Total Pageviews

Tuesday, 18 March 2014

aku dan pokok cili

Assalammualaikum
      Mengambil kesempatan cuaca yang semakin lembab sekarang ni aku menngalihkan anak2 cili ke tanah2 lapang disudut rumah.Anak2 cili ini sudah lama aku semai di dalam pasu ditepi2 pokok bunga ,di tempat semaian dan dimana ada ruang2 yang boleh dibuat semaian.....aku taburkan aje biji2 cili padi tu.Tak sangka pula begitu subur ia hidup dicelah2 pokok bunga,mungkin ambil zat dari baja pokok bunga....anak2 cili ni agak banyak ,sekarang ni aku dah tanam lebih kurang 20 pokok dan ada lagi anak2 benih yang belum ditanam....rekod yang tak pernah aku tanam sebanyak itu sebelum ni.Tak tahu lagi dapat bertahan atau tidak .Aku bukan tanam untuk dijual tapi sekadar hobi.dan tak perlu membeli untuk kegunaan sendiri.Jiran2 pun selalu merasa hasil tanamanku.Biasanya aku sedekahkan aje kalau untuk masakan seharian tapi kalau untuk berniaga sendiri mahu fahamlah.....
     Sebelum ini cuaca panas dan kering anak2 cili yang aku pindahkan ke tanah ,tak subor dan mereket...kini aku gantikan pokok2 yang lain ,mudah2an ia membesar dengan elok.


4 comments:

  1. Insya-Allah kalau tak panas menjadilah pokok cili itu.20 pokok! banyak tu. Kalau nak buat sambal belacan, lemak cili padi sah-sah memang dah lebih dari lepas. Salah hemat boleh jual..

    Suka tengok kalau subur macam ini kan.

    ReplyDelete
  2. tak pernah jual lagi kakzakie ,selalunya sedekahkan pd jiran dn kawan2 je.x taulah akan dtng ,...kalau lah pokok bnyak ni xde msallh adalah rezeki.

    ReplyDelete
  3. Wah SI....lepas nampaknya hari hari masak lemak cili padilah yek...hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan cili hari2 alamat berulang ke tandas je lah hainom.......

      Delete