ASSALAMMUALAIKUM
1hb Januari 2014 tinggal 2hari lagi bermakna anak anak akan mula bersekolah kembali.Menjadi sejarah dalam hidup mereka bersekolah pada 1hb Jan dan akan bersekolah pada hari Ahad.Mula mula ni tentu mereka merasa janggal sekolah pada hari Ahad,tapi lama kelamaan akan selesa juga.Selalunya pada hari Ahad mereka lebih banyak santai2 tapi kini tidak dapat lagi .Yang di asrama pula hari Ahad lah selalunya kami melawat mereka tapi kini kena lah tukar jadual.
Bagi aku cuti seperti ini mengingatkan aku zaman bersekolah dulu sememangnya pada hari Jumaat dan Sabtu.Kalau ada koko pun pada hari Jumaat.Dahulu di kampung pasar lambak diadakan pada hari Jumaat,sekolah menengah memang terpaksa lalu dikawasan pasar lambak tu.Apa lagi kami selalu lah ronda ronda dulu baru balik rumah,dulu budak sekolah manalah bawa duit banyak ,setakat cuci mata jelah kat pasar lambak tu.
Bagus juga kerajaan negeri Johor tukar kembali cuti seperti dulu.Banyak kebaikan sebenarnya .Bagi anak aku yang bersekolah sesi petang tidak lah terkejar kejar hendak ke sekolah bila solat Jumaat.Sememangnya setiap perubahan tu ada saja yang tidak disenangi sesetengah orang.Begitulah lumrah dunia.....
Total Pageviews
Monday 30 December 2013
Friday 27 December 2013
APAM GULA HANGUS
Assalammualaikum
Sehari sebelum Fatiha kembali ke UPM, dia kata teringin sangat hendak makan apam gula hangus yang aku buat.Masa mereka sedang asyik menonton tv ,aku menyediakan apa yang diperlukan untuk membuat apam gula hangus yang dia inginkan.
Inilah resepi APAM GULA HANGUS
1 cawan gula pasir
1 cawan air
2 biji telor
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar majerin
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh soda bikabonat
2 cawan tepung gandum
CARANYA:
gula pasir dan air dijadikan gula hangus,biarkan suam.Telur dan minyak masak dikisar berapa minit,masukkan majerin dan susu pekat ,kisar lagi..Dalam bekas lain campurkan tepung gandum dan soda bikabonat.Kemudian masukkan bahan bahan yg telah dikisar tadi dan gula hangus . Adun lagi sehingga sebati dan tepungnya tidak bergentel.Jika tepung kurang bolehlah ditambah untuk mengelakkan daripada mendap. Sementara tu panaskan kukusan dan lumurkan loyang dengan marjerin . Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus dalam anggaran 40-45 minit .
Inilah hasilnya :)
Sampai terbang pinggan dibuatnya

Wednesday 25 December 2013
KERABU PUCUK UBI.
ASSALAMMUALAIKUM
Anak dara aku suka sangat makan kerabu.Oleh itu aku bercadang hendak buatkan dia kerabu lagi untuk makan tengahhari.Sementara dia ada lagi di rumah sebelum balik ke asrama ni aku ikut aje apa yang dia hendak makan .Fateha pun ada balik cuti study week.Anak anak ada di rumah tidak kering tangan di dapur.Tapi aku suka kalau anak anak suka makan apa yang kita masak.
Pokok ubi pun banyak kami tanam di belakang rumah.Aku ambil pucuk ubi lalu dicelur sehingga lembut.Sementara itu udang kering (boleh juga gunakan ikan bilis),cili padi ,isi cekur,bawang merah ,bawang putih ditumbuk .Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumiskan bahan yang ditumbuk .Kemudian masukkan sedikit kelapa parut ,garam dan kuib ikan bilis.Sangai sehingga agak agak kering ,masukkan daun cekur yang dihiris halus.Tutup api masukkan pucuk ubi yang dicelur tadi dan digaul rata.Masukkan dalam bekas ,sudah boleh dihidangkan.Kerabu pucuk ubi ni boleh juga ditambah dengan taugeh yang sudah dicelur.

