ASSALAMMUALAIKUM
Adik bongsu aku datang bertandang ke rumah aku dalam 2 atau 3 hari bawa anak2 dia menghabiskan cuti sekolah.Agak lama juga tak jumpa dengan adik walaupun tinggal satu negeri apatah dikala mak dah tiada ni.Dulu kami selalu saling berkunjung menghantar dan mengambil arwah emak yang nak tinggal bersama untuk seketika.Kini jika hujung minggu aku sibuk melawat dan menghantar anak2 di asrama ,ke majlis2 perkahwinan dan macam2 urusan.Penghubung kami sekadar telepon sekerap mungkin.....
Anak adik 2 orang je, yang sulong sebaya Iman 8tahun.Iman agak akrab dengan sepupu dia ni walaupun perempuan.Tapi sepanjang hari bermain saja kerjanya ,asyik dengar ngomel2an masing2 .Sepi seketika bila baca komik2 .Agak riuh rendah juga rumah aku ni ,apatah lagi dengan keletah anak adik yang bongsu usia 2 tahun ni .Berbadan kecil tapi terlalu agresif ,pantang pintu terbuka laju je dia keluar.Pen atau alat tulis tak boleh terpandang ,habis dicontengnya buku dan badan dia ....Nampaknya sepanjang dia di rumah aku ni ,dah tolong berkemas lagi .Sudah tak payah alas meja kecil lagi ,agaknya katanya tak sesuai kut.....habis ditarik nya .
Sudah penat buat aktiviti si kecil tu tidur lah mana dia mahu ....itu pun tak pun sampai 15 minit dah terjaga.Apa pun anak2 aku terutama Iman suka sangat melayan al maklum lah dah lama tiada budak kecil di rumah ni.Telatah anak kecil memang menghiburkan.....
Kalau dah seperut berkumpul terutamanya adik beradik pompuan...macam macamlah yg disembangkan kan SI hehe....SI tak mo beranak lagi ke? hehe
ReplyDeleteKeletah anak kecik memang menghiburkan SI. Kakak pun suka melayan. Kena yg comel dan cerdik lagilah.
ReplyDeleteIman sukalah cuti sekolah ada kawan main:)
Hainom....akak dah pencenlah,tak larat lagi nk jga ank kecik.....kakzakie,memang Iman suka sangat2 sampai tak ingt letih
ReplyDelete