Total Pageviews

Thursday 31 December 2015

meredah dinihari

Assalamualaikum
Terima kasih pada adik2 dan sahabat2 blogger yang budiman memberi komen yang cukup menambah semangatku... sebak sungguh membaca komen2 kalian...Buat masa ini aku sehat2 saja dan jalankan rutin harian seperti biasa ,cuma kalau berat2 hero2 3 orang kat rumah ni kan ada....
Mengambil peluang cuti maulidurasul dan krismas tempohari ,Iqa balik juga walaupun baru je 2 minggu di tempat baru.Apatah lagi selepas itu hanya bulan Feb je dapat cuti panjang.Lagipun masa aku  nak buat pembedahan nanti dia takde ...katanya setiap sabtu pun ada kelas ganti.
Masa nak balik ke mari ok lah tiket bas masih ada tapi bila nak balik U tiket kat terminal Kulai dah habis untuk hari Ahad tu....yang tinggal pun harga cekik darah ,berganda pulak yang dikenakan.Nasib baik kawan dia tinggal Nusajaya belikan tiket sekali  di Larkin Central.Kalau dah hari2 cuti ni redha je lah apa tiket yang dapat....pukul 6.30 pagi tu.
Dinihari tu aku dengar suami dah pun bangun seawal 3.30 pagi .,jerang air dan tanak nasi untuk alas perut iqa diperjalanan
..Berkata dalam hati aku kenapalah awal sangat  tak senang aku nak sambung tidur ,....baik aku bangun ,bersiap2 ,sempatlah buat solat tahajud ,barulah kejut budak2 yang kata nak ikut ,nak tengok suasana di luar sana sebelum suboh .Budak Iman hanya gosok gigi basuh muka je ,tak sanggup dia mandi 4.30 pagi tu...nasib baik tak jadi P.Ramlee colet air kat mata aje...!
Masa keluar rumah belum pun pukul.5pagi....jalan masih lengang ,cuma dah  hampir je JB je agak sibuk kenderaan yang mungkin kebanyakan mereka nak bekerja di Singapura.
           Foto:dari tempat letak kereta Iqa dengan Azim sempat nak.posing dalam gelap.
Tiba di Larkin Central betul2 azan suboh berkumandang.Walaupun perut agak tak selesa suboh2 tu tapi kami cari surau dulu untuk solat.Inilah kali pertama kami solat disini .Tempatnya agak selesa dan luas .Ruang solat lelaki dengan perempuan di tempat  berasingan .Jemaah perempuan yang bersolat  ikut imam melalui cctv yang di sediakan.Suara iman kedengaran sungguh lunak pada telinga ku bila memperdengarkan bacaan.Ruang solat memang selesa sangat tapi yang tak best nya lepas dorang solat kecuhlah pulak ada barang yang hilang....faham je lah tempat2 umum macamni.Tercegat juga sekejap aku memerhatikan drama swasta tu kejap....Iqa kata "cepat2 mak kita keluar"....Ialah kan aku ni pun...
Lepas tu kita orang turun lah bawah untuk tunggu bas yang katanya 6.30 pagi tu.Tunggu 5minit ,5 minit berlalu....udah nya pukuln7 baru ada bas....aduhai  punya lah terkejar2 masa sebelum tu....mengantuk sangat !.
#SELAMAT TAHUN BARU 2016 pada semua sahabat maya .Semoga kehidupan kita akan lebih baik ditahun mendatang....