kerabu pucuk ubi yang telah dihidang
Tuesday 24 December 2013
KERABU KACANG BOTOL
Assalammualaikum
Untuk makan tengah hari semalam masak ala kadar ,ikan masak asam pedas,tempe goreng bersalut tepung berempah .Sayur yang ada di dalam peti sejuk sudah habis.Ronda sekejap di belakang rumah ,nampak kacang botol yang sedang elok untuk dipetik.Cuaca yang agak basah sejak sejak ni menjadikan kacang botol begitu segar,begitu juga tanaman2 lain.
Hendak dibuat ulam,anak anak sudah tidak berminat sangat....sudah selalu sangat berulamkan kacang botol.Aku terfikir untuk buat kerabu kacang botol.Tidak perlu hendak fikir panjang ,semua yang diperlukan ada dalam peti sejuk .Aku cuma petik kacang botol agak agak dalam 20 biji ,petik juga cili padi sedikit.Nampak pula bunga kantan ,aku patahkan 2 tangkai.
Kerabu kacang botol ni senang aje.Yang penting kacang botol ,bunga kantan,cili padi atau cili merah dihiris nipis.Masukkan kerisik,bawang besar yang dihiris nipis ,udang kering,gaulkan semua .Akhir sekali perahkan limau kasturi.
Sesekali bila tiada kelapa ,aku tidak gunakan kerisik.Boleh juga cili tu dibuat sambal belacan dan digaulkan pada kerabu .Yang penting gunakan krativiti sendiri ,untuk menyedapkan lagi apa jua masakan kita.Bagi aku ikut selera suami dan anak anak,sedap bagi mereka ....syukur sangat2.
pokok kacang botol yang tumbuh subor
kacang botol yang masih putik
kerabu kacang botol

Monday 23 December 2013
Keladi rebus
ASSALAMMUALAIKUM
Mungkin ada yang tidak kenal apa yang ada dipaparkan dalam gambar ni.,tambahan lagi orang orang muda .Ini lah keladi selatah yang telah direbus.
2m minggu yang lepas kami sekeluarga balik kampung,kebetulan hari minggu ada pasar lambak.Sebelum ni pasar lambak diadakan pada hari Jumaat .Kami bertolak dari rumah pukul 7 pagi ,pukul 8.30 sudah tiba.Cuaca pun redup aje ,seronok lah ronda2 kat gerai2 yang banyak tu.Pasar ni banyak juga jual hasil2 tanaman orang kampung,macam pasar tani dah.Ikan dan sayur2 kampung dijual dengan harga murah .Rambang mata hendak membeli bila nampak sayur2 kampung yang sukar hendak temui sekarang.Tetapi aku tak dapat membeli sayur2 yang cepat layu dan ikan2 yang cukup segar tu sebab kami merancang hendak balik petang ,bawa anak anak jalan jalan dulu.
Terpandang aku keladi yang sudah lama sangat tak makan .Satu masa dulu arwah bapa banyak tanam keladi ini .Teringin pula hendak makan ,oleh itu aku beli lah 2kilo.Esoknya aku rebus dan makan dengan sambal tumis.....sedap sangat.
Bagi yang tidak tahu ,keladi ni kalau hendak rebus tidak perlu dikupas kulitnya,cuma basuh bersih2 dan bila rebus bubuh lah lah sedikit garam.Biarkan hingga empuk.Boleh juga digoreng atau dibuat kerepek dan apa saja mengikut krativiti sendiri..

