ASSALAMMUALAIKUM
Terkejut aku dari mimpi bila terdengar bunyi massage dari handphone yang sememangnya aku letak disebelah tempat tidur .Bila buka mata benda pertama yang aku lihat pukul berapa waktu itu...baru pukul 1.40 pagi rupanya....baru aku buka SMS tadi....alahai anak daraku di universiti .terlalu excited sangat nak ucap selamat hari lahir untuk aku .Baru aku sedar 22hb tarikh lahirku....bertambah sudah usiaku kini.Ramainya kawan2 lama di FB ,adik dan anak2 wish birthday kali ni ,bagai mengingatkan je yang kita ni dah tua....hehee
Sepanjang hari semalam kami sibuk dengan jemputan2 pengantin disana sini dan salah seorangnya anak sepupu suami di Pontian.Anak2 yang 3 orang ni kami bawa bersama untuk mereka lebih mengenali saudara mara.Entah lah budak2 sekarang ni payah bebeno nak kenal dengan saudaramara walaupun sepupu sepapat sendiri.Apa lagi anak2 aku ni lebih banyak membesar di asrama,bila saudara mara datang ke rumah pun tak kenal.
Sebenarnya aku dan suami berkahwin lebih awal dari sepupu suami tu tapi rezeki dia lebih awal dapat cahayamata.Kami ni hampir 6tahun menanti baru diberi zuriat.Oleh itu anak sepupu suami ni sedang elok untuk berrumahtangga sekarang ni.
Bila selesai majlis bersanding kami merancang nak balik saja,tapi anak2 ajak jalan2 dulu.Bawalah mereka pusing2 bandar Pontian yang sedang membangun.Hendak pergi ke Tanjung Piai masa tak mengizinkan.Singgah sebentar ke Pantai Rekreasi Rambah.Walaupun sudah beberapa kali ke sini tapi kami suka apa lagi cuaca pun sedang elok redupnya.Angin laut pun bertiup nyaman......Tempatnya memang tak seluas mana pun tapi kalau nak duk relax2 tu ,okey sangat.Kalau nak mandi2 rasanya tak sesuai sebab airnya agak keruh.
Di sini juga ada MUZIUM BUGIS .Kami sempat juga masuk sekejap,tak ada apa2 bayaran pun ,sekadar menderma pada tabung yang disediakan je.Di blog akan datang akan aku ceritakan tentang barang2 di dalam muzium tu ....
Dalam perjalanan balik ,singgah sebentar ke rumah makcik di Pekan Nenas.Dia lah seorang orangtua yang masih kami ada sekarang ni.Selagi ada hayatnya kami tak akan melupainya..
..
Pengantin yang diraikan
anak2 teruja nak ambil gambar di atas jambatan
bangunan yang terdapat di pantai Rambah
di hadapan pintu Muzium Bugis