Monday 28 December 2015

pembedahan

Assalamualaikum
Keputusan pap smear yang dilakukan pada 1/12 lepas telah pun diketahui pada 22/12 yang lepas.Sepanjang 3 minggu tu hati selalu risau bimbang bagaimana kah result yang diterima kelak. Hanya pada Nya tempat mengadu resah ,setiap kesempatan ku tunaikan solat hajat mohon pertolongan dari Nya.
22/12 awal pagi dah bertolak dari rumah untuk ke HSA JB untuk temujanji dengan doktor pakar juga ambil keputusan pap smear.Walaupun hati berdebar2 dek kerana menunggu terlalu lama ,aku dah takde perasaan apa2 pun bila doktor bagi tahu result nya.
Aku juga dapat meng agak pasti ada sesuatu tak kena pada keadaan aku  yang bleeding berterus2an. Aku tetap bersyukur walau ada sel2'yang tidak elok pada dinding rahim tapi bukan lagi  kanser tapi yang pasti perlu juga buat pembedahan untuk tak menjadi lebih serius dan menjadi kanser kelak .Kalau ditanya perasaan aku tentang pembedahan ni memang aku takut apatah lagi  bila doktor bagitau risiko2nya memandangkan  rahim berdekatan dengan usus dan pundi kencing.Ya Allah aku memang takut tapi mesti cekal kan hati sebab ni saja jalan terbaik .
Sekarang ni pada zahirnya aku nampak sehat...Berat badan pun tak susut malah naik pulak 3 kilo mungkin makan pil hormon yang doktor beri tempohari.Tapi sesekali   terasa sakit juga bila agak renyah.Mujorlah anak 2 dah besar ,lagilah cuti sekolah ni masa ada dapatlah buat kerjarumah sikit2.Iman pun dah boleh sidai baju sikit2 ,sapu sampah walaupun tak  bersih mana pun.
Kalau dah kata anak bongsu ni memang lah kalau boleh nak duk bawah ketiak maknya je...bukan main risau dia bila aku akan duk hospital.Faham jelah kalau dah kata hospital kerajaan mana dapatnya masuk budak bawah umor 12 ni.Untuk hiburkan diri dia sendiri kata "Ala kan lagi sebulan...lama lagi ,tak payah fikir2 kan sangat...kita relax2'dulu ".
Yalah Iman ,mak pun nak relax2 kan minda ,tak mau fikirkan sangat..









Saturday 26 December 2015

kenangan jambu bertih

Assalamualaikum
             ..          foto: sumber FB
Bila tengok dalam post FB ada gambar buah jambu ni ...aduhai kecur nya.Dah lama sangat tak makan jambu bertih ni,yang selalu jumpa jambu air melambak orang jual.Rasa jambu bertih ni agak masam manis gitu.....sedapnya dicicah kicap yang ditaruk gula dan patahkan cili padi.....pergh!
Pokok jambu bertih ni pun dah lama tak tengok.Agaknya kat nusery ada tak jual anak pokok ni ya?.Teringin nak tanam & nak kenal kan anak2 pokok jambu bertih ni.
Teringin nostalgia silam zaman budak2 dulu selalu bila musim jambu bertih ni memang tak termakan .Melambak2lah berguguran ke tanah.Masa tu kat kampung yang ada pokok ni hanya nenek sedara kawan .Bila musim buah jambu ni kita   4/5 org budak perempuan minta lah izin untuk ambil.Kita orang tak main lah ambil yg dah gugur kat bawah ,petik sendiri kat atas pokok baru best....masing2 bawa bekas sambil panjat pokok ramai2....sambil petik boleh masuk mulut juga....kenyang makan jambu je.Berjam2 lah kami kat atas pokok ,bermain je lebih dari petik buah.Padahal panjat pokok pun kadang pakai baju kurung lagi.....hehehe kadang koyak kain dibuatnya.
Zaman tu kat rumah kami mana de peti sejuk ,buah jambu yang berkarung kami ambil bawa balik.tu bila dah puas adek beradek makan ,mak buat jeruk .Nenek sedara pulak suka buat halwa jambu ni...kami ni tukang perabis je.
Jambu bertih mengimbas kenangan silam yang tak bisa berulang....