Saturday 21 December 2013
Aku dan banjir
ASSALAMMUALAIKUM
Gelombang kedua banjir mungkin akan berlaku lagi .Bagi tempat tempat yang rendah penduduknya kena berjaga jaga .Semalam pun di sini hujan sehari suntuk,walaupun tidak begitu lebat.Kami disini tidak pernah risau pasal banjir kerana kawasan sini agak tinggi,Tetapi kasihan dengan mangsa mangsa banjir ,tentu banyak barang yang rosak.Kalau yang berpendapatan rendah lagi lah kasihan hendak memulakan kehidupan selepas banjir nanti.
Semasa aku masih kanak kanak lagi aku seronok sangat kalau musim banjir sebab boleh main air .Masa itu mana lah ingat pasal bahaya .Lagipun anak anak kampung dulu lasak ,ibubapa pun tidak pernah risau.Ketika itu rumah kami tidak lah dinaiki air .Kalau hujan lebat pun air bertakung paling teruk pun setakat paras lutut.Tetapi rumah nenek saudara selalu banjir,tambahan pula air pasang dari sungai berdekatan pun naik.Zaman itu tidak ada pula disuruh pindah macam sekarang.Rumah masa itu agak tinggi oleh itu tidak pernah pun air mencecah paras lantai..
Bila musim banjir aku dan kakak suka pergi ke rumah nenek saudara ni.Anak anak nenek ni umor mereka lebih kurang sebaya kami.Seronok sangat main air ,tak kisah pun air tu kotor atau bahaya yang ada dalam air tu.Rumah nenek saudara itu sudah jadi macam pulau ketika itu dikelilingi air.Lebih menyeronokkan lagi bila pak ngah suka buat rakit batang pisang.Ramai ramai lah kami naik rakit itu .Pak ngah pula mengheret rakit dengan meredah air banjir.Seronok sangat sampai tidak pedulikan bahaya.Bila sudah penat bermain air,perut lapar naik ke rumah makan .Biasanya musim tengkujuh macam itu makan ubi rebus atau goreng cicah dengan sambal tumis dan ikan kering .....sedap sangat .Apatah lagi makin ramai ramai berebut rebut.Kalau tidak pun nenek rajin buat lempeng atau jemput jemput ikan bilis.Sungguh nostalgia ....
Kini semua nya tinggal kenangan.

Friday 20 December 2013
KUIH KASWI
ASSALAMMUALAIKUM
Cuaca agak redup hari ini,sesekali hujan renyai2 membasahi bumi.Budak2 cuti sekolah ni asyik lapar ,terdetik hati hendak buat kuih untuk minum petang.Lihat ke dapur tiada pula bahan2 yang hendak digunakan.Akhirnya aku ambil keputusan buat kuih kaswi aja,lagipun anak2 suka makan, ianya mudah dan cepat.Mudah dan cepat juga licin bila dihidangkan.Allhamdulillah....
KUIH KASWI
bahan bahannya
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
2 cubit kapur sireh
3 cawan air
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 biji kelapa parut yang dibuang kulit ari.
CARA MEMBUATNYA;
Gula merah dan gula pasir dijerang dengan 3 cawan air hingga hancur.Kemudian tapiskan ke dalam bekas.Tepung diayak ,masukkan sedikit garam dan tuangkan air gula yang suam kuku.Kacau satu hala hingga sebati .Kalau terlalu pekat masukkan sedikit air lagi.Masukkan air kapur dan kacau lagi.Tuang ke dalam kukusan dan kukuslah hingga masak.
Bila masak ,angkat dan sejukkan.Biar betul2 sejuk baru dipotong dan salutkan dengan kelapa parut yang sudah digaul dengan sedikit garam.

