Total Pageviews

Friday 28 March 2014

separuh hari di poliklinik HSA

ASSALAMMUALAIKUM....
      Semalam bawa Azim jumpa pakar mata di hospital besar JB. Keluar dari rumah lebihkurang pukul 6.45 pagi.Tak ada selera nak bersarapan terlalu awal.Singgah sebentar di gerai beli sedikit kuih dan mee hoon goreng untuk bekalan bila perut mula bagi isyarat untuk diisi nanti.Suami bawa kereta boleh mengalahkan F 1 ,rasa kecut juga isi perut ,konon2nya nak mengejar waktu ,sudahnya terpaksa hadapi kesesakan juga .Masa2 begini orang nak pergi kerja memang banyak kereta di jalanraya.Tak boleh nak elak lagi....lainlah kalau ada sayap bolehlah terbang gitu.....
      Tiba di Hospital Sultanah Aminah JB satu masalah lagi,nak cari parking susah amat,pada hal kami boleh kata awal juga tiba.Bila masa pula lah orang2 lain ni tiba ?tidur kat hospital ke?.mungkin nasib kami agak baik dapat juga parking kereta tempat yang agak sempit....Aku dengan Azim bergegas pergi tempat pendaftaran ,tinggalkan dulu si ayah yang masih di tempat letak kereta.Masuk saja ke dalam terdengar alunan doa dibaca untuk MH370.Kami menadah tangan amin kan doa sambil berjalan kerana mengejarkan nombor giliran.Alhamdulilah ,tidak lah seramai selalu....Biasa bagi hospital2 kerajaan ada  ramai pesakit.
     Kami terus ke bahagian .Klinik Pakar Mata untuk membuat pendaftaran,Dapat lah angka giliran 501 di kuanter 1.Tak lama kemudian kuanter 2 panggil dapat angka giliran lain pula.Kemudian dibuat pemeriksaan saringan di bilek 3.Keluar tunggu kuanter 2 panggil lagi.Setelah itu disuroh ke bilek 10 (bilik refraction)untuk dibuat pemeriksaan oleh pegawai optometri.Macam2 ujian yang dilakukan ,lepas itu ke bilek makmal pula (bilek 11).Kemudian ke bilek 12 pula jumpa doktor pakar mata ,setelah lakukan pemeriksaan dan bagi ubat titis ,kena keluar sekejap lebih kurang 15 minit,Sekali lagi masuk untuk jumpa doktor dan membuat pemeriksaan akhir..Lega nya sudah selesai sebab aku yang meneman kan anak bujang ,ni naik pening keluar masuk bilek rawatan....Last sekali kena pergi kuanter 2 lagi untuk buat temujanji akan datang.
      Keluar dari poliklinik sudah agak tengahari ,tapi agak bersyukur juga kerana biasanya kalau ke sini paling cepat pun pukul 1 baru dapat balik.Pergi tempat letak kereta.....alamak bercalar pula .Ini lah akibatnya  meletak ditempat sempit ,nak salahkan siapa ...redoo jelah.

               

   
   
   

5 comments:

  1. Assalam,

    memang begitulah...ada masa tu terlalu banyak tekanan , masa dan kekangan masa...kat jalanraya tak boleh nak duga...kalu kita keluar lambat buat sebab lambat...kadang tu kita dah cuba mendahului masa ...tapi tersekat kesesakan juga..tak boleh nak cakap apa lagi...

    ReplyDelete
  2. eemm.. prosedur biasa.. waktu menunggu tu yang tak tahan.. kena pulak kalau urusan melibatkan anak kecik.. kalau jenis yang meragam adooiiii..

    ReplyDelete
  3. Biasalah SI....
    Banyak sungguh masuk bilik keluar bilik yek....hehe....Azim kenapa SI?

    ReplyDelete
  4. mata dia bermasaalah hainom...

    ReplyDelete
  5. Masuk satu bilik keluar masuk bilik lain sampai lenguh kakai ye SI. Bagus juga sesekali exercise yg tak disedari.

    Azim kenapa pulak tu sampai macam tu sekali nak kena examine.

    ReplyDelete