Monday 21 December 2015

masak...makan makan

Assalamualaikum,
Seperti biasa kalau ke rumah adek  pasti disurohnya memasak.Apatah lagi isterinya balik kerja pun dah lewat petang.Aku no hal sebab yang nak makan pun kita orang juga.Tapi masalahnya dapur oranglain nak cari asam garam ,periuk belanga pun nak kena tanya.
Antara menu yang  sempat aku masak sayur bening sawi campur fishball, sambal sotong kembang, sambal minang, kacang panjang tumis telur pecah,ikan bakar /goreng cicah kicap yang dihiris cili dan bawang dan ayam goreng untuk Iman.
Sebelum  pegi keja sempat SIL masak kan speggatti  untuk kami sarapan...berat tu!.walaupun dia sendiri tak menjamah...diet katanya
Sebelah petang  disuroh pulak  buat mee goreng.Kali ini Fateha dah ada dia lah pulak  yang buat kerja masak memasak ni.Aku sekadar potong2 apa2 yang patut.Dah siap kita orang makanlah  ...petang lepas hujan kami pusing2 nak tengok dan kenal kawasan tempat orang.Bila balik dah ada beberapa kotak atas meja  menunggu untuk sama2 makan.Huargh...tak terlarat perut nak diisi lagi ...aku sekadar menjamah2 saja.Aku lihat dalam kuali masih banyak lagi mee goreng yang belum luak...Anak2 laju je ,nak2'yang baru meningkat naik ni Kalau ikut kan nafsu mau pengsan kekenyangan.!
Pagi tu  sarapan pizza baki malam .Hanya panaskan pada yang mahu.
Foto.:antara lauk pauk yang kami masak dan sempat snap 
Asam pedas ikan susu...sedap.! Padahal semalam nya masak asam pedas sembilang,hingga kan SIL tegur tak bosan ke asam pedas hari2.Mana ada bosan ...orang Johor...asam pedas leh.

 fateha biasalah masak menu sehat sup  campuran sedikit ayam ,fishball juga berbagai sayuran,
Pancake ni aku tolong goreng je ,adunan dah sedia ada ...makan bersama jem durian dan mulberi.Tapi makan begitu saja pun sodap.
Masa sarapan adek  beli cakoi ....tapi kita orang tak biasa makan dengan bungkusan dalam plastik tu....rasanya manis ,kaya ke? Ada sesiapa kawan2 dah biasa makan ke?.Biasanya kami makan dengan sambal yang disertakan.
Itulah adek  aku ,bila bertamu ke rumah dia pasti disuruh makan,makan,masak ,makan lagi.Aku rasa kalau sebulan mau balik Johor ,bulat lah kami...nak2 nya aku...Yang jejaka2 ni maintain lah kurus kering.


Friday 18 December 2015

kasih ayah

Assalamualaikum
Semalam aku teringin sangat nak makan roti bakar kacang phol kat pekan Rengit....walaupun dah berkali2 kami pergi Rengit tahun ni saja.Kebetulan suami cuti 2 hari ,sambil2 nak jenguk kakak yang kurang sehat di kampung sebelah.
Sementara menunggu makanan siap suami menghilang  agak lama juga....budak 2 Azim dengan Iman ni sibuk gak tertanya2 .Rupa2 nya ke kedai jam dan belikan untuk.Azim satu.Takdelah mahal ,jam biasa2 saja sesuai lh untuk bawa sekolah.Jam yang ada katanya dah rosak.... budak2 ni jam asyik je berganti...ganasss pakainya.
Masa perjalanan balik suami cerita masa dia kat kedai jam ada seorang bapa yang ingin belikan anak nya jam .Katanya anak dia dapat 5A dalam UPSR baru2 ni,dia nak bagi hadiah kat anak dia.Dia nak beli sangat jam tu...puas dipujuk cina kedai jual jam tu agar kurangkan harga sebab dia tak cukup duit.Tapi tak juga dapat kurang.Kesian suami melihat nya apatah lagi nak bagi hadiah untuk anaknya ,melalui perbualan dia amat berbangga sangat dengan pencapaian anaknya..Masa bayar jam Azim ,suami bayarkan sekali baki harga yang tak cukup  tu....walaupun tak kenal siapa dia .Walaupun suami bukan ber wang sangat pun (ber wang bukan beruang tau....).
Masa suami cerita ,rasa  sebak sangat ,bukan kerana kemurahan hati suami  tapi kesungguhan hati si ayah nak bagi hadiah pada kejayaan anaknya walaupun dia sendiri tak mampu....begitulah kasih ayah .