Thursday 19 December 2013
PMR dan anak anakku
Assalammualaikum,
Hari ini 19hb Dec 2013 tarikh yang mendebarkan bagi anak2 dan ibubapa yang akan mengambil keputusan PMR yang akan diumumkan beberapa jam lagi.Tahun ini aku agak lega kerana tiada anak yang mengambil peperiksaan2 penting ini.,cuma Azim ada mengambil peperiksaan darjah khas sekolah agama pertengahan bulan Nov hari itu.Keputusannya pun akan diumumkan bulan Febauari nanti.
Tahun ini tahun yang akhir ada PMR,oleh itu masa Azim tingkatan 3 nanti digantikan peperiksaan lain.Tidak tahu lah bagaimana nanti sebab kami mahu dia tukar sekolah yang lebih baik tingkatan 4 nanti.Melalui pengalaman anak anakku yang mengambil PMR aku amat bersyukur kerana mereka mendapat keputusan2 cemerlang .Arif,sebagai anak sulong aku agak gementar menanti keputusan dia .Alhamdullilah dia ambil 8 subjek dapat 7A 1B,seperti sudah aku jangka sebab dia agak lemah dalam bahasa Inggeris.Masa ambil UPSR pun cuma bahasa Inggeris yang dapat B.Sampai lah SPM dia pun dapat 9A 1B juga subjek yang sama yang B.Tapi dah belajar di U ni terror pula bahasa Inggeris dia.
Fatiha ,masa ambil PMR dia bersekolah di sekolah kluster ,oleh itu ramai yang yang dapat keputusan cemerlang.Dia ambil 9subjek tapi dapat 8A saja sebab masa menjawab soalan pendidikan Islam pada hari pertama peperiksaan ,boleh pula dia tertidur.Dia kata malam itu dia tidak dapat tidur sebab gementar dengan peperiksaan yang akan dihadapi.Apa2 pun kami bangga dengan pencapaian dia.
Atiqa ambil PMR tahun 2012(tahun lepas)di sekolah yang sama dengan Fatiha.Sekolah ni setiap tahun mendapat ramai pelajar perfect score,tahun itu lebih kurang 130 orang yang dapat termasuk atiqa.Atiqa dan Fatiha aku tidak risau kan bahasa Inggeris mereka sebab masa sekolah rendah dulu mereka setiap tahun menjadi pelajar cemerlang bahasa Inggeris.Kini atiqa sudah tukar sekolah dan terus mencapai kecemerlangan dalam setiap peperiksaan atau ujian2 yang diambil.Moga terus cemerlang dalam SPM tahun 2014 nanti.

Wednesday 18 December 2013
Hidayah MU
Assalammualaikum
8 tahun lalu aku tidak pernah terfikir untuk menambah lagi seorang ahli keluarga kerana faktor usia dan masalah kesihatan.Jarak dia dengan anak keempat 6tahun.Bagaimana pun kehadirannya ke dunia ini kami tetap bersyukur dengan rezeki dari Allah.
Kini setelah 7tahun berlalu kami amat berbangga kerana mempunyai anak seperti dia.Anak ini telah memberi hidayah kepada hidup seseorang menuju kearah kebaikan.Mungkin dia tidak tahu apa yang dia lakukan itu telah memberi keinsafan pada orang itu.Mudah2an anak ini akan menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat dan dapat berbakti kepada ibubapa dan negara....itulah harapan kami

