Tapi,sesuatu yang tidak diduga bagai merentap kebahagiaan kami..Suatu hari,,pada 4 Februari 2005,,aku membawa Fatiha ke klinik kerana penyakit lelahnya..Sedang dalam perjalanan pulang ke rumah,,aku menerima panggilan telefon dari kakak ku..Dia kata Huda sakit..aku fikir dia keguguran tapi rupanya tidak..Kakak ku tidak menceritakan apa2,,sebaliknya dia hanya memberitahu ,Huda terpaksa ditahan ke wad.Aku pun x lah kesah sangat,,tapi bila malam aku dapat panggilan telefon yang mengatakan Huda sudah meninggal dunia..Aku betul2 terkejut dan hampir pengsan apabila menerima khabar berita itu..Lama juga aku baru dapat bertenang dan memberitahu kepada saudara- mara yang lain..
Menjelang tengah malam,,adik ku Maria menelefonku menyatakan sebenarnya Huda belum meninggal..Namun,,tidak sedarkan diri dan telah dihantar ke HSA , Johor Bahru dan ditempatkan di wad ICU..Selama dia di ICU,,aku melawatnya sebanyak 4 kali begitu juga saudara mara,rakan taulan silih beganti mengunjunginya,,namun,keadaanya masih tiada perubahan positif..Sehingga kan,,lehernya terpaksa ditebuk untuk memudahkan doktor memasukkan tiub bagi menyalurkan makanan kepada dia memandangkan dia masih tidak sedarkan diri..Seminggu kemudian baru dia boleh sedar walaupun tidak mampu untuk bersuara...Hari Ahad terakhir aku melawatnya,,dia mengenali aku..Hati aku berbunga harapan dia akan sembuh semula...Setiap hari,,aku menghubungi suaminya bagi mengetahui perkembangan Huda..
Kerana kesibukkan anak2 ke sekolah,aku tidak dapat ke hospital beberapa hari..Sehingga kakak ku menelefon dan menyatakan keadaan Huda kritikal dan mula tidak sedar kembali..Pada 18/2/2005..Zila adik Huda ,,memaklumkan Huda telah menghembuskan nafas terakhir..Kali ini aku sudah boleh bertenang..Hancur luluh hatiku walaupun bukan anakku sendiri..Petang itu juga jenazahnya dikebumikan diiringi kesedihan sanak saudara dan rakan taulan apatah lagi keluarga mertuanya yang terlalu menyayanginya,,Namun ku lihat suaminya begitu tenang tetapi bapa mertuanya agak emosional..Malam itu,,kami sekeluarga tidur di rumah kakak ku walaupun tidak selesa tetapi atas dasar simpati kami tunggu juga dan dapat berbual sapa dengan keluarga mertuanya..Aku rasa terkilan kerana hanya mengenali mereka hanya selepas Huda tiada ..Sejak peristiwa itu,,aku selalu menangis sendiri bila mengenangkan bila bersama arwah dan di saat hari perkahwinannya...Walaupun adakalanya terasa kecil hati dengan sikapnya,,namun ,,aku ampunkan semuanya..
Huda,,Mak Ngah sayang kamu ....
Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepadamu..
AL-FATIHAH..
PASRAH ( buat Huda)
Kebahagiaan yang dikecapi
sekelumit cuma
zuriat yang dinantikan
hanya impian
kau pergi juga meninggalkan
kami yang termanggu-manggu
apakah ini mimpi atau realiti
baru sebentar mendirikan
mahligai
bergelar isteri dan menantu mithali
memberikan anganan kepada kami
menanti permata dari rahimmu
Bagai taufan berita diterima
kau sudah tak upaya lagi
rakan taulan bertemu bukan lagi
raja sehari
tapi saat kamu menunggu waktu akhirmu
air mata tiada harga lagi
tatkala ku tatap wajah sucimu
apakah kamu mampu mengenaliku?
Setenang wajah suami
berbunga harapan isteri
sembuh kembali
bulan madu masih dinikmati
kini hanya ALLAH maha mengetahui
kau pergi menghadap illahi
bukan seorang
tapi bersama bayi..
di saat penikahannya 24/7/2004
tapi bersama bayi..
di saat penikahannya 24/7/2004
Kenapa sebenarnya dia masuk ICU tu SI?
ReplyDeleteDah sampai ajalkan......Al Fatehah buat arwah
Allahuakhbar
ReplyDeleteAllahuakhbar
ReplyDeleteSabar ya kak...
ReplyDelete