10 soalan bersanad

Assalamualaikum
Nak jawap 10 soalan yang yatie(cahaya hidup) tag walaupun kakak sendiri tak biasa tag mengetag ni seperti yatie juga.Harap jawapan kakak tak membosankan....maaflah kalau copy paste  ni tak cantek sebab  guna tepon untuk buat n3

1)maksud nama SANIAH _Yang Bersinar....hahaa bersinarlah sangat!.Sebenarnya  kata cerita arwah mak nama ni bukan pilihan arwah mak kakak tapi bila arwah bapak balik dari repot tertera nama kakak sekarang ni ...redha je arwah mak ,juga pakcik makcik yang mengharapkan  nama yang dorang rancang sebelum ni.Orang dulu kala mana ada isi2 borang dulu macam zaman ni.Apapun syukurlah ada juga makna yg baik pilihan nama arwah bapak  ni.
2)warna pilihan  dah berusia ni lebih suka warna gelap2 seperti kelabu ,coklat tapi biru dan purple juga masih jadi pilihan hati.
3)lagu pilihan ntahlah dah usia2 gini dah tentu berunsur ketuhanan ,apatah lagi lagu2 dari hafiz hamidun ..lagu2 lain dah tentu lagu2 kenangan  zaman cintan cintun dulu ..hihii.
4)percutian idaman rasanya kakak dah jatuh hati dengan Acheh bila baca entry kakyon (pangkin nenek) ,sebab nya tertarik dengan kesan tinggalan tsunami.
5)respon bila orang kata cantek harini..."he...cantek ke?
 " itu jawapan yang pasti keluar dulu baru bla...bla..bla.
6)Penang_KL,JB  kakak rasa pilih Penang,sebabnya  mungkin bakal menantu kelak orang belah utara sana mungkin...Insyaallah kalau anak bujang ada jodoh (kalaulah mereka terbaca....???).
7)kakak tak pandai lah pujuk2 ni,ada takde kasi lah apa yang dorang suka.Pujuk anak sendiri pun biasanya suami kakak yang rajin melayan kerenah mereka.
8)pekara yg kakak lakukan sebelum tidur pastikan semua pintu dah kunci,lampu dah tutup dan last sekali buka pintu bilik anak2 pastikan dah tidur atau tidak ...selimutkan...(yang kecil je...dah besar kita dh masuk tidur dorang tak tido lagi pun).
9)pencapaian yang terbaik dalam hidup ...hmm ntah lah ya dah surirumah ni.Bagi kakak pencapaian anak2 terbaik ,terbaiklah juga pada kakak.
10)Untuk tahun 2016 ni kakak juga harapkan kesihatan yang baik ...tak mahu buat anak2  dan suami risau ..tak mau ulangalik ke hospital lagi,dapat beribadat dgn sempurna, harap suami juga sehat sentiasa,
 dimurahkan rezeki kerana dialah tunggak keluarga.

Okey lah yatie ...harap berpuashati jawapan kakak ni.
Kakak nak tag blogger ni sudi ke mereka ?.harap sudi2 kan lah ya..
   Etuza_madey blogspot.com
   Malinda_wanitagaramgula blogspot.com
   Kak zaitun_ mamasya2.blogspot.com







Wednesday 16 December 2015

antara pelajar pertama.