Tuesday 17 December 2013
ENTITI
Lepas suboh tadi pergi jogging dengan Iman.Hari agak gelap ,kami pergi berdua je sebab anak yang lain sambung tidur.Apa yang tak best nya bila lalu disebuah rumah tinggal ,boleh dia cakap nampak entiti (inilah akibatnya suka sangat tengok seekers dan ghost adventures).macam2 budak ni....orang baru nak exersice .
Saturday 14 December 2013
Friday 13 December 2013
buahtangan
Walaupun harganya tidak seberapa ,tapi nilai persahabatan dan ingatan itu lebih bererti.Terima kasih Lina kerana bawakan buahtangan untuk kami dari Langkawi.
Thursday 12 December 2013
KEK PISANG KUKUS
Semasa musim hujan tempohari ,pokok pisang di belakang rumah patah kerana angin begitu kencang.Pisang nya masih kehijauan ,tapi suami ambil juga dan dipotong dua .Kini setelah beberapa hari sudah kekuningan dan masak .Terdetik hati hendak buat kuih ,jadi aku buat lah kuih yang simple2 je untuk minum petang.Bersama ini aku serta kan resepi KEK PISANG KUKUS untuk dikongsi.
2cawan tepung gandum
4 biji telur
1cawan pisang lecek
3/4 cawan gula
3/4 cawan minyak masak
1 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovelette
1 sudu kecil esen
Caranya;
Tepung gandum,baking powder dan soda bikabonat diayak bersama,ketepikan .Telur dan gula dipukul sehingga hancur ,masukkan minyak masak ,pukul lagi.Kemudian masukkan pisang,tepung gandum yang sudah diayak tadi,ovelette dan esen.Gaulkan sehingga sebati. Sementara itu panaskan air kukusan .Lumurkan loyang dengan minyak atau majerin supaya kek tidak melekat nanti.Masukkan adunan tadi dalam loyang dan kukus selama 20minit atau 30 minit.
kek yang baru keluar dari kukusan
masih dalam loyang lagi
inilah hasilnya.....

Tuesday 10 December 2013
budak merajuk
Bangun pagi ayahnya sudah pergi kerja,merajuk masuk bilek......tak dapat sarapan roti canai .Petang bawa dia pergi makan roti canai ,kalau tidak rajuknya berpanjangan.....Sehari sebelum itu hendak sangat makan nasi beriani,sebab tak bawa dia pergi jemputan.Bawa makan kat kedai....balik kekenyangan.
sedap sangat lah roti canai tu,sampai tak peduli kan orang......

Jemputan lagi
Assalammualaikum
Banyak lagi undangan pengantin yang perlu dihadiri pada sabtu dan ahad yang akan datang.Salah satu nya dari jiran arwah mak di kampung ,insan yang banyak berjasa kepada keluarga kami ,insan yang berhati mulia.Insya Allah kami akan hadir juga.
Monday 9 December 2013
baju baju kecil
Terdetik untuk mengemas baju anak2 . Semasa mengemas aku terjumpa baju mereka semasa kecil.Terasa sungguh cepat masa berlalu.Sekarang mereka sudah besar panjang dan sedang meniti kejayaan dalam hidup mereka.
baju fatiha ketika bayi sekarang dah pun jadi mahasiswa
baju atiqa 16th lalu
baju arif ketika baru lahir 20th lalu ,kini juga di menara gading
baju ni baru lagi iman punya 7th lepas .

Petua di dapur
PETUA yang aku amalkan di dapur.
mengelak ikan melekat di kuali
Setelah panaskan minyak,masukkan asam keping atau bawang putih dulu .Kemudian baru masukkan ikan yang hendak di goreng tadi.
menghilangkan pijar atau pedas di tangan
Sapukan tangan dengan minyak masak ,biarkan seketika .kemudian basuh dengan air dan sabun.Boleh juga ramas2 kan beras beberapa kali kemudian baru cuci.
menghilangkan pahit peria.
Potong dan rendam air garam(boleh juga ramas kan dengan garam ).Selain dari itu air basuhan beras dan air kelapa juga boleh menghilangkan rasa pahit.
menghilangkan pahit pucuk betik
semasa mencelur pucuk betik ,rebus kan bersama daun jambu batu.
membersihkan kulit kerang
Ambil daun ubi kayu ,ramas dan basuh kerang sampai bersih.
membersihkan periuk
ambil lebihan ketulan sabun mandi,berus periuk macam biasa.Hasilnya akan berkilat dan bersinar setelah dibilas.

