perasakan dengan garam secukupnya.Sudah boleh dihidang.
Bau rempah kari masak merah cap O ni buatkan Iman tak sabar2 nak makan.Dia ingatkan masak ayam .Dia kata tak mahu makan dengan nasi tapi nak makan roti cicah kari.Setelah tahu hanya kentang dan terung ,dia ok je sebab budak sorang ni memang peminat kari tapi terung dan tomato susun tepi pinggan lah.