Assalamualaikum
             Foto: Dari belakang bangunan kolej
UiTM Dengkil tempat baru khas untuk pelajar Asasi samada sains atau kejuruteraan.Kebiasaannya siswasiswi Asasi ni hanya setahun.Nampak gayanya Iqa antara lebihkurang 4500 pelajar tahun pertama yang belajar dan tinggal di sini walaupun hanya tinggal 6 bulan lagi.....satu hari kelak akan jadi kenangan jadi salah sorang pelajar yang belajar ditempat baru ini.
Kalau dah kata tempat baru agak pening  juga lah nak cari tempat ,apatah lagi otw ke Dengkil hujan turun lebat sangat diikuti angin dan petir.Dek kerana tak nampak jalan apatah lagi signboard  terpaksa berhenti  ditepi jalan hingga hujan reda.Aku naik kereta adek ,sibuk menjawap panggilan tepon terlajak sampai ke kawasan yang dalam pembinaan walaupun guna waze.Masa dah balik baru perasan tayar kereta suami telah tercucuk skru yang agak panjang masa mengikuti kereta yang kami naik dari belakang....mujor takde masalah dalam perjalanan.
Alhamdulillah dipermudahkan juga tiba tempat yang dituju.Nak letak kereta juga agak mudah kerana pendaftaran diberi bergilir sejak pagi lagi sementara Iqa pada 3 petang .Urusan juga mudah ambil kunci terus naik .Barang Iqa bukan nya sikit walaupun 2 kereta penuh dengan barang dia je.
                     Inilah antara barang2 yang dibawa .Aku rasa kalau guna lori kecil pun penuh agaknya.....Kami 6org semua bawa barang dia  untuk ke tingkat 6 .Iman lah bawa yang paling ringan tikar dan bantal.
           Ayahnya tolong kemas barang Iqa.Iman tolong menyibuk...Aku duk luar je ...lemas ramai2 sebab bileknya comel sangat.Yang bagusnya semua serba baru.
Ruang antara katil sebelah muat2 je untuk sorang solat.
Tempat belajar yang agak selesa 
Pejabat pentabiran pun dekat sangat.Gambar ni aku snap dari beranda tempat ampaian rumah dorang.
Kalau dah kata tempat baru semua serba baru....masuk toilet pun sedap mata memandang walaupun serba comel dengan 6 orang penghuni setiap rumah....cuma  agak sunyi sikit ,apatah lagi tempat baru....serammm!...hihii aku yang penakut sebenarnya.


Tuesday 15 December 2015

katanya masakan jawa...

Assalamualaikum
Alhamdulillah syukur dengan result PT3 Azim walaupun pun tak se gah pada mereka yang dapat semua A.Dapat lah juga beberapa subjek yang A ,walaupun si ayah agak terkejut ,biasanya abang kakak dia boleh dapat perfect score atau 7&8A dalam PMR....kenalah aku gitau ni PT3 berbeza dengan PMR.Alhamdulillah semua faham ,kalau tidak kesian pada Azim yang terasa rendah diri pada kakak abang dia.
Okeylah ,semalam aku buat eksperimen memasak bila baca kat wasap group pasal masakan jawa ni.Kata kawan2'sedap,itulah yang nak cuba.Lagipun bahannya mudah sangat.Pada kawan2 jawa mungkin dah biasa dengan GENE
MAN ni agaknya .Tapi aku ni lah pertama kali makan dan buat.
Bahan2nya katanya guna ayam kampung lagi sedap tapi aku guna ayam muda biasa je....manalah nak cari ayam kampung ori ....,lengkuas muda,bawang putih ,cili padi ,belacan dan santan pekat juga daun pisang untuk bungkus.
Santan pekat tu rasanya lebih elok guna santan kotak sebab tak berair.Aku ni guna apa yang ada di peti sejuk aje,tu yang guna santan pekat biasa.Bawang putih,lengkuas,cili dan belacan ditumbuk.Kata kawan nak lebih pedas taruk sebiji2 cilinya lagi terangkat.Kemudian gaulkan kat ayam .Tambah asam garam secukup rasa .Bungkus dalam daun pisang seperti buat botok2 tapi aku sendiri tak pandai nak bungkus cantek.
Foto:pinjam dari gambar wasap  group.
.Kukus sehingga ayam betul2 masak.Boleh makan dengan nasi panas ....sedapnya...sampai terlupa snap gambar....tau2 dah abis.Rasanya akan buat lagi .