Sunday 8 December 2013
Hadiah peraduan
Assalamualaikum,
Sewaktu aku diawal remaja dulu suka sangat menghantar peraduan2 yang ada di dalam majalah atau akhbar.Selalu juga dapat hadiah,Masa aku umor 16tahun aku dapat hadiah dari satu salah satu peraduan yang aku hantar tu.Kali ini hadiah nya besar sikit ,banyak barang yang dapat .Seronok sangat ......Salah satu hadiah yang aku dapat tu ada buku resepi yang aku simpan hingga kini.Aku jaga dengan baik tapi bila ada yang pinjam ,bila dipulangkan sudah lunyai buku tu ...tapi tetap ku simpan hingga kini.
Inilah bukunya dan resepi di dalamnya

Saturday 7 December 2013
pengantin pengantin pengantin
Hari ini pergi jemputan pengantin .Banyak dpt undangan tapi cuma dapt pergi 3 tempat je..Suami kena kerja..Jadi aku pergi dengan anak daraku buat teman.Rumah pertama,(rumah makcik nya Jeff Sepah )makanlah jugak juadah2 yang dihidangkan .Tempat ke-2 dibuat di dewan.Pengantin perempuan nya sebaya dengan fatiha ,kawan sekolah rendah dia dulu.Walaupun agak baik juga SPM dia tak sambung belajar lagi.
Oleh kerana dewan itu agak jauh dari rumah,kami menumpang kereta jiran yg hendak pergi jemputan ke sana jugak.Di sini dah tak larat nak makan ..ambil bubur kacang dan sedikit air oren je.
Rumah ke-3laluan kami balik ke rumah ,jadi aku cadangkan singgah untuk salam KEROK je.Lagipun saja hendak tunjuk muka pada tuan rumah yang kita ni datang ke jemputan mereka.Lagipun anak mereka kawan sekolah atiqa dan azim..Aku tidak lihat pun juadaah jamuan mereka,bukan tak sudi cuma rasa sudah kekenyangan sangat.
Bila kami ada di rumah ke3 ni pun jiran yang kami tumpang tadi masih tak nmpak muka lagi.Akhirnya kami jalan kaki je balik ke rumah.Walaupun tak jauh tpi naik bukit ,penat......huwaaaa.Tiba di rumah atiqa terus terbaring....tak tau kenyang ke penat.

PAU MUDAH
Budak ber3 ni cuti sekolah,memerap di rumah asyik lapar memanjang.Atiqa pun teringin hendak belajar membuat kuih,gembira bukan kepalang kalau menjadi tapi kalau tidak ditinggalkan terus untuk kita uruskan.Setiap hari ada saja yang disuroh ajarkan ,setiap hari ada aje experimen kuih dia .Seronok sangat kalau ayah dia puji .
Hari ini dia hendak cuba buat kuih pau pula.Lagi pun baki kelapa parut untuk buat kaswi semalam ada lagi ,boleh lah dibuat inti.Bila inti sudah siap baru lah buat doh nya.Selalu nya aku buat pau tidak payah resepi2 yalah ikut cara orang dulu ,ingat dalam otak je apa yang diperlukan.Tapi untuk anak ni hendak belajar aku suroh dia goolge untuk resepi yang teratur,Terimakasih lah bloger open minda Khalijah Hussin.GEBU sangat pau yang Atiqa buat ni.Ayah dia balik nanti tentu kena puji,,,,,,
Ini lah resepi pau yang Atiqa buat
2cawan tepung gandum
2sudu besar mauripan
2sudu besar susu manis
1sudu besar gula
3sudu besar minyak masak
1/2cawan air suam
sedikit garam
inti ikut suka
Caranya
masukkan mauripan ke dalam air suam.kemudian masukan gula di dalam nya ,kacau dan biarkan 15minit ataupun hingga berbuih.Di dalam bekas lain masukan tepung ,susu dan minyak masak ,garam, satukan semua.kemudian masukan mauripan tadi.Uli lah adunan tadi.Biarkan adunan tadi ,tutup dengan plastik.
Bila sudah naik ,uli semula dan keluarkan angin.Ambil sedikit doh bulat2kan dan leperkan ,isi inti.Bila sudah siap biarkan mengembang lagi.Sementara tu panaskan periuk kukus,kemudian kukus doh tadi 10 atau 15 minit.Inilah hasil nya