Monday 14 December 2015

pertemuan semula.

Assalamualaikum
Sebelum nak cerita pasal Iqa ke tempat baru ,aku paling excited nak abadikan kenangan terindah 12/12 yang lalu.Tak pernah diduga dalam kehidupan ku yang semakin kepenghujung usia ni dapat bertemu semula sahabat yang akrab pada zaman sekolah dulu.Bukan setahun dua kami berkawan tapi sejak darjah 1 lagi.Kerana masing2 telah mengikut haluan masing2 terpisah ..Alhamdulillah...ada faedahnya juga menjadi penulis blog ,bila sahabat yang memang dirindui ditemui jua.Hingga harini aku dan dia masih seperti mimpi lagi...tertanya2 pada diri sendiri apakah realitinya kami betul2 dah jumpa.
Sebenarnya pertemuan semula kami dah lebih 2 tahun tetapi sekadar di maya, suara masing2 pun belum sekali didengar lagi...sehingga 12/12 benar2 menjadi sejarah terindah.
Masa hantar Iqa tempohari seperti kebiasaan stay kat rumah adek lelaki aku di Sungai Buloh.lagipun barang2 Iqa tinggal sana.Walaupun hantar Iqa ke Dengkil pada Khamis sepatutnya dah boleh balik Johor tapi budak 2 tu katanya cuti jumaat nak balik ,fikir2 balik rasanya baik jumpa kat rumah pakcik dia saja,tak membazir masa dan wang untuk balik Johor.
Sahabat bercadang utk kami berjumpa tapi  tentu masa lagi.Hari Jumaat di rumah adek hujan seharian ,jadi kami tak keluar kemana kecuali ronda2 pada menjelang petang bila hujan reda.Jika tidak cadang nak ajak anak bujang aku untuk bertemu sahabat haritu.
Sahabat cadangkan jumpa sebelum balik Johor hari Sabtu tu.Tapi pagi waktu bersiap balik dia wasap ada urusan keluarga .Tak diduga otw kami  nak balik  Johor dia tepon kata dah tunggu kat UPM Serdang yang juga tempat dia sambung  belajar.Terkejut sungguh itulah kali pertama aku dengar suaranya setelah 31 tahun...Berbagai2 rasa ketika itu berdebar2 ,sebak  mengalahkan nak jumpa pakwe lama...seoerti kata sahabatku ketika dah bersua.
Akhirnya kami dipertemukan juga di perkarangan masjid UPM....Ketika itu anak dia dan anak2 aku juga suami hanya jadi pemerhati dari jauh gelagat kami yang berpelukan .Hahaaa...kalau ingat kan balik  rasa macam drama yang selalu tengok kat tv je ,cuma takde slow motion je....
Berbual2 sampai tak ingat orang sekeliling ,sedar2 dah berjam juga walaupun cuma duduk di bangku depan masjid je.Nak minum2 kat cafe pulak banyak yang tutup haritu.Nak keluar ke tempat lain ,tak sempat kerana aku harus meneruskan perjalanan balik.
Apapun kami syukur tak terhingga bila dapat bertemu semula walaupun ketika kali akhir kami jumpa zaman remaja muda belia....bila jumpa semula dah jadi mak2'dara....31tahun terpisah...Alhamdulillah2 bertemu juga.
                     Foto: sumber google

Tuesday 8 December 2015

sudah dapat yang diingini.

Assalamualaikum
Masa lepas kenduri kesyukuran Iman tempohari aku adalah post nasi ambeng kat group wasap kawan sekolah( group orang lama gitu).Sorang kawan aku kebetulan sedang teringin  sangat nak makan nasi ambeng.......bukan tak pernah makan cuma merindui makanan biasa yang didapati masa kenduri kendara di kampung .Bukan takde jual pun kat Kolumpur tu tapi kata dia tak sesedap selera dia kata dah tak original .Akhirnya harini terlaksana sudah impian dia makan kat TTDI.
Inilah wasap kami masa dia tengah kemaruk nasi ambeng tempohari


Punyalah lah banyak lauk dalam pinggan dia sampai tak boleh perabis  katanya masa lepas makan terus post gambar nasi ambeng yang dia nak2 sangat ni.Lepas ni nampaknya sonyap lah dia tak merapu2 dgn kawan2 nak nasi ambeng ....hihiii

Monday 7 December 2015

Tempat baru

Assalamualaikum
10hb ni Iqa dah kena kembali ke Uitm tapi bukan di Puncak Alam lagi seperti sem lepas.Pelajar2 Asasi dah kena pindah ke Uitm baru di Dengkil yang di khusus kan untuk pelajar Asasi saja.Kena lah kami menghantar seperti waktu pendaftaran awal dulu cuma di tempat berbeza ,walaupun baki Asasi cuma tinggal lebih kurang 6 bulan je lagi....
Mungkin ada juga anak/adik atau sedara mara blogger akan ke tempat yang sama dengan Iqa.UiTM Dengkil ni baru saja nak beroperasi untuk mengambil pelajar buat pertama kali pada minggu ni.
Kalau dah kata tempat baru, faham2 ajelah.Terbaru Iqa dapat sumber dari FB.


Sunday 6 December 2015

Mangkatnya seorang putera

Assalamualaikum
Seluruh rakyat Johor sedang berdukacita pemergian putera kesayangan .Aku sendiri terkedu ketika pertama kali terima berita di awal malam.
           Foto:sumber FB






Friday 4 December 2015

Jiran

Assalammualaikum
Ketika awal pagi seperti biasa Iqa menghantar sebakul kain yang telah dibasuh  keluar untuk di sidai .Tapi biasanya diletaknya je di luar ,tukang sidai nya dah tentunya aku ...Lagipun aku tak gemar bila menyidai asal boleh je.,sakit mata  memandang .Kalau boleh biar tersusun cantek di ampaian dan di hanger.Pagi itu sewaktu Iqa keluar makcik sebelah rumah dah riuh memanggil sambil bertanya tentang aku yang masih berada di dalam rumah.Segera Iqa memanggil aku keluar.Rupanya makcik tu kata dia risau tak nampak kelibat tuboh aku seharian sejak balik dari hospital .Sambil menangis dia bagitau tak dapat tidur semalaman memikirkan aku apatah lagi petang itu kami keluar ,difikirkan nya suami ke hospital menghantar barang ....rumah juga gelap sehingga malam.YaAllah ...tak sangka makcik tu ambil berat betul tentang aku dan keluarga ,seperti mak sendiri aku rasa kan.Jiran arwah MIL sejak  dulu lagi juga sempat menjadi teman karib arwah mak masa mengikutku tinggal di sini.Walaupun mempunyai anak cucu cicit yang ramai masih juga menggangap kami seperti keluarga sendiri....walaupun sekadar jiran.Teringat masa zaman mengidam  dulu dia sibuk memasakkan apa yang aku inginkan ,terutama masa mengandungkan Iman MIL aku sudah tiada.Tapi yang aku tak sanggup masa bersalin kena paksa  minum air kunyit yang dibuatnya dan dihadapan dia....Kalau belakang dia boleh lah aku mengelat....tak tahan oii rasanya.
Berbalik pada makcik tadi untuk mententeram kan hatinya yang lara,aku bagitau aku sehat saja tak semudah itu pihak hospital nak suroh masuk ward,ramai lagi yang memerlukan katil di hospital tu....
Bercerita tentang jiran ni tempohari kami balik kampung semata2 aku terlalu rindu juga sering termimpi2 jiran arwah mak yang baikhati yang dah lama tak berjumpa.Masa aku masuk rumah dia tak dapat cam  tapi suara ku masih dikenali .Orangnya masih sehat walaupun usia lebihkurang arwah mak.Sayu hati kami dipertemuan ini.Walaupun hanya seorang jiran tapi sudah seperti saudara.
Alhamdulilah bersyukur punya jiran yang baik....juga bahagia disayangi orang2 tua.