Friday 6 December 2013
ayam masak cekur
Dalam seminggu entah berapa kali masak lauk ayam ,apatah lagi Iman suka sangat makan daging ayam berbanding dengan ikan.Sudah tak tau lagi nak masak macam mana ,semua sudah ,masak kicap ,masak merah ,rendang,goreng biasa ,goreng berempah ,tomyam ,kari dan macam2 lagi.Hari ini nak tukar selera lah pula ,sebab hari Ahad tempohari kami pergi pasar minggu,banyak pula aku aku beli cekur
Harini aku masak ayam masak cekur.Walaupun aku bukan orang jawa tapi tekak aku sudah biasa dengan masakan2 jawa ni .Senang je masak cekur ni ,campak2 je.
Ayam seekor potong kecil ,kemudian goreng atau panggang.
kunyit hidup,halia,isi cekur,bawang putih, bawang merah ,cili padi (ikut suka pada yang suka pedas ,lebihkan lah ) semuanya di kisar.kemudian ditumis sehingga naik minyak.Ada juga yang masukkan sedikit belacan tapi aku tak suka .setelah itu masukan santan pekat ,ayam yang telah digoreng atau diupanggang tadi,masukkan asam keping,garam secukup rasa.akhirnya masukkan daun cekur yg dipotong rampai.tutup api..da masak :)
Wednesday 4 December 2013
Aku dan kucing
Hari ini aku nak cerita pasal kucing ,sebab malam tadi kucing kami Kucai sudah melahirkan 3 ekor anak .,tapi pagi tadi bila kami lihat seekor sudah mati.Ini mesti angkara Garfield (anak Kucai yg lain ).Sebelum ni pun Kucai sudah melahirkan 4ekor anak kucing tetapi mati semua dikerjakan si Garfield.
Asalnya kami membela seekor anak kucing betina yang dibuang orang di hadapan rumah,kesian ,kecil lagi ,mungkin masih menyusu tapi sudah dipisahkan dengan ibunya.Masa tu di rumah kami tidak membela kucing sebab anak2 ada asthma.,tapi bila budak2 sudah besar ni,suka sangat pula mereka pada kucing.Tapi bila sudah bela kucing betina ni ,makin bertambah2 lh banyak kucing di rumah ni....tapi yang ada sekarang 4ekor je.,tidak terlarat nak bela banyak2.Kali ini pun Kucai sudah 6kali beranak!
Arif sejak mengambil jurusan doktor veterina ni lagi lah sayang sangat dengan kucing2 ni.Kalau boleh kucing2 jalanan tu nak suroh kita bela.semua.Ingatkan mak dia ni penjaga zoo kucing ke?....nak uruskan diri diri sendiri pun tak larat ,ini kan nk jaga kucing banyak2.Budak2 ni kalau telefon ,bukan ditanya pasal adik dia tapi tanya pasal kucing dulu....Sekarang ni ada Kucai,Garfield,Comot dan Jayjay,meriah rumah kami dengan kucing2 ni..
Kucing2 ni sebenarnya manja sangat dengan aku ,walaupun aku tak memanjakan,yalah mungkin masa budak2 ni sekolah cuma ada aku dengan kucing2 ni di rumah.Bila aku mandi pun ditunggunya di depan pintu bilek air.Kalau aku sidai kain semua keluar ikut sama ,macam lah boleh tolong kita.....Kucing2 ni kalau kita duduk dalam rumah mereka tidak keluar,tapi bila kami duduk di berandar ,sibuk je mereka keluar juga...macam tu lah kucing2 kami.....
si comot kami
tidur lena nampaknya :3
generasi baru kucing di rumah kami
ngantuknya dua beradik ni
inilah Garfieldnya :)
berehat di luar rumah

Subscribe to:
Posts (Atom)