Thursday 3 December 2015

tukar selera

Assalammualaikum
Sejak kali pertama melihat entry Malinda pasal roti bawang putih bercicah kan sup cendawan aku dan anak2 dah mula suka pulak ,sekurang2nya seminggu sekali atau dua kali pasti jadi makan tengahhari atau malam kami ...(kami tu bermaksud dengan anak2 ),suami aku dah tentu nak nasi juga..Sebelum ni aku tak tertelan sup cendawan ni bila anak2 yang duk U selalu bawa balik  stok lebihan mereka .Tapi bila dah baca blog Malinda sedap lah pulak bila di regukan dengan roti bawang putih.Tapi part resepi sup cendawan homemade tu belum try lagi....Tau nya beli yang segera tentunya orang yang rajin sangat macam aku ni!.
Bila dah selalu makan sup cendawan ,teringinlah   makan bersama  roti bercicah kari ayam pulak .Iman lah yang paling suka walaupun tak pandai makan makanan pedas ,kari ayam tanpa santan tu lah yang dia suka.Bila dah selalu makan roti untuk menu tengah hari atau malam ,kami jarang makan nasi dah.Tak terfikir nak diet pun cuma selera kadang mengada2.'....
.
Iqa pulak seminggu lebih lagi dah nak kembali ke U ,katanya sebelum tu nak makan makaroni goreng.Olehkerana takde sayuran hijau dalam peti sejuk aku campak kan je potongan kubis bunga dengan cendawan inoke....janji ada  sayur kan..Budak2 kat rumah ni semua minat sangat dengan makaroni ,cuma jika manisan seperti bubur/pengat mereka kureng sikit selera seperti yang dapat dari seorang jiran 'bubur chacha dengan makaroni'.


.Azim apa pun jalann....Alhamdulilah sejak dia cuti memang tak membazir makanan.

Wednesday 2 December 2015

merajuk

Assalamualaikum
Iman dah pun sehat,masa aku buat checkup kat HSA JB semalam sanggup dia bangun sebelum suboh untuk ikut sama.....bosan sudah terperap kat rumah .Dibawa nya semua duit yang didapat dari tetamu yang datang juga saudara mara tempohari.Ada lah sesuatu yang diinginkan tu.....
Bila balik dari JB ,separuh dari duit yang dia dapat aku masukkan kat bank.Lepas tu kami terus balik rumah....tak sangka ada budak merajuk.....bila tiba rumah terus masuk bilek dan terus tidur....hahaa aku tak perasan pun sehingga suami kata Iman merajuk.
Petang selepas Asar bawa dia keluar ke Tesco.....rupanya benda ni yang dia mahukan sangat....

Sebenarnya aku taklah berapa nak  izinkan untuk dia beli ,bimbang melekakan.... suami kata biarlah,cuti sekolah ni... lagipun dia guna duit sendiri....tapi tetap kena warning untuk bahagikan masa.
Dah dapat apa yang dia mahu baru lah selera makan...tapi selera budak sorang ni mee sup yang disuka sangat sementara kita orang makan yang lain.

Tengok lah begitu berselera dia makan.
Masa dorang order air yang berbagai rasa,aku pula hanya minum air ni saja.

Bukan apa biasanya air di kedai2 makan ni manis2 belaka...maklumlah dah berusia ni kena jaga kesihatan.
Budak merajuk tu pagi ni lepas suboh je dah hadap benda tu,berenti sekejap konon2nya baca buku teks.....takut mak nya jadi singa!.